Istimewa bulan ini, Bintang Kecil menampilkan adik Aniq atau lebih dikenali dengan panggil Bang Aji sebagai Si Cilik Trending.
Imbas kembali pertemuan kami dengan si cilik yang sangat popular ini, telatahnya memang sangat menghiburkan.
Sifat bersahajanya memang sangat mencuit hati kami sepanjang shooting berlangsung.
Kalau nak tahu, Bang Aji sempat ‘membuli’ dinasor yang turut sertai shooting kami waktu itu.
Haa.. korang mesti dah tak sabar nak tengok Bang Aji kan, Jom tonton video di bawah.
Anak Degil Sebab Tak Buat Aqiqah, Betul Ke?
Betul ke anak degil hanya disebabkan mak ayah masih tidak melunaskan majlis akikah? Persoalan ini diajukan kepada seorang ustaz di laman Tiktok @fitrahummah apabila ada yang menyatakan bahawa anak-anak mereka degil kerana tidak menjalankan ibadah aqiqah.
Dengarkan penjelasan ini agar tidak sebarang kekeliruan.
Mula-mula dahulu kita kena faham aqiqah ini menurut bahasa ertinya “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi pada kala waktu lahirnya.” Demikian pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari. Menurut istilah hukum syarak aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.” Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.
Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”– (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi) Ibnu Al-Qayyim.
Ini menegaskan bahawa aqiqah itu memelihara bayi tersebut daripada golongan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat.
Juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.”– (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)
Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi.
Imam Ibnu Qayyim pula menyabitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah SWT sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail AS.. Maka dengan itu, difahamkan bahawa penyembelihan aqiqah untuk anak yang dilahirkan berguna untuk melindungi bayi daripada gangguan syaitan.
Menurut Fitrah Ummah, terdapat beberapa fadhilat yang baik apabila mak ayah membuat korban aqiqah kepada anak-anak iaitu:
-Anak-anak anda akan membesar dengan baik dan sama seperti anak orang lain.
-Anak-anak yang diaqiqahkan itu akan terhindar daripada gangguan syaitan daripada ingin membuat kebaikan.
-Anak-anak yang diaqiqahkan itu dapat memberikan syafaat kepada ibu bapanya di akhirat kelak.
Jadi dengan kenyataan 3 fadhilat itu memberi penerangan jelas bahawa membuat aqiqah untuk anak sedikit sebanyak dapat bantu mendoakan kesejahteraan anak anda. Sekali seumur hidup sudah memadai!
@fitrahummah Betul ke anak degil sebab tak diaqiqahkan? #Aqiqah #Akikah #AqiqahAnak #AkikahAnak #AqiqahKambing #AqiqahMekah #FitrahUmmah ♬ original sound – Fitrah Ummah | Aqiqah Qurban
NAMRUD TEWAS DI TANGAN NYAMUK
Dalam sebuah episod yang mengisahkan tentang kisah-kisah haiwan dalam Al-Quran, Bintang Kecil menceritakan kisah Namrud, seorang raja yang memiliki kerajaan yang hebat dan tentera yang gagah berani.
Namun, kehebatan dan kekuasaannya itu tidak membuatnya merendah diri di hadapan Allah.
Sebaliknya, ia menjadi angkuh dan sombong, serta memerintah dengan zalim.
Kisah ini mengambil inspirasi dari kisah dalam Al-Quran, yang menyebutkan tentang nyamuk, sebuah makhluk kecil yang menjadi pembawa hikmah besar.
Nabi Ibrahim, yang diutuskan Allah untuk berdakwah kepada Namrud dan rakyatnya, menghadapi tentangan keras. Namrud, yang enggan beriman, malah memerintahkan agar Nabi Ibrahim dihukum mati dengan dibakar.
Namun, dengan kekuasaan-Nya, Allah menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api yang menyala-nyala itu, sebuah peristiwa yang menambah jumlah orang yang beriman kepada-Nya.
Namrud, yang marah dengan keadaan ini, memanggil Nabi Ibrahim untuk berperang.
Dalam keangkuhannya, Namrud menentang kekuasaan Allah. Sebagai jawapan, Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah agar mengirimkan selemah-lemah makhluk-Nya, yaitu nyamuk, sebagai bukti kekuasaan Allah yang Maha Agung.
Ribuan nyamuk kemudian dikirimkan oleh Allah, sehingga langit menjadi gelap kerana jumlah mereka yang banyak. Nyamuk-nyamuk ini menyerang tentera Namrud, namun Namrud sengaja dibiarkan hidup agar dapat menyaksikan sendiri kehancuran yang terjadi.
Meskipun diberi kesempatan oleh Allah untuk bertaubat dalam waktu tiga hari, Namrud tetap dengan keangkuhan dan kekufurannya. Pada hari ketiga, seekor nyamuk masuk melalui lubang hidungnya dan memakan otaknya sedikit demi sedikit hingga ia mati dalam keadaan yang sangat tersiksa.
Kisah Namrud dan nyamuk ini mengajarkan kepada kita tentang kekuasaan Allah yang tidak terbatas, di mana bahkan selemah-lemah makhluk-Nya pun dapat menjadi contoh untuk menunjukkan keagungan-Nya.
Ini merupakan peringatan bagi kita semua agar tidak terleka dengan kekuasaan dan kekayaan duniawi dan mengingatkan kita untuk selalu merendah diri serta tunduk kepada kehendak-Nya.
Mommy Janganlah Marah-Marah, Relaks Je!
Tiga waktu ini sebaiknya elakkan marah-marah anak. Ada baiknya mak ayah memilih waktu yang lebih sesuai untuk menegur anak cara baik. Barulah lebih berkesan di hati anak.
Jom ikuti tip perkongsian Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim ini.
Waktu bangun tidur
Cuba bayangkan kita baru bangun tidur dah bersedia nak menghadapi hari yang baru tapi tiba-tiba dah kena marah. Bikin mood down.
So macam anak itu nak bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi hari-hari yang seterusnya dan belajar di sekolah. Itu yang membuatkan anak tak fokus belajar.
Sebelum tidur
Tidur ni sangat penting untuk perkembangan otak, emosi dan fizikal. Kita tak nak anak tidur dalam keadaan stress, tak tenang, tak happy, marah dan sebagainya. Semua ini boleh mempengaruhi perkembangan otak anak.
Ketika sedang makan
Relaks jangan marah-marah. Masa makan dengan keluarga ni jangan marah-marah. Kita nak ajar anak hargai rezeki yang ada dan menghargai nikmat yang Allah berikan. Kalau kita sendiri marah-marah depan makanan, apa yang kita anak ajar anak.
Ilmu ni bukan apa yang kita cakap tetapi ilmu ini sifatnya berbekas di hati. Kita ajar dia syukur dengan rezeki tapi kita marah-marah. So apa yang masuk ke dalam diri anak adalah perasaan tegang, perasaan kena marah, perasaan tak puas hati dan sebagainya.
Jadi tiga masa ini relakslah santai-santai sahaja.