Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersyukur dan terharu dengan semangat anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid, 7, yang mahu belajar berpuasa sejak hari pertama Ramadan.
Kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia juga bangga dengan kesungguhan Aafiyah menahan lapar dan dahaga untuk berpuasa penuh meskipun terbit rasa kasihan.
“Alhamdulillah, Aafiyah sudah mula belajar berpuasa. Sebagai ibu, timbul juga rasa simpati apabila melihatnya berpuasa dalam tubuh yang kurus dan tulangnya pun boleh dirasa.
“Dalam hati saya fikir boleh tahan ke anak ibu berpuasa seharian? Mujur kita mula berpuasa pada Ahad, dapatlah saya pantau keadaan dia.
Ads
“Saya tanya juga sama ada boleh bertahan atau tidak?
“Rasa gembira apabila Siti Aafiyah puasa penuh pada hari pertama tanpa mengadu lapar atau ‘melepek’ kepenatan,” katanya berkongsi.
Reward puasa penuh
Ads
Sama seperti ibu lain, kata Siti dia juga berhasrat untuk memberi ganjaran pada Aafiyah sebagai tanda sokongan dan semangatnya berpuasa. Tidak kurang juga turut menyediakan menu kegemaran Aafiyah untuk berbuka.
Aafiyah memang suka makan bijirin, Selain menu itu, saya juga sediakan nasi dan roti untuknya makan ketika sahur. Untuk berbuka puasa, saya akan tanya apa yang teringin nak makan. Biasanya, Siti Aafiyah suka makanan barat seperti spageti bolognese.
Ads
“Untuk menu sahur, saya akan masak sebelum masuk tidur. Jadi, keesokan paginya hanya panaskan. Selain itu, saya juga janjikan ganjaran kepada Siti Aafiyah.
“Jika puasa penuh, saya akan beri RM100 sehari. Ayahnya pun janjikan ganjaran juga. Walaupun masih belum faham nilai wang, tapi nampaklah Siti Aafiyah seronok dan teruja nak berpuasa,” jelasnya lagi.
Anak mana yang tak suka makan telur. Tanpa ayam goreng, nasi berlaukkan telur pun anak melompat suka. Boleh bertambah makan nasi.
Telur bukan saja jadi kegemaran anak-anak tetapi pelbagai peringkat usia. Tapi ada juga ibu bapa yang risau jika anak terlalu bergantung dengan telur semata-mata.
Sebenarnya jika diikutkan protein yang tinggi dalam telur sangat bermanfaat untuk membantu perkembangan anak.
Menurut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, telur sebagai sarapan pagi sangat-sangat digalakkan untuk kanak-kanak.
Telur adalah sumber makanan yang kaya dengan protein penting dan berkualiti. Ia membekalkan asid amino yang tidak dapat dihasilkan dalam tubuh.
Selain itu, ia membekalkan beberapa vitamin dan mineral, terutama vitamin A (bagus untuk mata anak-anak kita), vitamin D (bagus untuk tumbesaran dan menguatkan tulang anak-anak kita), choline (bagus untuk meNingkatkan kecerdikan minda anak-anak kita dan menguatkan otot-otot jantung), dan selenium (bagus untuk kelenjar tiroid berfungsi dengan baik).
Jika anak-anak kita tiada masalah alahan, telur adalah sarapan yang baik. Boleh diberikan bersama roti, nasi, atau mee.
Berikan sehari sebiji, sama ada diberikan dalam bentuk telur rebus, telur goreng atau telur separuh masak.
Jangan berlebihan. Galakkan juga pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun dalam pemakanan mereka.
Khasiat telur untuk anak:
Choline: Untuk perkembangan otak, fungsi dan memori Folat: Menghasilkan dan mengekalkan sel darah merah Zat besi: Menghantar oksigen pada sel Lutein dan Zeaxanthin: Mengekalkan penglihatan yang baik dan menjaga mata dari sinaran UV berbahaya. Niacin: Sistem saraf berfungsi dengan normal dan bantu melepaskan tenaga. Lemak Omega-3: Memperbaiki kolesterol darah Protein: Menguatkan badan Vitamin A: Melindungi dari kanser Vitamin B12: Melindungi jantung Riboflavin: Membantu tisu badan kekal sihat Vitamin D: Menguatkan tulang dan gigi Vitamin E: Bertindak sebagai antioksidan Zink: Menguatkan system imunasi.
Kisah teladan Semut dan Merpati ini menceritakan tentang persahabatan dan bantuan timbal balik antara semut dan merpati.
Pada suatu hari, seekor semut terjatuh ke dalam sungai saat sedang minum air di tebing sungai.
Kejadian ini diperhatikan oleh seekor merpati yang berada di atas pokok. Merpati itu dengan cepat memetik sehelai daun dan menjatuhkannya ke dalam air untuk membantu semut tersebut.
Semut itu pun berhasil menaiki daun tersebut dan hanyut ke tebing sungai. Semut mengucapkan terima kasih kepada merpati atas bantuan yang diberikan.
Beberapa hari kemudian, seorang pemburu datang untuk memburu burung di kawasan tersebut.
Ketika pemburu itu menyasarkan merpati, semut yang pernah ditolong oleh merpati itu melihatnya dan dengan beraninya semut itu menggigit kaki pemburu tersebut, membuat pemburu itu kesakitan dan terganggu, sehingga merpati itu berhasil lari dari bahaya.
Kisah ini mengajarkan tentang pentingnya berbuat baik kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. Balasan baik akan kembali kepada kita pada waktu yang tidak terduga. Cerita ini juga menekankan nilai persahabatan dan saling membantu antara satu sama lain.
Mak ayah mana yang tak bahagia bila anak paling suka dan dekat dengan Al-Quran. Pun begitu mengajar anak menghafal surah misalnya bukanlah mudah.
Penulis Keibubapaan, Dr Taufiq Razif berkongsi tip anak senang menghafal. Mudah saja caranya. Jom praktik pada anak.
Ni saya bagi lima cara mudah nak anak mudah hafal Al-Quran.
Ni saya praktik pada anak saya sendiri tau dan alhamdulillah memang laju dia hafal. Ada yang beberapa minit je dah hafal.
1. Cari satu potongan ayat pendek dari surah Al-Quran. Jangan terus minta anak hafal seluruh surah
2. Minta anak ulang-ulang baca sebanyak 10 kali ayat tersebut
3. Minta anak baca ayat tu dengan suara yang kuat tau. Anak kita ni ada sisi Auditory mereka yang mana kadang mereka lebih hafal apa yang mereka dengar daripada cuma melihat semata
4. Selepas dah habis baca 10 kali baru suruh anak mula menghafal. Masa tu kita akan tengok anak mudah betul nak hafal ayat Al-Quran tu.
Gambar hiasan
5. Kadang anak kita cuma perlu masa beberapa minit je untuk hafal sebab memori tu jadi kuat dengan “repetition” sepuluh kali bacaan di awal tadi
Cubalah sendiri nanti. Cuma nak lagi mudah gunalah buku Hafazan. Complete arahan dan cara mudah nak hafal semua ada.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.Bahkan kata Nabila...