Tular video pelajar Tahfiz melakonkan watak penjual dan pembeli seperti satu trend di media sosial. Video berdurasi 15 saat itu meraih lebih 3.2 juta tontonan dengan rata-rata terhibur melihat kecomelan juga gelagat pelajar tahfiz ini.
Perkongsian di TikTok @puteriscafe telah mencuri perhatian ramai, memaparkan momen pelajar-pelajar Tahfiz menjalankan urusan jual beli. Tutur kata mereka yang lembut dan sopan telah mengundang pelbagai komen positif, dengan ramai netizen memuji akhlak dan adab yang ditonjolkan.
Memetik laporan Harian Metro, Pemilik Gerai Puteri’s Cafe adalah seorang wanita dikenali sebagai Puteri, 28, yang memberitahu pelajar tahfiz dalam video adalah dari Madrasah Tahfiz Darul Zikri, Bandar Tasik Puteri. Mereka dikenali Fayyadh, 9, Faqeh, 12, Luqman, 13, dan Danish, 14.
Kata Puteri, mereka cuma ikut sama berlakon dalam video untuk suka-suka saja dan bukan kerana bekerja dengan saya atau ada maksud lain.
Bercerita lanjut, Puteri berkata, dia tenaga pengajar di madrasah itu dan pelajar berkenaan anak didiknya.
Ads
“Pelajar teruja dan tawar diri untuk buat ‘content’ (perkongsian) TikTok, jadi saya rakam kemudian muat naiknya.
“Tak sangka ramai teruja dan kata video itu lain daripada yang lain. Ada mesej cuba disampaikan dalam video berkenaan iaitu bersabar dalam apa jua keadaan,” Menurut Puteri, sejak video itu tular, gerainya mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.
“Alhamdulillah, ramai yang singgah ke gerai yang saya usahakan dengan suami (Abd Rahman Abas, 40) dan setakat ini, kami menjual shawarma selain minuman kopi serta matcha,” katanya.
Ads
“Kami berniaga di rumah selama dua tahun sebelum buka gerai pada September lalu. Perniagaan ini tiada kaitan dengan pelajar serta madrasah, cuma anak tahfiz selalu ke gerai untuk memeriahkan suasana,” katanya.
NETIZEN PUJI CARA BERCAKAP
Meninjau di ruangan komen rata-rata memberi pujian cara percakapan pelajar Tahfiz sehingga ada yang ingin datang ke gerai berkenaan berjumpa dengan pelajar-pelajar itu.
“Soft spoken bEtul adik tu.”
Ads
“Saya nak kemunculan adik ni lagi in the next video.”
“Ni lagi better sedap dengaq xjadi marah customer tu.”
“Yang soft selalunya yang menusuk.”
“Bila pelajat tahfiz bercakap. Allah lembut betul ye. Kemain sedap dgr dkt telinga.
“Ye akak sabar ni dek,sbb tu akak ulang video hang ni berpuluh2 kali.”
Pada bulan mulia ini sudah tentu ada yang berniat untuk bersedekah kepada golongan yang kurang bernasib baik dan anak yatim. Untuk bersedekah ada caranya. Nak tahu lanjut ikuti perkongsian ini.
Doa ketika bagi duit raya atau sedekah
1. Tiba 10 malam terakhir, ada sampai bergaduh, berebut untuk beri makan orang berbuka puasa..Kanak-kanak pula tersenyum lebar kerana ramai yang mula beri duit raya ..Mana yang ada dalam dompet dihulur. Mahalnya ikhlas itu, buat kita betul-betul berada pada tahap redha, tak kisah makan dan pakai yang biasa-biasa asal dapat memberi.
2. Setiap kali memberi jangan lupa membaca doa ini ..
Rabbana taqabbal minna innaka antas sami’ul alim.
Artinya,
” Wahai Tuhan kami, terimalah (amalan) kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
3. Memberi bukan untuk menerima balik apa yang kita beri, nak Allah balas dengan rezeki yang lebih hebat, nak tambah kaya…bukan.. Ia seolah kita memberi hanya untuk sukses didunia, sedangkan apa yang kita perlukan ialah tabungan untuk akhirat.
4. Terima sahaja apa yang Allah gantikan pada kita tanpa meletakkan syarat, kerana tidak ada yang miskin bila banyak bersedekah, malah Allah limpahkan padanya rezeki yang berkat.
5. Bila masuk tabung masjid, hulur duit raya, sedekah anak yatim, jamu asnaf buka puasa kemudian baca doa ini, ia menyedarkan kita bahawa tidak ada yang diharapkan selain Allah terima amalan ini.
Cukup sekali tragedi, selamatkan anak-anak! Bahaya trend gula-gula bentuk vape & picagari! Pastinya kita masih belum lupa kejadian pilu yang meragut nyawa seorang kanak-kanak akibat pengambilan gula-gula gummy yang berbahaya. Satu nyawa melayang, satu keluarga kehilangan insan tersayang cukup untuk membuka mata kita semua tentang bahaya makanan yang kelihatan ‘tidak bersalah’ ini.
