Penyanyi, Datin Alyah berkongsi kesyukuran usai majlis cukur jambul dan akikah anak angkatnya, Nur Izzara.
Menerusi hantaran di Instagramnya, kehadiran cahaya mata itu umpama satu rahmat buat rumah tangganya dan suami yang juga pemuzik, Datuk Ramli MS atau mesra disapa Tok Ram.
“Bila kita mencari cinta dunia, banyak hati yang kecewa dan hati kita juga malah hancur dan remuk. Tapi, bila kita mencari cinta Allah SWT, segalanya seperti mimpi yang indah.
“Terlalu banyak kebaikan yang diberikan kepada kita hingga ada kalanya kita malu nak meminta lebih kerana banyaknya dosa-dosa kita.
“Tapi, Dia tahu apa yang ada jauh dalam hati kita. Engkau Maha Baik Ya Allah SWT, lagi Maha Penyayang.
“Nur Izzara hadir dalam hidup kami. Tidak pernah kami terfikir dalam perancangan kehidupan yang kami lalui dan sesungguhnya Engkaulah perancang terbaik bagi setiap hamba-Mu,” katanya.
Tambahnya, Allah adalah sebaik-baik perancang rancangan yang lebih baik daripada manusia.
“Peringatan buat saya, walaupun telefon bimbit ada kalendar yang mampu merancang segala jadual saya, tapi saya tetap tidak mampu melawan perancangan Allah SWT yang Maha Hebat dan Maha Kasih,” katanya.
Hantaran itu juga turut diselitkan dengan ucapan terima kasih buat keluarga dan saudara mara yang membantu menyempurnakan majlis yang berlangsung di Batu Pahat, Johor itu.
“Terima kasih buat Abang Ajis dan Kak Chik sekeluarga menguruskan segala-galanya untuk majlis akikah cukur jambul Izzara dan kenduri doa selamat buat saya sebelum menunaikan haji.
Ads
“Terima kasih adik beradik yang datang dari jauh, pakcik makcik juga saudara mara, ipar duai yang datang dari Singapura. Hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya.
“Terima kasih buat sahabat handai yang sudi bertandang memeriahkan lagu majlis kami dari jauh dan dekat. Terima kasih sangat-sangat. Terharunya saya.
“Dan buat semua penduduk sekitar walaupun saya hanya menumpang kampung abang ipar saya, tapi, layanan kalian buat saya, suami dan seluruh keluarga terharu. Saya doakan kalian semua berada dalam rahmat Allah SWT,” katanya.
Ads
Alyah turut memuat naik gambarnya dan suami, bersama Nur Izzara dan ketiga-tiga mereka sedang duduk di pelamin kecil.
Antara komen dan doa terindah buat Alyah sekeluarga;
Bilik anak-anak memang sering menjadi cabaran untuk dikekalkan kemas. Tapi tahukah anda, mengajak anak kemas bilik sebenarnya boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan dan mendidik?
Dengan cara yang betul, aktiviti ini bukan sahaja membantu mereka belajar tanggungjawab tetapi juga membentuk disiplin diri. Jom jadikan kemas bilik sebagai masa berkualiti bersama anak-anak!
Jadikan Aktiviti Sebagai Permainan
Buat pertandingan seperti “Siapa Cepat Siap” atau “Cari dan Susun Mainan.” Anak akan lebih seronok dan teruja.
Gunakan Musik Ceria
Pasang lagu kegemaran anak-anak sambil mengemas. Musik boleh menaikkan mood mereka untuk bergerak.
Berikan Arahan yang Jelas
Bahagikan tugas kepada langkah kecil seperti “Kumpul semua mainan dulu” atau “Lipat baju dan susun dalam almari.”
Berikan Contoh
Anak-anak akan lebih mudah ikut apabila mereka melihat anda memulakan dahulu. Contoh adalah pengajaran terbaik.
Gunakan Alat yang Menarik
Sediakan kotak penyimpanan dengan warna atau corak yang mereka suka untuk memudahkan penyimpanan barang.
Kredit foto: Freepik
Puji dan Beri Ganjaran
Berikan pujian seperti “Bagusnya! Pandai kemas!” atau ganjaran kecil seperti pelekat bintang untuk usaha mereka.
