Anak kecil selalu dilihat menghisap jari dan kadang kala perbuatan tersebut membuatkan kita sebagai ibu bapa rasa tidak selesa.
Menurut perkongsian Puan Uswatun, Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia, sebenarnya diusia anak 0-2 tahun, menghisap jari merupakan aktiviti menenangkan diri selain melatih otot mulut anak untuk bersedia menerima makanan.
Saintis menggelarkan hisap jari sebagai ‘sofisticated calming tool'(skil bertenang yang canggih):
✔ Kerana pada saat bayi mula pandai hisap jari dan menikmati perbuatan itu, bayi telah mempunyai satu kemahiran menenangkan diri sendiri yang dibuat tanpa perlu bantuan ibu atau alat.
✔ Kerana pandai hisap jari ini memerlukan kemahiran kawalan otot bukan saja untuk membawa tangan ke mulut tetapi juga untuk kekalkan jari di dalam mulut. Maksudnya, untuk pandai hisap jari, ia perlukan otak + otot bayi untuk berkerjasama menjayakannya.
Ha, canggih kan?
So, siapa kata hisap jari tak elok❓❎
Bayi menghisap jari sejak di dalam rahim. Setelah lahir, jari sudah tak lagi ada di depan muka anak kerana anak tak lagi duduk berlipat (fetal positioning) seperti di dalam perut.
Selepas dilahirkan, jari sudah berada jauh dari anak. Pada bulan-bulan awal kelahiran, anak berusaha keras mendapatkan kembali skil hisap jarinya. Bayi biasanya akan menghisap jari pada usianya 2 bulan.
Mak ayah perlu risau jika:
Perlu risau jika anak masih hisap jari melebihi usia dua tahun kerana pembentukan gigi kekal sudah mula berlaku.
Hisapan ekstrem boleh ubah bentuk pertumbuhan rahang dan cara susunan gigi tumbuh.
Untuk aktiviti ‘Movie Day Out’ kali ini, Bintang Kecil (BK) telah memilih 15 rakan BK yang bertuah untuk menonton filem ‘IF (Imaginary Friends)’ bersama keluarga mereka di TGV Pavillion Bukit Jalil.
Paling menarik, setiap penonton telah diberikan dessert bertemakan filem ini. Best kan!
Mesti kawan-kawan nak tahu kan bagaimana mereka boleh terpilih untuk menyertai ‘Movie Day Out’ kali ini?
Hai adik-adik! Suka menyanyi macam adik Iman Darwisy tak? Mari, kita berkenalan dengan adik Iman Darwisy.
Iman Darwisy merupakan bintang muda yang berbakat, memukau penonton dengan suaranya yang merdu. Saksikan adik Iman bertemu bual bersama Kak Cem di siri BK Fantastic | Bintang Kecil.
Iman Darwisy merupakan pemenang bagi Bintang Kecil RTM 2023 peringkat Wilayah Persekutuan.
Menurut Iman Darwisy, bakatnya diasah oleh ibunya, yang turut menyukai menyanyi. Iman menyerlahkan bakat nyanyiannya bermula umur 5 tahun! Hebat sungguh!
Walaupun bakatnya sudah menyerlah, pesanan ibu dan bapanya masih segar dalam ingatan agar “jangan over”, “jangan selfish” dan “jangan berlagak”.
Setiap penampilan nyanyian daripada Iman Darwisy sentiasa memikat, di mana vokalnya yang mantap berjaya mencuri perhatian ramai.
Menurut adik Iman lagi, terdapat beberapa pertandingan, antaranya Asia Talent Search.
Mari bersama-sama untuk menyokong adik Iman untuk menjadi penyanyi yang hebat akan datang!
Sebagai salah satu peserta program Bintang Kecil, Iman Darwisy jelas menunjukkan potensi besar dalam dunia seni suara. Program ini memang terkenal kerana mengetengahkan bakat kanak-kanak yang cemerlang dalam bidang seni persembahan.
Adik-adik boleh menonton aksi penuh Iman Darwisy di YouTube!
Manja adalah perkara yang biasa namun bila anak terlampau manja dan berlarutan hingga berusia enam tahun dibimbangi menjejaskan perkembangan anak itu sendiri.
Jangan berlebih-lebih tetapi berikan anak sedikit ketegasan dalam kemanjaan mereka. Biar seimbang dan anak boleh belajar banyak perkara.
