Asyik bagi arahan adakalanya buat mak ayah pening memikirkan cara bagaimana mendapatkan kerjasama anak.
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, menukar cara arahan dengan menggunakan masalah sebagai kunci utama amat memberi kesan pada anak. Jom cuba ikuti perkongsian tip ini.
Bagi sesiapa yang rasa susah nak dapatkan kerjasama anak, cuba tips ni.
Teknik dia namanya ‘naming the problem’. Kita nak anak kita buat something. Tapi kita tak sebut. Sebaliknya, kita sebut masalah yang kita sedang nampak.
Tak paham? Ok begini. Kita bayangkan kita sedang jalan-jalan kat taman. Tiba-tiba ada sorang stranger tegur, “Bro, tali kasut tu ikat la!”
First reaction kita akan rasa,”Apahal suruh-suruh aku?” Walaupun lepas tu, kita buat je. Sebab yang disuruh tu, untuk kebaikan kita.
Ads
Tapi berbeza kalau stranger tu ‘menyatakan masalah’, “Tali kasut abang tak ikat.” Kita akan respon dengan, “Owh, terima kasih.”
Sebab apa? Sebab bila menamakan masalah, kita tak terasa ditekan, dipaksa, disuruh atau dikuasai.
Kenapa teknik ni lagi berkesan dari direct suruh anak?
Ads
1. Fitrah manusia kalau disuruh, makin berat nak buat. Dalam fizik ada istilah ‘FORCE CREATE RESISTANCE’.
Dalam konteks mendidik anak-anak pun sebenarnya pun macam tu.
Bila kita disuruh, automatik akan ada sedikit rasa terancam. Sebab otak kita detect suruhan sebagai tindakan nak kuasai diri kita. Tu sebab, lagi kita suruh, lagi kita paksa, lagi kita tekan, lagi bertambahlah anak tak nak buat.
2. Kaedah ini, cara terlembut nak dapatkan perhatian anak. Cara terbaik juga untuk bagi anak rasa diri dia berkuasa jadi problem solver.
Kita memberi anak ‘sense of achievement’. (Dalam Maslow Hierarchy of Needs, self actualization ni berada paling atas sekali.)
Bila kita point out masalah, anak akan terdetik dalam diri,
Ads
“Sebagai orang besar, aku patut tau apa nak buat.”
Cara ni juga, akan ajar anak untuk biasakan diri jadi mencari solusi bila ada masalah.
3. Sebagaimana kita penat menyuruh. Sebenarnya, anak pun ada masanya penat disuruh.
Cubalah. Tukarkan sikit ayat supaya kurang unsur suruhan dan paksaan.
Bear in mind, teknik ni mungkin tak berkesan kat anak kecik bawah 6 tahun. Mungkin juga tak berkesan untuk manusia Literal Thinking macam yang saya cerita kat post lepas. Tapi berbaloi untuk dicuba.
❌️ Basuh pinggan dengan cawan tu
✔️ Ada pinggan cawan korang dalam sinki tu
❌️ Kutip barang-barang korang atas lantai
✔️ Barang-barang korang ada atas lantai ni.
❌️ Kemas bilik tu
✔️️ Mama nampak bantal bilik korang bersepah tadi
❌️ Tolong mama basuh baju
✔️️ Baju kotor banyak tu dalam bakul
❌️ Pegi mandi cepat
✔️️ Mama nampak korang still pakai baju yang sama korang tidur malam tadi.
Semoga bila bukak sekolah nanti, bacaan darah tinggi kita tak naik. Rambut tak gugur, muka tak bertambah kedut dan jantung kekal berdegup tenang.
Geram tengok kotoran dalam telinga anak terutamanya yang baby, tapi boleh ke kalau nak cuci telinga bayi ni?
Ikuti penjelasan lanjut daripada Dr. Nik Hisyam, Perunding & Pakar Bedah ENT.
Sesetengah ibu bapa bertanya adakah perlu telinga anak mereka dicuci dan dibersihkan.
Sebenarnya permasalahan tahi telinga selalu berkumpul dalam telinga kita. Sebenarnya tahi telinga ini tak perlu diusik dan dikacau pun ataupun dikorek dengan cotton bud dan apa jua cara sekalipun.
Kalau mak ayah ada nampak kotoran di bahagian luar kawasan telinga, hanya bersihkan bahagian luar sahaja. Jangan sekali-kali memasukkan apa-apa alat ke dalam saluran telinga kerana berisiko berlaku pelbagai masalah.
Contohnya tahi telinga akan masuk ke dalam dan sampai satu tahap tak boleh keluar. Lama-kelamaan tahi telinga ini akan menjadi keras dan menyebabkan dia berkumpul dan susah nak keluar dengan sendiri.
Ini menyebabkan anak merasa sakit jika terlalu banyak dan pendengaran anak juga akan terjejas.
Yang kedua, sekiranya penggunaan alatan mengorek telinga seperti besi, kayu dan sebagainya akan menyebabkan risiko dimana saluran telinga akan luka, berlaku pendarahan dan bengkak. Malah boleh juga berlaku jangkitan kuman pada saluran telinga.
