Psikologi anak memainkan peranan penting dalam perkembangan mereka. Sebagai ibu bapa atau penjaga, kita perlu memahami cara terbaik untuk mendekati dan mendidik anak agar mereka membesar dengan emosi yang sihat dan kemahiran sosial yang baik.
Berikut adalah 10 tip psikologi yang dapat membantu kita membentuk hubungan yang lebih kuat dan memberikan sokongan yang diperlukan anak-anak.
Ads
10 tip psikologi untuk memahami dan mendidik anak:
Fahami Emosi Mereka
Anak-anak sering menunjukkan perasaan mereka melalui tingkah laku. Dengarkan dan fahami apa yang mereka cuba sampaikan, bukan hanya dari perkataan, tetapi juga dari perbuatan.
Jadilah Contoh Yang Baik
Anak-anak cenderung meniru tingkah laku orang dewasa. Jadi, tunjukkan nilai-nilai yang baik seperti sabar, hormat, dan kasih sayang.
Gunakan Positif Reinforcement
Puji mereka apabila berkelakuan baik. Ganjaran atau pujian membantu mereka untuk lebih memahami tingkah laku yang diingini.
Ads
Ads
Beri Pilihan
Anak lebih mudah merasa dihargai jika diberikan pilihan. Ini juga membantu mereka belajar membuat keputusan secara berdikari.
Jangan Terlalu Menekan
Terlalu banyak tekanan untuk berjaya boleh membuatkan anak merasa tertekan. Biarkan mereka berkembang pada kadar mereka sendiri.
Beri Masa Untuk Berehat
Aktiviti harian yang padat boleh membuatkan anak merasa letih. Pastikan mereka mempunyai masa untuk bermain dan berehat.
Ajarkan Pengurusan Emosi
Ajar anak cara menguruskan perasaan mereka, seperti mengatasi rasa marah atau kecewa dengan cara yang sihat.
Terima Kelemahan Mereka
Jangan terlalu fokus pada kesilapan mereka. Terima kekurangan anak dan bantu mereka untuk belajar daripadanya tanpa merasa dihukum.
Konsisten Dengan Peraturan
Anak memerlukan peraturan yang jelas. Jika peraturan berubah-ubah, mereka boleh menjadi keliru dan tidak tahu apa yang diharapkan.
Cipta Hubungan Yang Penuh Kasih Sayang
Anak-anak memerlukan kasih sayang yang konsisten. Berikan pelukan, kata-kata manis, dan perhatian penuh agar mereka rasa dihargai dan selamat.
Dengan memahami psikologi anak, kita dapat memberikan mereka ruang untuk berkembang dengan cara yang sihat dan bahagia. Ingat, setiap anak adalah unik dan mempunyai keperluan yang berbeza. Jadi, teruskan usaha untuk menjadi contoh yang baik, bersabar, dan memberi sokongan sepenuhnya agar anak-anak dapat mencapai potensi terbaik mereka.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan Khairul Aming atau KA pempengaruh terkenal yang sering berkongsi resipi menarik dan mudah diikuti. Setiap kali beliau memuat naik video masakan, pasti akan mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi sempena bulan Ramadan ini.
Seperti yang sudah diketahui, KA akan berkongsi 60 resipi sepanjang 30 hari Ramadan, memberikan pelbagai idea hidangan buat pengikut setianya. Setiap resipi yang dikongsikan bukan sahaja mudah tetapi juga sangat menarik, membuatkan ramai yang tidak sabar untuk mencuba.
Terbaru, satu lagi resipi ringkas yang dimuat naik telah mencuri perhatian – Kek Pisang! Walaupun nampak mudah, namun hanya dalam tempoh dua jam selepas disiarkan, video ini telah mencecah 1.5 juta tontonan!
RAHSIA KEK PISANG SEDAP
Kek pisang KA memang nampak lain, mana taknya bahan-bahan penyediannya adalah susu pekat manis dan kepingan coklat telah menjadikan resipi ini lebih sedap. Ini rupanya rahsia!
