Salah satu cara untuk merangsang perkembangan otak anak adalah dengan membenarkan mereka explore dan bermain. Biarlah bersepah rumah, asalkan kemahiran sosial anak dapat dibentuk, berkreatif ketika bermain adalah satu rangsangan untuk membentuk keyakinan diri serta pemikiran anak.
Pelakon cantik, Raja Ilya, antara selebriti yang gemar berkongsi aktiviti yang dibuat bersama anaknya. Talita Love yang kini berusia 2 tahun dilihat begitu aktif dan suka melakukan pelbagai aktiviti yang dapat merangsang kemahirannya berfikir.
Satu video yang dikongsikan oleh Raja Ilya menunjukkan Talita sedang bermain di rumahnya. Dapat dilihat Talita membina menara menggunakan tisu tandas. Bukan itu saja, ketika bermain Raja Ilya menggalakkan Talita untuk turut belajar mengira.
Tulis Raya Ilya melalui kapsyen, setiap kali hari penghantaran tisu tandas, inilah aktiviti dengan Talita.
Ads
“Every time Toilet roll delivery day , mcm ni laa activity dengan Talita .. Melayan dia bina tower . Chop!! Lepas tu Sapa nak kemas ??!!! Aduhhh..”
Lebih baik lagi, ketika bermain tisu tandas Talita menggunakan pemikiran kreatifnya untuk menyusun tisu tandas menjadi menara yang tinggi.
Ads
Sama ada dalam bentuk gegelung, bongkah atau cawan, apa saja aktiviti membina menara adalah bagus. Menerusi aktiviti ini, anak akan mengenali saiz, warna, keseimbangan dan bentuk. Dengan cara ini, anak akan jadi lebih bijak, kritis dan kreatif.
Selepas malam pertama itu, Tunggal semakin rajin menjaga kebersihan biliknya. Dia pastikan semua barang kemas dan tiada sisa makanan yang tertinggal. Namun, semakin lama dia merasakan ada sesuatu yang aneh. Setiap kali malam tiba, perasaan takut dan gelisah selalu menghantui dirinya. Biarpun biliknya sudah bersih, bayang itu tidak juga hilang begitu sahaja.
Pada suatu malam yang sunyi, seperti biasa Tunggal tidur di katil. Tetapi kali ini, ada sesuatu yang lebih pelik. Suara bisikan halus datang dari arah sudut biliknya. Suara itu tak cukup kuat untuk dia dengar dengan jelas, tetapi cukup untuk membuatkan bulu roma Tunggal meremang.
“Jaga… jaga kebersihan… kalau tidak, aku akan datang lagi…”
Tunggal terjaga dari tidur, matanya terbuka luas. Dengan tangan yang sedikit gementar, dia berani melihat ke arah sudut yang sudah lama menjadi tempat itu. Namun, yang dia lihat bukanlah lembaga besar seperti yang pernah muncul sebelum ini. Kali ini, ada sesuatu yang jauh lebih menakutkan.
Sebuah bayang hitam, bergerak perlahan di sudut bilik. Makin lama, bayang itu semakin mendekat, semakin jelas di matanya. Tunggal cuba berlari, tetapi kakinya seakan-akan terpaku ke lantai. Hatinya berdegup kencang.
Tunggal berdoa dalam hati, meminta agar dia dilindungi. Dan pada saat itu, seolah-olah waktu berhenti. Bayang itu berhenti seketika, dan suara bisikan itu kembali terdengar.
“Jaga kebersihan hatimu, bukan hanya bilikmu,” bisik suara itu perlahan.
“Jika bilikmu bersih tetapi hatimu penuh dengan kemarahan, kebencian, dan iri hati, aku akan tetap datang. Kebersihan bukan hanya untuk tubuh, tetapi juga untuk jiwa,” sambung suara itu lagi.
