Anak akan belajar menganjing ibu, bila mereka nampak si ayah menganjing ibu.
Anak akan belajar melawan ayah, bila nampak ibu banyak melawan ayah.
Anak akan mengarah-ngarah ibu bila nampak ayah selalu mengarah-ngarah ibu.
Anak juga akan belajar berdalih dan menipu bila nampak mak ayah selalu berdalih dan menipu.
Sebaliknya, anak akan patuh cakap ayah bila nampak ibu patuh cakap ayah.
Dan anak akan ikut rajin tolong ibu bila nampak ayah selalu rajin tolong ibu.
Tolong. Jaga tingkah laku kita dengan pasangan.
Cuba jadi seseorang yang kita nak anak jadi.
7 perkara ibu bapa kena tunjuk depan anak-anak.
Anak-anak akan belajar menggunakan deria penglihatan dan pendengaran. Sekali pun kita tak suruh ikut, apa sahaja yang mereka lihat dan dengar, mereka akan tiru.
Maka ini yang ibu bapa kena selalu buat depan anak-anak.
1. Selalu buat kerja rumah sama-sama. Iya, kalian kena selalu membantu pasangan sendiri. Macam yang aku biasa cakap sebelum ini, tak semua tugasan rumah kerja isteri. Suami yang suka membantu lebih baik.
Bantu kerja rumah saat isteri sedang sibuk uruskan kerja lain. Contohnya isteri sedang memasak, kita jaga anak. Isteri uruskan anak, kita menyapu atau mop lantai. Basuh kain dan sidai kain pun tak salah untuk suami, buatlah.
Anak-anak akan belajar kehidupan berkeluarga adalah tentang bantu-membantu.
2. Selalu ucap terima kasih pada pasangan kalian. Dan ucapan ini disebut jelas dan penuh rasa bersyukur. Sekali pun yang kita dapat cuma hal yang kecil, ucap sahaja terima kasih itu depan anak-anak.
Kita tunjukkan depan anak-anak yang kita sangat hargai pasangan. Nanti mereka juga akan hargai kita.
3. Buat kebaikan di hadapan mereka. Bukan niat menunjuk tapi untuk mendidik. Contohnya bersedekah, bantu orang tua atau buta melintas jalan, kutip sampah sekitar masjid atau surau, bersihkan tandas awam lepas guna dan sebagainya.
Beritahu juga sebab kenapa kita kena buat semua itu. Supaya anak-anak faham hidup kena selalu memberi.
4. Tunjukkan kasih sayang depan anak-anak. Peluk pasangan atau pegang tangan pasangan depan anak-anak, itu cara terbaik kita zahirkan kasih sayang.
Itu tanda kita pasangan yang punya sifat penyayang yang tinggi.
5. Bila berhadapan dengan konflik, jauhkan daripada berlaku di hadapan anak-anak. Selalu bila kita diluar kawalan emosi, kita akan cenderung berkata yang tak baik, perkataan yang tak elok, marah-marah dan meninggi suara.
Jika ini kerap berlaku depan anak-anak, kalian sedang merosakkan minta dan emosi anak-anak itu sendiri. Jadi, elakkan ya.
6. Sembahyang dan mengaji depan anak-anak. Boleh juga buat selalu ambil wudhuk depan anak-anak. Supaya mereka belajar, itu adalah keutamaan dalam hidup. Yang tak boleh tinggal, wajib kita buat.
Balik kerja penat atau sibuk macam mana pun, sembahyang tetap kita tunaikan. Jadi selepas daripada itu, mudah kita nak tanya mereka pula;
“Kakak dah solat ke belum? Adik-adik dah mengaji?” Haa, begitu.
7. Amalkan sikap selalu meminta maaf jika bersalah. Iyalah, kau kan banyak buat salah, mintalah maaf. Kahkah.
Benar, anak-anak akan belajar untuk tidak malu mengaku salah dan terus meminta maaf. Sesama mereka adik-beradik, dengan ibu bapa mereka atau pun dengan kawan-kawan nanti.
Begitulah kawan-kawan. Dah jadi ibu bapa ini sekali gus kita akan jadi guru pertama buat anak-anak.
Maka segala-galanya kena teratur dan dirancang. Sekian.
Tahukah anda bahawa kandungan gula yang tinggi dalam makanan adalah punca karies gigi. Snek sihat membantu menjaga kesihatan gigi dan mulut anak anda dengan cara berikut:
Kurangkan Gula, Kurangkan Karies – Pilih snek rendah gula seperti buah-buahan segar, sayuran rangup, dan yogurt tanpa gula untuk mengurangkan risiko kerosakan gigi.
Jadikan snek sihat sebagai pilihan utama dalam diet harian anak anda. Dengan snek yang betul, anda bukan sahaja melindungi gigi mereka, tetapi juga menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
TIP PILIHAN MAKANAN YANG SIHAT UNTUK PENJAGAAN GIGI
1.Buah-buahan Segar
Epal, strawberi, pir, pisang, atau buah beri, kaya dengan serat dan manis secara semula jadi.
