Diam tak diam, anak kepada hero Malaya, Remy Ishak, si comel Tuah Alam kini sudah pun berusia satu tahun tiga bulan.
Melalui satu entrinya di akaun Tik Tok, pelakon handalan ini meluahkan rasa syukurnya atas kurniaan tidak terhingga itu buat dirinya dan isteri.
Bahkan Remy atau nama sebenarnya Mohamaad Zalimei Ishak, 42, turut berjanji akan mendidik dan membesarkan anaknya sehabis baik hingga nafasnya yang terakhir.
“Tuah baru 1 tahun 3 bulan, Ayah janji akan jaga Tuah sampai akhir hujung waktu ayah.
Ads
“Ayah janji! ❤️,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Apa yang menarik pastinya bonding kedua beranak itu di pantai. Remy dilihat cukup sporting bila menemani Tuah untuk menghasilkan istana pasir sambil ditemani isteri tercinta, Ezza Yusof.
Ads
Begitu juga ketika menemani Tuah di persisiran pantai dan bermain di gigi-gigi air.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan komen turut mendoakan buat keluarga kecil Remy sentiasa hidup diberkati Ilahi dan bahagia selalu.
Ads
Untuk rekod, Remy mendirikan rumah tangga dengan Ezza pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun mereka berkenalan.
Anak-anak kita biarpun dilahirkan daripada rahim yang sama namun berbeza sifatnya. Ini juga ada kena mengena dengan tarikh bulan kelahiran mereka. Malah beberapa kajian dan tinjauan jelas memperlihatkan perbezaan ini.
Bagi mak ayah yang mempunyai anak pada bulan September, berikut merupakan personaliti dan keperibadian anak yang lahir pada bulan September menerusi hasil kajian dan tinjauan.
1.Penyayang
Anak yang dilahirkan pada bulan September umumnya bijak dan penyayang. Mereka sangat bimbang tentang nasib orang lain dan haiwan di persekitaran mereka. Tetapi sila ambil perhatian bahawa mereka juga sangat sensitif. Oleh itu, berhati-hatilah dalam tingkah laku supaya tidak menyakiti hatinya.
2.Perfectionist
Kalau lahir pada bulan September pastinya akan sentiasa melakukan segala-galanya dengan cara mereka sendiri dan mereka sentiasa mahu menjadi yang terbaik. Sebab itu mereka akan mencuba dan mencuba sehingga mendapat hasil yang diinginkan. Tingkah laku sedemikian juga menunjukkan betapa berdedikasi mereka terhadap kerja yang mereka lakukan dan digelar ‘perfectionist’.
3.Suka bersenam
Anak yang lahir bulan ini dikatakan memang suka bergerak seperti bersukan atau melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan. Mereka suka berjalan di taman, pergi ke kawasan pergunungan, dan mengembara untuk bertemu orang baharu. Mereka beranggapan bahawa mengenali seseorang dari latar belakang yang berbeza adalah sangat menyeronokkan.
4.Jarang sakit
Perasan atau tak, anak yang dilahirkan dalam bulan ini agak kebal terhadap virus dan jarang sakit. Mereka sangat berhati-hati tentang pemakanan mereka dan mengekalkan gaya hidup sihat. Jika dia mengalami masalah penyakit tertentu, mungkin masalah yang sering dialaminya ialah masalah penghadaman dan saluran kencing.
5.Kreatif
Anak-anak juga seorang yang kreatif dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Hal ini kerana individu lahir bulan September suka membaca buku dan dahagakan ilmu. Jadi, si kecil anda mampu melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh orang lain, walaupun dianggap pelik.
6.Degil
Kerana individu lahir dalam bulan September bercita-cita tinggi, jangan terkejut jika dia juga degil ya! Sabar dan arahkan orang yang dikenali dengan baik dan arahan yang sesuai.
7.Berkeyakinan tinggi
Anak yang lahir pada bulan September mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Selain itu, mereka cenderung menjadi teratur dan mempunyai ingatan yang baik.
8.Mempunyai semangat yang tinggi
Jika anda mempunyai anak yang lahir pada bulan September, anda harus bersiap sedia! Ini kerana mereka mempunyai semangat yang tinggi terhadap sesuatu, contohnya pengembaraan baharu dan mengetahui sesuatu yang baharu. Untuk mengekalkan semangatnya, kekal di sisinya dan ikuti apa sahaja yang dia mahu lakukan.
9. Patuh arahan mak ayah
Secara amnya, kanak-kanak yang lahir pada bulan September cenderung mematuhi kehendak ibu bapa mereka. Tetapi ibu bapa juga perlu mengarahkan mereka untuk mempunyai pendapat mereka sendiri.
10.Bercita-cita tinggi
Anak kecil anda adalah seorang yang mempunyai komitmen yang tinggi. Jadi jika anda memberinya tugas, dia akan melakukannya dengan sebaik mungkin. Mereka boleh bekerjasama dengan orang lain dalam kumpulan, tetapi mereka lebih suka bekerja sendiri. Tidak hairanlah bahawa kanak-kanak yang dilahirkan bulan ini sangat bercita-cita tinggi dan ingin mempunyai pengetahuan dan/atau pengalaman yang lebih luas daripada orang lain.