Apa yang membuatkan ramai tertarik adalah cara penyediaan yang sangat senang, menggunakan bahan-bahan asas yang mudah didapati. Namun, ada satu bahan rahsia yang menjadikan kek ini lebih sedap dan moist, sehingga ramai netizen teruja untuk mencubanya sendiri.
Resipi mudah, hasilnya menggiurkan! Tak hairanlah ramai yang terliur hanya dengan menonton video ini. Kagum betul dengan sentuhan magis KA dalam setiap masakannya!
Melatih anak-anak kecil berpuasa ini, memerlukan kita menjernihkan hati kita. Fokus untuk melakukannya kerana mencari redha Allah.
Bila kita faham akan perkara ini, maka bila kita mahu melatih anak berpuasa, kita boleh membuat keputusan yang baik sendiri tanpa perlu mengikut apa yang orang lain paksa ke atas kita.
Ikuti perkongsian daripada penceramah motivasi, Dr. Rozieta Shaary, atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose, tentang cara melatih anak berpuasa secara perlahan-lahan. Menurut beliau, anak tidak perlu dipaksa untuk berpuasa penuh sejak awal, sebaliknya boleh dilatih secara bertahap mengikut kemampuan mereka.
Ada anak yang boleh mula dilatih dari usia 4 tahun atau 3 tahun. Ibu bapanya melatihnya perlahan-lahan. TIDAKLAH terus menghabiskan satu hari, mungkin untuk beberapa jam dahulu. Mungkin untuk tahun itu, hanya berpuasa 1 hingga dua jam sehari.
Dan bila sudah 5 -6 tahun sudah boleh berpuasa penuh dan kuat. Kerana ada anak-anak kecil yang meminta untuk berpuasa. Oleh itu, ibu bapa yang bijak akan melatih anak itu dengan baik.
Apatah lagi bila ibu bapa itu dapat membimbing anak itu agar faham, berpuasa bukan sahaja bermaksud berlapar. Tetapi menahan diri dari melakukan perkara yang salah di sisi Allah dan yang tidak berfaedah.
Latih anak self control
Sesungguhnya, latihan berpuasa untuk anak-anak kecil, melatih mereka ‘SELF CONTROL’ , mengawal diri. Ini termasuklah mengawal diri dari berkelahi dengan adik-beradik atau orang lain, mengeluarkan perkataan tidak elok, menonton rancangan TV yang tidak berfaedah, melawan kata-kata ibu bapa dan banyak lagi. Mengawal diri juga mengajar anak-anak itu untuk mengawal diri dari malas bersolat, mengaji dan belajar.
Bila anak kecil yang sudah faham untuk dibawa bersembang, maka kita boleh menyemaikan kefahaman ini. Walaupun dua jam dia berpuasa, konsep berpuasa itu dia telah faham, dan ini membina corak pemikiran sihat di dalam diri anak itu.
Anak yang dididik dengan sabar, penuh kasih-sayang dan penuh ilmu begini, kita akan mendapati bila mereka masuk sekolah dan menjadi remaja, mereka akan mudah dibawa berunding.
.
Oleh itu janganlah mengherdik ibu bapa yang mula melatih anak berjinak-jinak dengan berpuasa pada usia yang nampak masih kecil, 3 atau 4 tahun. Berpuasa sati dua jam sehari. Asalkan mereka TIDAK memaksa dan menghukum anak mereka sebab tidak berpuasa, berilah sangkaan dan sokongan yang baik kepada mereka. Kerana memang ada anak yang boleh dan mahu berpuasa cuba-cuba pada usia ini.
Pujuk anak kecil puasa tapi tak memaksa
Jika kita lihat dari hadith pun kaum wanita muslim pada zaman Nabi s.a.w juga melatih anak-anak mereka pada usia kecil. Tidak memaksa tapi memujuk dan membantu anak kecil itu untuk melupakan lapar itu dengan memberi mainan.
