
Korang tahu tak, walaupun kita dah besar sikit, masuk sekolah asrama, ada orang yang lagi sedih daripada kita sebenarnya. Siapa? Daddy dan mummy lah.
Baru-baru ini, angkasawan negara kita, Dr Sheikh Muszaphar, berkongsi perasaan sedih dan sayunya bila menghantar anak keduanya, Tasha, ke Kolej Tunku Kurshiah (TKC).

Daddy Dah Mula Rindu
Kata Dr Sheikh Muszaphar dia dah mula rindukan anaknya walaupun baru hari pertama berpisah.
“Hari pertama Tasha di asrama, daddy dah mula rasa rindu. Baru day one tau. Tapi rindu tu macam dah lama tak jumpa,” tulisnya.
Daddy kata, walaupun ada 7 orang anak, rupa-rupanya lepaskan anak tetap susah.
Sebab apa? Sebab anak ni bukan sekadar duduk sekali, tapi kita tengok dia membesar, ketawa, menangis, belajar dan berjuang.
Kadang-kadang, anak nampak okay je duduk di asrama. Siap boleh senyum lagi.
Tapi parents pula yang termenung, tak tentu arah, asyik teringat anak.

Demi Kebaikan Anak
Dr Sheikh Muszaphar cakap, sebagai seorang ayah, dia gembira bila anak-anak gembira. Walaupun sedih, dia tahu hantar Tasha ke asrama adalah untuk kebaikan Tasha sendiri.
” Sebelum ni, kakak Tasha, Bella, pun pernah masuk sekolah asrama. Masa tu pun susah nak lepaskan.
“Dan bila tahun 2026 ni pula giliran Tasha, rasa sedih tu jadi lebih kuat. Daddy dan mummy Tasha pun sebenarnya bekas pelajar asrama. Mereka tahu hidup asrama bukan senang. Kena berdikari, kena kuat, kena pandai urus diri sendiri.

Sebab tu daddy pesan, “Just need to face it, just need to go through it,” tulisnya.
Kata Dr Sheikh Muszaphar lagi, dia bersyukur Tasha nampak bersedia untuk berdikari.
“Syukur, Tasha nampak bersedia dari segi fizikal dan mental. Daddy doakan Tasha berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin. Daddy janji akan datang melawat setiap minggu,” tulisnya.
View this post on Instagram
Teruskan Jadi Anak Yang Kuat & Baik Hati
Kawan-kawan, kalau korang masuk asrama nanti dan rasa rindu rumah, ingat tau…
Bukan korang je yang rindu parents, parents pun rindu korang lebih-lebih lagi.
Teruskan belajar, jadi anak yang kuat dan baik hati. Daddy dan mummy sentiasa bangga dengan korang.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!