Demi mengelakkan kejadian serupa daripada berulang, langkah tegas diambil dengan melarang sebarang makanan berbahaya, termasuk kemunculan gula-gula berbentuk peranti vape dan jarum suntikan membanjiri pasaran tempatan yang kemungkinan akan dijual atau dibawa ke sekolah.
Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) N.V Subbarow meluahkan kebimbangan apabila trend itu dilihat semakin membimbangkan kerana produk berkenaan menyerupai alat vape dan jarum suntikan sebenar, dengan rekaan warna-warni yang menarik perhatian kanak-kanak.
“Corak dan reka bentuk gula-gula ini boleh mendorong kanak-kanak meniru tabiat merokok apabila meningkat usia. Lebih membimbangkan, ada yang direka seperti jarum suntikan, menyerupai picagari yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.”
“Gula-gula ini bukan sekadar manisan biasa, tetapi boleh menjadi titik permulaan kepada ketagihan vape dan rokok. Ibu bapa mungkin tidak menyedari risiko ini dan membelinya untuk menenangkan anak-anak mereka,” ujarnya
Katanya lagi, pihaknya bimbang jika tanpa kawalan produk gula-gula itu yang memasuki pasaran tempatan sejak enam bulan lalu dan semakin popular dalam kalangan kanak-kanak meningkatkan risiko ketagihan terhadap vape serta rokok pada usia muda.
“Tanpa kawalan, lebih banyak produk serupa akan membanjiri pasaran. Jika dibiarkan, kanak-kanak yang membesar dengan gula-gula berbentuk vape ini mungkin akan beralih kepada produk sebenar seperti e-rokok dan rokok konvensional.”
Dia berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengharamkan penjualan produk ini demi kesihatan generasi akan datang.
KPM Larang Jualan Gula-Gula Berbentuk Vape
Kementerian Pendidikan (KPM), Fadhlina Sidek berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.
“KPM memberi jaminan bahawa makanan berbahaya tidak akan dijual dalam kawasan sekolah namun kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Kesihatan diperlukan bagi mengawal penjualan makanan itu di luar kawasan sekolah.”
Beliau menegaskan, KPM tidak mahu murid terdedah kepada makanan yang tidak sihat dan berbahaya sama ada di dalam atau luar sekolah.
Nak anak cerdas dan mudah fokus? Pastikan dalam diet harian mereka ada sayur! Sayur bukan saja baik untuk kesihatan, tapi juga penting untuk perkembangan otak.
Jom tengok sayur mana yang power untuk minda anak-anak
Brokoli – “Superfood” otak!
Kaya dengan vitamin K & antioksidan
Bantu tingkatkan memori & fokus
Kurangkan risiko kerosakan sel otak
Lobak Merah – Untuk mata & otak!
Tinggi beta-karoten untuk kesihatan mata
Bantu tingkatkan daya ingatan
Lindungi sel otak daripada penuaan
Jagung – Sumber tenaga otak
Ada vitamin B kompleks untuk perkembangan otak
Bantu tingkatkan fungsi saraf
Beri tenaga supaya anak lebih fokus
Bayam – Sayur hijau penuh zat
Ada zat besi untuk bekalan oksigen ke otak
Kurangkan risiko masalah daya ingatan
Tingkatkan daya tumpuan & pemikiran
Tomato – Kecil tapi berkhasiat!
Kaya dengan likopen, antioksidan kuat
Lindungi sel otak daripada kerosakan
Bantu kurangkan stres dan tingkatkan mood
Kenapa Sayur Bagus Untuk Elak Demam & Jaga Imun Anak?
Anak mudah demam? Mungkin sistem imun dia lemah. Salah satu cara semulajadi untuk kuatkan ketahanan badan anak adalah dengan pemakanan yang betul—terutama sekali sayur!
Sayur Kaya Vitamin C – Tingkatkan Imun Badan
Contoh: Brokoli, bayam, capsicum, tomato
Bantu tubuh lawan jangkitan
Kurangkan risiko selsema & batuk
Mempercepatkan pemulihan bila anak sakit
Antioksidan Lawan Virus & Bakteria
Contoh: Lobak merah, ubi keledek, tomato
Melindungi sel badan daripada kerosakan
Bantu badan melawan radikal bebas
Mengurangkan risiko demam berulang
Serat Tinggi Untuk Usus Sihat
Contoh: Bayam, sawi, kangkung, kubis
Usus sihat = imun badan lebih kuat
Bantu pencernaan & elak sembelit
Menyerap nutrien dengan lebih baik
Bekalkan Zat Besi & Tenaga
Contoh: Jagung, kacang buncis, kailan
Kurangkan risiko anemia (kurang darah)
Badan lebih bertenaga, tak mudah lemah
Bantu pemulihan cepat bila sakit
Nak anak kuat & kurang sakit? Pastikan sayur ada dalam setiap hidangan. Lagi berwarna-warni pinggan anak, lagi banyak khasiat dia!
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.Bahkan kata Nabila...