
Siapa je tak kenal influencer cilik kegemaran ramai, Bang Aji. Selalu muncul dengan aksi comel dan gelagat mencuit hati di TikTok. Rupanya sekarang Bang Aji sudah pun melangkah ke alam persekolahan. Wah, cepat betul masa berlalu kan.
Ayah Bang Aji ada berkongsi video hari pertama sekolah semalam. Bang Aji dilihat pulang dari sekolah dan dijemput oleh ayah tersayang. Tapi ada satu babak yang buat ramai tersenyum dan sebak sekali gus. Bang Aji yang baru keluar dari sekolah kelihatan membuka pintu kereta sambil menangis tersedu-sedan.

Bang Aji Rindu Ayah
Bila ayahnya bertanya kenapa, Bang Aji dengan jujur mengaku dia rindukan ayah semasa berada di sekolah. Sebaik sahaja berjumpa, terus air mata jatuh. Alahai, comelnya Bang Aji.
“Adik okay ke tak okay,” tanya ayahnya.
Bang Aji dengan comel tapi tahan sebak cakap “tak okay”!
Rupa-rupanya walaupun seronok belajar dan jumpa kawan, rasa rindu pada mak ayah tetap ada dalam hati budak kecil.

Okay Lepas Kena Pujuk
Ayah Bang Aji pun cepat-cepat memujuk dengan suara lembut. Dia ajak Bang Aji balik makan dulu sebelum pulang ke rumah. Terus nampak Bang Aji sedikit tenang bila dipujuk. Saat macam ni memang buat ramai mak ayah faham perasaan anak kecil yang baru belajar berdikari.
Sebenarnya, perasaan rindu macam ni perkara biasa bila mula bersekolah. Di sekolah, kita belajar banyak benda baru, kenal cikgu, buat aktiviti menarik dan dapat kawan baru. Tapi kasih sayang mak ayah tetap nombor satu dalam hati.

Terus Semangat Ke Sekolah!
Semoga Bang Aji terus semangat ke sekolah setiap hari. Di situlah tempat belajar membaca, menulis, berkongsi dan jadi budak pandai. Paling penting, sekolah juga tempat untuk cipta kenangan indah bersama kawan-kawan. Bang Aji memang hebat, sikit air mata tak bermakna lemah, itu tanda hati yang penuh kasih sayang.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!







