Penyanyi rock lagenda, Ella, baru-baru ini menyentuh hati ramai apabila memberikan ucapan penuh kasih sayang kepada anak perempuannya, Shanome, sempena hari lahirnya.
Ella atau nama sebenar Hajah Nor Zila binti Haji Aminuddin dalam satu perkongsian di media sosial, Ella meluahkan rasa syukur dan doa yang indah buat puteri kesayangannya.
Memuat naik gambar bersama suami, Azhar Husaini Ghazali dan anak, pelantun lagu Standing In The Eyes Of The World, lagu ikonik ini, memberikan ucapan penuh makna.
Ucapan itu bukan sahaja menggambarkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya tetapi juga menunjukkan keakraban hubungan mereka sekeluarga.
Ads
“Alhamdulillah. Thank you Allah . Syurga ku & Dunia ku. Happy Birthday Shanome. Moga menjadi anak yg solehah & berjaya di dunia & akhirat .We love you!” @shanomes@azharzzs ❤️
Turut ditag dalam hantaran tersebut ialah suami Ella, Azhar, yang sentiasa menjadi penyokong setia dalam kehidupan mereka.
Para peminat dan rakan selebriti turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan selamat hari lahir buat Shanome serta mendoakan kesejahteraan dan kejayaan si kecil ini.
Semoga Shanome terus membesar menjadi anak yang solehah, berbakti kepada keluarga, dan berjaya dalam kehidupan. Happy Birthday, Shanome!
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan doa buat anak kesayangan pasangan ini, Antara komen adalah
“Happy birthday princess. Semoga membesar menjadi anak yang soleh di dunia & akhirat.. insyallah amin””Shanome ikut muka papa dier ye” “Cantik comel anaknya” “Happy birthday..seiras dengan ibu ayah..semoga jadi anak yg solehah.. diberikan kesihatan yg baik, “
Anak-anak adalah anugerah yang perlu dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Dalam sesebuah keluarga yang bahagia, perasaan cinta dan hormat-menghormati antara satu sama lain mesti dipupuk sejak kecil.
Jika anak-anak dibiasakan dengan suasana penuh kasih sayang, mereka akan membesar dengan hati yang lembut, mudah berempati, dan tahu menghargai hubungan kekeluargaan.
Namun, dalam kehidupan seharian, pasti ada masanya anak-anak bergaduh sesama sendiri, sama ada kerana berebut mainan, cemburu atau salah faham. Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh membiarkan pergaduhan ini menjadi kebiasaan.
Anak-anak yang sering bertelingkah tanpa bimbingan yang betul mungkin akan membawa sikap negatif ini hingga dewasa, yang akhirnya boleh menjejaskan hubungan kekeluargaan.
Sebagaimana perkongsian Dr Taufiq Razif yang berkongsi maklumat mengenai cara mengelak anak daripada suka bergaduh. Beliau menyediakan 7 tip untuk memberikan ibu bapa dalam mendidik anak.
Buat ayat kata anak-anak ini perlu didiak perasaan kasih sayang untuk jadi keluarga bahagia. begitu juga anak2 jangan dibiasakan bergaduh. menerusi perkongsian jadi ibu ayah kena bg Anak yang selalu bergaduh kena tahu
1.Bagitahu anak anak yang kita sayang mereka semuanya tanpa terkecuali sorang pun! 2. Bagitahu anak anak yang sulung akan jadi Person In Charge untuk jaga adik-adiknya apabila kita dah tak ada suatu hari nanti 3.Bagitahu mereka yang di atas ke sayang yang di bawah. Yang di bawah pula kena hormat yang di atas. 4.Bagitahu mereka yang kita semua berada dalam satu pasukan yang sama. Tak boleh selfish! Kena pakat bantu membantu bila berada dalam satu pasukan. 5. Bagitahu anak anak yang takkan putus air walau dicincang. Seteruk mana pun bergaduh takkan boleh putuskan pun hubungan darah yang mengalir di dalam mereka. 6. Bagitahu anak anak untuk utamakan keluarga lebih daripada harta. Jangan berebut harta setelah kita tiada nanti. 7. Bagitahu anak-anak utamakan membantu sesama ahli keluarga dulu sebelum nak bantu orang di luar sana. Jangan sampai adik beradik sendiri kelaparan sedangkan kita di rumah tersadai kekenyangan!
Jadi melihat tip yang dikongsi oleh penceramah keibubapaan ini, jika anak selalu bergaduh, ibu bapa perlu mengambil pendekatan yang bijak untuk menangani situasi ini. Jangan hanya memarahi atau menghukum tanpa memahami punca sebenar. Sebaliknya, ajar mereka cara untuk menyelesaikan masalah dengan baik belajar berkongsi, meminta maaf, dan menghormati perasaan orang lain.
