Masuk sahaja sekolah, mulalah pensil dan pemadam asyik hilang. Pensil warna pula asyik bertukar beberapa kali dalam masa setahun. Apa sebabnya anak-anak kita terutama di sekolah rendah mengalami masalah ini?
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim, mendidik anak erti berkongsi lebih awal menjadi punca masalah ini. Jom perbetulkan.
Perasan tak anak-anak sekarang pergi sekolah ada saja benda yang hilang. Kadang pensil hilang, pemadam hilang, buku hilang sampaikan mana perginya pun tak tahu.
Ads
Jom saya kongsikan dengan mak ayah semua. Salah satu puncanya adalah kita ini terlampau awal sangat ajar anak untuk berkongsi.
Ni ki ajar anak share barang-barang. Sepatutnya di waktu anak usianya di bawah tujuh tahun ke bawah, kita ajar dulu anak tentang PEMILIKAN.
Misalnya barang diri sendiri, barang orang lain, barang yang bukan kepunyaan kita kalau nak guna macam mana dan sebagainya. Itu yang perlu kita ajarkan pada anak.
Ads
Apabila kita terlampau awal ajar anak untuk sentiasa berkongsi itu yang bila masuk sekolah rendah tu apa saja kawan minta dia bagi, lepas tu tak minta balik.
Ads
Semua ini sebab anak tidak tahu konsep pemilikan dan hak milik. Itulah puncanya.
Disebabkan itulah ramai anak-anak sekarang ini asyik barang hilang. Pensil tak pernah cukup, pensil warna asyik berganti setahun. Jadi macam mana?
Ajarlah anak kita tentang hak milik. Kalau barang kita orang nak pakai dia kena minta izin dan apabila sudah selesai dia kena pulangkan semula. Ini yang kita perlu ajarkan pada anak.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Di sebuah kampung yang tenang, tinggal seekor kucing bernama Kiki yang suka duduk di bawah pokok.
Suatu hari, Kiki terdengar suara dari atas pokok. “Hai, Kiki!” sapa burung kecil yang cantik, bernama Bubu.
Bubu adalah burung ajaib yang boleh bercakap dengan kucing!
Kiki teruja dan bertanya bagaimana Bubu boleh bercakap dengannya.
Bubu menjelaskan bahawa di dunia ini, haiwan juga boleh berkomunikasi jika mereka saling memahami.
Kiki ingin belajar terbang, tetapi Bubu menjelaskan bahawa mereka boleh belajar daripada satu sama lain tanpa perlu menukar diri mereka.
Mereka telah menjadi sahabat baik.
Kiki mengajar Bubu tentang dunia di darat, sementara Bubu menceritakan keindahan dunia dari langit.
Pada suatu hari, tiba-tiba kampung dilanda banjir. Kiki dan Bubu bekerja sama untuk menyelamatkan haiwan-haiwan yang lain.
Bubu mencari tempat perlindungan dari udara, manakala Kiki membantu haiwan lain mencari tempat selamat. Mereka bekerjasama untuk melindungi haiwan yang lain.
Sehingga banjir sudah surut, atas kerjasama Kiki dan Bubu, semua haiwan telah selamat.
Semua haiwan mengucapkan terima kasih kepada Kiki dan Bubu atas pertolongan mereka.
Oleh itu, persahabatan mereka telah menunjukkan bahawa walaupun mereka berbeza, mereka boleh mencapai perkara hebat apabila bekerjasama.
Jadi, adik-adik perlu menghargai persahabatan kerana persahabatan yang sejati datang dari saling memahami dan menghargai perbezaan dari segi apa-apa pun!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Semalam, team Bintang Kecil telah menyertai satu acara sukan sempena AKE ‘Fun Run Olympic Carnival’ di 99 Wonderland Park, Selayang.
Apa yang menariknya, kami telah menyertai kawan-kawan dari tadika Al Kauthar untuk menyumpul cop di setiap ‘check point’ yang ditetapkan bagi mendapatkan medal.
Haaa.. Nak tahu semput tak semput? Korang kena tengok video di bawah ini.
Kalau korang tak tahu, acara ini telah mendapat pengikhtirafan dari Malaysia Book of Records kerana menghimpunkan sukan kanak-kanak berkeperluan khas terbesar di Malaysia ketika ini.
Seronoknya kami sepanjang acara ini apabila melihat kesungguhan dan semangat kawan-kawan kita menghabiskan setiap cabaran yang diberikan.
Selain mengumpul cop, kami turut menari zumba dan melakukan pelbagai aktiviti di setiap booth yang disediakan.
