Tragis dan menyayat hati, seramai 13 murid Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar terpaksa menanggung kesakitan akibat keracunan makanan pada Rabu. Suasana bertukar pilu apabila anak-anak kecil ini mengadu sakit perut dan memerlukan perhatian segera.
Menurut lapiran Sinar Harian, seramai 13 murid Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar mengalami sakit perut dipercayai akibat keracunan makanan, pada Rabu.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, mereka mengalami keracunan makanan selepas makan makanan yang disediakan di kantin sekolah terbabit.
Ads
“Mereka yang mengalami keracunan makanan itu dari darjah satu sampai darjah enam dan telah menerima rawatan di klinik dan hospital kerajaan termasuk satu dua orang di hospital swasta.
“Mereka tidak mengalami gejala yang teruk, tiada yang dimasukkan ke dalam wad. Masing-masing pulang selepas mendapatkan rawatan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini, pada Khamis.
Ads
Menurut beliau, pegawai kesihatan daerah sudah melakukan pemeriksaan di kantin sekolah berkenaan pagi tadi dan sampel makanan sudah diambil serta dihantar ke makmal untuk ujian.
Jelasnya, keputusan sampel makanan tersebut akan diketahui dalam masa seminggu.
Ads
“Pejabat Kesihatan Daerah sudah mengarahkan kantin tersebut ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan selama dua minggu.
“Selepas kerja-kerja pembersihan dilakukan, pegawai kesihatan daerah akan membuat siasatan dan sekiranya berpuas hati membenarkan kantin terbabit beroperasi lebih awal,” katanya.
Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita semua ingin memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat, cergas, dan bijak. Namun, ada beberapa tabiat yang mungkin tidak kita sedari boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan otak mereka. Ayuh kita semak dan perbaiki jika perlu!
1. Tidur Tak Cukup
Kita semua tahu tidur penting, tetapi tahukah anda bahawa tidur yang tidak mencukupi boleh menjejaskan perkembangan otak anak? Otak memerlukan rehat yang cukup untuk memproses maklumat, memperbaiki sel-sel yang rosak, dan menguatkan memori. Jika anak anda sering berjaga malam, sama ada kerana kerja sekolah, permainan video, atau hanya tidak cukup disiplin waktu tidur, mereka mungkin mengalami masalah fokus, mudah letih, dan prestasi akademik yang menurun.
Tips: Pastikan anak mendapat tidur berkualiti sekurang-kurangnya 9-11 jam sehari, bergantung pada umur mereka. Tetapkan rutin waktu tidur yang konsisten dan jauhkan gajet sebelum tidur.
2. Terlalu Leka dengan Gajet
Tidak dapat dinafikan, gajet kini menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita, termasuk anak-anak. Namun, terlalu banyak masa dihabiskan dengan gajet boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan otak mereka. Penggunaan gajet yang berlebihan dikaitkan dengan gangguan pada perkembangan sosial, pengurangan keupayaan tumpuan, dan bahkan risiko ketagihan.
Tips: Hadkan masa penggunaan gajet kepada 1-2 jam sehari untuk anak kecil. Galakkan aktiviti lain seperti membaca, melukis, atau bermain di luar rumah untuk mengimbangi masa skrin.
3. Banyak Makan Makanan Tinggi Gula
Makanan manis mungkin menjadi kegemaran ramai kanak-kanak, tetapi pengambilan gula yang berlebihan boleh memberi kesan buruk kepada otak mereka. Gula berlebihan boleh mengganggu fungsi otak, menyebabkan anak mudah letih, hiperaktif, dan sukar memberi tumpuan. Lebih teruk, ia boleh meningkatkan risiko obesiti dan diabetes.
Tips: Kawal pengambilan gula anak dengan menyediakan makanan sihat seperti buah-buahan segar, yogurt, atau kekacang sebagai snek. Elakkan minuman bergula seperti soda dan jus kotak.
4. Makan Makanan Segera
Makanan segera seperti burger, nugget, atau kentang goreng mungkin mudah disediakan, tetapi ia mengandungi bahan pengawet, lemak trans, dan garam berlebihan yang boleh merosakkan otak anak. Kajian menunjukkan bahawa makanan segera boleh mengurangkan keupayaan kognitif dan mempengaruhi mood anak.
Tips: Masak makanan sendiri di rumah menggunakan bahan segar dan seimbang. Jika terpaksa makan di luar, pilihlah menu yang lebih sihat.
5. Kurang Aktiviti Fizikal
Anak-anak yang kurang aktif secara fizikal mungkin kelihatan sihat, tetapi hakikatnya otak mereka tidak mendapat rangsangan yang mencukupi. Aktiviti fizikal penting untuk meningkatkan aliran darah ke otak, yang membantu dalam pembelajaran, ingatan, dan kreativiti. Anak yang kurang bergerak juga berisiko untuk mengalami obesiti dan masalah kesihatan lain.
