Terapi berkuda dikatakan merupakan salah satu terapi terbaik dapat membantu menambah baik kesihatan fizikal, sensori, emosi, sosial dan komunikasi kanak-kanak istimewa.
Malah pakar juga turut bersetuju latihan menunggang kuda dapat membantu membina kekuatan kaki walaupun lumpuh.
Bukan itu saja bahkan terapi ini sudah banyak diamalkan dan terbukti berkesan di seluruh dunia seperti di United Kingdom, Amerika Syarikat, New Zealand dan Singapura.
Melalui petikan berita Harian Metro, terdapat satu organisasi di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan ini secara percuma untuk orang kurang upaya (OKU). Organisasi tersebut adalah The Riding for the Disabled Association (RDA) Malaysia yang telah bertapak sejak tahun 1989.
Kemudian, ia mula dijalankan oleh ahli terapi pekerjaan yang berkelayakan dan membabitkan pelbagai aktiviti. Antaranya mengenali kuda dan pembelajaran menunggang haiwan tersebut.
Berikut merupakan 7 kesan positif buat anak berkeperluan khas yang boleh diperoleh daripada terapi berkuda, menurut Ketua Jurulatih Terapi Berkuda RDA Malaysia, Muthusamy Kandasamy.
1. Memperbaiki pemprosesan saraf dan deria dalam otak
Menunggang kuda dapat memberi manfaat kepada kanak-kanak yang mengalami gangguan pemprosesan deria seperti autisme dan Gangguan Perhatian Defisit Hiperaktif Gangguan (ADHD).
Aktiviti ini terbukti mampu membantu memperbaiki pemprosesan saraf dan deria dalam otak.
2. Perkembangan kognitif dan bahasa
Selain itu, terapi menunggang kuda juga didapati memberi manfaat kepada perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas seperti autisme serta masalah intelek.
3. Meningkatkan beberapa kemahiran sosial
Kesan aktiviti menunggang kuda terhadap sosial turut dikaji dan didapati dapat membantu meningkatkan beberapa aspek kemahiran sosial.
4. Mengasah kemampuan mendengar arahan dan melaksanakannya
Aktiviti regangan tangan dan bahu ketika di atas kuda, merupakan antara aktiviti yang biasa dibuat setiap kali sesi terapi berkuda bagi penunggang OKU.
Ia bertujuan mengasah kemampuan penunggang mendengar arahan dengan baik dan seterusnya dapat melaksanakan arahan yang diberikan.
5. Membina keyakinan diri
Aktiviti asas yang selalu diamalkan ketika menunggang kuda dibuat untuk menggalakkan penunggang berinteraksi dengan ‘side walker’. Side walker merupakan alat sokongan ketika menunggang kuda.
Di mana, pada masa yang sama dapat membina keyakinan diri dan memberikan kerjasama.
6. Beri peluang pembelajaran kepada pergerakan berjalan
Bagi anak yang mengalami ketidakupayaan fizikal (OKU fizikal), aktiviti menunggang kuda dapat memberi simulasi pergerakan pelvis dan anggota bawah yang serupa dengan aktiviti berjalan.
Ini akan memberi peluang pembelajaran kepada pergerakan berjalan lebih baik untuk anak yang tidak mampu berjalan sendiri.
7. Belajar menyeimbangkan badan
Terdapat aktiviti menunggang kuda dalam bentuk zigzag yang akan dapat membantu penunggang untuk belajar menyeimbangkan badan.
Daripada segi saintifiknya pula, aktiviti kuda berjalan ketika anak sedang menunggangnya akan dapat merangsang sistem deria vestibular bagi integrasi sensori di otak bagi penunggang itu.
Dalam sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, kita sering mendengar tentang satu malam yang sangat istimewa, iaitu malam Lailatul Qadar. Namun, adakah kita benar-benar memahami mengapa malam ini begitu penting dan apa keistimewaannya?
Ustaz Ammar Mukhlis, dalam video ceramahnya yang berjudul “Ustaz! Apakah malam Lailatul Qadar?”, mengajak kita untuk mendalami lebih dalam mengenai keajaiban dan keistimewaan malam Lailatul Qadar.
Malam ini dikatakan sebagai malam seribu bulan kerana keberkatan dan pahala yang digandakan jauh melampaui malam-malam biasa.
Ustaz Ammar memulai ceramahnya dengan mengajar taranum dan nada bacaan Al-Qur’an, yang menunjukkan pentingnya surah Al-Qadr. Surah ini secara khusus menjelaskan tentang turunnya Al-Qur’an pada malam Lailatul Qadar.
Keistimewaan malam ini adalah sebagai peringatan akan turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW, yang merupakan awal dari perubahan besar bagi umat manusia.