Terima kasih Ak Kauthar kerana menjemput Bintang Kecil untuk turut merasai kemeriahan acara ini yang dirasmikan oleh dirasmikan Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Datuk Setia Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa kata jadi penulis itu hanya untuk orang dewasa? Korang pun sebenarnya boleh jadi penulis. Anak tunggal kepada selebriti terkenal Erra Fazira iaitu Engku Aleesya, kini melangkah yakin ke dunia buku dengan karya pertamanya. Hebat betul!
Dalam satu video ceria yang dimuat naik di Instagram Erra Fazira, Aleesya tampil dengan senyuman lebar yang benar-benar mencerminkan rasa bangganya terhadap pencapaian ini.
“Hai semua! Saya Aleesya… dan saya baru menerbitkan buku Little Nina and the Virtues of Fatimah Azahra,” katanya sambil menunjukkan helaian buku yang penuh warna dan ilustrasi menarik. Memang ‘vibes’ penulis cilik sejati!
Sebagai permulaan, Buku Pertama Aleesya ini membuka ruang untuknya mengekspresikan kisah imaginatif yang membawa mesej positif kepada kanak-kanak lain. Banyak pihak memuji usaha Aleesya kerana memilih untuk berkarya secara matang dan bermakna walaupun masih muda.
Erra sendiri jelas terharu dan bangga melihat anaknya berani berkarya pada usia muda. “Ini baru permulaan. Ibu tahu kamu boleh pergi jauh,” tulis Erra dalam kapsyennya. Malah Erra turut mengajak peminatnya untuk memberikan sokongan kepada anak tunggal kesayangannya itu. Sweet betul!
Engku Emran, bekas suami Erra Fazira dan ayah kepada Aleesya, turut berkongsi rasa syukur serta bangga. Walaupun mereka berpisah sejak 2014, kerjasama membesarkan Aleesya tetap kukuh dan konsisten. Menurutnya, membesarkan anak yang sentiasa menjadi perhatian ramai bukanlah perkara mudah, tetapi demi Aleesya, mereka sentiasa mengutamakan tanggungjawab sebagai ibu bapa.
“Selama 11 tahun, kami cuba jadi ibu bapa terbaik untuk Aleesya,” tulisnya dengan penuh keikhlasan. Beliau turut menitip pesanan buat pasangan lain, “Kalau dah ada anak, cuba pertahankan perkahwinan sehabis baik sebelum mengalah,” katanya.
Selain menulis, Aleesya turut membuktikan kehebatannya dalam bidang akademik. Dalam peperiksaan IGCSE, Aleesya meraih keputusan yang mengagumkan iaitu dengan keputusan 7A dalam subjek Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik, Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia & Psikologi.
Satu pencapaian yang benar-benar mencerminkan kecerdasan dan disiplin dirinya. Ramai memuji Aleesya sebagai gabungan lengkap, beauty with brain. Selepas ini, Aleesya dijangka melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level. Dengan dunia penulisan yang makin berkembang dan prestasi akademik yang cemerlang, masa depan Aleesya nampaknya sangat cerah.
Kisah Buku Pertama Aleesya ini sebenarnya memberikan satu mesej penting kepada generasi muda, kalau ada minat, jangan tunggu besar untuk bermula. Ambil langkah kecil dahulu. Tak kisah minat menulis, melukis, menghasilkan video, bermain muzik atau apa sahaja… semuanya bermula dengan keberanian untuk mencuba.
Aleesya menunjukkan bahawa impian boleh dicapai asalkan ada usaha dan sokongan. Siapa tahu, mungkin anda pula akan menjadi penulis terkenal masa depan. Semuanya bermula daripada langkah pertama seperti Aleesya yang berani menerbitkan karya sulungnya.
Kejayaan Buku Pertama Aleesya bukan hanya tentang menerbitkan sebuah buku, tetapi tentang keyakinan dan kesungguhan seorang remaja untuk berkongsi ilmu, cerita dan nilai murni. Ketika ramai remaja sebaya sedang mencari identiti sendiri, Aleesya memilih untuk menghasilkan sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain. Langkah ini bukan sahaja mempamerkan keberanian, tetapi juga kematangan fikirannya.
Perjalanan Aleesya baru sahaja bermula, tetapi Buku Pertama Aleesya sudah cukup kuat untuk membuktikan keupayaannya. Dengan minat, ilmu dan sokongan keluarga, tiada apa yang mustahil untuk dicapai.
Semoga kisah ini menjadi pembakar semangat kepada semua yang sedang mencari inspirasi untuk memulakan sesuatu dalam hidup.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!