Kalau nak didik anak- biarlah dari awal. Sejak mereka masih kecil, ajarkan benda-benda yang baik supaya dapat membentuk peribadi dan akhlak mereka. Peranan ibu ayah juga sangat penting untuk terapkan rasa kasih dan sayang antara adik beradik.
Antara anak selebriti yang sering mendapat perhatian adalah Isaac Raees yang dilihat sangat baik serta cerdik. Walaupun anak sulungnya lelaki namun Zahirah MacWilson banyak mengajar tentang ‘survival skill’ pada Isaac.
Ads
Sejak kecil, Isaac telah dilatih untuk membantunya di dapur dan sebagainya. Jika dilihat, Isaac tidak kekok dan sangat seronok dapat membantu mommynya.
Terbaharu, Zahirah berkongsi sebuah video yang menunjukkan Isaac sedang menjemur pakaian adiknya. Pada usianya 3 tahun, Isaac sangat teruja dan kelihatan seperti sudah biasa melakukan kerja rumah itu.
Ads
Bukan itu saja bahkan Isaac juga membantu bersihkan tab mandi Inara serta membasuh pakaian. Selain itu juga, ada momen-momen Isaac memasang katil adiknya.
Melihatkan sikapnya yang baik dan sangat ringan tulang, kita percaya didikan Zahirah dan Aiman telah membentuk peribadi anak mereka. Selain kecerdikannya itu, ramai yang turut memuji Isaac yang mempunyai tutur bicara yang sangat lembut serta petah berkata-kata.
Mungkin juga itulah yang ditunjukkan oleh Aiman Hakim, jadi Isaac banyak belajar dari daddynya. Sama-sama kita doakan semoga Isaac terus membesar dengan sihat serta menjadi anak dan abang yang boleh baik buat keluarganya!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah tak korang pergi sekolah, tiba-tiba nampak mi segera dijual dekat kantin? Ha, benda ni sebenarnya buat ramai ibu bapa rasa risau tau.
Ada seorang ibu berkongsi cerita di media sosial. Katanya, dekat rumah dia benarkan anak makan mi segera sekali-sekala je. Tapi bila mi segera ada di kantin sekolah, jadi susah sikit untuk ibu ayah kawal apa yang anak-anak makan setiap hari.
Bayangkan, walaupun anak bawa bekal dari rumah, duit belanja tetap ada. Duit tu pula boleh digunakan untuk beli mi segera, kuih atau makanan lain yang kurang sihat. Ibu tu pun luah perasaan,
“Kalau tak bagi duit, susah pula nak beli barang penting. Tapi kalau bagi, takut anak beli mi segera lagi.,” ujarnya.
Yang buat ramai terkejut, hari pertama anaknya masuk Darjah 1, bila balik rumah dan ditanya makan apa di sekolah, jawapannya, “Makan mi segera letak telur.” Sama macam pengalaman kakaknya dulu.
“Setiap hari makan mi segera dekat sekolah sampai ibu terpaksa larang makan mi segera di rumah sebab dah selalu sangat makan dekat kantin.”
Ramai ibu ayah lain pun kongsi cerita sama. Mereka risau sebab mi segera biasanya tinggi garam dan tak banyak zat yang baik untuk badan. Kalau selalu makan, badan kita boleh cepat letih dan susah nak fokus dalam kelas.
Tapi ada juga yang faham keadaan pengusaha kantin. Mi segera senang disediakan dan memang ramai murid suka. Jadi permintaan tinggi buatkan ia tetap dijual.
Kesimpulannya, makan mi segera sekali-sekala mungkin tak salah. Tapi kalau hari-hari, itu yang jadi masalah. Paling penting, kita kena belajar pilih makanan yang buat badan sihat dan otak cerdas.
Kalau jumpa mi segera dekat kantin, apa kata fikir dulu sebelum beli. Badan sihat, belajar pun jadi lebih seronok!
Sumber: Threads SN.Fatihah895
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang murid lelaki tahun lima yang mengalami kecederaan akibat dipukul guru lelaki dalam satu kejadian di sebuah sekolah rendah di sini, bulan lalu.
Ia susulan seorang ibu yang tampil mendakwa anak lelakinya yang berusia 11 tahun cedera akibat ditampar dan ditumbuk oleh seorang guru lelaki sehingga mengalami gegaran koklea.
Syahmina Mohd Azim menyatakan, tindakan seorang cikgu memukul Amirul Akil sehingga mengakibatkan kecederaan dalaman telinga, telah memadamkan harapan anaknya untuk terpilih menjadi wakil ke SUKMA dan Sukan SEA dalam acara akuatik renang.
Kekecewaan itu turut dirasai jurulatih renang yang meletakkan harapan tinggi pada Amirul Akil untuk mengharumkan nama Malaysia.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat ibu tersebut, anaknya yang hampir terjatuh tidak sengaja tersentuh belakang badan cikgu berkenaan yang sedang mengambil barang.
