Seronok bila tengok anak makan berselera. Barulah mak-mak rasa lega bila anak kekenyangan dan paling penting boleh tambahkan berat badan anak.
Pun begitu, nak bantu anak naikkan berat badannya biarpun dengan nutrisi yang betul. Jangan asyik minum air dan makanan bergula tinggi untuk anak.
Jom ikuti panduan dari Dr Mazliana Mazlan untuk tip naikkan berat badan anak dengan makanan sumber yang tepat.
Naikkan berat badan anak dengan makanan berkualiti.
Cara macam ni, mungkin lambat sikit dan ibu kena lebih kreatif. Tapi, berbaloi dan beri kesan baik untuk jangka masa panjang, insyaAllah.
Antaranya;
– Anak makin suka explore makanan baru
– Anak kurang memilih dan picky eater
– Anak kurang nak makan minum manis
– Anak tak ketagih makanan tinggi proses
Ads
Milo, susu kotak, susu formula, susu full cream, kuih manis, biskut, roti. Ini pun boleh naikkan berat badan anak, tapi ibu ayah perlu lebih teliti belek bahagian bahan ramuan dan juga fakta nutrisi.
Kemudian buat conscious decision, makanan minuman tersebut elok tak untuk anak dalam jangka masa panjang, jika diambil secara berterusan atau secara harian.
Kita taknak berat anak naik sebab sugar overload. Kita nak berat dari nutrisi yang betul-betul anak perlukan. Berat naik sebab khasiat makanan sebenar, bukan berat gula.
Ads
Usaha kenalkan, semua kumpulan makanan ni untuk anak.
1. Protein
– Daging lembu, ayam, kambing
– Ikan sardin segar, ikan kembung
– Telur
– Homemade nugget, meatball, burger, pastikan dari isi ayam dan daging sebenar
– Kekacang almond, cashew, walnut
– Tofu, tempe
2. Lemak baik
– Minyak kelapa
– Minyak zaitun
– Pure butter
– Ghee minyak sapi
– Tallow lemak sapi
– Santan
3. Karbohidrat
– Nasi
– Bihun
– Laksa
Ads
4. Tenusu
– Susu kambing segar
– Susu lembu segar
– Susu tepung lembu atau kambing tanpa campuran
– Yogurt asli tanpa campuran
– Cheese asli tanpa campuran
5. Buah dan sayur
– Ubi keledek
– Ubi kentang
– Isi kelapa
– Avokado
– Kurma
– Pisang
– Buah tin
Ada banyak lagi contoh yang korang boleh pilih. Berbanding hanya terus terima cadangan untuk berikan anak susu kotak atau milo. Ianya ultra processed food.
Sesekali ambil, mungkin tak ada masalah. Tapi bila anak ambil secara harian, risiko ketagihan sangat tinggi. Ketagih dengan gula yang ada dalam tu.
Kita usaha sama-sama ya, belajar kenalkan anak dengan real food, berbanding makanan tinggi proses.
Anak mana yang tidak suka mandi-manda di kolam renang. Riang bermain, lagi-lagi bila bersama dengan kawan-kawan.
Anak nampak lemah dan tak bermaya selepas mandi dalam kolam. Ini kebiasaannya yang terjadi pada anak kita selepas seharian bermandi manda. Apa sebabnya?
Ini yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif ini.
Saya paling risau kalau anak anak jadi sakit bila balik dari mandi kolam!
Tak kisah la jadi demam biasa ke, batuk batuk ke ataupun cirit birit ke sebab jatuh sakit lepas balik daripada mandi kolam ni adalah sejenis Recreational Water Illness ( RWI )
Kuman dalam air kolam tu ada bermacam jenis.. Ada E. Coli, ada juga parasit contohnya Cryptosporidium yang memang susah nak mati walaupun air kolam tu dah diletakkan klorin.
Sekali kuman kuman ni semua masuk ke dalam saluran penghadaman, boleh kena cirit birit anak kita tu.
Kalau masuk ke telinga dan mata boleh jadi jangkitan. Mata pun mula la jadi pedih dan merah menyala.
Kalau anak kita ada luka kat badan mereka lagi la bahaya. Terus kuman kuman tu boleh masuk ke pembuluh darah anak kita.
Tu la kenapa kalau anak jatuh sakit bila balik daripada mandi kolam, cepat cepat bawa anak jumpa doktor ye!
p/s : Pssst.. Kalau air kolam tu bau klorinnya kuat sangat pun hati hati ye. Tu biasanya bau klorin yang dah banyak bercampur dengan najis dan kencing
p/s : Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye sebab rasanya ramai lagi yang belum tahu tu
Anak lelaki sememangnya perlu paling rapat dengan ibunya. Malah keakraban ini bagi membentuk peribadi anak lelaki itu sendiri.
