
Korang pernah tak tengah main elok-elok, tiba-tiba berlaku gaduh adik beradik dengan adik atau abang? Ada yang tarik mainan, ada yang merajuk, ada yang menangis dulu! Haa… sebenarnya semua tu normal. Nama pun adik beradik. Kadang sayang, kadang geram. Tapi kalau asyik bergaduh tanpa belajar cara betul nak berbaik semula, nanti bila besar pun boleh terbawa-bawa tau.
Sebab tu dalam keluarga, kasih sayang tu penting sangat. Rumah jadi seronok, hati rasa tenang, dan semua orang rasa disayangi. Bila kita belajar kawal emosi masa gaduh adik beradik, hidup jadi jauh lebih bahagia.
Dr Taufiq Razif ada kongsi tujuh pesanan untuk korang supaya tak selalu bergaduh. Jom kita olah jadi versi mudah untuk ‘budak baik’ macam korang!

7 Nasihat Power Untuk Adik-Beradik Yang Selalu Gaduh
1. Mak ayah sayang SEMUA anak!
Tak kira yang sulung ke, tengah ke, bongsu ke, sayang tu sama rata. Jadi tak payah berebut perhatian.
2. Abang/Kakak ialah ‘Ketua Kecil’.
Bila mak ayah tak ada, abang atau kakak lah hero yang jaga adik-adik.
3. Yang tua sayang yang muda, yang muda hormat yang tua.
Macam satu team! Semua kena saling jaga.
4. Kita semua satu pasukan.
Tak boleh selfish. Kalau dalam pasukan, mesti bantu satu sama lain.
5. Adik beradik takkan putus hubungan.
Gaduh macam mana pun, darah tetap sama. Tak boleh tukar adik atau abang!
6. Keluarga lagi penting daripada harta.
Kalau dah besar nanti, jangan gaduh pasal barang atau duit. Yang penting, hubungan tetap baik.
7. Tolong keluarga dulu sebelum tolong orang luar.
Kalau adik lapar, tolong dulu. Kalau kakak perlukan bantuan, bantu dulu. Baru cari orang lain nak tolong.

Kalau Gaduh Adik Beradik, Apa Patut Buat?
Kadang-kadang kita marah. Itu normal. Tapi jangan terus menjerit atau baling barang ya. Cuba buat:
- Cakap elok-elok
- Minta maaf bila silap
- Belajar berkongsi
- Hormat perasaan orang lain
Bila kita cuba faham perasaan adik atau abang, barulah tak mudah gaduh lagi. Kadang kita ingat kita betul, tapi bila duduk dan dengar cerita adik, rupanya dia pun tengah sedih. Banyak masalah kecil selesai bila kita belajar bercakap secara baik.
Mak Ayah Pun Jadi Contoh
Kalau anak tengok mak ayah bercakap lembut, selesaikan masalah secara tenang, anak pun akan ikut. Rumah jadi lebih bahagia bila semua orang belajar kawal emosi dan tunjuk kasih sayang. Bila ada situasi gaduh adik beradik, mak ayah yang tenang sangat membantu anak-anak belajar cara selesaikan konflik.

Kasih Sayang Itu ‘Superpower’ Keluarga
Gaduh sekejap tu biasa, tapi jangan lama-lama. Yang penting, setiap hari cuba jadi lebih baik, lebih penyayang, dan lebih memahami. Adik beradik ni… dialah kawan pertama kita dalam hidup. Jadi, jom sayang lebih, gaduh kurang!
Kalau korang nak jadi keluarga paling harmoni, ingat 7 nasihat ni dan amalkan selalu!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!







