Apalah nilai ‘gelang emas’ jika nak dibandingkan dengan ilmu, jasa dan keprihatinan guru terhadap kita semua.
Sepanjang di sekolah, guru-guru inilah yang menjaga dan mendidik kita. Tempat kita bermanja sepanjang berada di sekolah.
Baru-baru ini, tular seorang rakan kita yang menghadiahkan gelang emas kepada 10 guru-gurunya.
Ads
“Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah, 10 orang gurunya. Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru Hafiy cantik-cantik,”
Ads
Alhamdullilah, rezeki buat para pendidik yang ikhlas memberikan kita ilmu.
Ads
‘Selamat Hari Guru’. Terima kasih kerana mendidik kami,.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah tak korang duduk dalam kelas, sebenarnya tahu jawapan tapi mulut rasa macam terkunci?
Jantung berdegup laju. Tangan rasa sejuk. Dalam kepala asyik fikir, “Kalau jawapan aku salah macam mana?”
Situasi ni sangat biasa, terutama bila kita masih belajar untuk berani cakap dalam kelas. Jangan risau. Ramai budak rasa benda yang sama, walaupun mereka nampak senyap dan tenang dari luar.
Berani bukan bermaksud terus angkat tangan dan jawab dengan yakin. Berani juga bukan bermaksud kita tak rasa takut langsung.
Kadang-kadang, berani tu cuma perlu belajar:
Semua itu tetap dikira satu bentuk keberanian. Proses untuk berani cakap dalam kelas memang perlukan masa, dan setiap orang bergerak pada kelajuan yang berbeza.
Kebanyakan masa, rasa tak berani datang daripada ketakutan sendiri. Kita takut orang gelakkan. Takut kawan pandang pelik. Takut cikgu kata jawapan kita salah.
Tapi sebenarnya, kelas bukan tempat siapa paling pandai. Kelas ialah tempat kita belajar sama-sama. Semua orang pernah buat silap, termasuk cikgu sendiri.
Jawapan salah bukan tanda kita bodoh. Jawapan salah tanda kita sedang belajar. Dan belajar memang tak pernah sempurna dari awal.
Kalau rasa susah nak bercakap kuat-kuat di depan kelas, cuba langkah kecil dulu. Tak perlu paksa diri jadi berani besar.
Langkah kecil inilah yang akan bantu kita perlahan-lahan berani cakap dalam kelas tanpa tekanan melampau.
Setiap budak dalam kelas pernah rasa takut. Bezanya, ada yang berani cuba walaupun takut. Dan setiap kali kita cuba, keyakinan kita akan jadi sedikit demi sedikit lebih besar.
Bila kita belajar untuk berani cakap dalam kelas, kita sebenarnya sedang belajar percaya pada diri sendiri.
Lama-lama, kita akan sedar satu benda yang sangat penting:
“Eh, aku boleh rupanya.”
Jadi kalau korang rasa takut nak bercakap dalam kelas, jangan marah diri sendiri. Korang bukan penakut. Korang cuma sedang belajar jadi berani, satu langkah kecil pada satu masa.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Adik-adik! Cuti sekolah kembali lagi. Penantian yang ditunggu-tunggu telah tiba.
Taman tema adalah salah satu tempat yang menarik untuk dilakukan ketika cuti sekolah. Taman tema ini terdapat banyak permainan dan aktiviti yang boleh dilakukan dan di negara kita ini makin banyak pilihan serta boleh bersaing dengan level internasional!
Mari lihat 5 taman tema yang menarik untuk seisi keluarga.
1. Sunway Lagoon
Sunway Lagoon ini terletak di Bandar Sunway, Selangor. Ia satu destinasi taman tema ikonik dengan pelbagai tarikan untuk semua peringkat umur. Jadi, adik-adik boleh ajak keluarga untuk pergi!
Adik-adik nak tahu, taman tema ini menawarkan enam zon utama, termasuk Water Park dengan gelongsor terbesar di dunia, Amusement Park dengan roller coaster mendebarkan.
Kanak-kanak pasti suka terhadap haiwan. Sunway Lagoon juga menyediakan Wildlife Park yang menempatkan lebih 150 spesies haiwan. Terdapat haiwan yang mudah dilihat dan juga yang hampir pupus. Bagus untuk pembelajaran kanak-kanak.
Disini juga bukan hanya menyediakan tempat yang bersantai sahaja, aktiviti lasak di Extreme Park yang memberi pengalaman yang baharu dan lebih aktif. Extreme Park ini menyediakan ‘bungy jumping’ dan ‘flying fox’.
Selain daripada itu, tempat-tempat seram seperti Scream Park ini, telah menawarkan pengalaman seram dan aksi. Kanak-kanak boleh menyertai bersama-sama ibu dan ayah.
Zon lain, Nickelodeon Lost Lagoon, yang bertemakan kartun pertama di Asia, menjadikan Sunway Lagoon pilihan ideal untuk percutian keluarga yang penuh keseronokan.
