Generasi 80-an dan 90-an mesti tahu kisah seram ‘Hantu Lilin’ ini. Ianya pernah viral gara-gara sebuah keluarga terakam satu entiti seram dalam gambar yang mereka ambil di satu lokasi yang terletak di Johor Bahru.
Kisahnya berlaku apabila mereka datang beriadah di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada waktu malam untuk menikmati angin laut dan pemandangan.
Sebagai kenangan, mereka sekeluarga pun bergambar di hadapan air pancut yang terletak di tepi menara jam.
Ads
Apa yang mengejutkan, apabila filem kamera itu dicuci (pada waktu itu kamera digital masih belum digunakan lagi) terdapat imej seseorang yang tidak dikenali sedang memegang lilin.
Ads
Keluarga tersebut telah menghubungi salah sebuah akhbar terkenal di Malaysia. Setelah meneliti negatif filem gambar tersebut barulah wartawan akhbar tersebut percaya dan menerbitkan cerita itu.
Ads
Kisah HANTU LILIN ini menjadi tajuk utama akhbar dan memberi impak yang besar terhadap masyarakat Malaysia. Seluruh Malaysia hangat memperkatakan mengenai kewujudan makhluk ghaib ini.
Ianya berlanjutan hampir setahun sehinggalah kisah ini dilupakan. Malah makhluk itu tidak pernah lagi muncul selepas itu walaupun ada khabar angin mengatakan dia pernah menjumpai Hantu Lilin di kawasan lain namun kesahihannya tidak dapat dipastikan.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang pernah nampak kakak-kakak sekolah pakai tudung jambu lembut dengan seluar merah jambu masa hari kokurikulum? Haa, itulah Puteri Islam, salah satu pakaian beruniform khas untuk murid perempuan di sekolah rendah.
Di Malaysia, kokurikulum Puteri Islam biasanya mula disertai oleh murid Tahun 4 hingga Tahun 6. Bukan sekadar pakai seragam cantik, Puteri Islam juga ajar banyak benda berguna untuk kehidupan seharian.
Puteri Islam ialah satu unit beruniform yang memberi fokus kepada:
Pembentukan sahsiah diri
Ilmu agama Islam
Kemahiran hidup
Akhlak dan disiplin
Dalam Puteri Islam, murid diajar untuk jadi anak yang beradab, berani, berilmu dan bertanggungjawab, bukan sahaja di sekolah, tapi juga di rumah dan masyarakat.
Sebenarnya banyak kelebihan kalau korang pilih Puteri Islam untuk unit beruniform di sekolah. Kalau korang nak tahu, ini dia kelebihan sertai Puteri Islam. Memang best!
1. Belajar Jadi Anak Berakhlak Baik Dalam Puteri Islam, korang diajar cara bercakap sopan, hormat orang tua, jaga aurat dan adab sebagai seorang Muslimah. Semua ini bantu korang jadi anak yang disayangi cikgu dan mak ayah.
2. Latih Keyakinan Diri Aktiviti berkumpulan seperti perbarisan, kawad, bacaan doa dan persembahan buat murid jadi lebih berani tampil ke depan. Tak lagi malu-malu!
3. Disiplin & Tanggungjawab Setiap ahli perlu jaga masa, ikut arahan dan bekerjasama dalam kumpulan. Lama-lama, korang akan jadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.
4. Tambah Markah Kokurikulum Penyertaan aktif dalam Puteri Islam juga bantu markah kokurikulum, yang penting untuk rekod sekolah nanti.
Puteri Islam bukan setakat duduk dengar ceramah sahaja. Banyak aktiviti praktikal yang seronok dan berguna!
Antaranya:
* Asas Fardu Ain Belajar cara solat yang betul, wuduk, doa harian dan asas ibadah.
* Kemahiran Diri – Cara lipat tudung dengan kemas – Etika berpakaian sopan – Penjagaan kebersihan diri
* Kemahiran Hidup – Asas memasak ringkas – Jahitan mudah – Pengurusan diri dan rumah
* Aktiviti Kebajikan & Sosial Puteri Islam juga dididik supaya suka membantu orang lain, seperti:
Ziarah
Program kebajikan
Aktiviti kemasyarakatan
Puteri Islam bukan hanya tentang baju putih dan tudung merah jambu. Ia tentang membentuk diri jadi Muslimah kecil yang berilmu, berakhlak dan berkeyakinan.
Kalau korang murid perempuan Tahun 4, 5 atau 6, Puteri Islam memang pilihan yang baik untuk belajar sambil berseronok.
Siapa tahu, dari Puteri Islam hari ini, lahir pemimpin hebat di masa depan!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak malam Amir terdengar suara dari sungai, hidup dia tak sama macam dulu. Setiap kali angin bertiup, dia rasa macam sungai tu memanggil dia. Dalam hati, dia sedar ini bukan sekadar cerita. Ini adalah kisah seram sungai yang makin menghantuinya.
