Penyanyi, Ayda Jebat jarang-jarang berkongsi kisah anak keduanya, Aali Mateen yang kini semakin membesar.
Namun perkongsian penyanyi itu di Instagramnya baru-baru ini menarik perhatian ramai.
Menerusi entri itu, wajah si comel Aali Mateen yang kini berusia hampir sembilan bulan dikongsikan ibunya. Bahkan Ayda juga turut berkongsi perkembangan terkini anak keduanya itu.
“Good Morning from Dedek Aali. Gebu dek! Almost 9 months!
Ads
“Cepatnya masa berlalu. Tau tau kejap lagi dia dah pergi main paintball dengan Dadaa @nabilmahir
“Dedek Update:
Ads
• Dah ada 6 gigi • Favourite food : BROCCOLI & BANANA • Cuba nak jalan sendiri walaupun diri masih terhuyung hayang • Anak Dadaa • Diaper size XL
Ads
Malah wajah comel dan ceria Aali yang tampil mempromosikan lampin pakai buang menarik perhatian ramai. Memang comel dan gebu gebas.
Wargamaya juga meninggalkan pelbagai reaksi malah geram dengan tubuh badan semangat Aali Mateen.
Terdahulu, Ayda mendirikan rumahtangga bersama suaminya, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Ana Nayla dan Aali.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
YouTuber popular yang cukup disukai kanak-kanak, Aqil Zulkiflee menamatkan zaman bujangnya selepas selamat bernikah dengan gadis pilihan hatinya, Nur Iliyaa Jasmina Roslan semalam.
Menerusi perkongsian yang dibuat akan TikTok Faridismproduction, Aqil menyerahkan mas kahwin sebanyak RM100 kepada isterinya.
YouTuber yang sangat terkenal dalam kalangan kanak-kanak ini turut membuat siaran langsung di saluran YouTube serta TikTok miliknya sewaktu sesi ijab dan qabul berjalan.
“Cinta pertama dan terakhir hingga ke syurga, Aqil dan iliya ❤️,” tulisnya di kapsyen.
Beberapa keping gambar turut dikongsikan Aqil ketika majlis berlangsung.
Aqil yang segak berbusana warna off white dan kekuningan ini tampil segak bergaya. Begitu juga dengan isterinya yang cukup cantik, manis dan sepadan.
Sekadar info, Aqil atau nama sebenarnya, Ahmad Aqil Zulkiflee, 28 telah mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan sekitar April lalu.
Siapa sangka kegembiraan empat kanak-kanak bertukar duka selepas salah seorang daripada mereka lemas dalam lombong di Kampung Penchu, Kundang Ulu, Gersik, Tangkak pada petang Sabtu.
Kanak-kanak berusia 12 tahun itu, Allahyarham Siti Nur Khadijah Ahmad Faisal, yang juga murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Penchu, dipercayai tergelincir ketika bermandi-manda bersama adik lelakinya dan dua rakan mereka.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib, berkata laporan mengenai kejadian lemas itu diterima sekitar jam 3.02 petang.
“Mangsa kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun dilaporkan mandi bersama tiga lagi kanak-kanak iaitu adik lelakinya berumur 10 tahun dan dua rakan masing-masing berusia sembilan dan 13 tahun sebelum kejadian tidak diingini itu berlaku.
“Operasi mencari dan menyelamat digerakkan dan mangsa berjaya ditemui pada jam 3.20 petang pada kedalaman kira-kira tiga meter dan dianggarkan 50 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh,” katanya dalam kenyataan.
Roslan berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tangkak untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Pegawai Bomba Kanan I Johar Tumin berkata, tujuh anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.
“Pasukan penyelamat menjalankan pencarian berhampiran lokasi mangsa dipercayai tenggelam sebelum menemui tubuhnya dalam tempoh kurang 20 minit,” katanya.
Tragedi lemas kanak-kanak di Kundang Ulu ini menjadi peringatan penting kepada ibu bapa agar sentiasa mengawasi anak-anak ketika mereka bermain di kawasan berisiko seperti lombong, sungai atau tasik, terutama ketika musim panas.
Sumber: Sinar Harian
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Syaikhul dan Sumayyah, dua nama yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat hiburan tempatan. Siapa lagi kalau bukan anak kepada pelakon cantik dan berbakat, Puteri Sarah. Walaupun membesar dalam keluarga selebriti, Puteri Sarah mempunyai prinsip yang cukup jelas tentang masa depan anak-anaknya.
Ramai menyangka anak selebriti pasti akan mengikut jejak langkah ibu bapa dalam dunia glamor. Namun, bagi Puteri Sarah, perkara itu bukan satu keutamaan. Jauh di sudut hatinya, dia sebenarnya kurang selesa jika Syaikhul dan Sumayyah terjun ke dunia hiburan sejak kecil.
Bagi Puteri Sarah, dunia lakonan mungkin nampak menyeronokkan dan penuh glamor, tetapi ia juga datang dengan tekanan dan cabaran tersendiri. Disebabkan itu, dia lebih mengutamakan pelajaran anak-anak berbanding populariti atau perhatian media.
Puteri Sarah percaya bahawa sekolah dan pendidikan adalah asas paling penting dalam membina masa depan yang stabil. Dia mahu memastikan pembelajaran Syaikhul dan Sumayyah berjalan lancar tanpa gangguan, supaya mereka boleh fokus menimba ilmu sepenuhnya.
Dalam beberapa perkongsian, Puteri Sarah tidak pernah menyembunyikan harapannya terhadap masa depan anak-anak. Dia berharap Sumayyah membesar menjadi seorang doktor, manakala Syaikhul pula menceburi bidang kejuruteraan sebagai seorang jurutera.
“Bagi saya, pelajaran sangat penting. Kalau boleh saya nak Sumayyah jadi doktor, Syaikhul pula memang minat dalam bidang kejuruteraan,” katanya.
Dua kerjaya ini bukan sahaja dihormati, malah memberi peluang untuk membantu ramai orang serta menyumbang kepada masyarakat. Bagi Puteri Sarah, kejayaan sebenar bukan diukur melalui populariti, tetapi melalui ilmu dan manfaat yang boleh diberikan kepada orang lain.
Cerita tentang Puteri Sarah dan anak-anaknya ini mengajar kita satu perkara penting. Tak kira siapa ibu bapa kita dan apa pekerjaan mereka, pendidikan, usaha dan minat tetap menjadi kunci utama kejayaan.
Siapa tahu, suatu hari nanti Syaikhul dan Sumayyah benar-benar menjadi doktor dan jurutera seperti yang diimpikan. Begitu juga dengan anak-anak lain di luar sana, setiap impian boleh dicapai jika disertai dengan usaha dan ilmu.
Yang penting, teruskan belajar rajin-rajin dan jangan mudah berputus asa. Percayalah, setiap ibu bapa termasuk Puteri Sarah pasti akan berasa bangga melihat kejayaan anak-anak mereka kelak.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!