Anak adalah amanah daripada allah. Ibu bapa adalah orang paling penting untuk pembentukan akhlak, sahsiah dan kendiri anak-anak supaya membesar sebagai individu yang cemerlang dunia dan akhirat. Dalam usaha mendidik anak ibu bapa sepatutnya mempunyai amalan asuhan yang terbaik untuk mengenali potensi anak-anak dan seterusnya mengembangkannya pada masa hadapan.
Asuhan dan didikan berdasarkan potensi anak-anak inilah yang boleh menjadikan anak-anak genius dalam bidang tertentu. Namun adakah ibu bapa tahu bagaimana melatih anak itu berfikir seterunya menjadikan anak seorang itu genius. Ini nasihat daripada DR ROZIETA SHAARY, Pakar keluarga dan kasih sayang atau dikenali sebagai ibu rose untuk membantu ibu bapa mengetahui amalan-amalan untuk mendidik anak menjadi seorang genius.
1.Didik anak nilai simpati
Ads
Apabila ibu bapa mendidik anak untuk menjadi seorang yang mempunyai sikap simpati dalam diri, ini bermakna telah merangsang daya pemikiran EQ atau kecerdasan emosional dalam diri anaknya. Ia adalah asas untuk kekuatan intelektual. Apabila anak dibentuk menggunakan pendekatan ini, ia akan menyebabkan anak itu berfikir untuk melakukan sesuatu atas sebab yang lebih besar untuk memberikan kebaikkan kepada orang lain , bukannya utk dirinya.
Ia juga mendidik anak ini menjadi seorang yang tidak pentingkan diri tetapi menjadikan dirinya untuk kepentingan orang lain. Malah Islam dalam pengajarannya menggalakkan setiap manusia untuk memikirkan orang lain. Apabila mempunyai emosi positif seperti ini, ia akan mengeluarkan endorfin yang membuatkan perasaan akan menjadi lebih tenang dan positif yang sekali gus memberi kekuatan dalaman untuk berfikir dengan lebih luas.
Ads
2.Biarkan anak berdikari
Kepentingan anak-anak berdikari memang di ketahui ramai ibu bapa. Berdikari adalah pendekatan perlakuan untuk membantu anak itu mampu melakukannya atau tidak. Ia melatih anak itu mempunyai perasaan bertanggungjawab dan bukannya kepada sikap pergantungan kepada ibu bapa. Bagaimanapun, perlu diteliti kepada usia anak itu terutama anak yang masih kecil. Oleh itu, ibu bapa perlu melihat kepada kemampuan anak itu untuk mencuba melakukannya. Jika anak itu ingin mencuba biarkan anak melakukannya asalkan mengikut kemampuannya. Apa yang berlaku apabila seorang anak itu , berasa dirinya mampu melakukan, ia akan menimbulkan rasa yakin diri dan rasa dirinya dihargai. Anak yang dilatih berdikari akan menjadi orang yang kuat jiwanya dan dapat menyesuaikan diri dengan sebarang keadaan suasana dan tempat. Inilah cara membantu anak berakhlak mulia dan mempunyai emosi postif sekali gus merangsang kecerdasan mindanya.
Ads
Bagi pendapat
Sebagai ibu bapa, kita perlu menghargai anak apabila mereka memberi pendapat. Apabila anak memberi pendapat, tidak bermakna dia melawan. Misalnya, ibu memberi arahan, “Pergi basuh kasut.” Anak berjawab, “ Mak boleh tak basuh kemudian.” Namun sikap segelintir ibu bapa beranggapan percakapan sebegitu sebagai ‘melawan’. Oleh itu, anda perlu faham apa yang dikatakan melawan atau apa yang dikatakan memberi pendapat. Ia adalah dua perkara yang berbeza. Apa yang kita nak didik anak ialah perlu diberi peluang untuk memberikan pendapat secara berhemah dan bagaimana hendak memberi pendapat secara sopan. Biasanya anak-anak akan marah apabila tidak diberi peluang untuk bercakap. Seharusnya ibu bapa menjelaskan dengan berkata, “Nanti adik, mama sedang dengar, tak perlu tinggikan suara. Mama hargai pendapat adik”. Jadi anak akan bercakap sopan apabila memberi pendapat, bukannya secara tengking atau melawan ibu bapa. Kebiasannya anak-anak berusia enam tahun sudah mulai menunjukkan sikap sebegini kerana mereka mulai mempunyai sifat ingin tahu yang tingggi dan berkebolehan berdikari.
