Bila anak-anak selsema, ramai ibu bapa rasa risau dan terus nak bagi ubat supaya cepat sembuh. Tapi tahukah anda, memberi ubat selsema kepada kanak-kanak, terutama yang masih kecil, boleh membawa risiko.
Ini penjelasan Dr Zubaidi Haji Ahmad yang ibu ayah kena alert.
BAHAYA UBAT SELSEMA PADA KANAK-KANAK
Ads
Kebanyakkan selsema pula disebabkan oleh jangkitan virus dan tidak perlu dibersihkan sebarang ubat.
Selalunya selsema akan baik sendiri, kecuali di saat tubuh anak menjadi lemah dan demam yang tinggi. Mereka memerlukan rawatan dari doktor.
Ads
Bagi kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah, penggunaan ubat selsema adalah sesuatu yang berbahaya.
Ini kerana ubat selsema terutamanya CHLORPHENIRAMINE boleh menyebabkan kanak-kanak mengantuk dan tidur. Yang lebih berbahaya mereka tidak dapat bernafas dengan baik dan boleh menyebabkan mereka berhenti bernafas.
Banyak kes di mana kanak-kanak yang berusia tiga tahun ke bawah dibawa ke Jabatan Kecemasan akibat pemberian ubat selsema terutama jika diberi dos berlebihan atau terlalu kerap.
Ads
Bayi atau kanak-kanak yang dibawa selalu tidak bermaya, muka dan tangan berwarna kebiru-biruan kerana tidak bernafas dengan baik.
Nasihat saya agar berhati-hati jika diberkan ubat ini. Jika atas nasihat doktor, dapatkan penjelasan yang secukupnya.
Kebersihan dan kerapian rumah bukan sahaja mencerminkan nilai-nilai baik dalam keluarga, tetapi juga mempengaruhi perkembangan anak-anak. Apabila anak rajin membantu mengemas rumah, itu menunjukkan mereka bukan sahaja peduli terhadap persekitaran tetapi juga menunjukkan tanda-tanda kecerdasan yang lebih tinggi.
Menurut kajian oleh Universiti Minnesota, penglibatan anak dalam tugas rumah tangga seperti mengemas dapat membantu mereka membina kemahiran hidup yang penting dan meningkatkan perkembangan kognitif. Berikut adalah beberapa sebab mengapa anak yang rajin mengemas rumah biasanya menunjukkan kebolehan dan sikap yang baik.
1. Mengajar Disiplin dan Tanggungjawab
Apabila anak dilibatkan dalam aktiviti mengemas, mereka belajar tentang disiplin dan tanggungjawab. Mereka menjadi lebih peka terhadap tugas yang perlu dilakukan dan memahami bahawa setiap orang dalam keluarga mempunyai peranan. Sikap ini akan membantu mereka dalam pelajaran dan kehidupan seharian.
2. Meningkatkan Kemahiran Organisasi
Anak yang rajin mengemas rumah akan belajar cara mengatur dan menyusun barang. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak yang memiliki kemahiran organisasi yang baik cenderung untuk lebih berjaya dalam akademik. Kemahiran organisasi membolehkan mereka merancang dan melaksanakan tugas dengan lebih baik.
3. Membentuk Sikap Positif terhadap Kebersihan
Apabila anak diajar untuk menjaga kebersihan, mereka akan mengembangkan sikap positif terhadap persekitaran mereka. Kebersihan adalah aspek penting dalam kehidupan yang dapat mengurangkan risiko penyakit dan meningkatkan kualiti hidup. Anak yang mempunyai kesedaran tentang kebersihan cenderung untuk mengambil langkah-langkah pencegahan yang baik di masa hadapan.
4. Meningkatkan Kemahiran Sosial
Berkongsi tugas mengemas rumah dengan ahli keluarga lain mengajar anak tentang kerjasama dan komunikasi. Menurut kajian oleh Child Development, anak yang terlibat dalam aktiviti rumah tangga lebih cenderung untuk memiliki kemahiran sosial yang baik. Mereka belajar untuk bekerja dalam kumpulan dan memahami pentingnya saling membantu.