Mak selalu tegur, “Amir, jangan berdiri lama sangat dekat tingkap tu. Nanti masuk angin.”
Amir angguk, tapi sebenarnya dia bukan takut angin. Dia takut tangan yang dia pernah nampak tu muncul lagi.
Satu petang, selepas balik sekolah, Amir terdengar suara budak-budak main kat tepi sungai.
“Lompat! Cepat!” “Air hari ni jernih! Best gila!”
Amir berlari ke belakang rumah. Dia tengok dua orang kawan sekolahnya, Azim dan Farid, tengah duduk di batu besar dekat tepi sungai.
Amir cepat-cepat jerit, “Jangan main dekat situ!”
Azim pandang Amir sambil gelak. “Ala Amir ni. Penakut sungai!”
Tiba-tiba Farid tunduk ke air. “Eh… korang nampak tak? Macam ada bayang putih.”
Amir kaku. Azim jenguk sama. “Bukan bayanglah. Tu pokok kelapa sebelah tu.”
Tapi Amir tahu… Benda tu bukan bayang pokok. Dia pernah nampak jari-jari panjang tu.
“Jom balik! Cepat!” Amir tarik tangan Farid.
Baru mereka nak bangun, air sungai tiba-tiba berkocak kuat. Plup! Plup! Pluuup! Macam ada sesuatu besar naik ke permukaan. Azim terus lari tanpa tunggu sesiapa.
Amir tarik Farid sambil berlari, tapi semasa dia toleh sekali lagi, dia nampak sesuatu. Sebelah tangan putih pucat terangkat perlahan dari air. Jari-jari panjang itu bergerak… seolah-olah sedang memanggil. Amir terus jerit dan lari sampai tak cukup tanah.
Malam itu, hujan renyai-renyai. Angin kuat. Amir cuba tidur, tapi matanya tak boleh pejam.
Tok… tok… tok. Ada bunyi sesuatu ketuk tingkap dapurnya.
Sekali. Lepas tu dua kali. Lepas tu perlahan bentuk ketukan jadi bunyi geseran, macam kuku panjang tarik atas kaca. Amir tarik selimut sampai muka tak nampak. “Mak… mak…”
Mak masuk bilik, “Kenapa ni, Amir?”
“Tingkap… ada bunyi…” Mak pergi ke dapur untuk periksa. Sunyi beberapa saat. Kemudian Mak menjerit kecil. “Ya Allah! Siapa yang letak lumpur banyak ni?”
Lantai dapur penuh kesan lumpur. Tingkap macam baru kena sentuh dengan tangan basah. Mak ingatkan itu angin bawa percikan hujan. Tapi Amir tahu itu bukan hujan.
Keesokan paginya, Pakcik jiran datang sekali lagi.
“Amir… kamu dan kawan-kawan ada main sungai semalam ke?” suara dia serius. Amir geleng.
Pakcik itu mengangkat sesuatu dari dalam plastik. Amir terus rasa badan menggigil. Ia adalah seketul gelang tangan kanak-kanak, warna biru. Gelang yang pernah hilang dari tangan budak yang jatuh sungai dulu.
“Pakcik jumpa ni terapung dekat tengah sungai pagi tadi,” kata pakcik itu. “Air sungai jarang naik macam semalam. Kalau air gelisah macam tu… itu tandanya ‘dia’ tak tenang.”
Amir pegang dada. Dia tahu. Tangan putih itu bukan sekadar menakutkan orang. Ia sedang cari seseorang. Atau… sedang ajak seseorang turun.
Malam itu Amir dengar suara halus dari arah dapur.
“Amir… Amir…” “Temankan aku…”
Tingkap bergetar perlahan. Air di sungai bergelora walaupun angin langsung tak bertiup. Seakan ada sesuatu besar yang naik dan turun, naik dan turun. Amir menutup telinga sambil menangis kecil. Dia tahu satu hal.
Ini bukan pengakhiran. Ini baru permulaan bagi kisah seram sungai yang menghantuinya.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Nampaknya kita sudah hampir ber’yak’ ‘yak’ ‘yeah’ kerana cuti sekolah penggal pertama hampir tiba.
Bagi yang kawan-kawan yang tinggal di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, korang akan mula bercuti pada 24 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024 selama 10 hari.
Manakala bagi yang bersekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, korang akan bermula 25 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024 iaitu 9 hari.
So, korang boleh la plan nak buat aktiviti apa dengan kawan-kawan sepanjang cuti sekolah ini.
Tapi kena ingat ya! Lakukan aktiviti yang berfaedah dan jangan sia-siakan waktu cuti ini.