Korang… sini kejap. Ini topik penting untuk semua girls! Kadang haid di sekolah boleh datang tanpa bagi warning pun. Tengah belajar, tengah main, tiba tiba rasa “eh… macam lain je”. Jangan panik ya. Jom ikut langkah ni apa korang nak kena buat.
1. Jangan Panik, Benda Ni Normal
Haid memang boleh datang tiba tiba, lagi lagi kalau korang baru mula. Tarik nafas, tenang. Ramai lagi girls dekat dunia ni pernah kena situasi sama dan memang normal pun kalau haid di sekolah terjadi tanpa dijangka.
2. Terus Pergi Toilet
Kalau rasa basah atau tak selesa, angkat tangan dan minta izin cikgu ke tandas. Dekat tandas, periksa dulu sama ada betul betul period atau tidak. Ini langkah pertama yang paling penting bila korang rasa macam haid di sekolah tengah berlaku.
3. Guna Pad Emergency
Kalau korang bawak pad dalam beg, bagus! Kalau tak ada, boleh:
Ads
Pergi kaunter bilik guru
Tanya cikgu perempuan
Atau minta dari kawan perempuan yang rapat
Ramai cikgu memang dah sedia pad untuk bantu murid perempuan.
4. Cuci & Tukar Seluar Dalam Kalau Perlu
Kalau ada stain, lap kawasan tu dengan tisu basah atau tisu biasa. Kalau darah terlekat pada seluar sukan atau kain sekolah, cuba basuh sikit dengan air. Kalau tak hilang pun tak apa, asalkan korang selesa dulu. Yang penting, korang rasa lebih yakin nak sambung kelas.
Ads
5. Tutup Stain Dengan Cara Bijak
Kalau baju atau kain kena sedikit, korang boleh:
Ikat sweater atau jaket di pinggang
Pinjam tudung kawan dan ikat di belakang
Duduk hati hati supaya tak nampak sangat
Tak ada siapa pun akan perasan kalau korang cover elok elok.
6. Beritahu Cikgu Kalau Rasa Sakit Perut
Kalau tiba-tiba sakit perut senggugut datang, pergi kepada cikgu perempuan dan beritahu perlahan. Cikgu boleh benarkan korang rehat sebentar atau minum air suam. Sesetengah sekolah pun ada ruang rehat kecil untuk murid perempuan yang perlukan masa tenang.
Ads
7. Jangan Malu Nak Minta Tolong
Haid bukan benda pelik atau memalukan. Semua perempuan akan laluinya. Kalau korang perlukan pad, tisu, atau nak balik kelas lewat sikit, cakap je dengan cikgu. Lagi cepat minta bantuan, lagi senang nak uruskan situasi haid di sekolah tanpa stress.
8. Lepas Semua OK, Kembali Belajar Macam Biasa
Dah selesai bersihkan diri, pakai pad, dan rasa selesa, teruskan hari korang seperti biasa. Haid bukan halangan untuk korang belajar, bergelak tawa dan jadi diri sendiri.
Tandakan kitaran haid dalam kalendar atau aplikasi phone
Pakai seluar dalam gelap supaya tak nampak sangat stain bila emergency
Extra Info Supaya Korang Lagi Bersedia
Sebenarnya, ramai girls yang baru baligh memang tak dapat teka bila haid nak datang. Jadi bila korang lebih faham badan sendiri, lebih senang nak elakkan panic kalau haid di sekolah berlaku lagi. Cuba perhatikan tanda tanda awal seperti mood berubah, perut rasa tak selesa, atau badan rasa lebih berat daripada biasa.
Korang juga boleh sembang dengan kakak, ibu, atau cikgu perempuan tentang pengalaman diorang. Kadang nasihat simple pun boleh buat korang rasa lebih yakin. Yang penting, ingat yang benda ni normal dan semua perempuan pernah lalu situasi sama.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Puas makan pelbagai ubat untuk bantu redakan batuk anak namun tak berhasil. Selain mendapatkan ubat-ubatan moden, ibu bapa juga boleh mencuba selawat Syifa sebagai alternatif dalam mencari kesembuhan untuk anak- anak.
Ini yang dikongsikan oleh motivator dan penulis, Afiq Syazwan, yang berkongsi video berkenaan di Tik Tok.
Menurut beliau, anaknya sembuh daripada batuk berpanjangan selepas dia mengamalkan bacaan selawat berkenaan.
Allahumma sholli ‘ala Sayyidina Muhammadin thibbil qulubi wa dawa- iha wa ‘afiyatil abdani wa syifa-iha wa nuril abshori wa dhiya-iha wa’ala alihi wa shohbihi wa sallim.
Maksudnya: “Ya Allah curahkanlah rahmat kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW, sebagai ubat hati dan penyembuhnya, penyihat badan dan kesembuhannya dan sebagai penyinar penglihatan mata beserta cahayanya.
Semoga selawat dan salam tercurahkan pula kepada keluarga serta para sahabat-sahabatnya.”
