MENINGKATKAN SEMANGAT DAN MENYEBARKAN POSITIVITI DI
PUSAT VAKSINASI KANAK-KANAK
Ads
Sempena pembukaan semula sekolah pada akhir Mac, Susu Goodday, salah satu jenama susu kegemaran Malaysia sejak 1968, telah melancarkan kempen Goodday’s Happee PPVs. Bertujuan untuk menceriakan pengalaman vaksinasi kanak-kanak dengan menyediakan aktiviti yang menyeronokkan untuk mereka, Goodday’s Happee PPVs ialah kempen yang diteruskan daripada kempen Goodday’s Happee PPEs yang telah diadakan pada November-Disember 2021.
Ads
Goodday’s Happee PPVs akan menceriakan stesen vaksin untuk menjadikannya mesra kanak-kanak khas buat si kecil yang akan divaksinasi. Stesen vaksin warna-warni yang dihiasi karya-karya menarik yang direka oleh rakan sebaya mereka dijadikan tumpuan utama. Selain itu, si kecil akan diberikan accomplishment board apabila gambar mereka diambil di photo booth.
Kempen Goodday’s Happee PPVs juga telah mengubah rupa PPV di WTC KL, Axiata Bukit Jalil, MMU dan Emporis Kota Damansara untuk suasana yang lebih mesra kanak-kanak. Tambahan pula, Susu Goodday yang enak dan berkhasiat juga akan diedarkan kepada kanak-kanak sebaik sahaja mereka selesai menerima vaksinasi di pusat-pusat vaksinasi tersebut.
https://www.youtube.com/watch?v=GmMAwEQmvQI
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang pernah tak mengalami alahan pada kucing? Ada yang tiba-tiba bersin, mata jadi merah atau kulit rasa gatal bila peluk si comel bulus tu? Ha inilah yang terjadi kepada Isaac Raees, anak kepada pelakon popular Zahirah Macwilson.
Isaac sebenarnya sangat sayang dengan seekor anak kucing bernama Rocky. Setiap hari, dia akan cari Rocky untuk bermain, bergurau dan berpeluk. Tapi dalam masa yang sama, alahan Isaac semakin teruk sehingga mengganggu kesihatannya.
Kata ibunya mereka sudah mencuba untuk pisahkan Rocky ke bilik lain, namun Isaac tetap meminta untuk bermain dengan kucing kecil itu setiap hari kerana terlalu rapat dengannya.
“Menguruskan alahan Isaac terhadap anak kucing memang menjadi satu cabaran kerana dia terlalu sayang akan haiwan itu. Kami dah cuba pisahkan Rocky ke bilik lain, tapi Isaac tetap nak main dengannya,” jelas Zahirah.
Katanya lagi, Isaac kerap menangis, perlu makan ubat berulang kali dan selalu ditegur untuk cuci tangan atau jaga jarak daripada Rocky. Situasi itu buatkan hati seorang ibu makin berat.
Akhirnya, demi kesihatan Isaac yang kini semakin sensitif terhadap kucing, mereka terpaksa membuat keputusan besar.
“Dengan hati yang sangat berat, kami ambil keputusan untuk cari rumah baharu buat si kecil Rocky. Kami percaya ini adalah keputusan terbaik buat masa sekarang,” kata Zahirah.
Zahirah turut berharap bahawa apabila Isaac sudah lebih besar dan alahannya semakin terkawal, mereka mungkin akan mempertimbangkan untuk mengambil haiwan peliharaan semula.
Sumber: Instagram
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Kebimbangan terhadap pengaruh permainan dalam talian yang semakin berleluasa mendorong kerajaan mengambil langkah baharu bagi melindungi kesejahteraan mental dan keselamatan digital kanak-kanak di Malaysia. Langkah baharu ini memberi tumpuan kepada isu kawal selia dan pelesenan permainan popular seperti Roblox yang kini dikategorikan sebagai berisiko tinggi kepada golongan bawah umur.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, mendedahkan bahawa Kementerian Komunikasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini sedang meneliti mekanisme kawal selia baharu untuk melesenkan beberapa permainan dalam talian termasuk Roblox, Grand Theft Auto (GTA), Call of Duty, PUBG, Free Fire, Fortnite, Dead by Daylight, Among Us, Horrorfield dan The Outlast Trials.