Tips: Galakkan anak bermain di luar sekurang-kurangnya 1 jam sehari. Aktiviti seperti berlari, berbasikal, atau bermain bola boleh membantu mengaktifkan tubuh dan otak mereka.
Tabiat harian anak-anak kita memainkan peranan besar dalam perkembangan otak mereka. Sebagai ibu bapa, adalah tanggungjawab kita untuk memastikan mereka tidur cukup, makan makanan berkhasiat, mengurangkan masa skrin, dan kekal aktif. Perubahan kecil dalam rutin harian boleh membawa impak besar kepada kesihatan otak dan masa depan mereka. Jom sama-sama jadikan anak-anak kita lebih cergas, fokus, dan gembira!
Ingatlah, otak yang sihat bermula daripada gaya hidup yang sihat.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Bila anak-anak dah melangkah ke alam sekolah rendah, ramai ibu bapa mula rasa mereka dah boleh berdikari. Tapi hakikatnya, peranan kita sebagai ibu bapa tak sepatutnya berakhir hanya kerana anak dah pandai membaca, menulis, dan mengira.
Perkongsian daripada Maryam Jamadi, seorang “Therapist Mummy”, mengingatkan kita tentang pentingnya terus ada di sisi anak-anak, terutama dalam perjalanan emosi mereka yang masih rapuh. Jika terlalu awal kita “melepaskan” mereka, kita mungkin tak sedar jarak itu semakin melebar hingga sukar dirapatkan semula.
Bila anak masuk darjah 1 ke atas, jangan “tinggalkan” anak. “Tinggalkan” anak membesar sendirian. Kita rasa anak dah besar, tak perlu dah nasihat dari kita. Kita ingat anak dah pandai membaca, menulis, mengira, kira dah cukuplah didik anak. Tapi realitinya, anak nampak sahaja dah besar tetapi belum matang. Kalau kita “tinggalkan” anak awal sangat, satu masa nanti Anak dah tak mahu cerita apa-apa pada kita Anak dah rasa jauh dengan kita Anak dah rasa kekok nak luahkan perasaan pada kita Anak dah malu nak beritahu “I love you” dan peluk kita. Baru kita sedar yang anak memang dah jauh dari kita.
Jadi, boleh cuba amalkan 1. “Dating” dengan setiap anak, bedua sahaja supaya boleh “heart to heart” sekurang-kurangnya sebulan sekali. 2. Borak dengan anak topik yang bukan tugas harian, selain daripada topik sekolah, kerja rumah atau perbuatan harian. Cuba borak tentang perasaan, kawan-kawan, kehidupan atau cita-cita. 3. Jangan kedekut sebut “I love you” dan pelukan pada anak. 4. Kalau kita yang salah dan silap, turunkan ego untuk sebut “sorry”. 5. Setiap kali nak minta tolong, ringankan mulut tambah perkataan “tolong”, “please” dan terima kasih. Jangan biarkan anak semakin jauh dengan kita terutamanya semasa mereka meniti zaman remaja Semoga bermanfaat, peringatan pada diri sendiri juga. *sesi heart to heart dengan Eva, habis keluar semua gosip kawan-kawan dekat sekolah
Masa dengan anak-anak takkan pernah dapat diulang. Jangan kita leka dan biarkan mereka membesar sendirian, terutamanya ketika mereka mula meniti alam remaja. Teruskan mencipta ruang untuk sesi “heart to heart,” dan jadilah tempat selamat untuk anak berkongsi cerita, perasaan, dan impian mereka.
Perkongsian ini daripada Maryam Jamadi sangat relevan sebagai peringatan buat kita semua — anak-anak takkan pernah berhenti perlukan kasih sayang, perhatian, dan bimbingan daripada ibu bapa. Jangan biarkan jarak emosi menjadi penghalang hubungan kita dengan mereka.
Sebagai khalifah di muka bumi, kita bertanggungjawab membimbing anak-anak agar memiliki akhlak yang baik berlandaskan ajaran Islam. Proses pembentukan ini seharusnya bermula sejak mereka masih dalam kandungan ibu.
Jika anak-anak ditakdirkan bersikap degil, keras hati, atau nakal, jangan berputus asa atau kecewa. Anggaplah ia sebagai ujian daripada Allah SWT untuk hamba-Nya yang disayangi.
Di antara perkara yang boleh dilakukan untuk bantu anak anda yang nakal untuk mendengar cakap dan terlalu manja:
1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam.Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga
kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.
5. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
6. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.
7. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
8. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5),Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
9. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
10. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.
E11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
“Inna lillahi wainna ilahi rojiuun. Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini. Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.