Menurut perkongsiannya, amalan itu dilakukan olehnya secara berterusan dan paling bersyukur anaknya kembali tidur lena.
“Saya nak kongsi satu amalan selawat yang saya baca ketika anak saya batuk terlalu kuat. Selepas diberi ubat, batuk tak hilang. Dia tidur tapi dia batuk. Batuk kuat dan kerap macam sesak nafas.
“Saya buntu, teringat selawat Syifa. Saya ambil tapak tangan, letak kat dada anak, ketika dia batuk, saya baca. Habis sekali selawat, saya tiup dekat dada dia. Sambil saya gosok dada dia.
“Saya kira banyak kali saya ulang, lebih 50 kali. Waktu tu pukul dua pagi, saya tak boleh tidur sebab anak batuk. Baca, tiup, gosok, ulang. Akhirnya dia dapat tidur selepas setengah jam, Alhamdulillah selepas itu dah tak ada batuk,” ceritanya.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Patung Labubu kini semakin diminati ramai terutama di kalangan kanak-kanak perempuan dan dewasa. Walaupun kelihatan cukup comel namun anak patung kesukaan ramai ini dikatakan bermula dari inspirasi sesuatu agama.
Menerusi perkongsian di aplikasi Thread, seorang wanita mendedahkan bahawa patung Labubu ini difahamkan merupakan inspirasi dari Tuhan sesuatu agama.
Tambahnya juga, versi pertama Labubu dikeluarkan berwarna merah dan terdapat tulisan 666 pada bahagian badannya. Pencipta patung ini menjelaskan bahawa dia terinspirasi ketika berpindah ke Belanda dan berkait dengan agama di sana.
“Ramai cuba mencari simbolik agama menyerupai Labubu dan apabila ditemui, mereka berpendapat bahawa Labubu adalah inspirasi dari sebuah agama yang dikatakan mirip dengan simbol iblis yang bernama ‘Kala’,” jelasnya.
Menurut Pensyarah Fiqah Kontemporari di Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Datuk Dr Izhar Ariff Mohd Kashim berpendapat bahawa tidak wajar ibu bapa beragama Islam membenarkan anak mereka bermain dan menyimpan patung Labubu ini.
Hal ini kerana patung tersebut ada elemen kegamaan mana-mana kaum kerana ia inspirasi pada tuhan sesuatu agama.
“Patung tidak boleh mempunyai sebarang inspirasi atau yang disembah oleh mana-mana pihak. Nasihat saya, diharapkan ibu ayah prihatin dengan mainan anak-anak.
“Saya berharap agar ibu bapa mengambil tahu latar belakang mainan anak supaya tiada sebarang unsur keagamaan,” katanya.
Menerusi laman rasmi milik Mufti Wilayah Persekutuan, mereka mengesyorkan agar elak daripada sebarang perkara yang boleh menimbulkan kepada perasaan-perasaan pemujaan dan sebagainya.
Jika boleh diganti dengan hal-hal yang boleh mengelakkan daripada sebarang bentuk syubhah kerana apabila kita meninggalkan perkara-perkara yang khilaf seperti ini, ia termasuk dalam apa yang disebutkan bahawa:
الْخُرُوجُ مِنَ الْخِلاَفِ مُسْتَحَبٌّ
Maksudnya: “Keluar dari perkara khilaf adalah digalakkan.”
Semoga perkongsian ini memberi manfaat!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Adik-adik suka berenang tak? Suka? Ha, kita ada satu akademi renang tau!
Boleh sertai kelas renang Super Saver di Sailfish Swim Academy sekarang!
Mesti ibu dan ayah kata “Mahal lah, tak payah lah masuk” Tak apa, jangan risau! Kini, Sailfish Swim Academy telah berusaha untuk memastikan lebih ramai kanak-kanak, terutama dari keluarga B40 atau berpendapatan rendah, dapat belajar renang dan kemahiran keselamatan air.
Dengan hanya RM120 sebulan, adik-adik yang berumur lima sehingga 16 tahun mempunyai peluang untuk belajar kemahiran renang asas di lokasi-lokasi hebat seperti Tropicana, Berjaya, dan Bukit Kemuning.
Best sangat! Setiap minggu ada jurulatih yang berpengalaman yang akan ajar adik-adik.
Adik-adik boleh tingkatkan keyakinan, kecergasan dan belajar cara kekal selamat di dalam air.
Mana tahu, adik-adik berbakat dalam renang, boleh merealisasikan impian atau cita-cita adik sebagai juara renang masa depan, Sailfish Swim Academy adalah tempat terbaik untuk memulakan perjalanan renang adik-adik.
Jangan lepaskan peluang ini untuk belajar dan berkembang melalui aktiviti renang yang menyeronokkan. Daftar sekarang dan mulakan pengembaraan baru dalam sukan renang!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Ketahui bahaya bermain banjir yang sering tidak disedari kanak-kanak — dari arus kuat, kuman, haiwan berbisa hingga risiko renjatan elektrik. Fahami kenapa banjir sangat berbahaya dan apa yang perlu dilakukan untuk kekal selamat.