Ustaz Ammar menekankan pentingnya memanfaatkan sepuluh malam terakhir Ramadan. Beliau mengingatkan agar tidak hanya fokus pada malam Lailatul Qadar saja tetapi juga meningkatkan ibadah di malam-malam lainnya.
Aktiviti seperti membaca Al-Qur’an, berzikir dan melaksanakan solat sunat seperti tahajud, hajat, taubat, dan witir sangat digalakkan.
Di akhir ceramah, Ustaz Ammar berkongsi doa agar kita semua dapat memanfaatkan bulan Ramadan ini dengan sebaik-baiknya.
Beliau juga mengingatkan kita untuk saling bermaafan dan memperbanyakan doa dan zikir serta mengharapkan keampunan dan rahmat dari Allah SWT.
Malam Lailatul Qadar adalah malam yang penuh dengan keajaiban dan kemuliaan. Melalui video Ustaz Ammar Mukhlis, kita diajak untuk lebih mendalami dan mempersiapkan diri untuk mendapatkan keberkatan di malam yang lebih baik dari seribu bulan ini.
Bila anak sakit dan tidak sihat, kitalah paling susah hati. Apa kata kita bantu anak untuk tingkatkan imun tubuhnya. Nak buat macam mana?
Menurut perkongsian dari Dr Mazliana Mazlan, aktiviti grounding dan sunning ini antara yang paling membantu untuk meningkatkan imun anak. Tak perlu lama pun, cukup hanya 20 minit setiap hari. Jom cuba!
Grounding dan sunning untuk kuatkan imun anak. Buat setiap hari, paling kurang 20 minit sehari.
Cuba buat 2 minggu je, dah boleh nampak kesan positif pada imuniti anak. Tak susah, depan rumah pun boleh. Berkaki ayam atas rumput waktu siang.
Grounding. Main atas tanah, rumput, pasir. Bawa ke taman pun mudah. Main depan rumah pun boleh.
Pergi pantai lagi best, tapi susah jugak kalau hari-hari, seminggu sekali okay lah kan. Biar anak berkaki ayam.
Sunning. Main bawah cahaya matahari. Untuk anak-anak, mulakan dengan waktu awal pagi sebelum jam 10, dan lewat petang selepas jam 5.
Waktu terbaik waktu matahari terik tengahari, tapi mungkin tak sesuai untuk anak kecil.
Kebaikan grounding dan sunning;
1. Immune booster
– Anak yang banyak terdedah dengan grounding dan sunning, akan kuat imuniti diorang. Susah nak jatuh sakit, dan
akan cepat sembuh bila tak sihat. Ramai macam ni, Allah izinkan, alhamdulillah.
2. Mood booster
– Kalau perasan mood anak dah lain je, terus bawak grounding depan rumah. Perubahan akan sangat ketara, dari nangis mengamuk, terus boleh happy dan ceria.
3. Sleep booster
– Try konsisten buat setiap hari 20 minit, kitaran tidur anak pasti lebih baik. Boleh tidur awal, dan kualiti tidur pun makin baik.
Seperti mana mamanya yang banyak gelagat mencuit hati ketika LIVE, begitu jugalah dengan anak bongsu MuaBellaz. Bukan saja comel tetapi telatah anak bongsu pempengaruh media sosial itu, Wara, sering menarik perhatian ramai. Ada saja benda yang dibuat yang mengusik hati.
Melalui sebuah video yang dikongsikan pemilik akaun Instagram ain.fatin.lyana, yang telah mengambil sedutan sesi LIVE MuaBellaz bersama anaknya telah mengundang tawa orang ramai kerana gelagat Wara yang ‘menguji’ kesabaran mamanya.
Pada awalnya, dua beranak ini menyanyi sebelum Wara menjawab soalan MuaBellaz ketika ditanyakan apa yang ada pada muka mama. Dengan selamba dia memberitahu di wajah mama ada jerawat.
Mendengarkan jawapan Wara, MuaBellaz mengiyakan kata-kata anaknya itu. Walaupun begitu, dia sempat berpesan supaya tidak menegur wajah orang seperti itu.
Kemudian MuaBellaz meminta Wara untuk mempromosikan maskara. Dalam kesibukan mamanya bercakap tanpa disedari Wara telah membuka penutup maskara dan memakainya. Habis comot!
Apabila melihat wajah anaknya itu, MuaBellaz terperanjat dan segera mengambil tisu untuk membersihkan kesan maskara tersebut. Alahai, macam-macam ragam ya Wara! Makin lama, makin menurun minat mekap mama. Sikit je lagi pandailah pakai maskara tak comot dah kan?
Kemahiran menulis perlu diperkenalkan dan diajarkan pada anak sejak awal lagi. Semua ini bagi membiasakan anak untuk memegang pensil dan sebagai persediaan awal melangkah...