Sebaik-baiknya janganlah dikorek telinga anak-anak. Kalau nampak terlalu kotor, hanya bersihkan bahagian luar sahaja dan ada caranya.
Tip cuci
* Guna cotton bud, celup dengan minyak bayi dan bersihkan kawasan cuping telinga sahaja.
* Elakkan dicuci masuk ke dalam saluran telinga bagi mengelakkan kecederaan, implikasi dan sebagainya.
Penggunaan cotton bud ini disarankan untuk cucian sahaja tetapi bukan untuk mengorek telinga.
Dihujung saluran telinga letakkan di mana gegendang telinga dan apabila tahi telinga menghampiri gegendang ini, memang susah akan keluar dengan sendirinya.
Mengendali dan menjaga anak autism sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Namun seorang tukang gunting rambut atau ‘barber’ dipuji ramai kerana menyantuni mesra seorang kanak-kanak autism ketika menggunting rambut.
Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @imashariza, seorang barber menjadi perhatian ramai kerana sikapnya yang tenang dan sabar melayan kerenah seorang kanak-kanak autisme di kedainya.
Kelihatan kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Aisy sedang duduk di atas sebuah kerusi di dalam kedai gunting rambut itu.
Kemudian, dapat dilihat tukang gunting yang dikenali sebagai Mr D menyantuninya Aisy dengan sebaik-baiknya dalam keadaan tenang dan ceria.
Malah Mr D juga cuba menarik perhatian kanak-kanak berkenaan sebelum menggunting rambut anak kecil itu.
Meskipun Aisy menolaknya dan berlari di dalam kedai berkenaan namun Mr D yang penuh dengan sifat kebapaan itu begitu sabar berhadapan dengan pelanggan cilik itu.
Bahkan Mr D juga membuatkan sesi gunting rambut itu seperti sedang bermain dengan Aisy agar kanak-kanak tersebut terhibur dengannya.
Aisy kemudiannya nampak selesa malah tidak menangis atau menunjukkan rasa tidak suka sepanjang melalui proses gunting rambut bersama Mr D. Memang terbaik!
“Dekat dunia dia mungkin ujian terbesar, tapi dekat sana nanti dia hadiah untuk kamu” Mr D.
“Untuk anak autism dia orang memang tak suka potong rambut, sebab melibatkan sensory issue (isu deria).
“Tadi Aisy terpukul dan tertarik janggut Mr D. Tapi Mr D nasihatkan saya, tak mengapa biarkan dia.
“Dia tengah tertekan kerana tidak biasa. Selepas bermain akhirnya Aisy bagi potong rambut dia dan tidak lari-lari,” tulis Imashariza dalam video tersebut.
Paling menarik pastinya kata-kata dari Mr D yang memberikan kesan di hati.
“Mr D cakap dekat saya, saya patut bersyukur dapat anak istimewa. Kalau jaga dia baik-baik dapat banyak pahala dan masuk syurga.
“Sambil Mr D urut-urut kaki Aisy, dia cakap bagi saya pahala banyak-banyak supaya dosa saya kurang ya,” ujarnya berkongsi.
Kes penderaan melibatkan kanak-kanak di pusat asuhan dan taska yang kian berleluasa membuatkan pelakon Elfira Loy sanggup berbelanja lebih untuk menghantar dua orang cahaya matanya ke sekolah yang boleh dipercayai.
Semuanya bagi memastikan keselamatan dua anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla lebih terjamin.
“Kisah-kisah ini menjadikan saya takut dan sanggup berbelanja lebih untuk hantar anak-anak ke sekolah yang dipercayai.
“Buat masa ini saya hanya rasa takut, berjaga-jaga dan mampu berdoa untuk mereka.
“Semua cerita (kes dera) merupakan peringatan untuk saya agar sentiasa bersiap sedia untuk apa sahaja kemungkinan termasuk aktiviti dilakukan oleh anak-anak yang terdedah dengan banyak perkara di luar,” katanya berkongsi.
Berkongsi kisah dua buah hatinya, Rayyan dan Aria yang kini semakin membesar, Elfira lebih senang membesarkan keduanya sendiri tanpa bantuan pembantu rumah.
Kata Elfira lagi dia paling beruntung kerana mendapat sokongan dan bantuan dari suaminya, Faris Khairol yang turut sama membantunya menguruskan dua anaknya di rumah.
“Bukanlah tidak percaya tetapi apabila saya ambil keputusan untuk memiliki anak, memang saya nak jaga sendiri dan suka menjadi seorang ibu.
“Menjadi seorang ibu adalah tanggungjawab dan ini juga adalah nikmat yang Allah SWT beri sebab dapat masa bersama anak-anak.
“Banyak kelebihan dapat jaga anak sendiri seperti mengajar mereka tentang ilmu agama dan perkara-perkara yang baik,” ujarnya.
Terdahulu, Elfira dan suaminya, Muhammad Farish Khairol Anuar mendirikan rumahtangga pada 1 Januari 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla.
Bermula 12 hingga 16 September 2025, Taman Tasik Titiwangsa bakal menjadi lokasi penuh warna-warni dengan penganjuran BK Mini Fest sempena Festival Budaya Malaysia. Dari...