2.Sayuran Rangup
Lobak merah, timun, atau saderi
3.Yogurt Tanpa Gula
Penuh kalsium dan baik untuk gigi, tambah buah untuk rasa lebih sedap!
4.Keju
Rendah gula, tinggi kalsium, bantu kekalkan kekuatan gigi si manja.
5.Kacang atau Bijirin Tanpa Gula
Memberi tenaga dan rasa kenyang lebih lama tanpa merosakkan gigi.
Salah satu cara untuk merangsang perkembangan otak anak adalah dengan membenarkan mereka explore dan bermain. Biarlah bersepah rumah, asalkan kemahiran sosial anak dapat dibentuk, berkreatif ketika bermain adalah satu rangsangan untuk membentuk keyakinan diri serta pemikiran anak.
Pelakon cantik, Raja Ilya, antara selebriti yang gemar berkongsi aktiviti yang dibuat bersama anaknya. Talita Love yang kini berusia 2 tahun dilihat begitu aktif dan suka melakukan pelbagai aktiviti yang dapat merangsang kemahirannya berfikir.
Satu video yang dikongsikan oleh Raja Ilya menunjukkan Talita sedang bermain di rumahnya. Dapat dilihat Talita membina menara menggunakan tisu tandas. Bukan itu saja, ketika bermain Raja Ilya menggalakkan Talita untuk turut belajar mengira.
Tulis Raya Ilya melalui kapsyen, setiap kali hari penghantaran tisu tandas, inilah aktiviti dengan Talita.
“Every time Toilet roll delivery day , mcm ni laa activity dengan Talita .. Melayan dia bina tower . Chop!! Lepas tu Sapa nak kemas ??!!! Aduhhh..”
Lebih baik lagi, ketika bermain tisu tandas Talita menggunakan pemikiran kreatifnya untuk menyusun tisu tandas menjadi menara yang tinggi.
Sama ada dalam bentuk gegelung, bongkah atau cawan, apa saja aktiviti membina menara adalah bagus. Menerusi aktiviti ini, anak akan mengenali saiz, warna, keseimbangan dan bentuk. Dengan cara ini, anak akan jadi lebih bijak, kritis dan kreatif.
Sebab itulah, Talita mampu membina menara tisu tandas yang tinggi tanpa bantuan sesiapa. Good job Talita!
Mendidik anak nak berpuasa mungkin menjadi satu cabaran buat sesetengah ibu bapa apatah lagi jika ibadat itu dilakukan buat anak yang baru pertama kali nak berpuasa.
Untuk memastikan anak boleh berpuasa sepanjang bulan Ramadan, berikut 5 makanan yang boleh bantu anak kekal bertenaga sepanjang bulan puasa.
Pemilihan makanan yang betul bukan sahaja memastikan mereka mampu berpuasa dengan lebih selesa, tetapi juga membantu mengekalkan fokus dan tenaga sepanjang hari.
1. Oat & Bijirin Penuh
Mengandungi serat dan karbohidrat kompleks yang memberikan tenaga tahan lama. Oat juga membantu mengawal gula dalam darah, jadi anak tidak mudah lapar atau letih. Untuk lebih sedap, boleh tambah madu, buah-buahan segar atau kekacang.
2. Kurma & Buah-buahan Kering
Sumber tenaga segera yang kaya dengan gula semula jadi, serat, dan mineral seperti kalium dan magnesium. Kurma sangat baik untuk mengekalkan tenaga kerana ia membekalkan tenaga dengan cepat tanpa menyebabkan keletihan mendadak. Boleh juga campurkan dengan susu atau yogurt untuk lebih khasiat.
3. Telur
Sumber protein berkualiti tinggi yang membantu anak kenyang lebih lama. Telur juga mengandungi lemak sihat dan vitamin B yang menyokong metabolisme serta tenaga sepanjang hari. Boleh dihidangkan dalam pelbagai cara seperti telur rebus, telur dadar, atau telur hancur dengan sayur.
4. Sup Ayam & Sayur
Sup ayam bukan sahaja menghidratkan badan tetapi juga membekalkan protein, zat besi, dan vitamin penting dari sayur-sayuran. Hidangan ini sangat sesuai untuk sahur kerana ia ringan tetapi mengenyangkan, membantu anak kekal bertenaga dan tidak mudah letih.
5. Yogurt & Kacang
Kombinasi protein, lemak sihat dan probiotik dalam yogurt membantu sistem pencernaan anak agar lebih sihat sepanjang berpuasa. Kekacang pula memberikan tenaga berpanjangan kerana mengandungi lemak baik dan serat. Untuk lebih variasi, boleh campurkan yogurt dengan buah-buahan segar atau madu.
Selain makanan ini, pastikan anak minum air secukupnya ketika sahur dan berbuka supaya mereka tidak mudah dehidrasi. Kalau nak lebih variasi, boleh olah makanan ini mengikut selera anak. Yang penting, pastikan mereka dapat nutrisi lengkap untuk kekal bertenaga sepanjang hari!
Malam ini, The Chosen One XTRA, realiti yang menyentuh jiwa kembali dengan musim baharu yang lebih segar. The Chosen One XTRA membawa penonton menyaksikan...