16 Mei merupakan hari yang paling istimewa untuk guru-guru yang telah banyak berjasa kepada kita.
Ingat lagi tak waktu awal-awal kita masuk sekolah dulu, guru-guru inilah yang sambut kita dengan wajah yang penuh dengan keceriaan.
Jadi untuk hari istimewa ini, jom hadiahkan mereka dengan sesuatu yang istimewa. Tak perlu yang mahal.
Cukup sebagai menghargai pengorbanan dan keikhlasan mereka dalam memdidik kita.
1. Teacher Survival Kit
Bekas tu boleh je beli di kedai ECO dan letakkan coklat atau gula-gula.
2. Pokok Hiasan Beserta Ucapan Istimewa
Ads
Pemberian pokok hiasan ini adalah simboliknya tau. Selain menghiasi meja guru, pokok hiasan mampu beri ketenangan.
Pokok ini, korang boleh cambahkan pokok dari halaman rumah sahaja.
3. Hands Down
Ads
Terdapat banyak jenis yang di jual di Kedai ECO. Untuk menampakkan lebih istimewa titip ucapan ‘manis’ khas untuk guru korang.
4. Lilin
Seperti mana lilin ini menerangi dan mengeluarkan haruman wangi, seperti itulah jasa dan pengorbanan guru pada kita semua.
Ads
Cewah.. Kalau cikgu korang baca confirm terharu,
5. Bunga Origami
Walaupun ramai meminati bunga segar, namun pemberian bunga origami ini akan jadi lebih bermakna apabila satu kelas menitip ucapan di setiap kuntum bunga.
Seorang guru di laman Facebook meluahkan rasa kecewanya apabila masalah murid sekarang yang bersikap malas di sekolah malah semakin menjadi-jadi dan membimbangkan.
Menerusi perkongsiannya, akui guru itu, Lenna K Joseph, murid zaman ini mempunyai kepandaian IQ yang tinggi namun sikap tidak ambil peduli dan malas belajar hingga mensia-siakan peluang untuk berjaya.
“Masalah murid zaman sekarang adalah bukan sebab mereka tak pandai tetapi sebab mereka malas dan sikap tak peduli. Cikgu buat lah lesson plan macam mana pun, kalau murid itu malas, tetap juga tak guna.
“Kalau alasan nak cakap buat sesi pembelajaran berasaskan kuiz, tak semua sesuai lagi-lagi topik penulisan. Tak akan setiap masa nak suruh main kuiz sahaja” luah cikgu tersebut.
Cikgu Lenna turut menjelaskan bahawa ada juga segelintir ibu bapa yang bersikap tidak mengambil kisah mengenai pembelajaran si anak.
“Lebih mengejutkan, ada segelintir ibu ayah yang tak ambil kisah tentang pembelajaran anak-anak. Terlalu manjakan sangat sampai biarkan anak gagal.
“Namun tetap bersyukur sebab tak semua ibu bapa perangai macam ini. Ada yang betul-betul ambil berat terhadap pembelajaran anak-anak mereka.
“Zaman saya dulu, menjelang tahun 6 dah tahu format penulisan surat rasmi, surat tidak rasmi, tulis laporan, tulis cerita, tulis syarahan dan lain-lain,” ujarnya.
Tambahnya lagi, segala ilmu yang diajarkan di dalam kelas tidak diterapkan ketika menjawab peperiksaan. Apa yang lebih membuatkan beliau kecewa apabila anak murid hanya menjawab ‘zip’ yang ditulis berulang kali sehingga penuh ruangan jawapan tersebut.
“Seminggu sebelum peperiksaan saya dah ajar contoh ayat kunci untuk dapat markah. Tetapi bila jawab ujian, satu ilmu yang saya bagi tak ada dalam jawapan. Kecewa sangat!,” luahnya.
Perkongsian cikgu itu dibanjiri komen warganet yang turut terkejut melihat jawapan pelajar tersebut. Rata-rata memberi cadangan agar murid itu diberikan sesi kaunseling.
Anak-anak kita biarpun dilahirkan daripada rahim yang sama namun berbeza sifatnya. Ini juga ada kena mengena dengan tarikh bulan kelahiran mereka. Malah beberapa kajian dan tinjauan jelas memperlihatkan perbezaan ini.
Bagi mak ayah yang mempunyai anak pada bulan September, berikut merupakan personaliti dan keperibadian anak yang lahir pada bulan September menerusi hasil kajian dan tinjauan.
1.Penyayang
Anak yang dilahirkan pada bulan September umumnya bijak dan penyayang. Mereka sangat bimbang tentang nasib orang lain dan haiwan di persekitaran mereka. Tetapi sila ambil perhatian bahawa mereka juga sangat sensitif. Oleh itu, berhati-hatilah dalam tingkah laku supaya tidak menyakiti hatinya.