Menurut Fahmi, usaha ini timbul selepas beberapa insiden membimbangkan yang melibatkan kanak-kanak dan permainan dalam talian. Katanya, kementerian kini menilai bentuk peraturan paling sesuai bagi mengawal kandungan serta akses kepada permainan yang mengandungi unsur ganas, jenayah dan perjudian.
“Kami sedang menilai bentuk peraturan terbaik dan paling berkesan. Buat masa ini belum ada keputusan muktamad, namun kerajaan tidak akan berdiam diri dalam isu ini. Saya juga menyeru ibu bapa agar lebih peka dan memantau penggunaan internet anak-anak,” katanya.
Perbincangan mengenai pelesenan Roblox semakin hangat selepas insiden tragis di Kampung Parit Nipah Laut, Batu Pahat, Johor, di mana seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah selepas ditikam abangnya yang berusia sembilan tahun akibat pertengkaran berkaitan permainan Roblox.
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, suspek bertindak di luar kawalan selepas kehilangan hampir sejuta mata permainan apabila telefon bimbitnya rosak. Kes ini sekali lagi mencetuskan persoalan sejauh mana permainan digital mampu mempengaruhi emosi dan tingkah laku kanak-kanak.
Datuk Fahmi turut mendedahkan bahawa kementeriannya telah bertemu dengan wakil Roblox untuk membincangkan isu keselamatan pengguna bawah umur. Malah, beliau mengakui sendiri melarang anak-anaknya bermain permainan tersebut dan telah memadam aplikasi itu daripada semua peranti di rumah.
Langkah kerajaan melesenkan permainan seperti Roblox dilihat sebagai usaha proaktif bagi membendung kesan negatif permainan dalam talian terhadap kanak-kanak. Dalam masa yang sama, inisiatif ini juga menjadi peringatan kepada ibu bapa agar sentiasa memantau aktiviti digital anak-anak demi keselamatan mereka.
Sumber: Berita Harian
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Bila anak sakit dan tidak sihat, kitalah paling susah hati. Apa kata kita bantu anak untuk tingkatkan imun tubuhnya. Nak buat macam mana?
Menurut perkongsian dari Dr Mazliana Mazlan, aktiviti grounding dan sunning ini antara yang paling membantu untuk meningkatkan imun anak. Tak perlu lama pun, cukup hanya 20 minit setiap hari. Jom cuba!
Grounding dan sunning untuk kuatkan imun anak. Buat setiap hari, paling kurang 20 minit sehari.
Cuba buat 2 minggu je, dah boleh nampak kesan positif pada imuniti anak. Tak susah, depan rumah pun boleh. Berkaki ayam atas rumput waktu siang.
Grounding. Main atas tanah, rumput, pasir. Bawa ke taman pun mudah. Main depan rumah pun boleh.
Pergi pantai lagi best, tapi susah jugak kalau hari-hari, seminggu sekali okay lah kan. Biar anak berkaki ayam.
Sunning. Main bawah cahaya matahari. Untuk anak-anak, mulakan dengan waktu awal pagi sebelum jam 10, dan lewat petang selepas jam 5.
Waktu terbaik waktu matahari terik tengahari, tapi mungkin tak sesuai untuk anak kecil.
Kebaikan grounding dan sunning;
1. Immune booster
– Anak yang banyak terdedah dengan grounding dan sunning, akan kuat imuniti diorang. Susah nak jatuh sakit, dan
akan cepat sembuh bila tak sihat. Ramai macam ni, Allah izinkan, alhamdulillah.
2. Mood booster
– Kalau perasan mood anak dah lain je, terus bawak grounding depan rumah. Perubahan akan sangat ketara, dari nangis mengamuk, terus boleh happy dan ceria.
3. Sleep booster
– Try konsisten buat setiap hari 20 minit, kitaran tidur anak pasti lebih baik. Boleh tidur awal, dan kualiti tidur pun makin baik.
Boleh cuba k!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!