Memuji anak seharusnya menjadi perkara wajib buat kita sebagai mak ayah dalam mendidik anak. Biar anak rasa dihargai sentiasa, lebih-lebih lagi bila anak menunjukkan prestasi dan sifat yang membanggakan.

Pun begitu, biarkan anak benar-benar termotivasi dan bersemangat dengan penghargaan dan pujian kita. Bukan separuh jalan.

Pujian yang bagaimana? Ini panduan yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim mengenai ini.

 

Ini 5 contoh cara beri pujian yang dapat tingkatkan intrinsic motivation anak. Rugi kalau hanya fokus pada extrinsic motivation.

Instrinsic motivation ialah yang menaikkan keyakinan diri & semangat tanpa jadi people pleaser.

Extrinsic motivation pula ada ketika jadi people pleaser sebab hanya dapat keyakinan & semangat bila ada orang puji & nampak perbuatan kita.

1. Jangan sebut pandai tapi sebut Alhamdulillah.
“Alhamdulillah kakak dah boleh membaca”

2. Jangan cakap macam ni la ibu suka, tapi sebut bangga.
“Bangganya ibu dengan abang..”

3. Jangan fokus pada markah atau A+ tapi fokus pada usaha & ketekunan.
“Inilah hikmah bila kita tekun usaha belajar dapat A+”

4. Jangan guna perkataan hebat atau terbaik tapi guna perkataan seperti mahir & potensi.
“Syukur abang dah mahir basuh pinggan sendiri..”
“Kakak memang ada potensi memanah ni”

5. Jangan puji kecantikan luaran sahaja tapi fokus juga kecantikan dalamannya.
“Baik hati kakak beri adik pinjam mainan kakak”
“Terima kasih abang sebab jaga adik masa ibu sibuk tadi”