Nak sihat tak boleh minum banyak air manis. Itu yang sepatutnya kita beritahu pada anak-anak kita. Berapa banyak kandungan gula dalam air kesukaan anak kita, itu yang kita perlu tahu.
Jom ikuti perkongsian Dr Mazliana Mazlan mengenai jenis-jenis minuman kesukaan anak yang berada di pasaran. Sebaiknya kurang-kurangkan membeli pada anak.
Berapa banyak gula dalam yakult, vitagen, sunquick, dutch lady coklat, ribena, calpis, twister dan milo?
Belajar buat conscious decision sebelum beli untuk anak. Ada 9 point di bawah.
1. Kita dulu, nak minum sekali seminggu pun susah kan. Tapi anak sekarang, ada yang dapat akses minumam macam ni setiap hari.
Gula tetap gula, ia tak beri manfaat kebaikan pada tubuh anak walaupun sedikit. Sebelum beli, pastikan kita buat dulu conscious decision. Bukan asal viral terus masuk bakul. Bukan asal doktor suruh beli, tandanya itu minuman sihat.
Tapi kita sendiri ibu ayah, pastikan ada ilmu sebelum beli, pastikan belajar belek label sebelum beli.
Kita usaha sama-sama ya, usaha jaga tubuh badan anak-anak dan keluarga dari makanan yang boleh bawa mudharat pada tubuh.
Ads
2. Ini air yang sihat. Tak ada gula tambahan. Ini air pasaran yang baik untuk anak. Beli online buat stock.
3. Botol kecil dalam setengah cawan je. Tapi ada 3 sudu gula di dalamnya.
4. Air macam ni kita selalu tak letak dalam bekal sekolah anak? Elakkan kalau masih bekalkan breakfast berserta air macam ni. Homemade breakfast tu dah bagus sangat, tahniah mama. Combo dengan air kosong je dah cukup bagus.
Ads
5. Ini pun antara air kesukaan anak.
6. Hati-hati dengan air jus buah walaupun tanpa gula. Cuba belek bahagian fakta nutrisi. Mesti terkejut.
Ads
7. Minum favourite ramai anak-anak ni. Terkejut sangat saya tengok sampai 8 sudu gula dalam pek kecil ni.
8. Ni pun macam favourite anak jugak. Kita rasa sihat lah kan ada serdak oren sekali. Rupanya ‘sihat’ dengan gula.
9. Okay yang ini last. Ramai kita tak bagi anak minum saya rasa. Cuma nak bagitahu, ada 13 sudu kecil gula dalam ni. Terus tak payah beli langsung ye, mak ayah pun jangan. Ini toksik.
Korang yang ada anak yang dah pandai membaca, savelah semua gambar ni. Kalau anak susah nak dengar kita cakap, korang tunjuk gambar ni bagitahu ada banyak sangat gula dalam minuman fav diorang. Nak sihat tak boleh minum banyak air manis.
Bagi ilmu pada anak, insyaAllah makin lama diorang pandai pilih yang baik dan tolak yang buruk.
Patung Labubu kini semakin diminati ramai terutama di kalangan kanak-kanak perempuan dan dewasa. Walaupun kelihatan cukup comel namun anak patung kesukaan ramai ini dikatakan bermula dari inspirasi sesuatu agama.
Menerusi perkongsian di aplikasi Thread, seorang wanita mendedahkan bahawa patung Labubu ini difahamkan merupakan inspirasi dari Tuhan sesuatu agama.
Tambahnya juga, versi pertama Labubu dikeluarkan berwarna merah dan terdapat tulisan 666 pada bahagian badannya. Pencipta patung ini menjelaskan bahawa dia terinspirasi ketika berpindah ke Belanda dan berkait dengan agama di sana.
“Ramai cuba mencari simbolik agama menyerupai Labubu dan apabila ditemui, mereka berpendapat bahawa Labubu adalah inspirasi dari sebuah agama yang dikatakan mirip dengan simbol iblis yang bernama ‘Kala’,” jelasnya.
Menurut Pensyarah Fiqah Kontemporari di Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Datuk Dr Izhar Ariff Mohd Kashim berpendapat bahawa tidak wajar ibu bapa beragama Islam membenarkan anak mereka bermain dan menyimpan patung Labubu ini.
Hal ini kerana patung tersebut ada elemen kegamaan mana-mana kaum kerana ia inspirasi pada tuhan sesuatu agama.
“Patung tidak boleh mempunyai sebarang inspirasi atau yang disembah oleh mana-mana pihak. Nasihat saya, diharapkan ibu ayah prihatin dengan mainan anak-anak.
