![Untitled-design](https://cdn.bintangkecil.my/2023/11/Untitled-design-696x364.png)
MENINGKATKAN SEMANGAT DAN MENYEBARKAN POSITIVITI DI
PUSAT VAKSINASI KANAK-KANAK
Sempena pembukaan semula sekolah pada akhir Mac, Susu Goodday, salah satu jenama susu kegemaran Malaysia sejak 1968, telah melancarkan kempen Goodday’s Happee PPVs. Bertujuan untuk menceriakan pengalaman vaksinasi kanak-kanak dengan menyediakan aktiviti yang menyeronokkan untuk mereka, Goodday’s Happee PPVs ialah kempen yang diteruskan daripada kempen Goodday’s Happee PPEs yang telah diadakan pada November-Disember 2021.
![](https://bintangkecil.my/wp-content/uploads/2022/04/IMAGE-2.png)
Goodday’s Happee PPVs akan menceriakan stesen vaksin untuk menjadikannya mesra kanak-kanak khas buat si kecil yang akan divaksinasi. Stesen vaksin warna-warni yang dihiasi karya-karya menarik yang direka oleh rakan sebaya mereka dijadikan tumpuan utama. Selain itu, si kecil akan diberikan accomplishment board apabila gambar mereka diambil di photo booth.
Kempen Goodday’s Happee PPVs juga telah mengubah rupa PPV di WTC KL, Axiata Bukit Jalil, MMU dan Emporis Kota Damansara untuk suasana yang lebih mesra kanak-kanak. Tambahan pula, Susu Goodday yang enak dan berkhasiat juga akan diedarkan kepada kanak-kanak sebaik sahaja mereka selesai menerima vaksinasi di pusat-pusat vaksinasi tersebut.
![](https://bintangkecil.my/wp-content/uploads/2022/04/IMAGE-3.png)
Teruknya Gigi Anak Rosak! Emas Jadi Penyelamat Gigi!
![](https://cdn.bintangkecil.my/2024/06/weL3CFs9-Copy-of-Unnamed-Design-24.jpg)
Penggunaan gigi emas mungkin sudah biasa namun bagaimana pula penggunaan emas ini dalam rawatan gigi?
Menurut perkongsian Dr Anitawaty Mukhtar dari Klinik Pergigian Anitawaty, penggunaan emas dalam rawatan pergigian adalah sebagai salah satu langkah terbaik untuk menyelamatkan gigi terutama saraf gigi.
Bahkan katanya lagi, rawatan menggunakan emas ini juga menjadi fardu kifayah bila mana kita memilih kaedah dan cara yang lebih baik untuk menyelamatkan gigi. Jadi tak perlu gusar.
Bukan hanya golongan dewasa bahkan rawatan menggunakan emas ini juga turut disarankan untuk kanak-kanak. Ikuti perkongsian beliau mengenai penggunaan emas ini.
Sebagai doktor pakar pergigian khususnya emas pergigian, saya telah mengkaji pelbagai jenis bahan-bahan yang di gunakan dalam bidang pergigian selama lebih 20 tahun.
Tidak terdapat satu pun bahan yg boleh menyembuhkan gigi dan saraf dan kembali menguatkan gigi dan gusi melainkan bila kita menggunakan bahan yang berasaskan emas terutama emas tulen 999.9.
Keadaan ini amat bertetapan dgn maksud beberapa hadis antaranya:
Hadis riwayat Imam Abu Daud (4232) dalam Sunan-nya
Al-Khattabi: Hadis ini menunjukkan keharusan menggunakan sedikit emas bagi lelaki ketika keadaan darurat seperti dalam penyusunan gigi, dan tidak ada bahan lain yang boleh menggantikannya. Lihat Ma`alim al-Sunan (4/215).
Maka di sini saya simpulkan emas tulen yang di gunakan di dalam pergigian terbukti sangat berkesan untuk tujuan pemuliharaan terutama bila menguatkan balik gigi yang goyang dan terdapat lubang (karies gigi) pada gigi yang saraf gigi sudah hampir terdedah atau terdedah kecik dan besar, dapat di pastikan yang kehadiran emas tulen akan membantu penyembuhan yang muktamad.
Tidak di nafikan, penyembuhan kesakitan gigi terdapat beberapa tahap. Contoh mudah;
1). Hanya perlukan tampalan biasa
2). Kombinasi tampalan dan ubat- ubatan.
3). Kombinasi rawatan komplimentari yang iktiraf bagi kesakitan yang berulang-ulang tanpa perlu membuang saraf gigi.
Perlu di beri perhatian, pembuangan saraf gigi walaupun di peringkat awal di lihat dapat membantu menghilangkan sakit atau sebaliknya tetapi ini bukan lah kaedah yang di redhai Allah Taala, berbalik kita kepada fiqh awlawiyyat yakni kaedah memilih cara yang lebih baik adalah lebih afdhal kerana mengurangkan kemudaratan adalah lebih diutamakan di dalam agama.
Dari sini, saya akhiri penulisan ini dgn dalil di dalam Al Quran yg bermaksud:
Allah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 63; “Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya adalah baginya Neraka Jahannam, serta ia kekal di dalamnya. Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar”. Agama itu nasihat.
Semoga perkongsian saya kali ini memberi penjelasan yang lebih baik lagi atas kepentingan kemajuan teknologi emas di dalam bidang kesihatan secara amnya dan bidang pergigian secara khasnya.
Wallahualam.
Urhan Seronok Jumpa Baby Baru!
