Bukan semua anak-anak kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Ada sesetengahnya mula rasa tak yakin dan takut untuk mencuba.
Sebagai mak ayah, kitalah yang perlu bertindak untuk membantu anak jadi berani mencuba.
Menurut perkongsian Mohd Fhais Salim, mak ayah berperanan penting untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan anak-anak. Ikuti perkongsian beliau.
Lima cara untuk tingkatkan keyakinan diri anak-anak.
Apabila anak cakap saya tak pandai, saya tak tahu terus kita cakap ” kamu bukan tak tahu, kamu bukan tak pandai tapi kamu belum cuba. Cuba dulu buat.”
Beritahu anak, tak tahu tak mengapa tapi jangan takut untuk mencuba. Kita galakkan anak untuk berani mencuba.
Kita jangan sekali-kali marah anak. Beritahu anak dengan baik dan ajak anak untuk buat sama-sama. “Jom, mari ayah tunjukkan caranya”. Nampak mudah tapi cara ni boleh tingkatkan keyakinan anak.
Seterusnya beritahu anak, “Tak apa ibu percaya kakak boleh buat”. Kadang-kadang anak mudah rasa tak yakin pada diri. Kita tambah dan suntik sedikit keyakinan diri pada anak. Tambahkan kepercayaan pada diri anak. Insyallah membuahkan hasil.
Kelima, sudah tentulah anak perlukan latihan kerana latihan akan menambahkan kemahiran dan kemahiran inilah yang akan meningkatkan keyakinan diri anak.
Jadi, mak ayah kena sabar dan konsisten untuk sentiasa mendidik anak sehingga dia yakin pada dirinya sendiri.
Sepanjang cuti sekolah September ini, LEGOLAND® Malaysia Resort ada pelbagai aktiviti menarik menanti korang semua! Tempat ini memang syurga buat kanak-kanak sebab ada lebih daripada 80 permainan interaktif, gelongsor air, pertunjukan hebat dan macam-macam lagi!
Nak tahu apa yang paling best? Korang boleh sertai “The Dragon Awaits: Join the Final Build and Name Reveal” dan tolong bina naga LEGO gergasi sepanjang 7.5 meter.
Bukan itu sahaja, korang juga boleh menyelesaikan peta LEGO Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia dalam aktiviti “A Monumental LEGO Build” yang menggunakan lebih 41,000 batu bata LEGO! Jangan lupa tengok filem 4D terbaru, “Z-Blob Rescue Rush” yang penuh aksi dan keajaiban!
Untuk yang suka mencipta, ada cabaran “BRICK FEST Kingdom Warrior” di mana korang boleh bina istana dan pedang korang sendiri guna LEGO.
Jom datang pada 14-15 September 2024 untuk sesi menghias kek LEGO dan banyak cabutan bertuah menanti. Lagi seronok, ada diskaun hebat sempena Ulang Tahun Ke-12 ini! Dapatkan 30% diskaun penginapan di Hotel LEGOLAND, 50% diskaun tiket harian, dan potongan harga 25% untuk set LEGO Botanicals.
Cepat ajak mak, ayah dan kawan-kawan datang ke LEGOLAND Malaysia dan sertai semua keseronokan ini! Kami tunggu korang di sini untuk meraikan ulang tahun penuh keajaiban!
Kemahiran menulis perlu diperkenalkan dan diajarkan pada anak sejak awal lagi. Semua ini bagi membiasakan anak untuk memegang pensil dan sebagai persediaan awal melangkah ke sekolah.
Macam mana nak ajar anak? Ikuti panduan Terapis Cara Kerja, Pn Mahfuzah Zainol sebagai persediaan untuk mengajar anak kemahiran menulis.
Persediaan mengajar kemahiran tulisan tangan kepada kanak-kanak?
1. Bersedia ajar cara memegang pensel. Sekitar umur 3-5 tahun.
Setelah itu, kebiasaannya murid sudah develop pegangan pensel sendiri. Nanti saya further explain apa nak buat jika pegangan pensel tidak efektif.
2. Bersedia ajar menulis di atas garisan.
Ya, gunakan buku bergaris. Untuk murid yang muda-muda (4-7 tahun), boleh guna kertas bergarisan yang lebih lebar daripada biasa.
Jenis kertas bergarisan juga telah saya kongsikan dalam posting sebelum-sebelum ini.
3. Bersedia ajar menulis dengan arah betul. Ini adalah cara memulakan pergerakan menulis itu, mula dari atas ke bawah atau dari kiri ke kanan dan vice versa.
Untuk cara menulis dengan betul ini, kita allow untuk murid yang kidal supaya boleh buat garisan dari kanan ke kiri.
