Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, pencerahan tentang puasa dan amalan-amalan sunat kepada anak-anak merupakan topik yang sesuai dibahaskan. Permulaan ramadhan ini bagus untuk mendidik anak-anak, bukan sahaja berpuasa dan bersedekah malah penting untuk mendidik anak-anak solat dengan cara yang betul. Sebagai langkah awal untuk melatih anak-anak berpuasa, ibu bapa boleh membenarkan si kecil berpuasa separuh hari sahaja. Walaubagaimanapun, umur yang sesuai bagi setiap anak-anak berpuasa adalah berbeza. Menjadi kebiasaan ibu bapa membawa anak-anak untuk solat tarawih bersama ke masjid. Memandangkan kini kita dikehendaki membawa sajadah sendiri ke masjid, ibu bapa perlu menyediakan sajadah untuk dibawa oleh anak-anak.
Pengasas Nawaitu, Encik Taqiuddin Izzat mengambil inisiatif untuk mengeluarkan sajadah khas untuk kanak-kanak bagi menggalakkan si comel mendirikan solat. Keluaran sajadah yang pertama dikeluarkan oleh Nawaitu adalah Square MyFirstSajadah Early Age. Sejadah ini direka untuk kanak-kanak dari seawal usia sembilan bulan sehingga 12 tahun.
IKLAN
Usaha besar dari Nawaitu mengeluarkan sejadah ini bagi menarik minat kanak-kanak dan juga memudahkan mereka mempelajari cara solat dengan betul. Bukan sahaja memberi keselesaan dan keseronokan kepada si manja, malah menggalakkan mereka untuk beribadah sejak dari kecil. Inilah objektif utama MyFirstSajadah Early Age dikeluarkan.
Setelah Myfirstsajadah Early Age mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa, Nawaitu sekali lagi mengeluarkan sajadah baharu untuk kanak kanak dengan reka bentuk yang berlainan. Boleh dikatakan Nawaitu merupakan syarikat pertama yang menghasilkan sajadah berbentuk quba yang diinspirasikan dari qubah masjid. Ini menjadikan sajadah Nawaitu unik dan menarik untuk kanak-kanak. Dinamakan Quba Kids Myfirstsajadah dan didatangi dengan tujuh corak dan warna yang berbeza.Â
IKLAN
Sempena Ramadhan ini, Nawaitu telah melancarkan koleksi terbaru sajadah kanak-kanak iaitu Arche Kids Marakesh. Koleksi ini diilhamkan daripada suasana kota di Maghribi dan berbentuk arche atau gerbang yang sering dilihat di masjid.
Nawaitu mempunyai keluaran sajadah yang boleh digunakan bagi semua peringkat umur. Dengan pembungkusan yang eksklusif menggunakan kotak cocok benar dijadikan hadiah. Tambahan pula, koleksi yang pelbagai bukan sahaja boleh diberikan kepada si kecil sahaja malah boleh diberikan juga kepada orang dewasa. Walaupun pada mulanya, Nawaitu hanya mengeluarkan sajadah kanak-kanak, kini Nawaitu mempunyai pilihan sajadah dewasa seperti Quba Abstract dan Square Nayra. Bukan sahaja sajadah untuk kegunaan di rumah malah sajadah yang boleh di bawa kemana sahaja iaitu Square Khayra Mobile Sajadah. Keluaran terbaru bagi sajadah dewasa adalah Square Hajid yang lebih tebal berbanding koleksi sajadah yang sebelum ini.Â
Kisah ini menceritakan tentang cerita rakyat mengenai Nenek Kebayan yang dikatakan memakan budak. Dalam cerita ini, ada kecurigaan dari penduduk kampung terhadap Nenek Kebayan karena beberapa orang budak hilang ketika berada dekat dengan kawasan rumahnya.
Penduduk kampung mulai takut dan curiga sekiranya Nenek Kebayan menggunakan ilmu hitam dan terlibat dalam kehilangan budak-budak tersebut.
