Kita semua tahu di sekolah memang tak bagi murid berambut panjang. Jadi, bila langgar peraturan, sekolah kenalah ambil tindakan.
Tapi, sebagai ibu bapa, patut ke kita back up anak yang langgar peraturan?
Peraturan sekolah ni bukan saja-saja buat. Tujuan dia nak ajar disiplin dan nilai baik kat anak-anak kita.
Kalau kita sokong anak yang langgar peraturan, dia akan fikir tak apa je kalau buat salah, sebab mak ayah ada.
Ini boleh bagi kesan buruk kat disiplin dan moral dia. Jadi, penting untuk kita sokong peraturan demi kebaikan anak-anak.
𝗡𝗮𝗸 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗶 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗮𝘁? 𝗖𝘂𝗯𝗮 𝟱 𝘁𝗶𝗽𝘀 𝗻𝗶 :
𝟭. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗣𝘂𝗻𝗰𝗮 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘀
Kalau selalu back up anak, dia jadi malas dan tak hormat peraturan. Kita nak ke anak jadi macam ni?
𝟮. 𝗔𝗷𝗮𝗿 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗧𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 :
Biar dia rasa sendiri akibat buat salah. Baru dia tahu tanggungjawab.
𝟯. 𝗧𝗲𝗴𝘂𝗿 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗴𝗮𝘀 𝗧𝗮𝗽𝗶 𝗦𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 :
Tegur anak bila dia salah, tapi dengan kasih sayang. Jangan sampai dia rasa kita tak peduli.
𝟰. 𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮𝗶 𝗨𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 :
Ingat, cikgu-cikgu kat sekolah pun nak yang terbaik untuk anak kita. Jangan lawan peraturan yang baik untuk dia.
𝟱. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗦𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 :
Bila kita backup anak buat salah, sebenarnya kita malukan dia. Biarlah dia belajar dari kesilapan.
Kata Sayidina Ali, “Didiklah anak-anakmu sesuai dengan zamannya, kerana mereka hidup bukan di zamanmu.”
Maksudnya, kita kena didik anak ikut cabaran zaman sekarang, tapi asasnya tetap sama – Hormat peraturan dan disiplin diri adalah kunci kejayaan.

Sumber:  Muhammad Zuwairi Baharudin

Ads
Ads
Ads