2. Genting SkyWorlds
Genting SkyWorlds, terletak di puncak Genting Highlands, Pahang, merupakan taman tema berkonsepkan filem Hollywood. Taman tema ini menawarkan pelbagai permainan dan tarikan untuk seisi keluarga.
Dengan cuaca sejuk dan pemandangan indah, taman ini dibahagikan kepada beberapa zon bertema seperti Ice Age, Rio, dan Night at the Museum, dengan roller coaster, simulator 4D, dan permainan interaktif.
Genting SkyWorlds juga menampilkan pengalaman mendebarkan seperti Epic Voyage to Moonhaven dan Independence Day: Defiance. Di Epic Voyage to Moonhaven, kanak-kanak dapat merasai pengembaran di dunia kecil yang penuh keajaiban!
Taman tema ini sesuai untuk semua peringkat umur, dari kanak-kanak sehingga dewasa yang menjadikannya sebagai destinasi percutian menarik yang penuh dengan keseronokan dan hiburan.
3. ESCAPE Penang
ESCAPE Penang merupakan taman tema berasaskan aktiviti lasak dan alam semulajadi, terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Ia menawarkan pelbagai cabaran fizikal yang sesuai untuk semua peringkat umur, seperti zipline terpanjang di dunia, gelongsor air gergasi, serta aktiviti memanjat dan terjun bebas. Selain itu, pengunjung boleh menikmati flying fox, obstacle courses, dan permainan tradisional seperti tarzan swing.
ESCAPE terkenal dengan pendekatan mesra alam, mempromosikan keseronokan di luar rumah tanpa bergantung pada teknologi.
Taman ini menawarkan pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar, menjadikannya destinasi ideal untuk percutian keluarga yang gemarkan aktiviti outdoor.
4. SplashMania
SplashMania, terletak di Gamuda Cove, Selangor, adalah taman tema air terbaru yang menawarkan lebih 39 tarikan air menarik untuk seisi keluarga.
Dengan pelbagai jenis gelongsor air, termasuk Atlas Rocket, gelongsor air pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi gelombang, ia memberikan pengalaman mendebarkan kepada pengunjung.
Discovery Island dan Aqua Play menyediakan zon permainan air interaktif yang sesuai untuk kanak-kanak, manakala kolam ombak buatan dan riverside yang menenangkan sesuai untuk bersantai.
Dikelilingi oleh suasana tropika yang indah, SplashMania menjanjikan pengalaman percutian air yang menyeronokkan, dengan kombinasi keseronokan, cabaran, dan relaksasi yang sesuai untuk semua.
5. Berjaya Time Square
Berjaya Times Square Theme Park, terletak di dalam pusat membeli-belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, adalah taman tema indoor terbesar di Malaysia.
Dibahagikan kepada dua zon utama, Galaxy Station dan Fantasy Garden, ia menawarkan pelbagai permainan yang menarik untuk semua peringkat umur, menjadikannya destinasi yang sesuai untuk seisi keluarga.
Di Galaxy Station, tarikan utama termasuk Supersonic Odyssey, sebuah roller coasterindoor yang mendebarkan, dan DNA Mixer, permainan yang menguji keberanian. Bagi pengunjung yang lebih muda, Fantasy Garden menawarkan tunggangan yang lebih santai seperti Botanic Drive dan Flying Bumblebee.
Dengan lokasinya yang strategik di tengah-tengah bandaraya, taman tema ini merupakan pilihan ideal untuk hiburan menyeronokkan dalam suasana yang selesa dan terkawal.
Menarik semua tempat ni. Selamat menyambut cuti sekolah!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki mencuri tumpuan ramai kerana keberaniannya membuat aduan mengenai masalah tandas rosak di sekolahnya kepada PMX Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri yang dalam lawatan bersama rakyat dilihat sempat menyantuni beberapa orang ramai yang turut berada di lokasi tersebut.
Menariknya, PMX berhenti di hadapan seorang kanak-kanak selepas kanak-kanak itu memberitahu mengenai keadaan dua tandas sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Long Jaafar, Kamunting, Perak yang rosak teruk dan tidak dapat digunakan.
Walaupun mencuit hati, namun gelagat kanak-kanak itu mendapat respon pantas PMX dengan bertanyakan maklumat penuh sekolah untuk disampaikan kepada Menteri Pendidikan (KPM), Fadhlina Sidek.
“Dua.. dua rosak, dua boleh pakai (boleh digunakan)…Nak call bagitau Fadhlina…” kata Anwar pada kanak-kanak itu.
Malah video berkenaan juga turut mendapat perhatian Menteri Pendidian, Fadhlina Sidek yang turut meninggalkan komen respon yang disuarakan kanak-kanak itu.
Keberanian kanak-kanak ini sudah semestinya dipuji wargamaya yang berani menyuarakan masalah itu ketika berhadapan dengan Perdana Menteri.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!