Akibat salah faham, Amirul Akil telah ditampar sebanyak dua kali sehingga mengalami kesakitan dan lebam di bahagian telinga, selain ditumbuk di bahagian belakang kepala.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, laporan kejadian itu telah diterima daripada seorang ibu mangsa yang berusia 40 tahun pada 10 Disember 2024.
“Pengadu mendakwa anaknya telah mendapat kecederaan akibat dipukul oleh guru lelaki berusia 30 tahun namun dia menarik semula laporan pada 11 Disember 2024 kerana enggan memanjangkan kes tersebut.
“Baru-baru ini pengadu sekali tampil membuat satu laporan memohon polis meneruskan siasatan dan mahu tindakan lanjut diambil ke atas guru tersebut,” katanya.
Menurut beliau, siasat telah dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan selanjutnya.
Dalam dunia seni hiburan tempatan, muncul satu nama yang semakin mencuri perhatian ramai, Ahmad Dayyan, atau lebih mesra disapa Amad. Walaupun masih muda, Amad sudah membuktikan bahawa bakat luar biasa bukan sesuatu yang boleh dipelajari semata-mata, tetapi satu anugerah daripada Allah. Program Talk To My Manager menjadi titik tolak penting dalam perjalanan kariernya, membuka laluan besar buat Amad ke dunia hiburan tanah air.
Minat Amad terhadap bidang nyanyian mula terserlah sejak kecil. Dibesarkan dalam keluarga yang berakar dalam dunia muzik, dia didedahkan kepada dunia seni sejak usia yang muda. Beliau kini bersekolah di Sekolah Seri Anggerik, Cheras, Kuala Lumpur, dan sering mendapat sokongan padu daripada keluarga yang memahami dunia hiburan.
Nama “Ahmad Dayyan” sendiri mempunyai kisah istimewa apabila ia dicadangkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza kepada adiknya, Siti Saerah, sewaktu Amad dilahirkan.
Nama itu bukan sekadar panggilan, tetapi juga simbol kasih sayang dan hubungan rapat antara dua generasi seni dalam keluarga itu.
Dengan latar belakang keluarga seni yang kuat, tidak hairanlah Amad cepat menyesuaikan diri dalam dunia hiburan sejak terlibat dengan Talk To My Manager.
Apa yang membezakan Amad daripada penyanyi muda lain ialah kemampuannya mengolah lagu dengan gaya tersendiri. Suaranya yang lembut tetapi berjiwa besar memberi sentuhan segar kepada lagu-lagu yang dibawa. Setiap persembahan Amad menonjolkan keaslian dan kejujuran emosi satu sifat yang turut dimiliki oleh ibu saudaranya, Tok Ti.
Ramai yang menyamakan keunikan Amad dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, bukan sahaja kerana pertalian darah, tetapi juga kerana bakat semula jadinya yang sukar ditandingi.
Seperti Tok Ti, Amad tidak hanya menyanyi, tetapi juga mampu mengolah lagu dengan kreativiti tinggi yang membuatkan namanya menonjol selepas penyertaannya dalam Talk To My Manager.
Bakat Amad semakin menyerlah apabila beliau menyertai program Talk To My Manager, di mana dia berjaya meraih tempat keenam. Meskipun bukan juara utama, pencapaiannya dalam program itu membuktikan bahawa Amad memiliki potensi besar untuk melangkah jauh dalam industri hiburan tempatan. Persembahannya yang berjiwa dan penghayatan lagunya telah menarik perhatian juri serta penonton, sekaligus mengukuhkan namanya sebagai antara bakat muda yang wajar diberi perhatian.
Program ini bukan sahaja membuka peluang kepada Amad untuk memperlihatkan bakatnya kepada umum, tetapi juga membina keyakinan dan profesionalisme dalam setiap persembahan yang dilakukannya. Ramai penggiat industri kini melihat Amad sebagai salah satu prospek baharu yang boleh membawa nafas segar ke dunia hiburan tempatan.
Dengan bakat yang dimiliki, disiplin serta sokongan keluarga yang kuat, masa depan Amad dalam industri seni dilihat amat cerah. Ramai peminat menganggap beliau sebagai “pelapis Tok Ti”, membawa kesinambungan legasi keluarga dalam dunia hiburan.
Amad bukan sekadar penyanyi cilik yang comel di atas pentas tapi dia adalah simbol generasi baharu muzik Malaysia, yang bukan sahaja mewarisi bakat tetapi juga semangat seni yang tulus dan mendalam. Selepas kejayaannya dalam Talk To My Manager, nama Ahmad Dayyan semakin kukuh sebagai ikon muda yang bakal mencipta sejarah dalam dunia hiburan Malaysia.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!