![](https://cdn.bintangkecil.my/2024/05/res-8.jpg)
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat bersalin anak keduanya pada 17 Mei yang lalu. Dia melalui kelahiran secara pembedahan di atas saranan doktor kerana mengalami masalah jantung. Isteri kepada Raja Syahiran ini turut berkongsi tentang kelahiran kali kedua ini adalah dua minggu awal dari due date yang sebenar.
Semalam, Uyaina telah memuatnaik sebuah video di media sosial berkongsi detik-detik indah pertama kali anak sulungnya, Raja Urhan, berjumpa dengan adik. Dapat dilihat Urhan sangat teruja dan seperti tidak percaya yang adiknya telah lahir dan boleh disentuh.
Didalam video tersebut, Urhan dibawa oleh Baba untuk berjumpa dengan Mama dan adiknya. Ketika masuk ke bilik, dia seakan-akan terkejut tetapi tidak lama selepas itu Urhan terus naik ke katil untuk memegang dan mencium adiknya.
Tonton video ini;
Di penghujung video, Urhan memegang gambar adiknya sambil memberitahu bahawa dia gembira. Biarpun baru saja berusia sekitar dua tahun, namun sudah jelas kelihatan kasih sayang seorang abang terhadap adiknya.
Biarpun video tersebut berdurasi singkat tetapi tetap menyentuh hati mereka yang menonton. Rata-rata turut berkongsi pengalaman mereka selain melahirkan rasa sebak menonton video Uyaina ini. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan tahniah buat Uyaina sekeluarga di atas kelahiran putera yang kedua ini. Tahniah!
RAMADAN ANAK-ANAK LENGKAP DENGAN SAJADAH NAWAITU
![](https://cdn.bintangkecil.my/2023/11/Untitled-design-1.png)
Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, pencerahan tentang puasa dan amalan-amalan sunat kepada anak-anak merupakan topik yang sesuai dibahaskan. Permulaan ramadhan ini bagus untuk mendidik anak-anak, bukan sahaja berpuasa dan bersedekah malah penting untuk mendidik anak-anak solat dengan cara yang betul. Sebagai langkah awal untuk melatih anak-anak berpuasa, ibu bapa boleh membenarkan si kecil berpuasa separuh hari sahaja. Walaubagaimanapun, umur yang sesuai bagi setiap anak-anak berpuasa adalah berbeza. Menjadi kebiasaan ibu bapa membawa anak-anak untuk solat tarawih bersama ke masjid. Memandangkan kini kita dikehendaki membawa sajadah sendiri ke masjid, ibu bapa perlu menyediakan sajadah untuk dibawa oleh anak-anak.
![](https://bintangkecil.my/wp-content/uploads/2022/04/unnamed-2.jpg)
Pengasas Nawaitu, Encik Taqiuddin Izzat mengambil inisiatif untuk mengeluarkan sajadah khas untuk kanak-kanak bagi menggalakkan si comel mendirikan solat. Keluaran sajadah yang pertama dikeluarkan oleh Nawaitu adalah Square MyFirstSajadah Early Age. Sejadah ini direka untuk kanak-kanak dari seawal usia sembilan bulan sehingga 12 tahun.
Usaha besar dari Nawaitu mengeluarkan sejadah ini bagi menarik minat kanak-kanak dan juga memudahkan mereka mempelajari cara solat dengan betul. Bukan sahaja memberi keselesaan dan keseronokan kepada si manja, malah menggalakkan mereka untuk beribadah sejak dari kecil. Inilah objektif utama MyFirstSajadah Early Age dikeluarkan.
![](https://bintangkecil.my/wp-content/uploads/2022/04/unnamed-3.jpg)
Setelah Myfirstsajadah Early Age mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa, Nawaitu sekali lagi mengeluarkan sajadah baharu untuk kanak kanak dengan reka bentuk yang berlainan. Boleh dikatakan Nawaitu merupakan syarikat pertama yang menghasilkan sajadah berbentuk quba yang diinspirasikan dari qubah masjid. Ini menjadikan sajadah Nawaitu unik dan menarik untuk kanak-kanak. Dinamakan Quba Kids Myfirstsajadah dan didatangi dengan tujuh corak dan warna yang berbeza.
![](https://bintangkecil.my/wp-content/uploads/2022/04/unnamed.jpg)
Sempena Ramadhan ini, Nawaitu telah melancarkan koleksi terbaru sajadah kanak-kanak iaitu Arche Kids Marakesh. Koleksi ini diilhamkan daripada suasana kota di Maghribi dan berbentuk arche atau gerbang yang sering dilihat di masjid.
![](https://bintangkecil.my/wp-content/uploads/2022/04/unnamed-1.jpg)
Nawaitu mempunyai keluaran sajadah yang boleh digunakan bagi semua peringkat umur. Dengan pembungkusan yang eksklusif menggunakan kotak cocok benar dijadikan hadiah. Tambahan pula, koleksi yang pelbagai bukan sahaja boleh diberikan kepada si kecil sahaja malah boleh diberikan juga kepada orang dewasa. Walaupun pada mulanya, Nawaitu hanya mengeluarkan sajadah kanak-kanak, kini Nawaitu mempunyai pilihan sajadah dewasa seperti Quba Abstract dan Square Nayra. Bukan sahaja sajadah untuk kegunaan di rumah malah sajadah yang boleh di bawa kemana sahaja iaitu Square Khayra Mobile Sajadah. Keluaran terbaru bagi sajadah dewasa adalah Square Hajid yang lebih tebal berbanding koleksi sajadah yang sebelum ini.