Korang pernah tak nak bagi hadiah teddy bear dekat kawan sebab dia menang anugerah, hari jadi, atau baru habis konvo? Patung kan comel… rasa macam hadiah paling perfect! Dalam banyak keadaan, niat kita memang baik sebab nak buat orang gembira. Tapi bila masuk bab hukum hadiah patung, ada beberapa perkara penting yang perlu kita faham supaya tak tersilap langkah.
Kenapa Hukum Hadiah Patung Tak Digalakkan?
Seorang ustaz, PU Salman, cakap bahawa patung yang menyerupai makhluk bernyawa seperti:
teddy bear
patung manusia
patung haiwan
Hukumnya tak boleh ikut syarak. Dia kata ulama semua setuju tentang hal ni. Bila disebut sepakat ulama, maksudnya perkara tersebut bukan isu kecil tetapi memang jelas dalam perbahasan agama.
Eh, Kenapa Sampai Tak Boleh?
Sebab dalam Islam, buat patung berbentuk makhluk hidup memang tak digalakkan. Dan kalau tak boleh buat, menyimpan pun kena elakkan. Bila simpan patung macam tu di rumah, PU Salman kata:
“Malaikat tak masuk rumah jika ada patung. Tetapi bukan malaikat maut, ini malaikat rahmat yang membawa ketenangan.”
Ads
Malaikat rahmat ni malaikat yang bawa:
ketenangan
perlindungan
keberkatan
Sayang sangat kalau kita terlepas benda baik ni kan? Lebih-lebih lagi kalau rumah kita merupakan tempat rehat dan ibadah. Bila dah faham hukum hadiah patung, barulah kita tahu kenapa para ustaz selalu mengingatkan supaya kita berhati-hati.
Ramai Tak Tahu…
Kadang-kadang kita bagi hadiah patung sebab semua orang pun buat macam tu. Nampak cute, nampak sweet, dan rasa macam hadiah yang paling universal. Tapi bila dah tahu hukumnya, barulah kita faham kenapa ustaz pesan.
“Jangan normalisasikan beri hadiah patung kepada yang baru selesai konvokesyen. Ramai sangat yang buat, sedangkan ianya dosa besar.
Ads
Macam patung atau ‘teddy bear’ yang kecil atau besar, jadi hukum sepakatnya ulama kata haram, tiada khilaf.
Paling dahsyat azab pada hari kiamat adalah orang yang membuat patung.”
Sebenarnya ramai bagi hadiah patung sebab ikut budaya moden bukan sebab nak lawan syarak. Tapi bila bab hukum hadiah patung ini dibincangkan, kita kena ambil kira ilmu agama lebih daripada trend.
Ads
Hadiah Apa Yang Kita Boleh Bagi?
Jangan risau, banyak je hadiah lain yang comel dan bermakna! Kita masih boleh raikan kejayaan dan beri sesuatu yang bermakna tanpa melanggar batas agama.
bunga
coklat
keychain tanpa bentuk makhluk hidup
notebook
mug dengan nama
frame kata-kata semangat
Hadiah-hadiah ni semua cantik, sopan dan tak langgar syarak. Malah lebih selamat sebab tak timbul keraguan tentang hukumnya. Bila kita faham hukum hadiah patung, kita jadi lebih peka untuk pilih hadiah yang bukan saja comel tetapi juga memberi pahala.
Kesimpulannya
Bukan tak boleh bagi hadiah. Boleh, sangat boleh! Cuma patung comel tu kita elakkan. Yang penting niat kita nak buat orang happy, tapi biar selari dengan apa yang agama ajar. Bila kita pilih hadiah yang lebih patuh syarak, kita bukan saja gembirakan penerima tapi juga jaga hubungan kita dengan Allah.
Jadi lepas ni, bila terfikir nak bagi hadiah, ingat semula hukum hadiah patung dan pilih sesuatu yang lebih bermanfaat, berkat dan tetap menyentuh hati.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah tak kamu tiba-tiba buat bunyi “hik! hik! hik!” tanpa boleh berhenti? Itulah yang kita panggil sedu. Kadang-kadang jadi masa makan, masa ketawa kuat, atau bila minum terlalu cepat. Tapi kenapa sebenarnya badan kita buat begitu ya?
