Macam mana nak pastikan anak cukup tidur dan lebih senang untuk tidur? Paling mencabar buat mak ayah. Apa kata cuba tip ini dulu.
Punca anak terlalu aktif susah tidur
* Takut kehilangan sesuatu terutamanya adik-beradik yang lebih tua biasanya beroleh ‘keistimewaan’ untuk tidur lebih lewat
* Rasa takut pada kegelapan
* Mengalami masalah untuk melakukan transisi daripada kesibukan siang kepada rutin malam yang lebih perlahan
Cara tidurkan anak yang susah tidur
Anak kecil memerlukan tempoh tidur antara 11-14 jam sehari. Ia penting untuk memastikan anak mendapatkan waktu rehat di siang dan malam hari yang mencukupi.
Ini kerana anak yang tidak mendapatkan tidur yang diperlukan oleh badan dan minda yang sedang membesar akan lebih kerap meragam dan mudah naik angin.
Mewujudkan tabiat tidur yang sihat dan mengelakkan sebarang rintangan waktu tidur pada si kecil mungkin mengambil masa dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Tetapi percayalah ia adalah langkah penting perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk kebaikan anak-anak.
Ads
#1. Konsisten dengan jadual bangun tidur
Mengikut jadual harian boleh menyebabkan anak menjadi letih pada masa yang sama setiap hari, jadi pastikan anda mematuhi jadual ini sebaik mungkin – walaupun pada hujung minggu.
#2. Biarkan anak aktif waktu siang dapat bantu anak susah tidur malam
Biarkan si kecil aktif – berlari keliling taman, bermain atau melakukan apa sahaja untuk membolehkan mereka membakar tenaga secukupnya pada siang hari. Ini menjadikan anak lebih mudah tidur apabila tiba waktunya.
#3. Cipta rutin waktu tidur yang santai
Jadikan waktu tidur sebagai waktu yang amat dinantikan anak dengan mewujudkan rutin menenangkan seperti bercerita, mendodoikannya dan memperbanyakkan pelukan dan ciuman.
Ads
#4. Bantu si kecil berehat, antara cara tidurkan anak yang susah tidur
Matikan semua gajet dan peranti, elakkan anak menonton televisyen, malapkan lampu dan mainkan lagu lembut serta menenangkan dalam sejam sebelum waktu tidur supaya fasa peralihan tidak begitu dramatik.
#5. Berikan masa mencukupi untuk rutin tidur
Pastikan rutin tidur seperti mandi, membaca buku, memeluk dan memberikan ciuman dapat diselesaikan sebelum waktu tidur anak. Jika sebaliknya, anda mungkin perlu memulakan rutin tidur lebih awal agar tidak melepasi waktu tidur mereka.
Ads
#6. Galakkan anak tidur sendiri dengan kesayangannya
Jika anak mempunyai bantal atau selimut kesayangan, teddy kegemaran atau mungkin menginginkan sentuhan peribadi ibu seperti baju T yang anda pakai pada hari tersebut, biarkan mereka untuk tidur bersamanya. Mempunyai objek kesayangan atau kegemaran di sisi boleh membantu anak susah tidur malam untuk melelapkan mata.
#7. Tidak perlu memaksa anak pejamkan mata segera
Sekiranya anak sudah berbaring di atas katil, anda tidak perlu memaksanya untuk lena dengan segera. Anda boleh mencuba perkara berikut untuk membuat anak anda terlena:
* Mendengar lagu
* Membaca buku
* Berbual dengan mainan kesayangan
* Memasang zikir bagi yang beragama Islam
Menghadapi anak terlalu aktif susah tidur sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Walaupun pada permulaan ia mungkin sukar untuk dilakukan, namun mengamalkan rutin tidur yang baik adalah penting untuk tumbesaran si kecil.
Pernah dengar tentang Middle Child Syndrome? Middle Child Syndrome merupakan keadaan psikologi anak tengah yang selalu merasa diri seperti dipinggirkan dan terabai dalam keluarga.
Urutan kelahiran dan jumlah saudara kandung dapat mempengaruhi perkembangan keperibadian, psikologi dan potensi anak.
