Dalam dunia yang penuh dengan pelbagai ragaman, cerita tentang tikus bandar dan tikus kampung mengajarkan kita tentang nilai kehidupan yang sederhana dan pentingnya menghargai apa yang kita miliki.
Kisah ini dimulai dengan pertemuan antara dua sahabat dari dua dunia yang berbeza iaitu tikus kampung yang hidup sederhana dan tikus bandar yang terbiasa dengan kemewahan.
Tikus kampung dengan hati yang terbuka mengundang tikus bandar untuk merasakan kehidupan di kampungnya. Di sana, tikus bandar disajikan dengan makanan sederhana namun lazat, yang meskipun tidak mewah, namun memberikan kepuasan tersendiri.
Ads
Mereka berkongsi saat-saat bersama yang hangat, jauh dari kehidupan yang penuh risiko di bandar.
Sebagai balasan, tikus bandar mengajak tikus kampung untuk merasakan kehidupan di bandar.
Ads
Namun, kehidupan di bandar tidak semudah yang dibayangkan. Mereka diuji dengan bahaya yang mengintai, termasuk hampir dilanggar dan terancam oleh kucing yang merupakan musuh alami mereka.
Ads
Meskipun tergoda oleh makanan mewah, tikus kampung menyadari bahawa kehidupan di bandar bukanlah untuknya. Ia lebih memilih kembali ke kehidupan sederhananya di kampung, di mana kebahagiaan dan keselamatan lebih mudah ditemukan.
Kisah ini mengajarkan kita bahawa kebahagiaan sejati tidak datang dari kemewahan material, tetapi dari kepuasan dan rasa syukur atas apa yang kita miliki. Di mana pun kita berada, baik di kampung maupun di bandar, yang penting adalah bagaimana kita dapat menemukan kebahagiaan dalam kesederhanaan dan menjalani hidup dengan hati yang bersyukur
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Anak kedua usahawan dan pelawak Shuib, Dzahira Talita Zahra yang tular selepas melakukan persembahan di Bukit Bintang baru-baru ini kini melangkah setapak lagi apabila berpeluang untuk menjayakan Konsert By Ajai & Mega Friend di Singapura pada 10 Mei nanti.
Menerusi sebuah posting di Instagram, Shuib berjaya merakam momen kegembiraan di wajah Talita apabila diberi tawaran tersebut. Lebih teruja, kejutan itu dilakukan oleh Ajai sendiri.
“Dari show paling murah ke show paling mahal. Tahniah Talita. Daddy bangga.
“Terima kasih abang Ajai. Kita sama-sama doakan Talita okey,” kongsinya.
Terdahulu, Talita telah menarik perhatian ramai semasa melakukan sebuah persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan mendendangkan lagu arwah ibunya, Siti Sarah Raisudin yang berjudul Kesetiaan.
Thalita menyanyikan lagu Kesetiaan sebanyak dua kali dan pada nyanyian kedua, emosinya sedikit tersentuh sehingga menitiskan air mata.
Selain lagu Kesetiaan, dia juga menyanyikan lagu Kekasih Bayangan sewaktu busking bersama stesen radio Era FM.
Terdahulu, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat bersalin anak keduanya pada 17 Mei yang lalu. Dia melalui kelahiran secara pembedahan di atas saranan doktor kerana mengalami masalah jantung. Isteri kepada Raja Syahiran ini turut berkongsi tentang kelahiran kali kedua ini adalah dua minggu awal dari due date yang sebenar.
Semalam, Uyaina telah memuatnaik sebuah video di media sosial berkongsi detik-detik indah pertama kali anak sulungnya, Raja Urhan, berjumpa dengan adik. Dapat dilihat Urhan sangat teruja dan seperti tidak percaya yang adiknya telah lahir dan boleh disentuh.
Didalam video tersebut, Urhan dibawa oleh Baba untuk berjumpa dengan Mama dan adiknya. Ketika masuk ke bilik, dia seakan-akan terkejut tetapi tidak lama selepas itu Urhan terus naik ke katil untuk memegang dan mencium adiknya.
Di penghujung video, Urhan memegang gambar adiknya sambil memberitahu bahawa dia gembira. Biarpun baru saja berusia sekitar dua tahun, namun sudah jelas kelihatan kasih sayang seorang abang terhadap adiknya.