4. Bersedia ajar menulis dengan pembentukan huruf dengan betul.
Pembentukan huruf tidak betul ini adalah seperti tulis secara terbalik, macam dalam cermin.
5. Bersedia ajar untuk menjarakkan perkataan.
Yang ini kemudian sikit sebab kita fokus 1-4 tu untuk menulis huruf atau nombor individual dulu, dah pandai, boleh tulis perkataan, then pandai lagi boleh tulis ayat.
Kebiasaannya tiada spacing atau tulis rapat-rapat ni berlaku apabila dia sudah mula menyalin/menulis ayat.
Anak takut nak jumpa doktor gigi apa mak ayah nak buat? Jangan risau. Ada penyelesaiannya di sini.
Temu bual salah seorang doktor dalam bidang Pemulihan dan Estetika Pergigian (Restorative and Aesthetic Dentistry), iaitu Dr Ibrahim Shahruddin ini pasti membantu masalah mak ayah.
Menurut beliau punca utama menyebabkan ramai kanak-kanak takut untuk berjumpa dengan doktor gigi adalah kerana mereka tidak didedahkan untuk berjumpa dengan doktor gigi pada seawal tahun pertama kehidupan atau ketika gigi susu pertama muncul.
“Berjumpa dengan doktor gigi bukanlah satu perkara yang menjadi satu kebiasaan bagi rata-rata masyarakat Malaysia. Kanak-kanak biasanya hanya akan dibawa berjumpa doktor apabila sudah berdepan dengan masalah gigi seperti karies gigi,” jelas Dr Ibrahim.
Kejutan di sekolah
Terdapat juga kanak-kanak yang pertama kali mendapatkan rawatan pergigian ketika di sekolah. Dan lebih ‘memburukkan’ keadaan apabila mereka dirawat dengan jururawat pergigian yang garang. Ini sekali gus menambahkan lagi rasa takut mereka untuk berjumpa doktor gigi.
Bagi Dr Ibrahim, masalah ini sebenarnya boleh diatasi sekiranya tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa adalah tinggi dalam aspek penjagaan pergigian anak-anak. Beliau turut menambah, pada hakikatnya kos untuk mencegah itu adalah sesuatu yang lebih murah dan lebih baik daripada kos yang perlu dikeluarkan untuk merawat apabila sesuatu keadaan sudah menjadi lebih kronik dan serius.
Atasi masalah anak takut berjumpa doktor gigi
Bagi ibu bapa yang berdepan dengan isu anak takut untuk berjumpa doktor gigi, berikut adalah beberapa perkongsian tip yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah ini:
Mulakan pada awal usia
Biasakan anak untuk berjumpa dengan doktor. Tip ini boleh dilakukan pada seawal usia setahun atau ketika anak anda baru mendapat gigi susu yang pertamanya.
Sekadar perjumpaan
Bagi kanak-kanak pula, ia mungkin sedikit sukar untuk membuang rasa takut berjumpa doktor. Tetapi jangan berputus asa. Langkah pertama, biasakan anak anda untuk bertemu dengan doktor. Mungkin pada kali pertamanya hanya sekadar berjumpa dan berbual. Ini adalah untuk membiasakan diri anak dengan doktor gigi.
Elakkan paksaan
Sebaiknya hindari daripada menggunakan sebarang paksaan. Mungkin pada kali pertama anda membawa anak berjumpa doktor, ia hanya akan memakan masa tidak sampai 5 minit, apabila akhirnya anak anda meraung dan menangis. Kesabaran adalah kunci utama.
Ia mungkin akan mengambil masa dan memerlukan anda untuk membawa anak anda berjumpa doktor gigi untuk beberapa kali sebelum mereka benar-benar selesa dan tidak takut untuk berjumpa doktor gigi. Tetapi jangan putus asa.
Kuatkan semangat
Sebenarnya masalah takut untuk berjumpa doktor gigi ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-kanak, tetapi wujud pada individu dewasa. Jika tidak, takkan muncul petua menggunakan minyak motor untuk merawat sakit gigi, bukan?
Jadi, jika anda merupakan antara individu yang mungkin mempunyai rasa takut mahupun trauma untuk berjumpa doktor gigi, cuba untuk beranikan diri dan kuatkan semangat. Seperti kata Dr. Ibrahim, anda tidak perlu terus untuk melakukan rawatan pada kali pertama, mungkin sekadar mendapatkan konsultasi. Lawanlah rasa takut anda, anda boleh melakukannya.
Biasa makan keledek tak? Tentu ada yang pernah menikmati makanan ini bersama nenek atau ibu ayah di kampung.Sebenarnya keledek ini banyak khasiat yang ramai...