Cantik dan bergaya! Itulah yang dilihat daripada adik-adik berbakat ini. Dengan keyakinan diri yang tinggi, mereka tampil memukau dalam busana bertemakan Hari Kebangsaan di Merdeka Fotoshoot 2024, Dataran Merdeka sempena sambutan Hari Malaysia lalu. Walaupun masih muda, minat mereka dalam dunia peragaan fesyen sudah jelas kelihatan.
Mari kita lihat lagak gaya adik-adik ini!
Adik-adik yang berusia antara 7 hingga 12 tahun ini telah menunjukkan minat mendalam dalam bidang ‘modeling’, dan tidak hairanlah mereka tampil begitu profesional di hadapan kamera. Gaya, postur, dan keyakinan mereka seolah-olah mencerminkan bakat masa depan yang besar dalam industri fesyen negara.
Ads
Apa yang lebih menarik, setiap busana yang diperagakan turut disertakan dengan elemen patriotik seperti corak bendera Malaysia, jalur gemilang, bunga raya, dan lambang negara. Ini bukan sekadar acara peragaan biasa, tetapi ia turut mencerminkan semangat cintakan negara di kalangan kanak-kanak, yang secara tidak langsung membangkitkan rasa bangga terhadap Malaysia.
Ads
Bukan itu sahaja, semangat adik-adik ini telah disambut dengan beberapa penghargaan kepada mereka seperti ‘Best Catwalk’ dan ‘Best Smile’. Sambutan penonton di sekitar Dataran Merdeka juga amat menggalakkan, dengan ramai yang kagum melihat kemahiran peragaan yang dimiliki oleh kanak-kanak seusia mereka.
Ads
Setiap langkah dan pose yang diambil tampak begitu meyakinkan, menjadikan pengalaman ini sebagai satu permulaan yang baik untuk mereka terus mengasah bakat dalam dunia fesyen.
Tidak dinafikan, masa depan fesyen Malaysia semakin cerah dengan kehadiran generasi baru yang berbakat ini.
Lain dari yang lain. Jika biasanya rombongan sekolah naik bas, lain pula kisahnya sebuah sekolah tadika di Kuantan yang membawa anak-anak muridnya menaiki kapal terbang untuk lawatan ke Kuala Lumpur.
Melalui satu akaun Tik Tok aznia.razizan, kesemua anak-anak murid merasai pengalaman paling manis bila di bawa oleh guru mereka menaiki penerbangan Kuantan-Kuala Lumpur.
Menurut perkongsian, kos yang dianggarkan adalah sekitar RM300 hingga RM350 termasuk kesemua perjalanan untuk menaiki kapal terbang, ERL, lawatan ke Petrosains serta makan dan minum.
Pun begitu dimaklumkan ibu bapa hanya perlu membayar sekitar RM170 hingga RM180 sahaja untuk kesemua perjalanan itu.
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya memuji usaha cikgu untuk memberi pengalaman paling bermakna buat anak-anak.
Tidak hanya satu pengalaman baru bahkan keseronokkan terbang di udara bersama kawan-kawan pastinya satu pengalaman yang cukup bermakna buat mereka.
Gelagat anak-anak ni memang di luar dugaan. Kita pun ada masanya tak sangka apa yang anak boleh buat bila kita tak ada untuk pantau mereka. Anak zaman sekarang pun lebih advance dan pandai buat sesuatu dengan hanya memerhatikan ibu ayahnya.
MuaBellaz ada berkongsi sebuah video anak bongsunya, Wara, membuat ASMR. Kalau dilihat, Wara seperti membuka kamera sendiri untuk merakam dirinya. Video pendek itu ternyata menarik perhatian ramai dan rata-rata mengatakan mereka sukakan ASMR Wara.
Di dalam video tersebut Wara sempat bermain ‘peek a boo’ dan membuat bunyi-bunyian comel yang membuatkan ramai terhibur menonton videonya.
Bukan sekadar membuat bunyi, aksi comel Wara di hadapan kamera juga mencuit hati ramai.
Biarpun hanya berdurasi 36 saat dan baru saja 15 minit dikongsikan di media sosial MuaBellaz, video itu telah mendapat lebih kurang 15k tontonan. Awak ni Wara, memang ada aura!
Kisah ini menceritakan tentang cerita rakyat mengenai Nenek Kebayan yang dikatakan memakan budak. Dalam cerita ini, ada kecurigaan dari penduduk kampung terhadap Nenek Kebayan karena beberapa orang budak hilang ketika berada dekat dengan kawasan rumahnya.
Penduduk kampung mulai takut dan curiga sekiranya Nenek Kebayan menggunakan ilmu hitam dan terlibat dalam kehilangan budak-budak tersebut.
Namun, setelah diselidiki lebih lanjut, terungkap yang Nenek Kebayan sebenarnya tidak melakukan perbuatan jahat apapun tetapi kebenaran yang terungkap menunjukkan bahawa Nenek Kebayan sebenarnya membantu dan menjaga bunga serta tanaman di rumahnya, dan anak-anak yang dikabarkan hilang sebenarnya tidak diculik atau dimakan olehnya.
Kisah ini mengajar bahawa pentingnya supaya tidak cepat menilai dan menghakimi seseorang berdasarkan kata-kata yang tersebar atau kecurigaan tanpa bukti yang jelas.
Ia menyedarkan kita bahawa pentingnya keadilan, tidak mudah percaya dengan kata-kata yang tidak jelas, dan pentingnya mencari kebenaran sebelum menuduh seseorang.
Kisah ini juga mengingatkan untuk lebih berfikiran terbuka dan memahami situasi seseorang sebelum membuat andaian.
Baru berusia tujuh tahun, si cilik Alisya Zehra Mohd Izuan yang baru berusia 7 tahun sudah memperoleh lebih 60 pingat buat dirinya menerusi kejuaraan...