Paling penting anak lelaki penuh dengan sifat penyayang dan tahu menghargai wanita di sekelilingnya.
Dengarkan perkongsian dan tip dari Dr Redza Zainol akan hubungan yang perlu dibina ini.
1. Beruntung ibu yang rapat dengan anak lelaki sejak kecil. Bila ibu menjadi teman rapat pada anak lelaki, ibu itu sebenarnya sedang membantu anak membentuk persepsi dirinya atau “self image” yang baik.
2. Anak yang ada persepsi baik tentang dirinya, dia lebih yakin dan selesa menjadi dirinya sendiri.
3. Tunjukkan yang kalian bangga dengan setiap ciptaan atau hasil kerja dia.
4. Raikan bila mereka bantu ibu di dapur. Anak lelaki perlu lihat ayah dan ibunya sama-sama bekerja di dapur.
5. Kerapkan puji rupa paras anak lelaki.
6. Bertahun-tahun rapat dengan ibu, anak lelaki belajar tentang kasih saying dan kelembutan Ketika bergaul dengan mereka dari jantina berbeza.
7. Anak lelaki perlukan sedikit bantuan untuk menguruskan kerja sekolah atau kerja di rumah.
-Mereka perlu belajar, kerja yang banyak boleh dibuat mengikut peringkat sehingga selesai.
8. Mereka akan belajar cara mengurus masa dan menetapkan priority dari ibunya.
-Bantu anak lelaki untuk tetapkan matlamat jangka masa pendek atau Panjang yang realistic.
9. Bantu anak lelaki untuk jadi lebih peka dengan keadaan sekeliling.
-Lebih peka dengan keadaan emosi orang di sekeliling atau perubahan di sekitar rumah.
-Barulah mudah untuk melatih anak lelaki menjadi lebih empati dengan ahli keluarga lain.
10. Teruskan usaha untuk memahami anak lelaki. Dalam kekurangan yang anak lelaki ada, carilah kebaikan dan kelebihan dirinya. Pasti ada?
Kunci pada keyakinan diri anak lelaki yang sedang membesar terletak pada ibunya.
Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia, tidak hanya dikenali sebagai pusat perniagaan tetapi juga sebagai destinasi yang sesuai untuk keluarga yang ingin menghabiskan masa berkualiti bersama anak-anak. Berikut adalah beberapa tempat yang boleh anda kunjungi untuk memberikan pengalaman yang tidak terlupakan kepada anak-anak anda.
1. Aquaria KLCC
Terletak di pusat bandar, Aquaria KLCC adalah akuarium bawah air yang menawarkan pelbagai spesies laut dari seluruh dunia. Dari zon hutan hujan hingga lautan dalam, anak-anak dapat belajar tentang kepelbagaian biologi sambil melihat haiwan seperti jerung, ikan pari, dan lebih banyak lagi.
2. Petrosains, The Discovery Centre
Bagi anak-anak yang mempunyai minat dalam sains dan teknologi, Petrosains di KLCC menawarkan pelbagai pameran interaktif yang menggabungkan pembelajaran dan keseronokan. Pameran ini dirancang untuk memperkaya pengetahuan sains dengan cara yang menarik dan mengasyikkan.
3. KL Bird Park
Taman Burung KL, yang terletak di Taman Tasik Perdana, adalah rumah kepada lebih daripada 3,000 burung dari 200 spesies yang berbeza. Taman ini menawarkan pengalaman ‘Free-flight Walk-in Aviary’, di mana pengunjung boleh melihat burung-burung terbang bebas di sekitar mereka dalam suasana yang menyerupai habitat semula jadi.
4. KidZania Kuala Lumpur
KidZania menyediakan platform unik di mana anak-anak boleh meneroka pelbagai jenis kerjaya melalui permainan peranan yang realistik. Dari menjadi doktor, juruterbang, hingga chef, KidZania menggalakkan pembelajaran melalui pengalaman praktikal yang memupuk kemandirian dan kreativiti.
5. Sunway Lagoon Theme Park
Taman tema ini menawarkan berbagai jenis tarikan, termasuk taman air, taman haiwan, dan zon permainan yang sesuai untuk segala usia. Sunway Lagoon adalah tempat yang sempurna untuk pengembaraan seisi keluarga yang penuh dengan keseronokan dan kegembiraan.
Kuala Lumpur menyediakan pelbagai pilihan untuk menghiburkan anak-anak dengan cara yang mendidik dan menghiburkan. Dari belajar tentang dunia semula jadi hingga mengembangkan kemahiran baru melalui permainan peranan, pasti ada sesuatu untuk setiap anak-anak di ibu kota ini.
Si comel Nur Aisywara Neelofa, anak kepada mua terkenal, MUA Bellaz tidak pernah menghampakan wargamaya di media social. Ada sahaja aksi comelnya yang menghiburkan...