Momen ketika anak-anak semakin membesar ni kadang-kadang mencuit hati kita sebagai ibu ayah. Ada saja akal mereka yang membuatkan kita rasa sekejap je masa berlalu, anak-anak dah semakin besar kan. Bila mereka berbaik dengan adik beradik, lagi lah kita rasa serook tengok kan?
Seperti sebuah video yang dikongsikan Emma Maembong, ketika anak sulungnya, Shariq Gabriel, cuba menidurkan adik. Ketika itu Syakil Aryan Shah, sedang berbaring dan minum susu apabila Shariq menepuk-nepuk adiknya sambil berzikir.
Ads
Pada usianya lebih kurang empat tahun, Shariq sangat pandai menjaga adiknya. Bukan saja Aryan okay ditepuk-tepuk abangnya bahkan dia nampak tenang apabila Shariq ada di situ. Sambil merekod anaknya, Emma kemudian mencium Shariq dan memujinya.
Shariq kelihatan sangat gembira dengan pujian ibunya itu. Sebenarnya penghargaan yang simple seperti pujian kepada anak pun dah dapat buat anak rasa seronok dan menjadi lebih yakin dengan dirinya sendiri.
Ads
Selain membina hubungan yang baik antara adik beradik, Emma juga menerapkan amalan berzikir sebelum tidur. Pasti dah selalu Emma dan suami buat begitu bila nak tidurkan anak-anak, jadi ia menjadi contoh kepada Shariq dan Aryan.
Pandailah Shariq jaga adik!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Kalau korang jenis suka gelak kuat-kuat sampai mak ayah pandang semacam dan tegur “weh slow sikit”, ha artikel ni memang khas untuk korang. Dunia budak-budak memang tak lengkap tanpa gelak ketawa, dan antara cara paling best untuk lepaskan stres ialah dengan menonton filem yang betul-betul mencuit hati.
Kali ni, jom kita sembang santai tentang beberapa filem komedi paling kelakar yang bukan saja sesuai untuk budak-budak, malah orang dewasa pun boleh tumpang gelak sama. Siap boleh buat mood terus jadi cerah dan hati rasa ringan.
Filem komedi biasanya penuh dengan aksi pelik, watak comel, dan situasi tak masuk akal yang buat budak-budak mudah ketawa. Lawak yang ringkas, visual yang mencuit hati, dan karakter yang mudah difahami menjadikan filem sebegini kegemaran ramai. Lebih-lebih lagi bila ditonton bersama keluarga atau kawan-kawan.
Bayangkan tinggal rumah seorang diri dan tiba-tiba kena lawan pencuri guna perangkap pelik-pelik. Kevin bukan budak biasa. Dia bijak, nakal, dan kreatif tahap luar biasa. Dari pencuri tergelincir, kena seterika panas, sampai disimbah cat, semua adegan tu memang buat orang gelak walaupun dah tengok berkali-kali.
Filem ni bukan saja lawak, tapi ajar budak-budak supaya berani, berdikari, dan guna akal dalam situasi susah. Tak hairanlah Home Alone sentiasa jadi pilihan masa cuti sekolah.
Po si panda ni memang kuat makan dan kuat tidur. Badan besar, pergerakan pun tak berapa nak lincah. Tapi siapa sangka, dia ditakdirkan jadi hero kung fu. Lawak dia bukan biasa-biasa sebab perangai macam budak kecil tapi mimpi besar.
Sambil ketawa tengok Po terjatuh, tersadung, dan buat silap, budak-budak juga boleh belajar tentang keyakinan diri dan jangan cepat mengalah walaupun orang lain tak percaya pada kita.
Kalau sebut pasal lawak tanpa perlu banyak dialog, Mr Bean memang juaranya. Dengan muka pelik, gaya jalan yang aneh, dan perangai suka tersalah buat benda, setiap babak dalam filem ni boleh buat orang ketawa tanpa henti.
Filem ni sesuai untuk semua peringkat umur sebab lawaknya universal. Tak perlu faham dialog susah, cukup tengok aksi dan mimik muka Mr Bean, terus faham kenapa dia dianggap legenda komedi.