Selain itu, ibu bapa sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik. Jika anak melihat ibu bapa berkomunikasi dengan lemah lembut dan menyelesaikan konflik secara matang, mereka juga akan belajar untuk berbuat perkara yang sama. Keluarga yang harmoni bermula dari didikan yang penuh kesabaran dan kasih sayang.
Jadi, didiklah anak-anak dengan penuh kelembutan. Ajar mereka bahawa kasih sayang itu adalah asas sebuah keluarga yang bahagia, dan pertelingkahan bukanlah jalan penyelesaian.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang ‘melekat’ aje dengan ayahnya.
Sesungguhnya banyak manfaat jika anak bonding dengan ayah. Sebagaimana perkongsian yang dikongsi oleh Mohd Fhais di laman facebooknya
Selalu kalau berjalan dekat shopping mall atau pasar malam annur rania mesti nak berdukung.
Allahu, berat annur rania ni bukan sikit-sikit. Dekat 20 kilogram juga. Cukup sejam begini boleh patah pinggang di buatnya.
Tapi bila di fikir balik, bukan senang pinggang nak patah.
Tapi kalau tak dukung bonding ayah-anak boleh patah senang-senang je.
Bagi saya rania bukan saja saja nak mengada berdukung tapi sebenarnya dia masih tak boleh “move on”
Tak boleh move on dari melekat kat badan papa dia, hirup bau papa dia, bergurau senda dengan papa dia dan itu sahaja cara untuk dia duduk diam.
Kalau di biar jalan sendiri satu mall tu dia boleh tawaf.
Lagipun bonding ayah anak yang kuat ni banyak manfaatnya. Antaranya:
Manfaat bonding ayah dan anak
1 – Hubungan jadi semakin rapat kalau bonding kuat. Bila hubungan rapat mudah anak nak terima teguran nanti.
2 – Menurut kajian anak yang kuat bonding dengan ayah ni akan tinggi self-esteem dan self-confidence dia. Anak tak mudah mengikut pengaruh buruk bila dah besar nanti.
3 – Bila kurang rapat ayah dan anak, anak berkemungkinan tinggi akan jadi agresif sebab terlalu dahaga perhatian dari ayah. Anak jadi kuat tantrum, marah sesuka hati, cakap kasar dan kuat.
4 – Anak yang rapat dengan ayah ni tinggi adab nya. Itu kalau ayah ajar adab yang betul la, sebab anak tiru bulat-bulat apa yang dia lihat ayahnya buat.
5 – Anak akan anggap ayah sebagai “kawan baik” lebih daripada dia utamakan kawan sebaya. Sebarang masalah ayah jadi tempat mengadu pertama. Ini yang terbaik
6 – Anak yang kuat bonding dengan ayah ni ada kemahiran sosial yang bagus. Boleh berkomunikasi dengan baik sama ada dengan rakan sebaya atau orang lebih tua.
7 – Akhir sekali anak yang cukup perhatian dan rasa di sayangi dari ayah akan pandai memilih kawan yang berkualiti berbanding anak yang kurang perhatian akan suka berkawan dengan rakan yang bermasalah.
Masa berlalu dengan pantas. Tahu tahu anak dah besar panjang. Sampai satu masa nanti bukan setakat dukung nak peluk pun dia dah rasa malu.
Oleh itu, manfaatkan la masa yang ada ni sebaik mungkin kerana masa sentiasa akan cemburu dengan kita.
Pesanan seorang ayah sering menjadi bekalan berharga dalam kehidupan anak-anak, terutama apabila ia disampaikan dengan penuh hikmah dan kasih sayang.
Sebagai dalam coretan ini, dikongsikan oleh Ustazah Aminah Yusof beberapa nasihat mendalam dari Almarhum Ayahanda yang telah membentuk peribadi penulis sejak kecil.
Setiap nasihat bukan sahaja menjadi pedoman untuk kehidupan duniawi, malah juga menjadi panduan menuju akhirat. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada kita semua untuk menghargai dan mengamalkan ajaran yang baik dalam kehidupan seharian.
Pesan Almarhum Ayahanda yang paling “Deep”
1. Ngaji selepas subuh Dari sekolah rendah ayah wajibkan kami adik beradik mengaji selepas subuh. Ayah paksa baca paling sikit satu muka walaupun dah lambat nak ke sekolah. Ada masa tu panjang juga muncung kami adik beradik, takut pengawas ambil nama sebab lambat datang sekolah. Muka mencuka tanda protes, untungnya kami takut nak membantah dengan kata-kata sebab ayah garang.
