Syaikhul dan Sumayyah, dua nama yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat hiburan tempatan. Siapa lagi kalau bukan anak kepada pelakon cantik dan berbakat, Puteri Sarah. Walaupun membesar dalam keluarga selebriti, Puteri Sarah mempunyai prinsip yang cukup jelas tentang masa depan anak-anaknya.
Ramai menyangka anak selebriti pasti akan mengikut jejak langkah ibu bapa dalam dunia glamor. Namun, bagi Puteri Sarah, perkara itu bukan satu keutamaan. Jauh di sudut hatinya, dia sebenarnya kurang selesa jika Syaikhul dan Sumayyah terjun ke dunia hiburan sejak kecil.
Pelajaran Jadi Keutamaan Nombor Satu
Bagi Puteri Sarah, dunia lakonan mungkin nampak menyeronokkan dan penuh glamor, tetapi ia juga datang dengan tekanan dan cabaran tersendiri. Disebabkan itu, dia lebih mengutamakan pelajaran anak-anak berbanding populariti atau perhatian media.
Puteri Sarah percaya bahawa sekolah dan pendidikan adalah asas paling penting dalam membina masa depan yang stabil. Dia mahu memastikan pembelajaran Syaikhul dan Sumayyah berjalan lancar tanpa gangguan, supaya mereka boleh fokus menimba ilmu sepenuhnya.
Ads
Impian Besar Seorang Ibu
Dalam beberapa perkongsian, Puteri Sarah tidak pernah menyembunyikan harapannya terhadap masa depan anak-anak. Dia berharap Sumayyah membesar menjadi seorang doktor, manakala Syaikhul pula menceburi bidang kejuruteraan sebagai seorang jurutera.
Ads
“Bagi saya, pelajaran sangat penting. Kalau boleh saya nak Sumayyah jadi doktor, Syaikhul pula memang minat dalam bidang kejuruteraan,” katanya.
Dua kerjaya ini bukan sahaja dihormati, malah memberi peluang untuk membantu ramai orang serta menyumbang kepada masyarakat. Bagi Puteri Sarah, kejayaan sebenar bukan diukur melalui populariti, tetapi melalui ilmu dan manfaat yang boleh diberikan kepada orang lain.
Cerita tentang Puteri Sarah dan anak-anaknya ini mengajar kita satu perkara penting. Tak kira siapa ibu bapa kita dan apa pekerjaan mereka, pendidikan, usaha dan minat tetap menjadi kunci utama kejayaan.
Siapa tahu, suatu hari nanti Syaikhul dan Sumayyah benar-benar menjadi doktor dan jurutera seperti yang diimpikan. Begitu juga dengan anak-anak lain di luar sana, setiap impian boleh dicapai jika disertai dengan usaha dan ilmu.
Yang penting, teruskan belajar rajin-rajin dan jangan mudah berputus asa. Percayalah, setiap ibu bapa termasuk Puteri Sarah pasti akan berasa bangga melihat kejayaan anak-anak mereka kelak.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Ayda Jebat jarang-jarang berkongsi kisah anak keduanya, Aali Mateen yang kini semakin membesar.
Namun perkongsian penyanyi itu di Instagramnya baru-baru ini menarik perhatian ramai.
Menerusi entri itu, wajah si comel Aali Mateen yang kini berusia hampir sembilan bulan dikongsikan ibunya. Bahkan Ayda juga turut berkongsi perkembangan terkini anak keduanya itu.
“Good Morning from Dedek Aali. Gebu dek! Almost 9 months!
“Cepatnya masa berlalu. Tau tau kejap lagi dia dah pergi main paintball dengan Dadaa @nabilmahir
“Dedek Update:
• Dah ada 6 gigi • Favourite food : BROCCOLI & BANANA • Cuba nak jalan sendiri walaupun diri masih terhuyung hayang • Anak Dadaa • Diaper size XL
Malah wajah comel dan ceria Aali yang tampil mempromosikan lampin pakai buang menarik perhatian ramai. Memang comel dan gebu gebas.
Wargamaya juga meninggalkan pelbagai reaksi malah geram dengan tubuh badan semangat Aali Mateen.
Terdahulu, Ayda mendirikan rumahtangga bersama suaminya, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Ana Nayla dan Aali.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Benarlah aura si comel Muhammad Aniq Redzuan atau Bang Aji ini bukan biasa-biasa. Setiap kali melihat wajah dan keletah comelnya di media sosial hati tercuit rasa sayang. Apa lagi kala bertemu dengannya secara berdepan.