2.Perfectionist
Kalau lahir pada bulan September pastinya akan sentiasa melakukan segala-galanya dengan cara mereka sendiri dan mereka sentiasa mahu menjadi yang terbaik. Sebab itu mereka akan mencuba dan mencuba sehingga mendapat hasil yang diinginkan. Tingkah laku sedemikian juga menunjukkan betapa berdedikasi mereka terhadap kerja yang mereka lakukan dan digelar ‘perfectionist’.
3.Suka bersenam
Anak yang lahir bulan ini dikatakan memang suka bergerak seperti bersukan atau melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan. Mereka suka berjalan di taman, pergi ke kawasan pergunungan, dan mengembara untuk bertemu orang baharu. Mereka beranggapan bahawa mengenali seseorang dari latar belakang yang berbeza adalah sangat menyeronokkan.
4.Jarang sakit
Perasan atau tak, anak yang dilahirkan dalam bulan ini agak kebal terhadap virus dan jarang sakit. Mereka sangat berhati-hati tentang pemakanan mereka dan mengekalkan gaya hidup sihat. Jika dia mengalami masalah penyakit tertentu, mungkin masalah yang sering dialaminya ialah masalah penghadaman dan saluran kencing.
5.Kreatif
Anak-anak juga seorang yang kreatif dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Hal ini kerana individu lahir bulan September suka membaca buku dan dahagakan ilmu. Jadi, si kecil anda mampu melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh orang lain, walaupun dianggap pelik.
6.Degil
Kerana individu lahir dalam bulan September bercita-cita tinggi, jangan terkejut jika dia juga degil ya! Sabar dan arahkan orang yang dikenali dengan baik dan arahan yang sesuai.
7.Berkeyakinan tinggi
Anak yang lahir pada bulan September mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Selain itu, mereka cenderung menjadi teratur dan mempunyai ingatan yang baik.
8.Mempunyai semangat yang tinggi
Jika anda mempunyai anak yang lahir pada bulan September, anda harus bersiap sedia! Ini kerana mereka mempunyai semangat yang tinggi terhadap sesuatu, contohnya pengembaraan baharu dan mengetahui sesuatu yang baharu. Untuk mengekalkan semangatnya, kekal di sisinya dan ikuti apa sahaja yang dia mahu lakukan.
9. Patuh arahan mak ayah
Secara amnya, kanak-kanak yang lahir pada bulan September cenderung mematuhi kehendak ibu bapa mereka. Tetapi ibu bapa juga perlu mengarahkan mereka untuk mempunyai pendapat mereka sendiri.
10.Bercita-cita tinggi
Anak kecil anda adalah seorang yang mempunyai komitmen yang tinggi. Jadi jika anda memberinya tugas, dia akan melakukannya dengan sebaik mungkin. Mereka boleh bekerjasama dengan orang lain dalam kumpulan, tetapi mereka lebih suka bekerja sendiri. Tidak hairanlah bahawa kanak-kanak yang dilahirkan bulan ini sangat bercita-cita tinggi dan ingin mempunyai pengetahuan dan/atau pengalaman yang lebih luas daripada orang lain.
Tarikh 2 Oktober pastinya menjadi tarikh yang paling dinantikan Fazura dan Fattah. Semuanya bagi menyambut ulang tahun kelahiran cahaya mata mereka, Nur Fatima Aisya.
Tahun ini genap empat tahun usia Fatima dan sambutan tahun ini pastinya sedikit berbeza dek kerana kemelut rumah tangga yang dilalui kedua selebriti ini. Namun ia bukan halangan untuk membahagia si comel Fatima.
Menerusi perkongsian keduanya, hari lahir anak kesayangan itu turut disambut cukup meriah namun dalam dua acara berbeza.
Menerusi akaun Instagram baharu anak kecil ini, Fazura dilihat memilih tema siri popular kesukaan puteri sulungnya iaitu Wednesday.
“Since my birthday falls on a Wednesday and I love Wednesday Addams, everyone must be in character,” tulisnya dikapsyen.
Fatima tampil dalam persalinan serba hitam bersama Fazura dan sepupunya yang turut disertakan dengan tema kek Wednesday.
Menerusi perkongsian video, Fatima dilihat begitu pandai membawakan karektor watak utamanya Wednesday. Memang comel.
Menakala Fattah pula dilihat turut meraikan hari istimewa Fatima dengan membawanya ke indoor playground malah turut memotong kek bagi meraikan Fatima.
Terdahulu pada 13 September yang lalu, Fazura memfailkan penceraian terhadap Fattah tanpa menyatakan perincian sebab mahu bercerai.
Air kosong ni mungkin nampak simple, tapi sebenarnya banyak manfaat penting untuk perkembangan si kecil. Jom tengok kenapa anak-anak perlu cukup minum air kosong...