Beri penjelasan
Merangsang pemikiran anak melalui penjelasan yang berkaitan dengan diri anak. Penjelasan ini akan mengajar anak untuk berfikir sebab dan kesannya. Misalnya , jika anak sudah berpakaian cantik dan kemas, tetapi meminta kebenaran untuk bermain diluar rumah. Ibu bapa perlu menjelaskan bahawa dengan cara bermain diluar akan memberi kesan kotoran pada baju dan akan memberi tekanan kepada anak dan anda sendiri. Apa yang perlu ibu bapa didik kepada anak adalah memberi peluang kepada anak untuk faham situasi ini. Didik anak dengan komunikasi yang jelas supaya anak dapat berfikir, bukannya hanya mengikut kehendak anak semata-mata. Cara ini membantu anak untuk belajar membuat pertimbangan dan berdikari. Malah secara tidak langsung anak boleh berfikir dan mengetahui apa kesannya jika melakukan sebarang tindakan.
Harap anak sempurna
Setiap ibu bapa yang inginkan anak sempurna dan genius. Namun kita sepatutnya membuat anggapan sebegitu untuk anak. Ini kerana peranan kita sebagai ibu bapa belum tentu menjamin sempurna. Setiap anak mempunyai kekurangan dan kelebihan. Mungkin ada anak yang tidak cemerlang dalam akademik tetapi berjaya dalam bidang yang lain. Kebolehan dan potensi anak adalah berbeza. Jangan membandingkan setiap anak. Setiap anak yang dilahirkan mempunyai ptotensi diri yang harus ibu bapa gilap. Apa yang paling utama, bimbingan ibu bapa terhadap potensi anak-anak agar dikembangkan secara optimum.
Buku adalah jendela ilmu, dan menggalakkan anak-anak untuk suka membaca adalah pelaburan besar dalam perkembangan mereka. Berikut adalah 10 tip untuk membantu anda memupuk minat membaca dalam diri anak:
Contohkan Tabiat Membaca
Anak-anak cenderung meniru apa yang mereka lihat. Pastikan mereka melihat anda membaca buku, surat khabar, atau majalah secara konsisten.
Cipta Ruang Membaca yang Menarik
Wujudkan sudut membaca yang selesa di rumah. Tambahkan rak buku dengan pelbagai pilihan buku dan letakkan bantal atau lampu kecil yang menarik untuk mereka.
Berikan Pilihan Buku yang Sesuai
Pastikan buku yang diberikan sesuai dengan umur dan minat anak. Jika mereka suka haiwan, sediakan buku bergambar tentang haiwan. Jika mereka suka superhero, carikan buku cerita bertemakan itu.
Jadikan Buku Sebagai Hadiah
Raikan pencapaian anak dengan menghadiahkan buku. Ini membuatkan mereka melihat buku sebagai sesuatu yang bernilai dan istimewa.
Baca Bersama-sama
Luangkan masa membaca bersama anak setiap hari. Jadikan ia rutin sebelum tidur untuk mengeratkan hubungan sambil menanamkan kecintaan terhadap buku.
Libatkan Aktiviti Interaktif
Gunakan buku cerita interaktif atau buku aktiviti yang melibatkan mereka, seperti mewarna atau mencari objek dalam gambar. Ini meningkatkan minat mereka terhadap kandungan buku.
Lawati Perpustakaan atau Kedai Buku
Bawa anak ke perpustakaan atau kedai buku secara berkala. Biarkan mereka memilih buku sendiri untuk meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap pembacaan mereka.
Kurangkan Gangguan Teknologi
Hadkan penggunaan gajet dan gantikan waktu skrin dengan waktu membaca. Pastikan suasana rumah kondusif untuk aktiviti membaca.
Puji dan Beri Ganjaran
Apabila anak selesai membaca sebuah buku, beri pujian atau ganjaran kecil seperti pelekat atau pencapaian dalam jurnal membaca mereka.
