Semalam bermula sesi persekolahan bagi tahun 2025 dan sudah pastilah mencatat pelbagai ragam anak-anak kecil yang baru bersekolah.
Pasangan kembar tiga yang viral di Tik Tok turut sama memasuki alam persekolahan. Ketiga-tiga anak kecil ini kini sudah pun bersekolah di tadika.
Menerusi akaun Tik Tok ibunya, Mama Triplet, ketiga-tiga mereka akhirnya sudah melangkah ke sekolah dan hari pertama mencatat sebuah episod dan kenangan manis untuk dikenang.
Ujar ibunya menerusi perkongsian video, ketiga-tiga mereka begitu teruja untuk bersekolah hingga membuatkan rumah bertambah gamat ketika pagi hari.
“Hari pertama si kembar tiga masuk tadika. Kecoh rumah hari ini.
Ads
“Seronoknya bukan main,” ujarnya menerusi kapsyen di video.
Tular video gambar sama
Terdahulu pasangan kembar tiga ini tular di Tik Tok kerana mengelirukan pemilik studio kedai gambar ketika memilih gambar terbaik mereka yang kesemuanya dilihat hampir sama.
Ads
“Kesian aunty kedai gambar tadi. Dia punya teliti tak nak tersalah print. Akhirnya tersalah print juga.
“Tiga kali ulang print barulah dapat gambar yang betul. Kalau tak, terprint muka yang sama berulang-ulang,” kongsinya.
Meninjau diruangan komen rata-rata pengikut akaun Mama Triplet ini begitu teruja melihat telatah anak kecil itu yang bersemangat untuk ke sekolah malah tidak sabar untuk melihat perkongsian video seterusnya dari ibunya.
Anak kedua usahawan dan pelawak Shuib, Dzahira Talita Zahra yang tular selepas melakukan persembahan di Bukit Bintang baru-baru ini kini melangkah setapak lagi apabila berpeluang untuk menjayakan Konsert By Ajai & Mega Friend di Singapura pada 10 Mei nanti.
Menerusi sebuah posting di Instagram, Shuib berjaya merakam momen kegembiraan di wajah Talita apabila diberi tawaran tersebut. Lebih teruja, kejutan itu dilakukan oleh Ajai sendiri.
“Dari show paling murah ke show paling mahal. Tahniah Talita. Daddy bangga.
“Terima kasih abang Ajai. Kita sama-sama doakan Talita okey,” kongsinya.
Terdahulu, Talita telah menarik perhatian ramai semasa melakukan sebuah persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan mendendangkan lagu arwah ibunya, Siti Sarah Raisudin yang berjudul Kesetiaan.
Thalita menyanyikan lagu Kesetiaan sebanyak dua kali dan pada nyanyian kedua, emosinya sedikit tersentuh sehingga menitiskan air mata.
Selain lagu Kesetiaan, dia juga menyanyikan lagu Kekasih Bayangan sewaktu busking bersama stesen radio Era FM.
Terdahulu, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
“Adrian hadiah terbesar dalam kehidupan kami.” Itu luahan cinta dan rasa syukur pelakon, Alif Muhaimin mengenai anak sulungnya, Muhammad Adryan yang dipilih sebagai penghias muka depan Bintang Kecil Digital 2025.
Si comel Muhammad Adryan yang dilahirkan pada 7 Mac 2024 ini sememangnya menjadi pelengkap bahagianya bersama isteri. Bahkan Alif menyifatkan kehadiran Adryan begitu istimewa di hatinya.
Pelawaan Pa&Ma dan Bintang Kecil untuk menjadikan Muhammad Adryan sebagai penghias muka hadapan digital disambut baik oleh Alif. Dia dan isteri begitu teruja untuk melihat aksi comel Adryan ketika sesi fotografi berlangsung.