Siapa yang mula?, Diafragma!
Dalam badan kita ada satu otot penting yang dinamakan diafragma. Ia duduk di bawah paru-paru dan bantu kita bernafas. Bila kita tarik nafas, diafragma akan turun ke bawah. Bila kita hembus nafas, dia akan naik semula.
Tapi kalau tiba-tiba diafragma ni mengecut secara mengejut, udara akan masuk dengan cepat ke paru-paru, dan pintu suara kita tertutup tiba-tiba. Hasilnya, keluar bunyi “HIK!”, inilah sedu!
Apa Punca Kita Sedu?
Sedu boleh berlaku kerana banyak sebab. Antaranya:
Makan atau minum terlalu cepat. Udara boleh masuk bersama makanan, dan ganggu diafragma.
Ketawa terbahak-bahak. Nafas keluar-masuk tak menentu, dan diafragma boleh “terkejut”.
Minuman sejuk atau pedas. Kadang-kadang suhu dan rasa yang kuat boleh buat otot diafragma jadi “keliru”.
Perubahan suhu badan. Bila badan panas tiba-tiba kena sejuk (contohnya minum air ais), otot kita boleh bertindak balas.
Betul Ke Sedu Sebab Nak Membesar?
Mitos ni wujud sebab sedu memang biasa berlaku pada kanak-kanak kecil dan bayi. Masa kita kecil, otot diafragma masih baru belajar “bekerja dengan betul”, jadi sedu mudah berlaku.
Disebabkan bayi dan kanak-kanak kecil tengah membesar, orang dulu pun fikir dua perkara tu mesti berkaitan. Padahal… kebetulan saja!
Sedu Tak Bahaya Pun!
Sedu sebenarnya tidak berbahaya. Ia cuma tindak balas semula jadi badan kita. Biasanya sedu akan hilang sendiri selepas beberapa minit. Tapi kalau sedu berlarutan lebih daripada satu jam, mungkin kita perlu berjumpa doktor sebab boleh jadi ada sebab lain.
Cara Nak Hentikan Sedu
Kalau kamu sedang sedu, boleh cuba cara-cara ni:
Minum air perlahan-lahan. Ia bantu menenangkan diafragma.
Tahan nafas sekejap. Ini beri masa pada diafragma untuk “rehat”.
Minta kawan kejutkan kamu! Kadang-kadang bila kita terkejut, sedu terus hilang!
Menelan gula atau madu sedikit. Ia boleh ganggu saraf kecil yang menyebabkan sedu.
Haiwan Pun Sedu!
Menariknya, bukan manusia saja yang sedu. Haiwan seperti anjing dan kucing pun boleh mengalami sedu. Saintis kata ini mungkin cara otot mereka “berlatih” untuk bernafas dengan betul.
Sedu memang nampak lucu, tapi sebenarnya ia menunjukkan badan kita berfungsi dengan baik! Jadi, lain kali kalau kamu “hik! hik!” jangan risau tapi kena ucapkan terima kasih pada diafragma sebab bekerja keras untuk bantu kamu bernafas setiap hari!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Dizaman yang serba mencabar ini, membuatkan mak ayah semakin sukar untuk mengawal dan mendisiplinkan anak. Menggunakan hukuman sebagai denda anak ingkar arahan adakalanya tidak perlu.
Sebaliknya didiklah anak dengan denda melalui disiplin, bukan hukuman. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Hajah Azuraida Shahadan, Pakar Kepimpinan Diri, Institusi & Keluarga berkongsi lima tip untuk mak ayah.
Pertama sekali kita kena faham tujuan kita mendenda anak-anak adalah untuk mendisiplinkan mereka.
Denda datang dalam bentuk disiplin dan bukan datang dalam bentuk hukuman atau pukulan.
