Anak takut nak jumpa doktor gigi apa mak ayah nak buat? Jangan risau. Ada penyelesaiannya di sini.
Temu bual salah seorang doktor dalam bidang Pemulihan dan Estetika Pergigian (Restorative and Aesthetic Dentistry), iaitu Dr Ibrahim Shahruddin ini pasti membantu masalah mak ayah.
Menurut beliau punca utama menyebabkan ramai kanak-kanak takut untuk berjumpa dengan doktor gigi adalah kerana mereka tidak didedahkan untuk berjumpa dengan doktor gigi pada seawal tahun pertama kehidupan atau ketika gigi susu pertama muncul.
“Berjumpa dengan doktor gigi bukanlah satu perkara yang menjadi satu kebiasaan bagi rata-rata masyarakat Malaysia. Kanak-kanak biasanya hanya akan dibawa berjumpa doktor apabila sudah berdepan dengan masalah gigi seperti karies gigi,” jelas Dr Ibrahim.
Ads
Kejutan di sekolah
Terdapat juga kanak-kanak yang pertama kali mendapatkan rawatan pergigian ketika di sekolah. Dan lebih ‘memburukkan’ keadaan apabila mereka dirawat dengan jururawat pergigian yang garang. Ini sekali gus menambahkan lagi rasa takut mereka untuk berjumpa doktor gigi.
Bagi Dr Ibrahim, masalah ini sebenarnya boleh diatasi sekiranya tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa adalah tinggi dalam aspek penjagaan pergigian anak-anak. Beliau turut menambah, pada hakikatnya kos untuk mencegah itu adalah sesuatu yang lebih murah dan lebih baik daripada kos yang perlu dikeluarkan untuk merawat apabila sesuatu keadaan sudah menjadi lebih kronik dan serius.
Atasi masalah anak takut berjumpa doktor gigi
Bagi ibu bapa yang berdepan dengan isu anak takut untuk berjumpa doktor gigi, berikut adalah beberapa perkongsian tip yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah ini:
Ads
Mulakan pada awal usia
Biasakan anak untuk berjumpa dengan doktor. Tip ini boleh dilakukan pada seawal usia setahun atau ketika anak anda baru mendapat gigi susu yang pertamanya.
Sekadar perjumpaan
Bagi kanak-kanak pula, ia mungkin sedikit sukar untuk membuang rasa takut berjumpa doktor. Tetapi jangan berputus asa. Langkah pertama, biasakan anak anda untuk bertemu dengan doktor. Mungkin pada kali pertamanya hanya sekadar berjumpa dan berbual. Ini adalah untuk membiasakan diri anak dengan doktor gigi.
Ads
Elakkan paksaan
Sebaiknya hindari daripada menggunakan sebarang paksaan. Mungkin pada kali pertama anda membawa anak berjumpa doktor, ia hanya akan memakan masa tidak sampai 5 minit, apabila akhirnya anak anda meraung dan menangis. Kesabaran adalah kunci utama.
Ia mungkin akan mengambil masa dan memerlukan anda untuk membawa anak anda berjumpa doktor gigi untuk beberapa kali sebelum mereka benar-benar selesa dan tidak takut untuk berjumpa doktor gigi. Tetapi jangan putus asa.
Kuatkan semangat
Sebenarnya masalah takut untuk berjumpa doktor gigi ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-kanak, tetapi wujud pada individu dewasa. Jika tidak, takkan muncul petua menggunakan minyak motor untuk merawat sakit gigi, bukan?
Jadi, jika anda merupakan antara individu yang mungkin mempunyai rasa takut mahupun trauma untuk berjumpa doktor gigi, cuba untuk beranikan diri dan kuatkan semangat. Seperti kata Dr. Ibrahim, anda tidak perlu terus untuk melakukan rawatan pada kali pertama, mungkin sekadar mendapatkan konsultasi. Lawanlah rasa takut anda, anda boleh melakukannya.
Anak kita berbeza-beza. Ada yang dilahirkan dengan seribu satu macam karakter dan perangai yang berbeza biarpun dilahirkan dari satu rahim ibu yang sama. Semuanya punya karakter tersendiri.
Berkongsi jenis dan karakter anak, menerusi Webinar Penyusuan Syoknya Susukan Anak yang berlangsung pada Sabtu lalu, Master Coach Pentagon Math Sdn Bhd, Che Man berkongsi cara menidurkan anak mengikut jenis anak-anak itu sendiri samada Visual, Auditory, Kinestetik, Reading and Writing atau Flexible Kinestetik.
Jom ikuti perkongsian daripada beliau.
Kalau mak ayah dapat kenal pasti anak yang mana satu, samada visual, auditory, kinestetik, reading and writing atau flexible kinestetik, mak ayah akan dapat menetapkan cara pembelajaran anak dengan lebih baik.
Malah dapat memudahkan anak senang tidur dengan cara yang mudah. Ini tip yang dikongsikan olehnya.
