Memori bersama anak-anak takkan pernah luput dari ingatan seorang ibu. Dek kerana itulah pempengaruh dan jurusolek yang cukup dikenali ramai, MUA Bellaz sentiasa mengabadikan setiap momen hidupnya bersama anak-anak sebagai kenangan di masa hadapan.
Tambah Bellaz lagi menerusi temu bual bersama Pa&Ma, inilah satu-satunya sebab utama mengapa dia gemar merakam momen bersama anak-anak ketika mereka masih kecil.
Menerusi video itu, Bellaz dilihat tidak mampu menahan air mata apabila mendedahkan dia tidak mempunyai banyak foto ketika kecil.
Perkara itu menjadi penyebab mengapa dia kini gemar merekod semua momen Bersama anak-anaknya.
“Saya suka ambil gambar mereka kerana saya tak ada gambar sendiri ketika kecil, bila besar nak tengok gambar tak ada.
Ads
“Sebab tu saya ambil gambar mereka ketika kecil, bila tengok semula..’ini gambar dengan mama’.
“Saya cuma ada dua tiga keping gambar sahaja semasa kanak-kanak, jadi saya teringin sangat nak tengok gambar saya ketika bayi.
Dalam nada sebak kata Bellaz, kesempitan hidup keluarganya ketika dahulu menyebabkan dia tidak mempunyai kesempatan untuk bergambar dan merakamkan momen bersama mereka.
Ads
“Saya tak boleh tengok balik momen itu kerana dulu saya sangat susah.
“Jadi bila dah ada anak ini setiap hari saya pakaikan mereka dengan baju yang cantik-cantik. Bila mereka tengok nanti, inilah momen kita bersama.
“Momen hari ini takkan sama dengan esok, kalau nak diulang semula takkan akan dapat. Ambil (gambar) sahaja momen itu, nanti bila sudah tiada dan rindu boleh tengok balik,” katanya sebak.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak malah melakukan perkara yang sama dengan anak-anak sebagai kenang-kenangan di masa hadapan.
Bellaz yang meraikan sambutan hari lahir anak keempatnya, Nur Aiswara Naelofa turut berterima kasih kepada semua yang banyak menyokong setiap perkongsian video-videonya di media social.
Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, pencerahan tentang puasa dan amalan-amalan sunat kepada anak-anak merupakan topik yang sesuai dibahaskan. Permulaan ramadhan ini bagus untuk mendidik anak-anak, bukan sahaja berpuasa dan bersedekah malah penting untuk mendidik anak-anak solat dengan cara yang betul. Sebagai langkah awal untuk melatih anak-anak berpuasa, ibu bapa boleh membenarkan si kecil berpuasa separuh hari sahaja. Walaubagaimanapun, umur yang sesuai bagi setiap anak-anak berpuasa adalah berbeza. Menjadi kebiasaan ibu bapa membawa anak-anak untuk solat tarawih bersama ke masjid. Memandangkan kini kita dikehendaki membawa sajadah sendiri ke masjid, ibu bapa perlu menyediakan sajadah untuk dibawa oleh anak-anak.
Pengasas Nawaitu, Encik Taqiuddin Izzat mengambil inisiatif untuk mengeluarkan sajadah khas untuk kanak-kanak bagi menggalakkan si comel mendirikan solat. Keluaran sajadah yang pertama dikeluarkan oleh Nawaitu adalah Square MyFirstSajadah Early Age. Sejadah ini direka untuk kanak-kanak dari seawal usia sembilan bulan sehingga 12 tahun.
Usaha besar dari Nawaitu mengeluarkan sejadah ini bagi menarik minat kanak-kanak dan juga memudahkan mereka mempelajari cara solat dengan betul. Bukan sahaja memberi keselesaan dan keseronokan kepada si manja, malah menggalakkan mereka untuk beribadah sejak dari kecil. Inilah objektif utama MyFirstSajadah Early Age dikeluarkan.
Setelah Myfirstsajadah Early Age mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa, Nawaitu sekali lagi mengeluarkan sajadah baharu untuk kanak kanak dengan reka bentuk yang berlainan. Boleh dikatakan Nawaitu merupakan syarikat pertama yang menghasilkan sajadah berbentuk quba yang diinspirasikan dari qubah masjid. Ini menjadikan sajadah Nawaitu unik dan menarik untuk kanak-kanak. Dinamakan Quba Kids Myfirstsajadah dan didatangi dengan tujuh corak dan warna yang berbeza.
Sempena Ramadhan ini, Nawaitu telah melancarkan koleksi terbaru sajadah kanak-kanak iaitu Arche Kids Marakesh. Koleksi ini diilhamkan daripada suasana kota di Maghribi dan berbentuk arche atau gerbang yang sering dilihat di masjid.