Dalam riwayat al-Imam Muslim, sahabiyyah Nabi Rubaiyi’ bint Mu’awwiz menceritakan bagaimana mereka pada zaman itu melatih anak-anak mereka berpuasa, antara yang beliau sebutkan:
وَنَصْنَعُ لَهُمُ اللُّعْبَةَ مِنَ الْعِهْنِ فَنَذْهَبُ بِهِ مَعَنَا فَإِذَا سَأَلُونَا الطَّعَامَ أَعْطَيْنَاهُمُ اللُّعْبَةَ تُلْهِيهِمْ حَتَّى يُتِمُّوا صَوْمَهُمْ
(Kami buat untuk mereka mainan daripada bulu. Kami bawa bersama kami. Apabila anak-anak meminta makanan kami berikan mereka mainan tersebut untuk melupakan mereka (makanan) sehingga mereka menyempurnakan puasa”
Ada yang mengatakan mesti mengajar anak solat dan mengaji dulu, itu yang penting. Dalam masa yang sama, kita perlu juga faham, ada ibu bapa dan anak-anak yang boleh melakukan semua ini dengan cemerlang sekali gus dan mereka bukan memaksa dan bukan hendak menunjuk-nunjuk dengan orang lain. Mengapa mereka boleh? Mungkin itulah yang hendak kita pelajari dan bukan cemuhi.
.
Selalunya kita akan mendapati anak-anak mereka itu mencintai beribadah kepada Allah, melakukan perkara-perkara baik, berakhlak mulia. Ibu bapa ini kita lihat orang biasa sahaja, bekerja di pejabat atau ada bisnes sendiri, hidup seperti orang biasa…mereka orang biasa yang sebenarnya telah mewujudkan ISLAM di dalam diri mereka yang menjadikan contoh kepada anak-anak mereka . Dan mereka ini elok untuk kita contohi dan tidak caci atau kutuk atau cemuhi dengan kata-kata seperti; ‘Yang penting ajar solat dan mengaji dahulu…’ Kata-kata seperti ini memberi satu andaian kita menyangka ibu bapa itu tidak mengajar anak-anak mereka akan solat dan mengaji dan hanya memaksa anak-anak kecil mereka berpuasa.
.
Eloklah kita menahan diri dari melontarkan perkataan-perkataan dan sangkaan seperti itu.
.
Sebaliknya, tumpang bahagia kerana ibu bapa itu bijak melatih anak-anak mereka dan berlapang dada serta membuka minda untuk belajar dari mereka.
.
Dalam masa yang sama, kita juga perlu sedar, ada ibu bapa yang telah menyediakan suasana, tarbiyah dan contoh yang baik untuk anak berpuasa. Namun, umur sudah menjangkau 9 tahun, namun masih payah untuk menghabiskan sebulan berpuasa. Jangan pula bersangka buruk kepada diri dengan sangkaan seperti ‘aku ibu/bapa yang tak pandai’. Marahkan diri dan rasa tertekan. Ketahuilah ianya hanya satu situasi yang sebenarnya sedang membantu anda mengeluarkan kehebatan anda dalam mendidik diri dan anak-anak. Be kind to yourself. Raih ilmu dan pohon doa dari yang Maha Mengetahui. Dia yang boleh memudahkan.
Bila usia 8-9 tahun dan boleh tahan lapar dan dahaga
Lagi pun, ramai anak-anak kecil yang boleh menahan lapar dahaga hanya apabila usia mereka mencapai 8 – 9 tahun. Dari segi fizikal ramai anak kecil yang cepat lapar. Oleh itu, latih sahaja perlahan-lahan. Dia belum wajib lagi. Kita hanya mahu membiasakan sahaja. Melatih sahaja. Maka latihlah perlahan-lahan. Tidak perllu bimbang dengan desakan orang lain.