Pelawaan Bintang Kecil & Pa&Ma sebagai Cover Digital 2025 disambut baik oleh keluarga khusus bagi meninggalkan memori dizaman kecil buat anak mereka.
Bapanya, Mohd Redzuan Zainol berkongsi kisah istimewa anak kecil ini sehingga disayangi malah disenangi ramai orang.
Muhammad Aniq yang dilahirkan pada 10 Ogos 2021 ini benar-benar mampu membuatkan ramai cair. Malah Bang Aji yang kini menginjak usia empat tahun rupanya seorang anak yang cukup disenangi oleh keluarga.
Berkongsi kisah Bang Aji di waktu kecil, ujar bapanya, Bang Aji satu-satunya anaknya yang paling kecil dengan berat 2.6kg sahaja ketika dilahirkan.
Malah kongsi bapanya lagi, Bang Aji yang dilahirkan waktu PKP ketika itu meninggalkan banyak memori buatnya dan isteri.
“Berbanding abang dan dua kakaknya, berat Bang Aji boleh saya katakan paling kecil dengan 2.6kg sahaja ketika dilahirkan.
“Sama macam bayi lain, Bang Aji membesar macam biasa cuma dia memang suka minum susu.
“Saya masih ingat lagi waktu Bang Aji lahir, waktu tu zaman PKP jadi nak tak nak semua benda kena buat sendiri termasukkan mencukur rambutnya waktu bayi.
“Disebabkan bidan tak boleh datang ke rumah, saya buat sendiri, saya pegang kepala dan cukur rambut Bang Aji sendiri,” kongsi bapanya lagi.
Disebalik perwatakan Bang Aji yang begitu bersahaja, rupanya anak kecil kesayangan ramai ini memiliki karakter yang cukup kelakar bila berada di rumah.
Bahkan kata bapanya, Bang Aji juga sering membuatkan mereka sekeluarga terhibur dengan gelagat comelnya. Ada sahaja yang dilakukan yang tidak terjangkau dek akal.
“Setiap benda yang dia buat di rumah, dari kecil lagi memang kelakar.
“Boleh saya katakan setiap pergerakan Bang Aji memang kelakar malah dia paling ramah berbanding abangnya,”ujarnya lagi.
Sentuhan kreatif berpengalaman dan penuh magis dari jurugambar @newbornbytakara membuahkan hasil cukup magis bila mana setiap aksi dan keletah comel Bang Aji dipotretkan sebaiknya oleh jurukamera berpengalaman ini dengan cukup sempurna.
Paling membanggakan, Bang Aji yang sudah terbiasa dengan kamera ini mampu bekerjasama dan memberikan pose yang cukup menarik untuk dipotretkan.
Bang Aji muncul dengan gaya yang cukup matang dan bersahaja. Cukup dengan hanya tersenyum manis dan memberikan sedikit gaya, aura Bang Aji sudah berjaya dirakam dengan cukup sempurna. Memang hebat!
Kata bapanya lagi, jika diminta untuk muncul dikamera, Bang Aji tidak lokek malah boleh memberi kerjasama dengan baik ketika merakam aksinya menerusi video-video mereka di media sosial.
Tambah bapanya lagi, dia dan keluarga yang pada mulanya agak terkejut dengan penerimaan wargamaya terhadap anaknya namun kini sudah mula terbiasa.
Malah dia sendiri tidak menyangka penangan video pertamanya bersama anak keempatnya itu mendapat perhatian ramai.
“Video yang viral tu sebenarnya saja saya rekod dan tak sangka view video nyanyian mendapat perhatian ramai.
“Bila view tinggi, saya post lagi video Bang Aji dan semuanya tinggi. Bermula dari saat itu saya mula merakam dan post video Bang Aji di media social.
“Jujurkan saya sendiri jarang bermain media social dan pada mulanya kami sekeluarga agak terkejut dengan sambutan ramai pada Bang Aji tapi kami mula membiasakan diri.
“Saya tak nafikan Bang Aji ada aura dan daya tarikan untuk orang lain nak tengok dan suka Bang Aji. Dulu zaman tak ada Tik Tok tapi lain sekarang dengan kuasa Tik Tok yang begitu besar.
“Sekarang ini jujurnya kalau nak keluar berjalan terutama ke mall, saya biasanya pakaikan dia dengan topi tapi biasanya orang tetap kenal dia.