Beruang comel dari Peru ni sentiasa berniat baik, tapi entah macam mana setiap kali nak tolong, mesti jadi kelam-kabut. Dari cuba mandi sampai boleh rosakkan satu rumah, setiap adegan Paddington memang buat senyum tanpa sedar.
Lawak dia jenis lembut dan comel, sesuai untuk tontonan keluarga. Budak-budak biasanya suka sebab karakter dia baik hati, polos, dan penuh rasa ingin tahu.
Kalau bercakap tentang filem komedi paling kelakar untuk budak-budak, memang susah nak lupakan Minions. Cakap bahasa pelik, jatuh sana sini, dan buat benda bodoh tapi comel. Gru yang asalnya garang pun perlahan-lahan jadi lembut bila jaga budak-budak kecil.
Filem ni bukan saja buat ketawa, tapi tunjuk nilai kasih sayang, keluarga, dan perubahan diri ke arah yang lebih baik.
Kesemua filem komedi yang dikongsikan ni bukan sekadar hiburan kosong. Ia bantu lepaskan stres, buat hati rasa ringan, dan kadang-kadang boleh jadi terapi emosi lepas seharian belajar atau buat kerja rumah.
Kalau korang rasa penat, bosan, atau bad mood, cuba tengok salah satu filem ni. Ketawa pun sebenarnya salah satu cara untuk jadi budak yang sihat dan ceria. Jadi, dari senarai ni, yang mana satu korang nak tengok dulu?
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Selamat datang ke dunia animasi! Filem animasi bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mendidik dan memotivasi kanak-kanak. Dalam artikel ini, kami mempersembahkan Top 5 Filem Animasi Terbaik Sepanjang Zaman untuk Kanak-Kanak di Malaysia.
Kami juga akan menonjolkan beberapa filem animasi Malaysia yang menakjubkan. Sama ada anda mencari hiburan keluarga atau sekadar ingin mengetahui filem animasi lokal ini, senarai ini adalah panduan ideal untuk adik-adik.
Mengisahkan Amato, seorang remaja biasa yang secara tidak sengaja memperoleh sebuah robot bernama Mecha, yang mempunyai keupayaan luar biasa. Bersama Mecha, Amato terlibat dalam pengembaraan untuk melindungi bandar mereka dari ancaman jahat yang ingin menguasai dunia.Dengan bantuan Mecha dan rakan-rakannya, Amato berusaha untuk mengatasi cabaran dan menjaga keamanan. Filem ini menggabungkan aksi, komedi, dan elemen sains fiksyen, memaparkan tema tentang persahabatan, keberanian, dan tanggungjawab dalam menghadapi ancaman besar.
Dalam filem ini, Ali bersama rakan-rakannya menghadapi ancaman besar apabila musuh lama MATA, Bakar, melancarkan rancangan untuk mencuri teknologi penting. Ali perlu memanfaatkan kemahiran baru dan teknologi canggih untuk menyelamatkan negara dan menghentikan rancangan jahat tersebut.Dengan aksi mendebarkan dan pengembaraan yang menarik, filem ini menonjolkan tema keberanian, tanggungjawab, dan persahabatan sambil memaparkan elemen teknologi dan keselamatan. Filem animasi telah mencecah kutipan sebanyak RM 20 juta pada 14 hari tayangan.
Filem ini juga telah mengejutkan industri filem di Malaysia dengan kutipan RM 30 juta pada hari ke-43 dan menjadi filem keluaran tempatan ketiga tertinggi dari segi kutipan dalam sejarah tayangan filem Malaysia.
Ikuti pengembaraan Boboiboy dan rakan-rakannya yang menghadapi ancaman dari musuh baru, Sfera. Sfera, seorang penjahat dari planet lain, datang ke bumi untuk mendapatkan kuasa misteri yang terkandung dalam kristal kuno.Boboiboy dan pasukannya perlu bersatu untuk melindungi kristal dan menghentikan Sfera sebelum dia menguasai kuasa yang dapat merosakkan bumi. Filem ini dipenuhi dengan aksi, komedi, dan elemen fantasi yang menarik, sambil menekankan nilai persahabatan dan keberanian dalam menghadapi cabaran besar.