Ibu bapa beri pujian
Untuk ibu bapa anak-anak sebegini, perlu banyak bersabar dan banyak mendidik jiwa anak untuk bersabar menahan lapar. Selagi dia belum baligh, maka kita didiklah dengan perlahan-lahan. Anak-anak sebegini perlu dikuatkan kawalan dirinya terhadap mindanya selain kuatkan fizikalnya, agar dia boleh lasak lagi.
.
Mula dengan mengawal diri dari memikirkan makanan, air dan keletihan. Mereka ini perlu menguatkan hati mereka untuk kemas dalam melakukan sesuatu. Oleh itu banyakkan bercerita mengenai orang yang kuat semangat dan perkara sedemikian. Ajarkanlah doa-doa yang boleh membantu mereka mengawal diri.
Puji mereka bila mereka sudah boleh bertahan lapar untuk separuh hari, kemudian satu hari dan seterusnya. Biar fokus mereka beralih daripada mengingatkan sakitnya lapar kepada gembiranya kerana dihargai oleh diri dan orang lain. Sabar, memahami, mendidik dan senantiasa boleh menyokong mereka mengatasi perasaan mahu mengaku kalah, adalah kunci untuk mereka boleh berjaya.
.
Bagi kita orang luar yang melihat, JANGAN pula mencemuh ibu bapa dan anak ini. Jaga kata-kata kita. Kata-kata seperti, ‘ Ni dah 8 tahun tak berpuasa ni, mak ayah tak pandai didiklah ni.’ Atau membanding-banding dengan anak sendiri yang sudah lengkap berpuasa walaupun baru 6 tahun. Kita beri ibu dan bapa serta anak-anak itu kata-kata semangat.
.
Eloklah mengingatkan diri untuk menahan diri dari berburuk sangka dan buruk kelakuan. Itu sebenarnya intipati di dalam ibadah berpuasa ini yakni menahan diri – self-control.
.
Kita mesti selalu ingat, beribadat ini adalah untuk mencari redha Allah. Dan ibadat berpuasa ini Allahlah yang menghakimkannya. Berlumba-lumba bukan dengan menjatuhkan orang lain. Tetapi berlumba-lumba untuk diri mencapai lebih cepat kejayaan di sisi Allah. Tuhan yang Maha layak Menghakimkan.
.
Doa Ibu, semoga, bulan Ramadhan ini membawa bersamanya rezeki melimpah ruah dan rahmah Allah kepada kita semua.
.
Selamat mengerjakan ibadah Berpuasa serta ampun dan maaf dari Ibu.
Sayang rasa, adakah posting kali ni membantu meningkatkan ilmu parenting sayang? If yes, cer komen ‘betul ibu’ 😉
Sumber: iburoselove
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa je yang tak kenal dengan Nur Tiara Zinnirah atau mesra dipanggil Tiara kan? Anak kepada pasangan Achey dan Anne ini selalu menjadi perhatian ramai kerana perangainya yang lucu. Ada saja perkara yang dibuat, yang tak tercapai dek akal.
Tak berapa lama dulu Tiara mencuit hati ramai dengan gelagatnya yang memakai gigi palsu nenek, rambutnya tersangkut di tiang gol dan banyak lagi tetapi kali ini lain pula. Anne memuatnaik sebuah video di mana Tiara menarik wagon trolley yang diduduki seorang lelaki.
Bukan sekadar tarik biasa ya, tapi Tiara mampu menggerakkan wagon trolley tersebut dalam jarak yang agak jauh.
Bukan sekadar membuat pusingan di kawasan sekitar, akhirnya Tiara tinggalkan lelaki tersebut! Namun, dia berpatah balik dan meminta supaya dirinya pula yang ditarik. Kuatnya Tiara mampu tarik orang dewasa, selamba pula tu!
Ramai yang terhibur dengan keletah Tiara terutamanya part dia lari tinggalkan abang yang ditarik. Terdiam sekejap abang duduk dalam wagon trolley tu, mujur Tiara patah balik. Semoga Tiara terus membesar dengan sihat dan jadi anak yang baik okay!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!