Tunggal mula memahami. Dia teringat akan kata-kata neneknya yang sering mengajarnya untuk selalu bersyukur, bersikap baik, dan menjaga hati. Dia teringat ketika dia pernah marah pada kawannya dan menyimpan rasa benci terhadap orang lain. Semua itu mungkin yang menyebabkan bayang tersebut terus menghantui hidupnya.
Pada malam berikutnya, Tunggal cuba sesuatu yang baru. Sebelum tidur, dia berdiri di depan cermin dan berkata, “Aku maafkan semua orang yang pernah buat aku marah. Aku lepaskan semua rasa benci dan kecewa.” Dengan hati yang lebih ringan, dia tidur nyenyak malam itu.
Keesokan harinya, dia merasa tenang. Bayang hitam yang selalu menakutkan itu tidak muncul lagi. Sejak hari itu, Tunggal bukan sahaja menjaga kebersihan biliknya, tetapi juga menjaga kebersihan hati. Dia belajar untuk memaafkan, bersyukur, dan lebih sabar.
Kisah ini mengingatkan kita semua bahawa kebersihan tidak hanya berlaku pada dunia luar, tetapi juga pada hati kita. Apabila kita menjaga kebersihan hati, kita akan merasa lebih tenang dan damai, jauh dari rasa takut yang tidak perlu.
* Pengajaran Cerita
Kebersihan bukan hanya pada dunia luar, tetapi juga dalam diri kita. Memaafkan orang lain, menghindari kebencian, dan menjaga hati adalah cara terbaik untuk menjaga ketenangan dan kedamaian dalam hidup.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Dalam dunia yang semakin digital hari ini, kanak-kanak tidak hanya perlu pandai membaca dan mengira mereka juga perlu bijak berfikir secara logik, kreatif dan menyelesaikan masalah.
Sebab itu, permainan berasaskan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) kini menjadi pilihan utama ramai ibu bapa yang mahu anak belajar sambil bermain.
Permainan STEM bukan sekadar mainan biasa. Ia direka khas untuk merangsang pemikiran kritikal, kreativiti dan daya ingin tahu anak, sesuai untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun.
Anak-anak dalam lingkungan umur ini penuh dengan rasa ingin tahu. Mereka suka mencuba, bereksperimen dan melihat apa yang berlaku bila sesuatu dilakukan. Melalui permainan STEM, mereka belajar dengan cara semula jadi iaitu berfikir sambil bermain.
Contohnya, set binaan blok magnetik bukan hanya menyeronokkan, tapi membantu mereka memahami konsep imbangan dan struktur. Bila anak membina jambatan atau menara menggunakan blok, mereka sedang meneroka asas kejuruteraan tanpa mereka sedar!
Satu lagi contoh yang semakin popular ialah kit eksperimen sains mini. Dari membuat gunung berapi meletus menggunakan soda bikarbonat, hingga membina “litar elektrik mudah” dengan bateri dan mentol kecil semuanya mengajar prinsip sains dengan cara yang menyeronokkan.
Ibu bapa tidak perlu risau kebanyakan kit STEM moden direka selamat dan mudah dikendalikan di rumah. Malah, aktiviti ini boleh dijadikan sesi bonding keluarga yang menarik. Anak seronok bereksperimen, ibu bapa pula gembira melihat mereka belajar sesuatu yang baru.
Bagi kanak-kanak 9 tahun ke atas, permainan seperti robotik kit atau coding kit semakin mendapat perhatian. Dengan panduan visual dan aplikasi mudah alih, anak-anak boleh membina robot kecil, menggerakkannya, malah memprogramkan arahan ringkas sendiri!
Ia bukan sahaja melatih logik dan kesabaran, tapi juga memperkenalkan mereka kepada dunia teknologi masa depan. Siapa tahu, mungkin dari permainan inilah lahirnya jurutera, pereka aplikasi atau saintis masa depan negara?
