Semuanya nak nampak hebat bila menyarungkan kostum superhero kegemaran. Ada yang datang dengan karakter Spiderman, Iron Man dan paling mencuri tumpuan semestinya Captain Marvel yang disarungkan oleh adik Iman yang juga merupakan BK Squad kita.

Captain Marvel paling cantik di abad ini

Bertempat di Kidzooona Central I-City Shah Alam, Bintang Kecil sekali lagi menemui adik-adik dengan aktiviti pengumpulan ‘Jom Jadi Superhero’ yang melibatkan hampir 100 orang termasuk kehadiran ibu bapa dan penjaga. Menariknya aktiviti kali ini, para peserta diminta untuk menyarungkan kostum kegemaran mereka dan perlu melalui cabaran catwalk dengan penuh bergaya.

https://www.youtube.com/watch?v=qN8mjnOB9xg&t=4s
Haaa kalau tak dengar cakap saya sumpah awak jadi arnab!

Siapa sangka ada peserta yang berani menampilkan gerakan unik ketika berdiri di hadapan barisan juri, lebih menghiburkan mereka menggayakannya dengan penuh keyakinan. Tahniah kami ucapkan kepada semua ibu bapa dan para peserta ‘Jom Chillax’ kerana memberikan sepenuh kerjasama sepanjang acara ini berlangsung. Semoga aktiviti seperti ini dapat mencungkil lagi bakat si cilik dan seterusnya membentuk keyakinan yang lebih dalam diri adik-adik kita.

https://www.youtube.com/watch?v=EinLT2-rvKg&t=2s

Jutaan terima kasih kepada para penaja hebat  Pharmaniaga Berhad, KFC Malaysia, Kidzooona Malaysia, Aeon Fantasy  Malaysia, Aducktive Salted Egg, JovianRTW, Hamper Murah Shah Alam, Nims HQ, Laikhaflorist, Sugarbomb dan Nawaitu HQ yang sudi menaja program ‘Jom Chillax’ Jom Jadi Superhero. Semoga kerjasama ini kekal berterusan dan mampu memberikan satu impak yang besar buat kesemua pihak serta mampu menyuntik momentum juga inspirasi baru di dalam diri kanak-kanak di Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?v=4a2srqGfUUs&t=13s