Fitrah anak-anak sememangnya suka bermain. Namun mak ayah perlu risau jika anak-anak memilih jenis permainan yang mereka suka terutamanya bila melibatkan permainan kotoran atau messy play.
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, akak dibimbangi mempunyai masalah sensori sentuhan yang menyukarkan perkembangan anak.
Jadi mak ayah apa kata cuba permainan yang disyorkan oleh beliau terutama bila tiba musim cuti sekolah nanti.
Mak ayah patut risau bila:
– anak takut badan basah kena air
– takut pegang ais
– geli pegang pasir
– tak boleh makan makanan lembik
– takut pakai kasut
– asyik terjatuh dan cedera di rumah
Boleh jadi ini tanda-tanda anak ada masalah sensori sentuhan. Mujur ada aktiviti yang mak ayah boleh buat bersama anak supaya deria sentuhan ini sentiasa dirangsang.
Salah satunya ialah Finger Painting atau mewarna menggunakan jari dan tangan. Sambil rangsang deria anak, boleh juga kita perkenalkan warna-warna pada anak.
Anak umur 3 tahun selalunya dah tahu dua warna.
Umur 4 tahun dah tahu 3 jenis warna.
Umur 5 tahun dah tahu minima 4 warna.
6 Tip mewarna dengan jari (finger painting) dan rumah kekal bersih
Pakai baju khas
Boleh pakai apron comel beli dekat Daiso atau paling mudah sarung je T-Shirt mak ayah yang dah lusuh.
Buat aktiviti di luar rumah
Boleh buat di beranda atau porch. Yang penting bukan dalam rumah. Senang mak ayah nak kemas.
Alas dengan kain/kertas
Sebelum memulakan aktiviti, alas dengan kain yang lebar atau alas dengan surat khabar banyak-banyak. Dah habis main, boleh terus buang surat khabar tu.
Letak cat dalam mangkuk yang besar dan berasingan untuk setiap satu warna. Kalau pakai pallet, sekejap je dah terbalik pallet tu. Kalau pakai mangkuk anak boleh celup tangan dalam mangkuk tu.
Mood mak ayah dan anak yang gembira
Kalau anak tak gembira, bersedialah untuk situasi sepah yang berganda. Boleh jadi adegan budak baling mangkuk cat.
Mak ayah kena berlapang dada sebab ini dikira sebagai messy play. Memang akan bersepah ya.
Okay tip terakhir untuk buat aktiviti ni lagi bermakna.
Pada kertas lukisan anak, tampal double tape yang tulis nama anak. Lepas aktiviti selesai dan kertas dah kering, cabut tape tu dan akan terpampang nama anak pada lukisan tu.
Semalam, team Bintang Kecil telah menyertai satu acara sukan sempena AKE ‘Fun Run Olympic Carnival’ di 99 Wonderland Park, Selayang.
Apa yang menariknya, kami telah menyertai kawan-kawan dari tadika Al Kauthar untuk menyumpul cop di setiap ‘check point’ yang ditetapkan bagi mendapatkan medal.
Haaa.. Nak tahu semput tak semput? Korang kena tengok video di bawah ini.
Kalau korang tak tahu, acara ini telah mendapat pengikhtirafan dari Malaysia Book of Records kerana menghimpunkan sukan kanak-kanak berkeperluan khas terbesar di Malaysia ketika ini.
Seronoknya kami sepanjang acara ini apabila melihat kesungguhan dan semangat kawan-kawan kita menghabiskan setiap cabaran yang diberikan.
Selain mengumpul cop, kami turut menari zumba dan melakukan pelbagai aktiviti di setiap booth yang disediakan.
Terima kasih Ak Kauthar kerana menjemput Bintang Kecil untuk turut merasai kemeriahan acara ini yang dirasmikan oleh dirasmikan Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Datuk Setia Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj.
Sebuah kisah bermula ketika Dini, seorang wanita dari keluarga kaya, mengalami nasib malang akibat serangan perompak. Mayatnya dikuburkan di tanah perkuburan Cina, dan ini menjadi sebuah peristiwa menakutkan.
Mengisahkan bahawa ada sekelompok lelaki yang berniat menggali kubur Dini untuk menuntut duit tebusan sebanyak 5 juta Ringgit dari keluarganya. Namun, rencana mereka tidak berjalan lancar.
Ketika mereka mula menggali, mereka dikejutkan oleh kehadiran hantu Jerangkung yang menakutkan. Kejadian ini terjadi pada malam yang gelap dan hujan, ditambah lagi dengan kesan mencekam.
Ketika mereka berusaha meneruskan niat buruk mereka, mereka mulai merasakan ketakutan yang luar biasa. Bumi bergetar, dan tiba-tiba muncul lembaga menakutkan yang membuat mereka semakin cemas.
Hantu Jerangkung tersebut berhasil menghentikan niat jahat mereka. Beberapa hari kemudian, kegiatan mereka terbongkar setelah seorang penduduk kampung memberikan informasi kepada pihak polis.
Meskipun mereka berusaha melarikan diri, pengalaman menakutkan bertemu dengan hantu Jerangkung itu tetap membekas dalam ingatan mereka.
Cerita ini menceritakan tentang keburukkan yang menimpa mereka yang berbuat jahat dengan hantu Jerangkung sebagai pelindung alam ghaib yang menghukum mereka.
Doa ibu senjata utama kepada kehidupan anak-anak. Jadi jangan lupa selitkan doa ini setiap hari dan setiap masa agar anak kita sentiasa dilindungi dan berjaya dalam hidupnya.
Doa bagaimana yang menjadi pilihan kita? Senarai perkongsian ini boleh anda jadikan panduan untuk mendoakan anak setiap hari. Jangan terlepas.
Ruginya kalau sebagai ibu, kalian tak gunakan kelebihan ni untuk sentiasa mendoakan anak-anak. Doa ibu itu tiada hijabnya.
Setiap hari tak kira pagi atau malam, ambil peluang berdoa untuk anak-anak kita sejak mereka lahir sampailah ke akhir hayat kita.
1. Doakan anak suka solat dan baca al-Quran.
2. Doakan anak kita halus tutur katanya dan beradab.
3. Doakan anak kita terlindung matanya dari perkara lucah dan terjaga lidahnya dari berkata perkataan yang kotor.
4. Doakan anak kita sentiasa sayang pada adik beradik dan saling melindungi ahli keluarganya.
5. Doakan anak lelaki kita menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan rajin membantu di rumah.
6. Doakan anak kita untuk menjadi anak yang taat, lembut hati dan mudah mendengar kata.
7. Doakan anak perempuan kita supaya boleh melindungi diri, sentiasa menjaga maruah dan pandai berdikari.
8. Doakan anak kita menjadi manusia soleh, solehah yang tenang dan tenteram jiwanya.
9. Doakan anak kita akan saling memaafkan dan saling berdamai antara adik beradik bila berlaku salah silap.
10. Doakan anak kita sentiasa mendoakan kita dalam setiap solatnya setiap hari.
Ulang dan ulang doa anda setiap hari tanpa rasa jemu. Ingat, ada orang yang berjaya luar biasa pada hari ini, bukanlah disebabkan usaha atau amalannya semata tetapi mereka berjaya disebabkan doa ibunya (dengan izin Allah).
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua ibu di luar sana.
Di sebuah padang rumput yang luas, tinggal seekor siput kecil bernama Siput. Setiap hari, Siput melihat haiwan-haiwan lain seperti arnab, rusa, dan burung yang...