“Saya berharap agar ibu bapa mengambil tahu latar belakang mainan anak supaya tiada sebarang unsur keagamaan,” katanya.
Menerusi laman rasmi milik Mufti Wilayah Persekutuan, mereka mengesyorkan agar elak daripada sebarang perkara yang boleh menimbulkan kepada perasaan-perasaan pemujaan dan sebagainya.
Jika boleh diganti dengan hal-hal yang boleh mengelakkan daripada sebarang bentuk syubhah kerana apabila kita meninggalkan perkara-perkara yang khilaf seperti ini, ia termasuk dalam apa yang disebutkan bahawa:
الْخُرُوجُ مِنَ الْخِلاَفِ مُسْتَحَبٌّ
Maksudnya: “Keluar dari perkara khilaf adalah digalakkan.”
Seorang guru yang juga merupakan seorang perunding pendidikan dan motivasi dipuji ramai kerana mengajar murid untuk berzikir dengan caranya tersendiri.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @mrherohebat, pengguna atau guru yang dikenali sebagai Faizal Toha itu dilihat sedang mengajak murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Baloi Pontian Johor bersama-sama mengikutnya untuk berzikir.
Apa yang menjadi perhatian pastinya alunan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar dan LailahaillAllah itu bukanlah dialunkan dalam nada seperti biasa kita dengar.
Guru hebat ini memilih untuk mengalunkan zikir Allah itu menggunakan lagu daripada drama siri terkenal Korea Selatan di Netflix iaitu Squid Game sebagai latar belakang melodi alunan zikir tersebut.
Tidak hanya itu, alunan lagu itu bukanlah hanya zikir semata-mata sebaliknya ia turut mengandungi lirik yang mengajak murid untuk berzikir.
Dapat dilihat, anak-anak bukan sahaja cukup ‘enjoy’ kerana menggunakan lagu dan hiburan masa kini tetapi paling penting dapat berzikir dan mengalunkan kalimah Allah dengan baik seperti yang dituntut dalam Islam.
Usaha guru ini seharusnya dipuji. Difahamkan, alunan lagu zikir itu merupakan ilham daripada seorang penyanyi dan juga pendakwah, Idris Shamsuddin.
“Marilah berzikir bersama SK Ayer Baloi Pontian, Johor. Terima kasih Ustaz Idris Shamsuddin,” tulis pengguna berkenaan di kapsyen.
Rata-rata wargamaya memuji usaha guru dan Ustaz ini yang mampu memberikan sesuatu yang terbaik buat anak-anak kita lebih mudah mengikut kearah kebaikan.
Siapa sangka kanak-kanak berusia enam tahun mampu memberi kejutan buat seisi rumah bila berjaya memesan makanan menerusi atas talian.
Bapa kanak-kanak itu terkejut apabila penghantar makanan muncul di hadapan pagar rumah bagi menghantar pesanan yang telah dibuat menerusi sebuah platform.
Bagaimanapun, reaksi si bapa ketika menerima bungkusan makanan tersebut telah mencuri perhatian ramai kerana tidak menyangka ia adalah dari pesanan anak kecilnya yang baru berusia enam tahun.
Si comel berusia enam tahun itu memesan lapan pek ayam goreng. Memang bijak.
Menerusi video berdurasi seminit 17 saat dimuat naik di TikTok, dilihat penghantar makanan itu menyebut nama ‘Seri Rahayu sambil menghulurkan bungkusan makanan kepada seorang lelaki.
Selepas bertanya kepada ‘orang rumah’, lelaki berkenaan memberitahu Seri Rahayu yang juga isterinya tidak membuat sebarang pesanan makanan.
“Banyaknya! Siapa order ni? Isteri saya kata dia tak order.
“Betul ke ni alamatnya bang (penghantar makanan)? Cuba abang check. Betul dah ni.
“Tapi saya dan isteri takda order,”ujar lelaki itu.
Ternyata anak lelaki berusia 6 tahun pasangan itu yang membuat pesanan makanan tanpa memberitahu kepada ibu bapanya.
“Anak yang order la. Kami berdua tak tahu apa-apa. Anak saya yang order senyap-senyap,”jawabnya sambil tersenyum.
Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi di mana rata-rata warganet turut terhibur dan berkongsi pengalaman masing-masing.
Malam ini, The Chosen One XTRA, realiti yang menyentuh jiwa kembali dengan musim baharu yang lebih segar. The Chosen One XTRA membawa penonton menyaksikan...