Memukul, mendenda atau menghendik anak-anak adalah perkara yang ibu bapa perlu elakkan kerana ia membawa kesan negatif kepada tumbesaran emosi anak-anak kita dan mendatangkan masalah ke atas perlakuan dan psikologi cara fikir anak-anak di masa akan datang.
Ini menyebabkan mereka mengalami masalah self esteem yang rendah, agresif, mudah marah, sering bersedih atau tak suka untuk bercampur dengan orang atau sering bersendiri dan berahsia.
Jadi sekiranya anak-anak kita melakukan kesalahan, kita harus didik dengan gaya kepimpinan yang mampu mendisiplinkan anak-anak dan pupuk kasih sayang dengan anak-anak.
Ini mak ayah boleh lakukan:
1. Disiplin corner
Sediakan satu ruang atau sudut dirumah yang selesa dan setiap kali anak buat salah, minta anak duduk di sudut tersebut dan bagi tugasan sama seperti di sekolah.
Contoh anak usia 10 tahun, arahkan anak baca sifir 12. Denda macam ini bagi kesan yang baik untuk anak.
2. Denda senaman
Jika anak degil akan arahan, kita bagi senaman, contoh jumping jack mengikut usia anak itu sendiri. Jumping jack ini boleh membantu hormon serotonin dan membantu menghilangkan rasa sedih. Bila anak kena denda, tak adalah terlalu rasa sedih dan mampu kawal emosi lepas didenda.
3. Buat kerja rumah
Jika anak langgar arahan, minta anak buat kerja rumah terutama di dapur. Gunakan ayat yang tepat contohnya,” abang mama sayang abang tapi sebab abang tak ikut arahan mama, mama kena beri abang denda untuk jadi pembantu mama di kerja. Dalam masa boleh bantu anak bertanggungjawab.
4. Beri anak time out
Anak kita kan suka main gajet atau telefon jadi ambillah gajet ini sebagai denda kepada mereka. Tetapkan masa selama satu jam, atau satu hari misalnya atau terpulang pada ibu bapa.
Ia memupuk sikap disiplin pada anak.
5. Punishment jar
Apa yang kita boleh buat untuk menulis denda sekiranya anak tak patuh arahan. Setiap kali anak tak patuh arahan, minta anak cabut dan buat denda yang mereka pilih sendiri. Ia secara tak langsung dapat didik anak bertanggungjawab ke atas perbuatan mereka sendiri.
Pastikan denda yang dikenakan adalah dalam bentuk disiplin, bukan hukuman!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Anak kedua usahawan dan pelawak Shuib, Dzahira Talita Zahra yang tular selepas melakukan persembahan di Bukit Bintang baru-baru ini kini melangkah setapak lagi apabila berpeluang untuk menjayakan Konsert By Ajai & Mega Friend di Singapura pada 10 Mei nanti.
Menerusi sebuah posting di Instagram, Shuib berjaya merakam momen kegembiraan di wajah Talita apabila diberi tawaran tersebut. Lebih teruja, kejutan itu dilakukan oleh Ajai sendiri.
“Dari show paling murah ke show paling mahal. Tahniah Talita. Daddy bangga.
“Terima kasih abang Ajai. Kita sama-sama doakan Talita okey,” kongsinya.
Terdahulu, Talita telah menarik perhatian ramai semasa melakukan sebuah persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan mendendangkan lagu arwah ibunya, Siti Sarah Raisudin yang berjudul Kesetiaan.
Thalita menyanyikan lagu Kesetiaan sebanyak dua kali dan pada nyanyian kedua, emosinya sedikit tersentuh sehingga menitiskan air mata.
Selain lagu Kesetiaan, dia juga menyanyikan lagu Kekasih Bayangan sewaktu busking bersama stesen radio Era FM.
Terdahulu, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Ketahui kenapa daun tukar warna menjadi kuning, oren dan merah. Rahsia pigmen alam, perubahan cuaca dan proses pokok berehat dijelaskan secara mudah dan menarik.