
Baru-baru ini, satu hantaran daripada pengguna media sosial, Ainul Aqilah, menarik perhatian ramai ibu bapa apabila beliau mencadangkan agar jadual waktu sekolah rendah diubah supaya lebih sesuai dengan gaya hidup ibu bapa masa kini yang kebanyakannya bekerja sepenuh masa. Setuju ke?
Cadangan Jadual Sekolah Baharu
Menurut Ainul Aqilah, jadual sekolah baharu yang dicadangkan boleh bermula seawal 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Susunan aktiviti yang diusulkan bukan sahaja tertumpu kepada pelajaran akademik tetapi turut merangkumi kelas KAFA serta pengisian rohani seperti bacaan al-Ma’thurat, solat Dhuha, Zohor dan Asar secara berjemaah.
Tujuan Cadangan Jadual Sekolah Baharu Ini
Ainul menjelaskan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) wajar menilai semula struktur waktu persekolahan agar lebih relevan dengan realiti masyarakat moden. Ramai ibu bapa kini sibuk bekerja dan sering kekurangan masa bersama anak-anak pada waktu siang, justeru jadual sekolah yang lebih panjang dikatakan boleh membantu meringankan tekanan mental mereka.
Reaksi Masyarakat Terhadap Cadangan Ini
Idea cadangan jadual sekolah baharu ini nyata mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Ada yang bersetuju kerana ia dilihat membantu ibu bapa bekerja, namun tidak kurang juga yang bimbang anak-anak akan menjadi terlalu letih jika waktu sekolah dipanjangkan.
Hujah Ainul Aqilah Tentang Cadangan Jadual Sekolah Baharu
“Kenapa Kementerian Pendidikan tak melaksanakan waktu persekolahan rendah dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang? Termasuk sekali kelas KAFA.
“Diwajibkan bacaan al-Ma’thurat, solat Dhuha setiap pagi, serta solat Zohor dan Asar secara berjemaah. Murid-murid senior pula diajar untuk memimpin aktiviti-aktiviti ini.
“Bayangkan betapa banyak tekanan mental ibu bapa dapat dikurangkan sebab tidak perlu lagi terkejar-kejar setiap hari untuk menghantar, mengambil anak balik sekolah dan kemudian menghantar pula ke KAFA.
“Ibu bapa pun dapat bekerja dengan tenang sehingga ke petang,” jelasnya.
Kritikan dan Pandangan Balas
Cadangan menukar jadual waktu persekolahan itu pastinya tidak disenangi oleh segelintir warganet. Ramai yang mempertikaikan rasional di sebalik permintaan tersebut dan menyatakan bahawa perubahan sebegitu mungkin tidak sesuai untuk semua murid.
Antara komen yang menarik perhatian ialah daripada seorang pengguna Threads yang menulis, “Kenapa tak hantar anak ke sekolah rendah agama swasta? Semua yang awak mahukan dah tersedia.”
Perdebatan Tentang Cadangan Jadual Sekolah Baharu
Cadangan menukar jadual waktu persekolahan itu pastinya tidak disenangi oleh warganet dan rata-rata meninggalkan respon tegas yang mempertikaikan rasional di sebalik permintaan tersebut.
“Kenapa tak hantar anak ke sekolah rendah agama swasta? Semua yang awak mahukan dah tersedia,” komen pengguna Threads.