Menurut guru pra sekolah dan pendidikan awal kanak-kanak, Puan Noorashikin Ahmad, anak-anak seharusnya dibiarkan untuk berdikari sendiri supaya pemikirannya lebih matang malah membiarkan mereka membuat keputusan dalam segala hal, berusaha untuk mencapai sesuatu dan mahir dalam segala hal.
“Eh, kejap je ibu bangun, sikit-sikit nangis! Kalau asyik nak berkepit je, peninglah ibu.”
Walaupun susah untuk kita akui, sebenarnya terdapat beberapa tabiat yang selalu kita lakukan (kebanyakan masa tanpa disedari) membawa kesan buruk kepada anak.
Tanda-tanda anak manja
Menurut Harvey Karp, penulis buku ‘The Happiest Toddler’ menerusi WebMD, anak manja adalah seseorang yang kuat mendesak, pentingkan diri, dan tidak mahu bertolak ansur.
Menurut pakar psikologi, walaupun kita cenderung untuk mengalah dan memenuhi permintaan mereka, hal ini hanya akan menyusahkan mereka di kemudian hari.
Sikap manja secara alaminya bermula ketika anak-anak berumur setahun lebih apabila anak-anak mula membina hubungan sosial dengan orang-orang disekitarnya.
Pada usia 4 hingga 6 tahun, jika berlarutan akan mempengaruhi emosi, sosial dan intelek anak-anak kerana pada tahap umur tersebut anak-anak mula berinteraksi dengan persekitaran yang lebih luas seperti di taska atau tadika.
Punca anak terlalu manja
* Apabila anak kecil sudah mula memahami perkataan yang mudah, sekurang-kurangnya mereka perlu tahu bagaimana untuk bertolak ansur, iaitu proses memberi dan menerima. Jika mereka tidak diajar untuk memberi, mereka akan mudah berasa marah dan kecewa, menyebabkan mereka mula ‘buat perangai’.
* Ibu bapa sering menghentikan tangisan anak-anak dengan memberi hadiah. “Kadang-kadang kalau tak tahan sangat, asyik mengamuk . Kita pun ikut sajalah kemahuan dia… Kami masing-masing bekerja, satu hari sekejap saja dapat jumpa. Penatlah bila asyik nak layan anak yang menangis.”
*Jika ibu bapa hanya akan memberi perhatian apabila anak-anak mengamuk, maka si anak akan menyimpan mesej bahawa itulah saja cara ibu bapa akan mempedulikan mereka. Ibu ayah, berhati-hatilah dengan cara memujuk anak-anak. Jangan sampai memanjakan mereka.
*Ibu bapa juga harus konsisten dalam membuat keputusan dan menasihati anak. Contohnya sewaktu makan ibu bapa seringkali menyuruh anak makan sayur dan apabila anak cakap ‘tak nak’, kita terus diam dan lebih rela makan bahagian dia.
* “Mari sini ibu tolong” pakaikan kasut, pakaikan baju, kemaskan mainan, suapkan makan, bawa beg sekolah; serba-serbi ibu yang tolong. Sudahnya, anak kecil tadi akan mengharapkan pertolongan ibunya setiap masa.
Ada kesan pada perkembangan anak
Akibat sering mendapat apa yang dimahukan atau bebas membuat sesuatu mengikut kehendak hati, anak-anak menjadi :
1. Tiada atau kurang keyakinan diri menyebabkan kesukaran dalam menonjolkan potensi diri.
2. Kurang berdikari atau keinginan atau perasaan untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Anak-anak ini mengharapkan atau mendesak orang lain untuk sesuatu tanggungjawab.
3. Sering bergantung terhadap orang lain dalam apa jua keadaan.
4. Anak-anak kurang berminat untuk membuat ekplorasi yang akan menjejaskan perkembangan inteleknya.
Berusahalah cara untuk memperbaiki cara mendidik anak kecil kita. Apa yang penting ibu bapa harus konsisten dan tegas dalam mendidik anak-anak serta membimbing mereka bersifat lebih berdikari.
Di sebuah kampung nelayan yang damai, tinggal seorang pemuda bernama Amir. Setiap hari, Amir akan keluar ke laut untuk menangkap ikan. Namun, nasib Amir...