Nawaitu mempunyai keluaran sajadah yang boleh digunakan bagi semua peringkat umur. Dengan pembungkusan yang eksklusif menggunakan kotak cocok benar dijadikan hadiah. Tambahan pula, koleksi yang pelbagai bukan sahaja boleh diberikan kepada si kecil sahaja malah boleh diberikan juga kepada orang dewasa. Walaupun pada mulanya, Nawaitu hanya mengeluarkan sajadah kanak-kanak, kini Nawaitu mempunyai pilihan sajadah dewasa seperti Quba Abstract dan Square Nayra. Bukan sahaja sajadah untuk kegunaan di rumah malah sajadah yang boleh di bawa kemana sahaja iaitu Square Khayra Mobile Sajadah. Keluaran terbaru bagi sajadah dewasa adalah Square Hajid yang lebih tebal berbanding koleksi sajadah yang sebelum ini.
Bukan semua anak-anak kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Ada sesetengahnya mula rasa tak yakin dan takut untuk mencuba.
Sebagai mak ayah, kitalah yang perlu bertindak untuk membantu anak jadi berani mencuba.
Menurut perkongsian Mohd Fhais Salim, mak ayah berperanan penting untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan anak-anak. Ikuti perkongsian beliau.
Lima cara untuk tingkatkan keyakinan diri anak-anak.
Apabila anak cakap saya tak pandai, saya tak tahu terus kita cakap ” kamu bukan tak tahu, kamu bukan tak pandai tapi kamu belum cuba. Cuba dulu buat.”
Beritahu anak, tak tahu tak mengapa tapi jangan takut untuk mencuba. Kita galakkan anak untuk berani mencuba.
Kita jangan sekali-kali marah anak. Beritahu anak dengan baik dan ajak anak untuk buat sama-sama. “Jom, mari ayah tunjukkan caranya”. Nampak mudah tapi cara ni boleh tingkatkan keyakinan anak.
Seterusnya beritahu anak, “Tak apa ibu percaya kakak boleh buat”. Kadang-kadang anak mudah rasa tak yakin pada diri. Kita tambah dan suntik sedikit keyakinan diri pada anak. Tambahkan kepercayaan pada diri anak. Insyallah membuahkan hasil.
Kelima, sudah tentulah anak perlukan latihan kerana latihan akan menambahkan kemahiran dan kemahiran inilah yang akan meningkatkan keyakinan diri anak.
Jadi, mak ayah kena sabar dan konsisten untuk sentiasa mendidik anak sehingga dia yakin pada dirinya sendiri.
Di sebuah ladang sayur yang berada di pinggiran hutan, hiduplah seekor beruang yang menjadi penjaga ladang tersebut. Ladang itu milik seorang petani yang sangat menyayangi beruang itu.
Namun, ketenangan ladang sayur itu mula terganggu ketika seekor anak arnab yang sangat nakal dan terkenal dengan kenakalannya mulai mengunjungi ladang tersebut.
Pada suatu hari, anak arnab berjalan-jalan dan menemukan ladang sayur tersebut, dengan rasa gembira, ia menganggap ladang itu seperti dunianya sendiri.
Saat itu, beruang penjaga ladang sedang tidur, memberikan kesempatan kepada anak arnab untuk menikmati beberapa sayuran yang ada di ladang seperti kubis yang segar dan daun lobak yang membuat mulutnya berair.
Anak arnab itu makan dengan gelojoh dan ketika sudah kenyang, ia pun berlari keluar dari ladang tersebut. Ketika beruang terbangun, ia mendapati bahawa banyak sayur-sayuran di ladangnya telah hilang.
Kejadian ini berulang beberapa hari, membuatkan beruang tersebut semakin risau. Dalam usahanya untuk membongkarkan misteri hilangnya sayuran, beruang itu memutuskan untuk berpura-pura tidur sambil memperhatikan ladang.
Strategi ini berhasil. Pada petang itu, beruang melihat anak arnab datang kembali dan mula memakan sayur-sayuran di ladang. Saat anak arnab menyadari kehadiran beruang, ia mulai menangis dan memohon agar dilepaskan.
Kejadian tersebut mengajarkan kepada anak arnab tentang pentingnya meminta izin dan tidak mengambil barang milik orang lain tanpa izin. Sejak peristiwa itu, anak arnab tidak lagi mengganggu ladang tersebut.
Cuti sekolah adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Tapi, bila terlalu lama di rumah tanpa aktiviti menarik, anak-anak boleh cepat bosan.Jadi, jom cuba...