Ujar Alif lagi, dia dan isteri tidak menyangka pelawaan untuk menjadikan anaknya sebagai muka depan Pa&Ma dan Bintang Kecil namun amat bersyukur kerana sesi fotografi itu berjalan lancar.
“Bila Pa&Ma invite untuk jadi cover. Mula-mula rasa risau juga sebab takut dia menangis atau macam mana. Sebelum ini bila kami ambil gambar dia okay saja, memang saya risau tapi rasanya tak salah kalau nak cuba.
“Lagi pula saya excited sangat dan tak fikir banyak jadi kami setuju. Foto shoot ni gambar cantik jadi Alif sendiri nak tengok macam mana hasilnya nanti.
“Lagi satu Alif rasa terharu juga sebab dalam banyak-banyak anak artis, Muhammad Adryan terpilih. Rasa terharu,” luahnya lagi.
Sepanjang sesi fotografi berlangsung, ternyata Muhammad Adryan sememangnya cukup menyenangkan malah begitu mendengar kata ibu dan ayahnya. Pemilik mata cantik dan berkulit cerah ini begitu ‘enjoy’ kala lensa kamera dari @newbornbytakara merakamkan wajah dan aksi comelnya.
Adryan seolah-olah sudah terbiasa dengan cahaya lampu dan kamera yang berada di hadapannya. Memang cute!
“Bila Pa&Ma nak pilih tema Muay Thai jujurnya Alif rasa teruja sangat.
“Sebab Muhammad Adryan ni bila dipakaikan seluar Muay Thai hari tu, dia buat aksi comel, tendang-tendang dan tumbuk, jadi Alif rasa teruja nak share momen tu dengan semua. Memang comel,” ujarnya lagi.
Kongsi Alif lagi yang sememangnya sudah lama menjinakkan diri dalam sukan Muay Thai, dia dan isteri sudah sering membawa Adryan ketika berlatih di gelanggang.
Bahkan kongsi Alif lagi dia begitu terharu dan teruja bila Muhammad Adryan mula mengikut gerakan seperti tumbukan dan tendangan.
“Waktu umur dia setahun, tiba-tiba tangan Adryan naik dan buat tumbukan. Lama-lama saya fikir mungkin dia tiru tumbukan saya dan waktu itu saya rasa sangat terharu.
“Bagi Alif kalau anak nak sertai sukan yang satu ini bukan satu masalah untuk kami berdua.
“Alif sendiri rasa Alif terlambat untuk join aktiviti macam ini, kalau dari awal lagi lebih bagus kerana perkembangannya berbeza dan kalau Muhammad Adryan nak join saya rasa happy.
“Lagi pula Muay Thai satu seni pertahanan diri sihat dan sekarang ini memang perlu. Lebih-lebih lagi kes buli yang makin meningkat di sekolah. Jadi Alif rasa kemahiran dan ilmu macam ini perlu ada dalam diri anak-anak kecil kita,” luahnya lagi.
Bercerita mengenai sifat dan karakter anak kecilnya itu, ujar Alif, Muhammad Adryan banyak mewarisi sifat dirinya dan itu turut dipersetujui oleh isteri Alif sendiri.
“Dia seorang yang sangat chicky, aktif dan happy go lucky macam saya.
“Muhammad Adryan ni kalau seharian memang dia akan bermain tanpa henti. Walaupun dia nampak penat tapi dia akan habiskan tenaganya sebaik mungkin dengan memanjat dan buat macam-macam aktiviti dalam rumah. Dan bila penat barulah dia akan cari susu dan tidur dengan sendirinya,” ujar Alif bercerita.
Kehadiran Muhammad Adryan sememangnya menjadi pelengkap bahagia buat keluarga kecil Alif Muhaimin dan isteri. Bahkan Alif menyifatkan kehadiran anaknya itu begitu istimewa di hatinya.
“Selama ini dah gembira dapat isteri tapi bila anak ni lagi rasa lain. Semua benda rasa comel, tengok dia menangis, bangun tidur, nak mandi, time nak makan semua rasa comel. Tak boleh nak describe macam mana.