Hubungkan Buku dengan Kehidupan Nyata
Ceritakan bagaimana cerita dalam buku boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Misalnya, jika buku itu tentang haiwan, ajak mereka ke zoo untuk melihat haiwan tersebut secara langsung.
Dengan tip-tip ini, anda dapat membantu anak menjadikan membaca sebagai tabiat yang menyeronokkan dan bermakna. Minat membaca akan membuka peluang pembelajaran dan imaginasi yang tiada had dalam kehidupan mereka.
Menyediakan makanan sihat untuk anak adalah langkah penting dalam memastikan mereka membesar dengan sihat dan cergas. Dengan pilihan yang tepat, kita boleh membantu anak memperoleh nutrisi yang mereka perlukan untuk perkembangan optimum.
Dalam dunia yang dipenuhi dengan pelbagai pilihan makanan tidak sihat, adalah penting untuk kita sebagai ibu bapa membuat keputusan yang bijak. Berikut adalah 5 tip mudah untuk menyediakan makanan sihat yang bukan sahaja berkhasiat, tetapi juga menarik minat anak-anak.
1.Pilih Bahan Segar
Utamakan penggunaan bahan makanan segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dan protein tanpa lemak. Ini memastikan anak mendapat nutrisi yang optimum.
2.Variasi Warna
Sajikan makanan dengan pelbagai warna. Warna yang berbeza menunjukkan pelbagai nutrisi, jadi cuba masukkan sayuran dan buah-buahan pelbagai warna dalam hidangan.
3.Kurangkan Gula dan Garam
Elakkan menambah gula dan garam yang berlebihan dalam makanan. Sebaliknya, gunakan rempah dan herba untuk memberikan rasa tanpa menambah kalori yang tidak sihat.
4.Makanan Snek Sihat
Sediakan snek sihat seperti yogurt rendah lemak, kacang, atau potongan buah. Ini dapat membantu mengelakkan anak daripada memilih snek tidak sihat.
5.Libatkan Anak dalam Memasak
Ajak anak untuk membantu di dapur. Ini dapat meningkatkan minat mereka terhadap makanan sihat dan memberi mereka pengetahuan tentang pemilihan bahan yang baik.
Dengan mengikuti tip-tip di atas, kita dapat memastikan anak-anak mendapat pemakanan yang seimbang dan sihat. Makanan yang baik bukan sahaja memberikan nutrisi, tetapi juga membentuk tabiat makan yang positif dari usia muda.
Ingatlah, setiap usaha yang kita lakukan hari ini akan memberikan kesan besar terhadap kesihatan dan kesejahteraan mereka di masa depan. Mari kita bersama-sama memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita!
Siapa yang tak mengenali pempengaruh cantik, MUA Bellaz yang menjadi ispirasi kepada para wanita yang sukakan dunia solekan. Bukan saja Bellaz, tetapi kehidupannya bersama anak-anak juga sering mendapat perhatian.
Antara kesemua anak Bellaz, anak keempatnya iaitu Nur Aisywara Nealofar atau Wara sering dinanti-nantikan perkembangannya.
Sebuah video yang dimuatnaik oleh Bellaz melalui media sosial menunjukkan dia sedang bersembang dengan Wara. Bellaz kemudian meminta anaknya itu mengira dari nombor 1-10 dan ternyata pada usia dua tahun, dia sudah mampu melakukannya dengan lancar.
Bukan itu saja, Wara sangat teruja untuk menyebut ABC. Bukan itu saja, dia turut mengikut setiap apa yang disebut oleh Bellaz. Di dalam video tersebut juga Bellaz menyebut yang dia akan memberi upah susu kepada Wara. Ketika ditanyakan tentang namanya, Wara segera menyebut Wara.
Selepas melayan setiap permintaan Mamanya, Wara tidak lupa untuk meminta upahnya. Mendengarkan permintaan Wara yang mahukan permainan, Bellaz memberitahu yang dia sudah mengagak yang anaknya akan menuntut upah.
Memang cerdik sungguh Wara ni, tak kekok di depan kamera dan sangat cerdik. Semoga Wara terus menjadi anak yang bijak dan membesar dengan sihat okay!
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.Bahkan kata Nabila...