Tidurkan anak mengikut karakter anak:
Visual
– Suasana bilik kena cantik lebih tepat lagi suasana hendak tidur
– Usaha untuk tenangkan anak
– Lampu jangan terang, malapkan cahaya lampu seperti mood hendak tidur
– Pilih bacakan buku bergambar sebelum tidur dan secara santai
– Suasana cantik, lama-kelamaan buat anak mudah tidur.
Auditory
– Pasangkan muzik yang tenang pada anak.
– Bunyi-bunyian segar atau ‘white noise’ antara yang disarankan untuk anak
– Pilih membawa buku cerita atau bercerita yang lembut
– Dua elemen ini boleh buat anak Auditory lebih cepat tidur
Kinestetik
– Anak dengan karakter ini memerlukan tepukan dan urutan sebelum tidur.
– Lebih tepat lagi perlu diteman sebelum tidur
Reading Writing
– Perlu tidur dengan rutin tidur tanpa berubah cthnya, tidur mesti dikatil.
– Rutin tidur yang sama
– cth minum susu seblum tidur
Bila saja anak sudah menginjak ke alam persekolahan, ada beberapa perkara yang mak ayah perlu tekankan pada anak. Ini termasuklah bab menjaga aurat lelaki dan perempuan.
Menurut Dr Redza Zainol, sebaik anak melangkah ke alam persekolahan, anak perlu dijaga dengan beberapa perkara yang penting untuk menjalani proses pembesaran mereka. Ikuti perkongsian ini.
6 perkara yang anak lelaki & perempuan usia 7 tahun perlu jaga bila dah mula bersekolah:
1. Jaga adab sesama kawan. Jangan biarkan budaya ‘body shaming’ atau ejek mengejek berlaku.
2. Jangan benarkan rakan-rakan atau orang dewasa sentuh ‘private part’ walau sesama jantina (dada, bibir, punggung dan kemaluan).
3. Jaga tutur kata. Murid Darjah 1 pun ada yang dah mencarut, tunjuk jari tengah dan lain-lain.
4. Mengadu kepada guru andai berlakunya buli (ejek-mengejek), sentuhan tidak selamat atau pertuturan kawan yang tidak menyenangkan.
5. Hargai barang yang dibeli oleh ibu bapa. Jika tidak, pensel, pemadam, pembaris, botol air semua hilang.
6. Mula diajar solat setiap hari dan belajar bacaan semasa solat.
Dalam lembaran-lembaran suci Al-Quran, terdapat banyak kisah yang mengandungi pelajaran berharga untuk umat manusia, salah satunya adalah kisah Nabi Sulaiman AS dan semut yang tercatat dalam Surah An-Naml ayat 18.
Kisah ini bukan hanya sebuah cerita, melainkan pelajaran tentang kepekaan, kebijaksanaan, dan penghormatan terhadap makhluk Allah yang terkecil sekalipun.
Pada suatu hari, Nabi Sulaiman AS bersama para tenteranya melakukan perjalanan.
Dalam perjalanan tersebut, mereka melewati sebuah lembah yang dihuni oleh semut-semut. Nabi Sulaiman, yang dianugerahi Allah kemampuan untuk berkomunikasi dengan berbagai makhluk, tersenyum mendengar keprihatinan salah satu semut.
Semut tersebut memperingatkan rakan-rakannya untuk masuk ke dalam sarang agar tidak terpijak oleh Nabi Sulaiman dan tenteranya.
Menyedari hal ini, Nabi Sulaiman AS kemudian memerintahkan para tenteranya untuk mengubah haluan perjalanan mereka agar tidak merosak sarang semut.
Tindakan Nabi Sulaiman ini menunjukkan sebuah kebijaksanaan dan kelemah lembutan hati, di mana beliau mempertimbangkan keselamatan makhluk-makhluk kecil dan menghindari kemungkinan membahayakan mereka.
Kisah ini mengajarkan kepada kita tentang pentingnya kepekaan dan kasih sayang terhadap semua makhluk hidup. Nabi Sulaiman AS menunjukkan teladan yang baik dalam berinteraksi dengan alam semesta, dimana setiap makhluk, tidak peduli sekecil apa pun, memiliki hak untuk hidup dan dilindungi.
Hal ini mengingatkan kita untuk selalu berhati-hati dalam setiap langkah dan tindakan kita agar tidak merugikan atau menyakiti makhluk lain.
Surah An-Naml ayat 18 tidak hanya menceritakan tentang kisah semut dan Nabi Sulaiman tetapi juga mengajarkan kita tentang kebesaran dan keindahan penciptaan Allah.
Kisah ini menjadi bukti bahwa Al-Quran mengandung hikmah dan pelajaran yang relevan untuk semua zaman, mengajak kita untuk merefleksikan hubungan kita dengan alam dan makhluk hidup lainnya.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.Bahkan kata Nabila...