Namun, setelah diselidiki lebih lanjut, terungkap yang Nenek Kebayan sebenarnya tidak melakukan perbuatan jahat apapun tetapi kebenaran yang terungkap menunjukkan bahawa Nenek Kebayan sebenarnya membantu dan menjaga bunga serta tanaman di rumahnya, dan anak-anak yang dikabarkan hilang sebenarnya tidak diculik atau dimakan olehnya.
Kisah ini mengajar bahawa pentingnya supaya tidak cepat menilai dan menghakimi seseorang berdasarkan kata-kata yang tersebar atau kecurigaan tanpa bukti yang jelas.
Ia menyedarkan kita bahawa pentingnya keadilan, tidak mudah percaya dengan kata-kata yang tidak jelas, dan pentingnya mencari kebenaran sebelum menuduh seseorang.
Kisah ini juga mengingatkan untuk lebih berfikiran terbuka dan memahami situasi seseorang sebelum membuat andaian.
Generasi 80-an dan 90-an mesti tahu kisah seram ‘Hantu Lilin’ ini. Ianya pernah viral gara-gara sebuah keluarga terakam satu entiti seram dalam gambar yang mereka ambil di satu lokasi yang terletak di Johor Bahru.
Kisahnya berlaku apabila mereka datang beriadah di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada waktu malam untuk menikmati angin laut dan pemandangan.
Sebagai kenangan, mereka sekeluarga pun bergambar di hadapan air pancut yang terletak di tepi menara jam.
Apa yang mengejutkan, apabila filem kamera itu dicuci (pada waktu itu kamera digital masih belum digunakan lagi) terdapat imej seseorang yang tidak dikenali sedang memegang lilin.
Keluarga tersebut telah menghubungi salah sebuah akhbar terkenal di Malaysia. Setelah meneliti negatif filem gambar tersebut barulah wartawan akhbar tersebut percaya dan menerbitkan cerita itu.
Kisah HANTU LILIN ini menjadi tajuk utama akhbar dan memberi impak yang besar terhadap masyarakat Malaysia. Seluruh Malaysia hangat memperkatakan mengenai kewujudan makhluk ghaib ini.
Ianya berlanjutan hampir setahun sehinggalah kisah ini dilupakan. Malah makhluk itu tidak pernah lagi muncul selepas itu walaupun ada khabar angin mengatakan dia pernah menjumpai Hantu Lilin di kawasan lain namun kesahihannya tidak dapat dipastikan.
Di tengah keheningan hutan yang luas, hiduplah seekor gajah yang besar dan kuat. Namun, disebalik kekuatannya, tersembunyi rasa kesepian yang mendalam.
Gajah itu tidak memiliki sahabat untuk berbahagi cerita dan kegembiraan. Dalam kesedihannya, gajah memutuskan untuk berjalan mencari sahabat. Perjalanannya dimulai dengan bertemu seekor monyet yang lincah, namun monyet tersebut menolak untuk berkawan dengannya dengan alasan gajah terlalu besar.
Kemudian, gajah bertemu dengan musang dan rusa, yang sama-sama menolaknya kerana takut akan kebesaran dan kekuatan gajah. Namun, takdir membawa cerita yang berbeza ketika ada khabar angin mengatakan bahawa harimau ingin memakan kesemua haiwan di dalam hutan.
Gajah, dengan hati yang berani, memutuskan untuk berhadapan dengan harimau tersebut. Dengan kekuatan dan keberaniannya, gajah berhasil menghalau harimau itu dan menyelamatkan semua haiwan di hutan.
Keberanian gajah merubah pandangan semua haiwan terhadap dirinya. Mereka menyedari bahawa kekuatan gajah tidak hanya luaran, tetapi juga hatinya yang besar dan berani.
Haiwan-haiwan di hutan pun akhirnya menerima gajah sebagai sahabat mereka.
Kisah gajah mencari sahabat ini mengajarkan kita tentang pentingnya keberanian, belas kasihan, dan tidak menghakimi orang lain dari luar sahaja. Gajah, yang awalnya kesepian kerana penolakan, akhirnya diterima dan dihargai kerana tindakannya yang mulia
MARMALADE
Kafe yang luas dan terang yang terletak di Bangsar Village II ini terkenal dengan banyak orang kerana menunya yang merangkumi daripada pelbagai kegemaran sarapan...