Seorang kanak-kanak lelaki mencuri tumpuan ramai kerana keberaniannya membuat aduan mengenai masalah tandas rosak di sekolahnya kepada PMX Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri yang dalam lawatan bersama rakyat dilihat sempat menyantuni beberapa orang ramai yang turut berada di lokasi tersebut.
Menariknya, PMX berhenti di hadapan seorang kanak-kanak selepas kanak-kanak itu memberitahu mengenai keadaan dua tandas sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Long Jaafar, Kamunting, Perak yang rosak teruk dan tidak dapat digunakan.
Ads
Walaupun mencuit hati, namun gelagat kanak-kanak itu mendapat respon pantas PMX dengan bertanyakan maklumat penuh sekolah untuk disampaikan kepada Menteri Pendidikan (KPM), Fadhlina Sidek.
“Dua.. dua rosak, dua boleh pakai (boleh digunakan)…Nak call bagitau Fadhlina…” kata Anwar pada kanak-kanak itu.
Ads
Malah video berkenaan juga turut mendapat perhatian Menteri Pendidian, Fadhlina Sidek yang turut meninggalkan komen respon yang disuarakan kanak-kanak itu.
Keberanian kanak-kanak ini sudah semestinya dipuji wargamaya yang berani menyuarakan masalah itu ketika berhadapan dengan Perdana Menteri.
Korang pernah tengok papan catur? Ada kotak hitam putih, ada askar kecil berdiri baris macam tengah tunggu arahan. Nampak macam simple, tapi sebenarnya permainan ni penuh dengan manfaat catur yang boleh buat otak jadi lebih power!
Ramai fikir catur untuk orang dewasa je, tapi sebenarnya budak-budak lagi cepat tangkap dan lagi cepat jadi hebat. Sebab tu ramai cikgu dan ibu bapa mula perasan betapa pentingnya manfaat catur dalam pembelajaran harian.
Bila main catur, korang kena fikir jalan mana paling selamat, siapa nak gerak dulu, siapa nak lindung raja dan semua berlaku dalam otak. Otak jadi laju macam turbo! Inilah salah satu manfaat catur yang orang selalu tak perasan.
Catur ajar kita buat pilihan. Kalau salah langkah, askar boleh kena makan. Kalau betul langkah, korang boleh menang! Jadi kita belajar fikir masak-masak sebelum buat keputusan.
Main catur tak boleh sambil tengok TV atau main-main. Kita kena fokus pada setiap gerakan. Bila selalu fokus, nanti senang nak belajar di sekolah.
Tak boleh menang dalam satu langkah. Kadang kena tunggu dan rancang perlahan-lahan. Catur ajar kita sabar dan tak cepat putus asa.
Walaupun catur nampak formal, permainan ni sebenarnya penuh kreativiti. Setiap pemain ada gaya tersendiri. Lagi kreatif, lagi susah orang nak tebak strategi korang.
Dalam catur ada:
Belajar cara mereka bergerak. Lepas tu baru best nak main!
Tak perlu main penuh dulu. Boleh buat mini game macam, “Siapa berjaya makan 3 askar dulu?” Lepas tu barulah mula perlawanan sebenar.
Ramai budak belajar catur melalui video animasi. Ada yang ajar langkah demi langkah sampai korang faham.
Kalau main dengan kawan, lagi seronok. Korang boleh gelak, boleh cuba trick, dan jadi lebih berani.
Catur ajar kita berfikir, merancang dan berani ambil langkah pertama. Budak yang main catur selalunya lebih tenang, lebih bijak buat keputusan dan tak mudah panik bila ada masalah.
Selain itu, antara manfaat catur yang ramai tak tahu ialah ia bantu bina keyakinan diri. Bila kita berjaya rancang strategi sendiri, kita rasa lebih yakin untuk cuba benda baru.
Jom buka papan catur, geng!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Sebaik anak berusia tujuh tahun, ibu dan ayah wajib menyuruh mereka bersolat dan setelah umur 10 tahun bolehlah dipukul sekiranya masih belum mahu menunaikan solat.
Kenapa perlu solat kepada anak-anak berusia 7 tahun? Ikuti perkongsian bermanfaat oleh Penulis Keibubapaan, Pn Wan Nur Syakira berkenaan penjelasan ini.
Melalui perkongsian beliau, mendidik anak 7 tahun tentang solat haruslah banyak diisi dengan komunikasi yang membina dan penjelasan serta sebab agama Islam mewajibkan solat.
Didik 7 tahun anak solat harus banyak diisi komunikasi membina dengan penjelasan tentang solat dan kenapa kita kena solat. Bukan hanya mengarah dan menyuruh mereka solat hanya kerana dah umur 7 tahun. Apa yang kita boleh jelaskan?
1. Solat adalah hadíah Allah untuk kita sebagai ummat Nabi Muhammad. Cara untuk kita kekal berdoa dan connected dengan Allah. Orang yang sentiasa ingat Allah, akan aware dengan tindakan dia setiap masa, jadi kita akan mudah nak buat baik dan tinggalkan benda yang jahat.