Sumber: Kumparan
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang tahu tak, bila kita bermain sambil belajar, otak kita sebenarnya bekerja dengan lebih aktif. Aktiviti permainan kanak-kanak bukan main je suka-suka, tapi setiap permainan ada kuasa ajaib yang boleh kuatkan ingatan, motor halus, kreativiti dan cara kita selesaikan masalah. Best kan?
Nah, ini antara permainan yang paling mudah, paling seronok dan paling terbukti membantu perkembangan minda kanak-kanak!
Puzzle ni memang legend! Dari dulu sampai sekarang budak-budak memang suka.
Apa yang best?
Setiap kali satu keping puzzle berjaya dicantumkan, otak pun dapat rangsangan baru. Lagi besar puzzle, lagi puas hati bila siap! Aktiviti permainan kanak-kanak seperti puzzle ni memang bagus untuk bina fokus.
Haa, yang ni memang kelakar dan sangat mencabar kreativiti! Caranya mudah, beri satu perkataan kepada anak, kemudian minta dia buat cerita pendek berdasarkan perkataan tu.
Contoh perkataan “bulan”. Cerita boleh jadi tentang bulan hilang, bulan jatuh, bulan bercakap… apa saja!
Permainan ini bantu:
Ini salah satu aktiviti permainan kanak-kanak yang paling bagus untuk perkembangan bahasa dan imaginasi.
Tanah liat warna-warni ni memang buat anak teruja. Bila mereka menekan, menggulung dan membentuk tanah liat, motor halus mereka jadi semakin kuat.
Manfaatnya?
Kadang-kadang idea anak boleh jadi lagi hebat daripada orang dewasa. Tiba-tiba ada kek tanah liat, burger tanah liat… macam-macam! Aktiviti permainan kanak-kanak jenis sensory play ni memang bantu perkembangan deria.
Lego, blok kayu, blok magnet… semua ni bukan sekadar main susun.
Saintis dapati kanak-kanak yang selalu bermain blok masa umur 3 sampai 5 tahun akan lebih senang faham matematik bila masuk sekolah menengah. Hebat kan?
Permainan blok bantu:
Bina rumah, bina kapal angkasa, bina zoo… semua boleh! Aktiviti permainan kanak-kanak jenis binaan ni pun sangat bagus untuk kemahiran STEM awal.
Permainan pura-pura ni memang favourite budak.
Main masak-masak, main doktor, cikgu, cashier kedai, pemandu bas… semua ni sebenarnya bantu perkembangan sosial dan emosi.
Manfaat pretend play:
Dengan adanya apron kecil, mesin tunai mainan, anak patung, makanan plastik dan props kecik lain, mereka boleh jadi apa saja yang mereka bayangkan! Ini antara aktiviti permainan kanak-kanak yang paling seronok dan berkesan untuk EQ.
Bagi saja kertas, krayon, pen warna, gunting selamat dan gluestick… terus dunia imaginasi terbuka luas!
Aktiviti seni bantu:
Nak lagi fun? Bagi putik kapas atau bebola kapas, celup dalam warna air dan biar mereka ‘lukis’ ikut kreativiti sendiri.
Cuma… pastikan dinding selamat ya! Tip mudah, lekatkan kertas besar pada dinding. Barulah anak bebas berkarya tanpa risau ada “seni mural tak dirancang” di rumah.
Kesimpulannya, aktiviti permainan kanak-kanak bukan sekadar untuk suka-suka. Setiap aktiviti ada kuasa hebat untuk kuatkan minda, bakat dan personaliti kanak-kanak. Lagi banyak mereka bermain, lagi laju otak mereka berkembang!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Mak ayah mana yang tidak rungsing bila anak tidak dengar kata dan keras hatinya. Mak ayah boleh amalkan doa-doa tertentu sebagai amalan harian untuk lembutkan hati anak.
Cuba amalkan doa-doa ini bagi melembutkan hati mereka. Yakinlah dengan kuasa doa.
Selain sentiasa doakan mereka dalam setiap solat kita, doa dan amalan yang dikongsikan oleh ustazah cantik manis kita ini harus kita amalkan. Ada 5 doa dan amalan yang patut kita cuba. Jangan culas.
Tip lembutkan hati orang yang kita sayang seperti anak, suami atau isteri dan ibubapa.
1.Mulakan dengan membawa Surah Fatihah sebanyak 3 kali.
2. Kemudian lengkapkan dengan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.
3. Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.
4. Usah dilupakan dengan tambahan Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.
5. Akhir sekali sudahkannya dengan Surah Al Fath ayat 1-5 yang dibaca sebanyak 3 kali.
Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun. In shaa Allah dengan izin Allah, mujarab lembutkan hati anak-anak dan pasangan kita. Juga ibubapa kita.
Bila hati anak dan pasangan lembut, barulah hidup makin terasa bahagianya. Petua yang dikongsikan oleh Ustazah kita ini adalah dengan membahagiakan orang lain terlebih dahulu dalam mencari kebahagian hidup bersama.
Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN. Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi صلي الله عليه وسلم:
Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.
Maka jawab Nabi SAW,
“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”
Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.
Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah menjelaskan dalam satu hadith:
“Amal yang paling dicintai Allah سبحانه وتعالى iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.
Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]
Maka lembutkanlah hati orang-orang yang kita sayang dan bahagiakanlah mereka yang berada di sekitar kita agar kita lebih merasakan kebahagian. Jom azam untuk sama sama perbaiki akhlak dengan mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!