Tetapkan Masa Kemas
Jadikan kemas bilik sebagai rutin, contohnya sebelum tidur atau selepas bermain. Rutin membantu anak membentuk tabiat.
Gunakan Cerita atau Imaginasi
Ceritakan kisah bahawa mainan mereka “perlu tidur di tempatnya” atau “perlu rehat di kotak.” Ini membantu anak memahami pentingnya menyimpan barang.
Libatkan Mereka dalam Susun Atur
Minta anak pilih bagaimana mereka mahu susun barang. Bila mereka rasa ada kawalan, mereka lebih teruja untuk menjaga kekemasan.
Bersabar dan Beri Masa
Jangan paksa atau marah jika mereka lambat memahami. Ajak mereka perlahan-lahan sehingga menjadi kebiasaan.
Ajak anak kemas bilik bukan sekadar tentang kebersihan, tetapi juga tentang membina hubungan yang lebih erat dan nilai yang positif. Dengan pendekatan kreatif dan kesabaran, anda boleh menjadikan ini satu rutin yang dinanti-nantikan oleh anak-anak. Ingat, anak-anak belajar dengan contoh, jadi mulakan dengan diri kita sendiri. Selamat mencuba
Tahukah anda bahawa kandungan gula yang tinggi dalam makanan adalah punca karies gigi. Snek sihat membantu menjaga kesihatan gigi dan mulut anak anda dengan cara berikut:
Kurangkan Gula, Kurangkan Karies – Pilih snek rendah gula seperti buah-buahan segar, sayuran rangup, dan yogurt tanpa gula untuk mengurangkan risiko kerosakan gigi.
Jadikan snek sihat sebagai pilihan utama dalam diet harian anak anda. Dengan snek yang betul, anda bukan sahaja melindungi gigi mereka, tetapi juga menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
TIP PILIHAN MAKANAN YANG SIHAT UNTUK PENJAGAAN GIGI
1.Buah-buahan Segar
Epal, strawberi, pir, pisang, atau buah beri, kaya dengan serat dan manis secara semula jadi.
2.Sayuran Rangup
Lobak merah, timun, atau saderi
3.Yogurt Tanpa Gula
Penuh kalsium dan baik untuk gigi, tambah buah untuk rasa lebih sedap!
4.Keju
Rendah gula, tinggi kalsium, bantu kekalkan kekuatan gigi si manja.
5.Kacang atau Bijirin Tanpa Gula
Memberi tenaga dan rasa kenyang lebih lama tanpa merosakkan gigi.
Nak anak jadi lebih rajin memang cabaran, kan? Tapi jangan risau! Sebenarnya, ada cara kreatif yang boleh kita lakukan untuk galakkan mereka rajin tanpa paksaan. Yang penting, aktiviti ni seronok dan beri manfaat untuk perkembangan mereka. Jom kita cuba!
5 Tip Aktiviti
Beri Tugasan Harian Ringkas
Mulakan dengan tugasan kecil, seperti menyusun buku atau lipat baju. Anak akan rasa seronok bila dapat pujian selepas berjaya siapkan tugasan.
Sediakan Jadual Aktiviti yang Kreatif
Buat jadual harian yang menarik dengan warna-warna ceria. Ajak mereka tanda tugasan yang dah selesai—ini akan buat mereka lebih bersemangat.
Gunakan Sistem Ganjaran
Berikan ganjaran kecil, seperti pelekat bintang, bila anak rajin buat sesuatu. Lama-kelamaan, mereka akan ada motivasi dalaman untuk terus rajin.
Contohi Kerajinan Kita
Anak selalu meniru ibu bapa. Jadi, tunjukkan contoh dengan rajin mengemas atau memasak sambil ajak mereka turut serta.
Libatkan Aktiviti Seronok
Masukkan elemen permainan, seperti ‘siapa cepat habis lipat baju’. Aktiviti sebegini bukan saja menyeronokkan, tapi juga melatih mereka jadi rajin.
Rajin bukanlah sifat yang datang sendiri, tapi ia boleh dipupuk dari kecil. Dengan aktiviti yang menyeronokkan, anak-anak pasti lebih bersemangat untuk membantu dan menjadi lebih berdikari. Selamat mencuba, mak ayah!
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.Bahkan kata Nabila...