Boleh ceritakan peristiwa Isra’ dan mikraj kepada mereka bagaimana Nabi Muhammad mendapat perintah solat di langit oleh Allah. Berapa besarnya nilai solat sehingga Nabi dibawa ke langit.
2. Validasi dan iktiraf kepenatan dalam buat ibadah solat
” Abang, kakak, memang kita akan rasa penat nak solat, sebab syaitan ni akan goda kita supaya jangan solat. Syaitan tak suka orang solat. Nafsu ammrah bissu’ yang ada dalam diri kita juga tak suka kita buat benda baik macam solat.
Ibu tahu Abang, kakak penat dan susah. Ibu sendiri pun pernah rasa macam tu, sekarang pun rasa lagi. Tapi kita sama-sama lawan syaitan dan rasa penat tu sama-sama. Nanti Allah bagi syurga kat kita, kat sana kita boleh berehat sampai bila-bila,”.
3. Jelaskan solat adalah tanda syukur kita kepada Allah
” Abang ,kakak, banyak kan nikmat kita dapat hari ini. Tadi, kita dapat makan aiskrim, dapat pergi taman, dapat main lama sikit dengan kawan-kawan, jom kita solat Maghrib untuk ucap terima kasih pada Allah.
Allah cakap kalau kita syukur dan berterima kasih, Allah akan tambah lagi nikmat kita. Jom ucap terima kasih dengan solat,”
4. Ceritakan tentang ganjaran orang solat dan buatkan reward boar lduntuk mereka lebih relate dengan konsep ganjaran tersebut.
Setiap kali waktu solat, kita letakkan sticker pada reward board supaya anak boleh nampak dengan matanya. ” Ini yang papa boleh bagi dan nampak, yang Allah bagi lagi banyak dan special ,”.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang pernah perasan tak, ramai budak perempuan suka warna pink? Beg sekolah pink, botol air pink, kasut pink, malah pensel dan buku pun warna pink. Macam semua benda nak warna yang sama je! Tapi pernah tak korang tertanya-tanya, kenapa perkara ni berlaku?
Sebenarnya, minat terhadap warna bukan berlaku secara rawak. Ada beberapa sebab kenapa budak perempuan suka warna pink sejak kecil lagi, dan semuanya berkait dengan emosi, persekitaran dan pengalaman harian.
Warna pink ni bila tengok je terus rasa happy. Dia tak terlalu terang macam merah, dan tak terlalu lembut macam putih. Pink berada di tengah-tengah, nampak manis, ceria dan buat hati rasa tenang.
Sebab tu bila budak perempuan pakai baju atau aksesori warna pink, mereka rasa lebih comel dan yakin sikit. Warna ni bagi aura positif yang buat seseorang rasa selesa dengan diri sendiri.
Dari kecil lagi, banyak benda yang ditunjukkan kepada budak perempuan menggunakan warna pink. Anak patung, teddy bear, kartun, beg sekolah dan buku cerita sering dihias dengan warna ini.
Lama-kelamaan, otak akan kaitkan warna pink dengan benda yang menyeronokkan dan comel. Bila nampak warna pink, terus rasa selamat, gembira dan teruja. Sebab itu budak perempuan suka warna pink tanpa sedar.
Ada juga budak perempuan yang rasa lebih yakin bila memakai warna pink. Jangan salah faham, pink bukan warna lemah. Warna ini boleh jadi kuat bergantung kepada tona dan cara dipakai.
Pink gelap nampak berani dan matang, manakala pink cerah pula nampak lembut dan ceria. Semua ini buat budak perempuan mengekspresikan diri mereka dengan cara yang positif.
Persekitaran memainkan peranan besar. Bila orang sekeliling sering memberi barangan warna pink kepada budak perempuan, minat itu akan berkembang secara semula jadi.
Namun, ini tidak bermakna warna lain tidak sesuai. Ia cuma satu kebiasaan yang terbentuk sejak kecil melalui apa yang mereka lihat dan alami setiap hari.
Ini perkara penting yang ramai orang perlu tahu. Tak semua budak perempuan suka warna pink, dan itu langsung tidak salah. Ada yang lebih suka biru, hijau, ungu, kuning atau hitam.
Semua warna adalah cantik dan setiap pilihan mencerminkan personaliti yang berbeza. Yang penting, warna itu buat mereka rasa gembira dan selesa.
Sebenarnya, warna kegemaran boleh jadi cerminan siapa kita. Budak perempuan yang suka warna pink selalunya ceria, penyayang dan suka benda yang cantik.
Namun, kalau suka warna lain pun, itu tetap hebat. Setiap orang unik dan mempunyai cara tersendiri untuk mengekspresikan diri.
Kesimpulannya, budak perempuan suka warna pink kerana ia nampak manis, ceria dan memberi rasa seronok serta keyakinan. Warna ini juga banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan pengalaman sejak kecil.
Tapi ingat, tak kira warna apa pun yang disukai, yang paling penting ialah yakin menjadi diri sendiri. Itu yang paling cantik dan paling berharga.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!