Rupanya, kesan baca Al-Qur’an selepas subuh banyak bantu kehidupan harian saya, dalam kelas dapat fokus, rasa tenang dan tidak pernah tertekan walaupun kerja sekolah banyak, perhubungan dengan kawan baik dan yang paling saya bersyukur ialah hubungan dengan guru sangat baik. Saya setuju jika permulaan hari itu dimulakan dengan solat sunat sebelum subuh, solat subuh yang khusyuk, baca Al-Qur’an dan amalkan ma’thurat. Terlalu banyak perkara yang baik-baik berlaku tanpa diduga dalam hidup kita.
2. Ikut tadah kitab kat masjid setiap kali lepas maghrib Dari kecil ikut ayah ke masjid-masjid sekitar daerah Pasir Mas untuk tadah kitab tauhid, fekah, usul, kadang-kadang belajar juga tafsir dan tajwid. Allahu rindu sungguh zaman-zaman ini. Kadang-kadang ikut Mak ayah pergi masjid bukan untuk tadah kitab tapi nak tengok jamaah dekat masjid. Itulah sahaja tempat paling seronok sebab dapat jumpa dengan kawan-kawan. Hebat kesannya bila selalu bertandang ke rumah Allah. Tempat yang penuh rahmat ini membina sahsiah, akhlak dan membantu saya belajar tentang adab terhadap orang tua. Banyak petua-petua orang lama yang saya dapat. Itulah ilmu yang banyak membentuk peribadi dan kelakuan saya. Melihat orang tua ibarat melihat diri sendiri pada masa akan datang. Tak berani nak menolak hakikat ini.
3. Makan mesti berjamaah Ayah selalu keluar sehingga sempadan terengganu untuk berdakwah, dua tiga hari musafir baru pulang semula ke rumah. Saat paling bahagia ialah bila dapat berkumpul dan makan berjamaah. Sangat tertib, dimulakan dengan doa barulah boleh menjamah makanan kemudian diakhiri juga dengan doa. Ayah banyak mengajar kami adik beradik berkongsi, makanan yang sedikit bila makan sama-sama pasti mencukupi, kadang-kadang ada lagi lebihan. Rezeki murah dan tidak pernah rasa kesempitan.
4. Hormat ayah sampai tak berani cakap kuat-kuat.
Dulu saya tertanya-tanya ayat Al-Qur’an yang mana ayah bacakan untuk kami adik-beradik sehingga tidak berani melawan, cakap kuat-kuat dan membantah setiap suruhannya. Nampak bengis tetapi dekat dan mesra. Senyum dan ketawanya sangat mahal tapi sekali ia terukir, padam segala ketakutan. Rupanya amalan bacaan Asma’ Al-Husna bantu ayah lembutkan hati anak-anak.
5. Ajak orang buat baik, in sha Allah hati kita akan terdidik.
Pesan ayah nak jadi baik mestilah rajin ajak orang buat baik. Mungkin dengan asbab ini, Allah hidupkan hati kita untuk melakukan kebaikan. Jangan tunggu baik dulu baru nak buat baik, kerana kebaikan tidak datang secara percuma. Gunakan segala peluang yang ada, melalui tulisan, perbuatan, kata-kata, penampilan dan gaya hidup. Macam-macam cara yang kita boleh lakukan. Hakikatnya nak menyeru kebaikan itu tidak susah kerana Allah sentiasa mendorong kita dengan pelbagai kemudahan dan pertolongan dariNYA. Satu perkara kita kena ingat, menyampaikan kebaikan tidak semestinya orang terus baik, jangan ada unsur paksaan jika berlaku penolakan kerana hati manusia kepunyaan Allah. Kita ikhlas menyampaikan, selebihnya bertawakkallah kepada Allah.
6. Dunia bukan untuk senang-senang dan berseronok kerana ia hanyalah jambatan yang penuh ujian sebelum sampai ke dunia akhirat. Perjalanan hidup ayah tidaklah mudah, bermalam disurau berteman angin dingin yang menyucuk hingga ke tulang sum-sum, gigitan nyamuk yang berbintat-bintat, suara unggas yang mengisi hening malam. Semua itu ayah lalui dengan tenang dan sabar kerana seluruh jiwa dan raganya diserahkan untuk agama Allah. Saya malu nak bersenang-senang, bermewah-mewah bila teringat jerih pengorbanan Almarhum ayahanda dalam hidupnya.
Walaupun saya tidak mampu untuk menjadi sekuat dan sekental ayah, saya selalu berdoa untuk menjadi anak yang mampu menyalurkan amal jariah kepadanya. Ya Allah.. Andai Engkau menerima semua bingkisan, kerja dan amalanku, aku sedekah untuk Almarhum ayahanda Mat Yusoff Bin Ismail, moga terang kuburnya, tenang kuburnya, nyaman kuburnya, menjadi satu taman dari taman-taman syurgaMU. Amiiin ya Mujeeb. Tenangkan juga ibu ayah sahabat2 ku, moga beroleh karamah, rahmat dan kasih sayangMU sehingga ke Syurga.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!