“Sampaikan kalau kami nak bergaduh, bila fikir balik dan bila tengok wajah Muhammad Adryan memang tak jadi gaduh,” begitu luah Alif.
Berkongsi kisah anak sulungnya ini, Muhammad Adryan yang kini baru menginjak usia 1 tahun 7 bulan mewarnai kehidupan Alif dan isterinya Alissa Azam.
“Betullah orang kata baby ni banyak fasa. Fasa merangkak, berjalan, ikut mood sendiri, tak nak semua benda, semua benda nak masuk mulut dan macam-macam lagi perkara yang menyeronokkan.
“Tapi saya tak rasa perkara itu memeningkan malah saya rasa perjalanan membesarkan anak memang seronok,” kata Alif lagi.
Semoga Muhammad Adryan terus membesar dengan sihat malah mampu menjadikan sukan Muay Thai sebagai salah satu sukan yang menyihatkan malah berjuang sama seperti kehebatan ayahnya di gelanggang.
Terdahulu, Alif mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nur Fatin Alissa Azam, pada 24 Jun 2023.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah nampak orang pakai crop top, seluar cargo, atau mini skirt denim yang nampak macam gaya tahun 2000-an? Haa… itulah gaya Y2K fesyen yang sekarang tengah trending gila dalam kalangan budak-budak dan remaja!
Sebenarnya, “Y2K” bermaksud “Year 2000”, iaitu gaya dari zaman awal 2000-an, masa orang suka fesyen berwarna terang, berkilat, dan berani. Dulu, penyanyi dan pelakon popular seperti Britney Spears, Paris Hilton, dan Lindsay Lohan selalu pakai gaya ni. Sekarang, artis moden macam BLACKPINK, Olivia Rodrigo dan Bella Poarch pula yang terus hidupkan semula trend ni.
Gaya Y2K fesyen senang nak cam sebab dia fun, playful dan penuh warna! Contohnya, crop top dengan logo besar, seluar low-rise atau cargo pants, jaket denim oversized, rantai choker, butterfly clip, dan beg tangan kecil yang berkilat. Pendek kata, kalau pakaian tu nampak “vibe 2000-an”, itu mesti gaya Y2K!
Sebab utama ramai remaja suka gaya ni adalah kerana gaya Y2K fesyen bagi peluang untuk tunjukkan personaliti dan keyakinan diri. Ada yang suka nampak cute, ada yang nak nampak cool, ada yang suka bold , semuanya boleh! Setiap orang bebas campur gaya lama dan moden ikut cita rasa masing-masing. Contohnya, baby tee dengan seluar sukan, atau denim skirt dengan sneakers. Senang nak gayakan tapi tetap nampak trendy!
Selain itu, ramai remaja suka cari baju Y2K fesyen dekat kedai ‘thrift’ sebab harganya murah dan masih bergaya. Bonusnya, ia juga cara yang mesra alam sebab kita guna semula pakaian lama. Ini menjadikan fesyen bukan sahaja menyeronokkan, tapi juga lestari!
Yang penting, gaya Y2K fesyen bukan sekadar pakaian tapi tentang keyakinan diri dan keseronokan jadi diri sendiri! Kalau rasa nak cuba, tak perlu terus pakai semua sekali. Cukup pilih satu dua gaya yang kamu suka, contohnya pakai aksesori butterfly clip atau beg kecil berkilat, terus nampak gaya Y2K!
Jadi, kalau kamu nak nampak on-trend, penuh warna dan yakin dengan diri sendiri, gaya Y2K fesyen memang pilihan terbaik untuk ekspresikan siapa diri kamu!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Ketahui manfaat catur yang mampu menjadikan otak lebih laju, fokus dan kreatif. Permainan klasik ini sebenarnya bantu pembelajaran, bina keyakinan dan asah kemahiran berfikir pelajar.