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang didedahkan kepada aktiviti berasaskan STEM dari usia muda lebih yakin dan lebih cepat beradaptasi dengan teknologi apabila meningkat remaja. Permainan jenis ini juga membantu meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan kerja berpasukan, dua kemahiran penting untuk dunia moden.
Apa yang penting, jangan jadikan belajar sesuatu yang membosankan. Biarkan anak meneroka, gagal, cuba lagi dan berjaya dengan cara mereka sendiri. Dari situ, mereka belajar nilai ketekunan dan kepuasan mencipta sesuatu.
Berikut beberapa idea permainan STEM yang boleh dijadikan pilihan untuk anak usia 7–12 tahun:
* Kit eksperimen sains mini – galakkan rasa ingin tahu dan pemerhatian.
* Set robotik dan coding asas – perkenalkan anak kepada dunia teknologi.
* Permainan reka bentuk 3D – ajar konsep seni + kejuruteraan.
* Puzzle geografi atau sains alam – seronok sambil belajar tentang dunia.
Dalam dunia yang penuh dengan skrin dan gajet, permainan STEM ialah cara terbaik untuk mengimbangkan hiburan dan pembelajaran. Ia bukan sekadar melatih otak, tetapi juga membuka peluang kepada anak untuk melihat dunia dengan cara yang lebih kreatif dan saintifik.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Dalam keadaan situasi yang membimbangkan ini mengenai wabak virus, tentu ibu bapa risau tentang kesihatan anak-anak.
Jika boleh nak pastikan anak atau mencegah anak daripada terkena jangkitan dan mahu meningkatkan imun anak-anak.
Terdapat pelbagai cara nak memastikan anak sihat termasuk menjaga aspek pemakanan. Salah satunya memastikan anak mengambil pemakanan yang berkhasiat.
Sebagaimana perkongsian bermanfaat oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.Boleh kita jadikan panduan bersama.
TINGKATKAN DAYA TAHAN ANAK-ANAK DENGAN PEMAKANAN YANG BETUL
Ramai orang yang berusaha mencari pelbagai suplemen untuk meningkatkan sistem daya tahan (kekebalan) tubuh. Pengamalan suplemen yang banyak dijual di pasaran tidak akan bermakna jika anak-anak kita masih lagi tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
Sistem kekebalan tubuh atau sistem imunisasi ini berfungsi melindungi tubuh dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Oleh itu kita akan melihat ada anak-anak yang sihat dan ada anak-anak yang mudah sakit walaupun berada dalam taska dan tadika yang sama.
Saya mencadangkan beberapa jenis sayur-sayuran yang bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan anak-anak kita.
.
1. BROKOLI
Ia mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi. Selain itu juga ia mengandungi vitamin A, C, dan E. Cara terbaik ketika menyediakan brokoli adalah dengan membersihkan brokoli kemudian di stim bersama nasi dalam periuk yang sama.
2. BAYAM
Kandungan antioksidan sayur ini juga tinggi. Cara penyediaannya sama seperti brokoli. Jangan terlalu lama ditumis. Stimkan sayur ini bagi mengekalkan nutrisinya.
3. BAWANG PUTIH
Ia mengandungi sebatian allicin yang bersifat antibakteria dan antivirus. Jadi ia bagus dicampurkan sedikit pada makanan anak-anak kita. Biasakan mereka dengan bawang putih.
4. KUNYIT
Ia mengandungi sebatian cucurmin yang bersifat antiradang. Tambahkan lebih kunyit dalam masakan kita agar ia dapat juga dinikmati oleh anak-anak.
5. BETIK
Betik adalah buah tempatan yang sangat bermanfaat kerana mengandungi sebatian papain, yang berfungsi sebagai antikeradangan. Ia juga mengandung vitamin B, potassium, dan asid folat. Tahap vitamin C dalam sebiji buah betik sangat tinggi.
Banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat bermanfaat. Latih anak kita dari kecil untuk mengambilnya dalam makanan.