5. Menggalakkan Kreativiti
Mengemas juga memberi peluang kepada anak untuk berfikir secara kreatif. Mereka mungkin ingin mengatur semula bilik mereka dengan cara yang baru atau mencipta ruang permainan yang lebih menarik. Aktiviti ini merangsang daya imaginasi mereka dan membantu mengembangkan pemikiran kreatif.
6. Memberi Rasa Pencapaian
Setiap kali anak menyelesaikan tugas mengemas, mereka akan merasa bangga dengan hasil kerja mereka. Rasa pencapaian ini penting untuk membangunkan keyakinan diri dan motivasi untuk melakukan lebih banyak perkara. Pujian daripada ibu bapa juga dapat meningkatkan rasa bangga mereka terhadap usaha yang telah dilakukan.
Anak yang rajin membantu mengemas rumah bukan sahaja menunjukkan kebolehan untuk menjaga kebersihan tetapi juga tanda mereka sedang membina kemahiran penting untuk masa depan. Dengan melibatkan mereka dalam aktiviti seharian seperti mengemas, anda bukan sahaja mengajar mereka tentang tanggungjawab tetapi juga membentuk karakter yang positif. Jadi, galakkan anak untuk terlibat dalam mengemas rumah, dan lihatlah bagaimana mereka berkembang menjadi individu yang pandai dan bertanggungjawab!
Tahukah anda bahawa kandungan gula yang tinggi dalam makanan adalah punca karies gigi. Snek sihat membantu menjaga kesihatan gigi dan mulut anak anda dengan cara berikut:
Kurangkan Gula, Kurangkan Karies – Pilih snek rendah gula seperti buah-buahan segar, sayuran rangup, dan yogurt tanpa gula untuk mengurangkan risiko kerosakan gigi.
Jadikan snek sihat sebagai pilihan utama dalam diet harian anak anda. Dengan snek yang betul, anda bukan sahaja melindungi gigi mereka, tetapi juga menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
TIP PILIHAN MAKANAN YANG SIHAT UNTUK PENJAGAAN GIGI
1.Buah-buahan Segar
Epal, strawberi, pir, pisang, atau buah beri, kaya dengan serat dan manis secara semula jadi.
2.Sayuran Rangup
Lobak merah, timun, atau saderi
3.Yogurt Tanpa Gula
Penuh kalsium dan baik untuk gigi, tambah buah untuk rasa lebih sedap!
4.Keju
Rendah gula, tinggi kalsium, bantu kekalkan kekuatan gigi si manja.
5.Kacang atau Bijirin Tanpa Gula
Memberi tenaga dan rasa kenyang lebih lama tanpa merosakkan gigi.
Sampai hati langgar murid sekolah ketika nak melintas jalan. Seorang murid Tahun Lima cedera patah jari kaki selepas dilanggar kereta yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mabuk.
Paling menyedihkan kejadian berlaku ketika pelajar melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Port Dickson di sini.
LELAKI MABUK PANDU MYVI
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kejadian jam 7.10 pagi itu berlaku ketika Perodua Myvi dipandu suspek dalam perjalanan dari Pekan Port Dickson menghala ke Teluk Kemang.
“Pemandu itu gagal mematuhi lampu isyarat merah dan telah melanggar murid berkenaan.
“Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami patah ibu jari kaki kanan serta luka di bahagian kaki dan tangan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ujarnya, bertindak atas kejadian itu, polis menahan pemandu kereta terbabit yang berusia 28 tahun.
Menurutnya, ujian saringan yang dilakukan mendapati bacaan alkohol pemandu berkenaan sebanyak 230mg alkohol/100ml darah.
“Suspek direman bermula Khamis sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sabit kesalahan pemandu boleh dikenakan hukuman penjara minimum tujuh tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM30,000 dan tidak lebih RM50,000,” katanya
Cuti sekolah adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Tapi, bila terlalu lama di rumah tanpa aktiviti menarik, anak-anak boleh cepat bosan.Jadi, jom cuba...