Bersama-sama, mereka perlu bekerjasama untuk mengembalikan keamanan kepada kerajaan tersebut yang sedang diancam oleh kuasa jahat. Filem ini penuh dengan aksi, humor, dan elemen budaya tempatan, menggabungkan tema keberanian, persahabatan, dan kesatuan dalam menghadapi ancaman besar.Filem ini telah menjadi kegemaran kanak-kanak dan tidak lupa juga orang dewasa. Kutipan bagi filem telah mendapat sebanyak RM 26 juta dan lagu-lagu daripada filem telah menjadi hit. Salah satunya, “Buai Laju-laju” yang dinyanyikan oleh Ernie Zakri.
Di Indonesia, ia ditayangkan di CGV Blitz, Cinemaxx, dan Platinum. Selepas kejayaan di Malaysia dan Indonesia, filem ini dijadualkan ditayangkan di 100 pawagam di Korea Selatan pada suku pertama 2017. Kutipan di Malaysia bagi filem juga telah meraih RM 20 juta.Yang mengisahkan Boboiboy dan rakan-rakannya yang menghadapi ancaman besar dari penjahat bernama Bora Ra, seorang pemburu makhluk asing yang ingin mendapatkan kuasa Ochobot, robot kecil yang menjadi sahabat Boboiboy.
Bora Ra berusaha untuk menguasai Ochobot kerana kuasa luar biasanya. Boboiboy dan pasukannya perlu melindungi Ochobot sambil berjuang melawan Bora Ra dan tenteranya. Sepanjang pengembaraan ini, mereka menghadapi pelbagai cabaran, dengan aksi mendebarkan serta mesej tentang persahabatan, keberanian, dan kerjasama untuk mengatasi musuh yang lebih kuat.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Bila anak sakit dan tidak sihat, kitalah paling susah hati. Apa kata kita bantu anak untuk tingkatkan imun tubuhnya. Nak buat macam mana?
Menurut perkongsian dari Dr Mazliana Mazlan, aktiviti grounding dan sunning ini antara yang paling membantu untuk meningkatkan imun anak. Tak perlu lama pun, cukup hanya 20 minit setiap hari. Jom cuba!
Grounding dan sunning untuk kuatkan imun anak. Buat setiap hari, paling kurang 20 minit sehari.
Cuba buat 2 minggu je, dah boleh nampak kesan positif pada imuniti anak. Tak susah, depan rumah pun boleh. Berkaki ayam atas rumput waktu siang.
Grounding. Main atas tanah, rumput, pasir. Bawa ke taman pun mudah. Main depan rumah pun boleh.
Pergi pantai lagi best, tapi susah jugak kalau hari-hari, seminggu sekali okay lah kan. Biar anak berkaki ayam.
Sunning. Main bawah cahaya matahari. Untuk anak-anak, mulakan dengan waktu awal pagi sebelum jam 10, dan lewat petang selepas jam 5.
Waktu terbaik waktu matahari terik tengahari, tapi mungkin tak sesuai untuk anak kecil.
Kebaikan grounding dan sunning;
1. Immune booster
– Anak yang banyak terdedah dengan grounding dan sunning, akan kuat imuniti diorang. Susah nak jatuh sakit, dan
akan cepat sembuh bila tak sihat. Ramai macam ni, Allah izinkan, alhamdulillah.
2. Mood booster
– Kalau perasan mood anak dah lain je, terus bawak grounding depan rumah. Perubahan akan sangat ketara, dari nangis mengamuk, terus boleh happy dan ceria.
3. Sleep booster
– Try konsisten buat setiap hari 20 minit, kitaran tidur anak pasti lebih baik. Boleh tidur awal, dan kualiti tidur pun makin baik.
Boleh cuba k!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!