“Saya dan isteri tak ada masalah pun cuma kadang kala Bang Aji sendiri kurang selesa apatah lagi kalau disentuh orang ramai,” katanya lagi.
Akui bapanya lagi, tempias populari Bang Aji turut dirasai ahli keluarga lain.
“Kadang-kadang ada kawan-kawan anak lain yang suka datang hendak tengok Bang Aji dirumah. Begitu juga dengan kawan-kawan neneknya yang sentiasa menjadi peminat setia Bang Aji,” konsinya lagi.
Bagi memastikan anak bongsunya ini tidak terlepas momen berharga di waktu kecilnya, sebagai bapa dia sentiasa memastikan Bang Aji ada ruang untuk dirinya sendiri terutama ketika bermain.
“Biasanya kalau saya nak ke mana-mana, saya akan bawa team saya sendiri untuk pastikan Bang Aji terjaga.
“Contohnya kalau dia nak main di event, saya bawa ramai supaya masing-masing boleh kawal Bang Aji dan tidak menghalang apa yang Bang Aji suka.
“Boleh saya katakan bila berada dalam situasi macam ini tidaklah menjadi satu halangan buat kami, cuma Bang Aji sendiri kalau nak kemana-mana mesti dengan saya. Apa-apa dia cari ayah dulu,” ujarnya lagi.
Si comel Muhammad Aniq ini rupanya bakal memasuki alam persekolahan bermula awal tahun hadapan. Semoga Bang Aji terus sihat dan memasuki alam persekolahan dengan baik dan cemerlang.
Menutup kisah penuh inspirasi ini, Bang Aji kini bersedia memasuki alam persekolahan awal tahun hadapan. Semoga si comel penuh aura ini terus sihat, membesar dengan bahagia dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan.
Memang benar, aura Bang Aji tak boleh lawan – pesonanya buat semua yang melihat terus cair!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Kisah dua kanak-kanak hilang ini benar-benar menggemparkan satu kampung di Kuching pagi semalam. Sejak semalam, seluruh penduduk berdebar-debar menunggu perkembangan terbaru tentang kehilangan dua kanak-kanak berusia lima tahun yang tidak pulang selepas keluar rumah. Alhamdulillah, akhirnya kedua-duanya ditemui dalam keadaan selamat, sekali gus melegakan semua yang terlibat dalam pencarian.
Terdahu pagi semalam, satu kampung di Kuching gempar. Dua kanak-kanak umur lima tahun hilang sejak semalam. Tapi alhamdulillah, mereka dijumpai selamat! Menurut ayah salah seorang budak itu, anaknya cakap,
“Ada orang bawa kami ke sana… tapi tak tahu siapa.” Ceritanya ringkas, tetapi cukup membuatkan orang dewasa berfikir panjang tentang keselamatan anak-anak kecil.
Penduduk kampung jumpa mereka di kawasan Batu Gelingan, dekat pantai. Masa tu jam lebih kurang 9.05 pagi. Kejadian dua kanak-kanak hilang seperti ini jarang berlaku, namun apabila ia berlaku, seluruh komuniti seperti satu keluarga, semua turun padang membantu pencarian.
Dua-dua mereka katanya keluar rumah pukul 9 pagi. Mereka nak pergi rumah nenek yang dekat je, dalam 50 meter. Konon nak main dengan sepupu. Tapi mereka tak balik. Orang kampung mula cari. Mak ayah pun risau sangat.
Syukur, mereka ditemui dalam keadaan selamat. Ayah mereka ucap syukur banyak-banyak. Walaupun kedua-duanya ditemui selamat, pengalaman kehilangan sekejap ini tetap menjadi pengajaran besar kepada semua ibu bapa.
Kadang-kadang, budak kecil tak sedar bahaya. Mereka hanya ikut rasa ingin bermain dan meneroka. Dalam situasi kes dua kanak-kanak hilang ini, mereka dipercayai mengikut seseorang atau sekadar berjalan tanpa sedar bahawa mereka semakin jauh daripada kawasan rumah.
Sebab tu, kalau nak keluar rumah, mesti bagitahu orang dewasa dulu ya. Kanak-kanak biasanya tidak memahami risiko dan bahaya di luar, terutama kawasan berhutan, pantai atau laluan sunyi.
Korang pun hati-hati bila bermain luar rumah. Jangan ikut orang yang korang tak kenal. Dan jangan jalan jauh tanpa mak ayah tahu. Hal-hal sebegini nampak kecil, tetapi boleh menjadi besar jika tidak diberi perhatian.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!