Biarpun video tersebut berdurasi singkat tetapi tetap menyentuh hati mereka yang menonton. Rata-rata turut berkongsi pengalaman mereka selain melahirkan rasa sebak menonton video Uyaina ini. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan tahniah buat Uyaina sekeluarga di atas kelahiran putera yang kedua ini. Tahniah!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Kalau korang jenis suka gelak kuat-kuat sampai mak ayah pandang semacam dan tegur “weh slow sikit”, ha artikel ni memang khas untuk korang. Dunia budak-budak memang tak lengkap tanpa gelak ketawa, dan antara cara paling best untuk lepaskan stres ialah dengan menonton filem yang betul-betul mencuit hati.
Kali ni, jom kita sembang santai tentang beberapa filem komedi paling kelakar yang bukan saja sesuai untuk budak-budak, malah orang dewasa pun boleh tumpang gelak sama. Siap boleh buat mood terus jadi cerah dan hati rasa ringan.
Filem komedi biasanya penuh dengan aksi pelik, watak comel, dan situasi tak masuk akal yang buat budak-budak mudah ketawa. Lawak yang ringkas, visual yang mencuit hati, dan karakter yang mudah difahami menjadikan filem sebegini kegemaran ramai. Lebih-lebih lagi bila ditonton bersama keluarga atau kawan-kawan.
Bayangkan tinggal rumah seorang diri dan tiba-tiba kena lawan pencuri guna perangkap pelik-pelik. Kevin bukan budak biasa. Dia bijak, nakal, dan kreatif tahap luar biasa. Dari pencuri tergelincir, kena seterika panas, sampai disimbah cat, semua adegan tu memang buat orang gelak walaupun dah tengok berkali-kali.
Filem ni bukan saja lawak, tapi ajar budak-budak supaya berani, berdikari, dan guna akal dalam situasi susah. Tak hairanlah Home Alone sentiasa jadi pilihan masa cuti sekolah.
Po si panda ni memang kuat makan dan kuat tidur. Badan besar, pergerakan pun tak berapa nak lincah. Tapi siapa sangka, dia ditakdirkan jadi hero kung fu. Lawak dia bukan biasa-biasa sebab perangai macam budak kecil tapi mimpi besar.
Sambil ketawa tengok Po terjatuh, tersadung, dan buat silap, budak-budak juga boleh belajar tentang keyakinan diri dan jangan cepat mengalah walaupun orang lain tak percaya pada kita.
Kalau sebut pasal lawak tanpa perlu banyak dialog, Mr Bean memang juaranya. Dengan muka pelik, gaya jalan yang aneh, dan perangai suka tersalah buat benda, setiap babak dalam filem ni boleh buat orang ketawa tanpa henti.
Filem ni sesuai untuk semua peringkat umur sebab lawaknya universal. Tak perlu faham dialog susah, cukup tengok aksi dan mimik muka Mr Bean, terus faham kenapa dia dianggap legenda komedi.
Beruang comel dari Peru ni sentiasa berniat baik, tapi entah macam mana setiap kali nak tolong, mesti jadi kelam-kabut. Dari cuba mandi sampai boleh rosakkan satu rumah, setiap adegan Paddington memang buat senyum tanpa sedar.
Lawak dia jenis lembut dan comel, sesuai untuk tontonan keluarga. Budak-budak biasanya suka sebab karakter dia baik hati, polos, dan penuh rasa ingin tahu.
Kalau bercakap tentang filem komedi paling kelakar untuk budak-budak, memang susah nak lupakan Minions. Cakap bahasa pelik, jatuh sana sini, dan buat benda bodoh tapi comel. Gru yang asalnya garang pun perlahan-lahan jadi lembut bila jaga budak-budak kecil.
Filem ni bukan saja buat ketawa, tapi tunjuk nilai kasih sayang, keluarga, dan perubahan diri ke arah yang lebih baik.
Kesemua filem komedi yang dikongsikan ni bukan sekadar hiburan kosong. Ia bantu lepaskan stres, buat hati rasa ringan, dan kadang-kadang boleh jadi terapi emosi lepas seharian belajar atau buat kerja rumah.
Kalau korang rasa penat, bosan, atau bad mood, cuba tengok salah satu filem ni. Ketawa pun sebenarnya salah satu cara untuk jadi budak yang sihat dan ceria. Jadi, dari senarai ni, yang mana satu korang nak tengok dulu?
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!