Tanda-tanda Middle Child Syndrome:
1. Rasa tidak pernah dihargai dan diabaikan oleh ibu bapa/keluarga.
2. Sentiasa inginkan keadilan.
3. Mencari perhatian daripada keluarga dan orang lain.
4. Rasa diri tidak pernah cukup untuk orang lain.
5. Rasa macam kena bersaing dengan adik beradik.
Jika anak anda ada salah satu daripada ciri di atas, ada kemungkinan mereka alami Middle Child Syndrome. Jika tiada perubahan sikap daripada ibu bapa, sindrom ini akan berlarutan sehingga anak meningkat dewasa.
Jika mereka tidak mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka sendiri, mereka akan mencari perhatian dan penghargaan daripada orang lain. Anak yang kurang mendapatkan perhatian semasa kecil akan mudah melekat atau mudah terjatuh cinta dengan orang baru yang memberikan sedikit perhatian, walaupun orang yang baru mereka kenal.
Cara untuk mencegah anak tengah daripada terkena sindrom ini:
1. Berikan perhatian dan layanan sama rata untuk anak-anak.
2. Jangan bandingkan anak dengan adik beradik atau orang lain.
3. Luangkan waktu untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak tengah.
4. Berikan pujian dan penghargaan atas setiap pencapaian.
5. Buatkan anak merasa penting dalam keluarga.
6. Beri peluang untuk anak tengah bersuara, dengar mereka dan tunjukkan perhatian.
*INGAT! Jangan didik anak terlalu keras. Mereka ingin disayangi dan dilindungi, bukan untuk menjadi kuat dan berani tanpa didikan yang lembut.
Masuk sahaja sekolah, mulalah pensil dan pemadam asyik hilang. Pensil warna pula asyik bertukar beberapa kali dalam masa setahun. Apa sebabnya anak-anak kita terutama di sekolah rendah mengalami masalah ini?
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim, mendidik anak erti berkongsi lebih awal menjadi punca masalah ini. Jom perbetulkan.
Perasan tak anak-anak sekarang pergi sekolah ada saja benda yang hilang. Kadang pensil hilang, pemadam hilang, buku hilang sampaikan mana perginya pun tak tahu.
Jom saya kongsikan dengan mak ayah semua. Salah satu puncanya adalah kita ini terlampau awal sangat ajar anak untuk berkongsi.
Ni ki ajar anak share barang-barang. Sepatutnya di waktu anak usianya di bawah tujuh tahun ke bawah, kita ajar dulu anak tentang PEMILIKAN.
Misalnya barang diri sendiri, barang orang lain, barang yang bukan kepunyaan kita kalau nak guna macam mana dan sebagainya. Itu yang perlu kita ajarkan pada anak.
Apabila kita terlampau awal ajar anak untuk sentiasa berkongsi itu yang bila masuk sekolah rendah tu apa saja kawan minta dia bagi, lepas tu tak minta balik.
Semua ini sebab anak tidak tahu konsep pemilikan dan hak milik. Itulah puncanya.
Disebabkan itulah ramai anak-anak sekarang ini asyik barang hilang. Pensil tak pernah cukup, pensil warna asyik berganti setahun. Jadi macam mana?
Ajarlah anak kita tentang hak milik. Kalau barang kita orang nak pakai dia kena minta izin dan apabila sudah selesai dia kena pulangkan semula. Ini yang kita perlu ajarkan pada anak.
Gelagat comel anak pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza iaitu Isaac Raees sering kali mencuri tumpuan wargamaya dengan kepetahannya.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, gelagat comel Isaac Raees yang bertanyakan mengenai kehilangan coklatnya menyebabkan ramai yang berdekah ketawa.
Dengan bukti plastik coklat ditangannya, pertanyaan comel Isaac dengan begitu petah kepada Aiman dan Zahirah buat ramai yang geram.
“Malam tadi Isaac beli tu, coklat ball..evidence of this.
“Is it daddy? Haa go to jail. Now,” kata Isaac dengan bersungguh.
Raut wajah comel Isaac yang kelihatan begitu bersungguh inginkan kepastian memang comel. Pun begitu, biarpun mengetahui coklat kegemarannya dimakan oleh bapanya, anak kecil ini tidak marah mahupun menangis.
Dia sebaliknya meminta izin untuk makan coklat itu. Memang anak yang bijak.
Terdahulu, Aiman dan Zahirah yang mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dikurniakan dua orang cahaya mata, Isaac Raees dan Inara Raisa.
Psikologi anak memainkan peranan penting dalam perkembangan mereka. Sebagai ibu bapa atau penjaga, kita perlu memahami cara terbaik untuk mendekati dan mendidik anak agar...