Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Itulah perumpamaan yang paling sesuai untuk menggambarkan bakat seni anak-anak Lan Solo yang ‘menurun’ dari daddy mereka. Anak sulung dan anak bongsu Lan terutamanya dilihat sukakan tarian dan nyanyian.
Terbaharu, Lan Solo telah memuatnaik sebuah video anak keempatnya, Nur Amna Quzandra sedang menyanyi lagu berjudul Masing-Masing yang dipopularkan oleh Ernie Zakri.
Menurut Lan, anaknya itu yang mesra disapa sebagai Xandra sememangnya meminati lagu tersebut dan sudah beberapa kali membut permintaan untuk merekodnya. Kata bapa kepada empat orang cahaya mata ini, Xandra ada bertanya bila boleh buat rakaman seperti dirinya.
Tidak mahu menghampakan anaknya itu, Lan memberitahu kalau ada kerja di studio bolehlah mereka buat rakaman tersebut. Nak dijadikan cerita, suatu hari selepas balik dari sekolah Xandra melihat daddy bekerja di studio, jadi dia terus menuntut janji.
“Kebetulan daddy ada kerja kat studio, tersu dia request. Kena lah layankan.”
Sebutan jelas dan comel ketika menyanyi membuatkan ramai yang memuji bakat Xandra. Antara komen yang ditinggalkan;
Nyanyian Xandra sememangnya sangat matang dan ‘feel’ jika nak ikutkan dengan usianya yang baru lima tahun. Lagi 10-15 tahun ni, dah boleh mula menyanyi secara profesional. Untung ada daddy boleh jadi tukang ajar, silap hari bulan boleh berduet sama nanti!
Bukan semua anak-anak kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Ada sesetengahnya mula rasa tak yakin dan takut untuk mencuba.
Sebagai mak ayah, kitalah yang perlu bertindak untuk membantu anak jadi berani mencuba.
Menurut perkongsian Mohd Fhais Salim, mak ayah berperanan penting untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan anak-anak. Ikuti perkongsian beliau.
Lima cara untuk tingkatkan keyakinan diri anak-anak.
Apabila anak cakap saya tak pandai, saya tak tahu terus kita cakap ” kamu bukan tak tahu, kamu bukan tak pandai tapi kamu belum cuba. Cuba dulu buat.”
Beritahu anak, tak tahu tak mengapa tapi jangan takut untuk mencuba. Kita galakkan anak untuk berani mencuba.
Kita jangan sekali-kali marah anak. Beritahu anak dengan baik dan ajak anak untuk buat sama-sama. “Jom, mari ayah tunjukkan caranya”. Nampak mudah tapi cara ni boleh tingkatkan keyakinan anak.
Seterusnya beritahu anak, “Tak apa ibu percaya kakak boleh buat”. Kadang-kadang anak mudah rasa tak yakin pada diri. Kita tambah dan suntik sedikit keyakinan diri pada anak. Tambahkan kepercayaan pada diri anak. Insyallah membuahkan hasil.
Kelima, sudah tentulah anak perlukan latihan kerana latihan akan menambahkan kemahiran dan kemahiran inilah yang akan meningkatkan keyakinan diri anak.
Jadi, mak ayah kena sabar dan konsisten untuk sentiasa mendidik anak sehingga dia yakin pada dirinya sendiri.
Anak takut nak jumpa doktor gigi apa mak ayah nak buat? Jangan risau. Ada penyelesaiannya di sini.
Temu bual salah seorang doktor dalam bidang Pemulihan dan Estetika Pergigian (Restorative and Aesthetic Dentistry), iaitu Dr Ibrahim Shahruddin ini pasti membantu masalah mak ayah.
Menurut beliau punca utama menyebabkan ramai kanak-kanak takut untuk berjumpa dengan doktor gigi adalah kerana mereka tidak didedahkan untuk berjumpa dengan doktor gigi pada seawal tahun pertama kehidupan atau ketika gigi susu pertama muncul.
“Berjumpa dengan doktor gigi bukanlah satu perkara yang menjadi satu kebiasaan bagi rata-rata masyarakat Malaysia. Kanak-kanak biasanya hanya akan dibawa berjumpa doktor apabila sudah berdepan dengan masalah gigi seperti karies gigi,” jelas Dr Ibrahim.
Kejutan di sekolah
Terdapat juga kanak-kanak yang pertama kali mendapatkan rawatan pergigian ketika di sekolah. Dan lebih ‘memburukkan’ keadaan apabila mereka dirawat dengan jururawat pergigian yang garang. Ini sekali gus menambahkan lagi rasa takut mereka untuk berjumpa doktor gigi.
Bagi Dr Ibrahim, masalah ini sebenarnya boleh diatasi sekiranya tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa adalah tinggi dalam aspek penjagaan pergigian anak-anak. Beliau turut menambah, pada hakikatnya kos untuk mencegah itu adalah sesuatu yang lebih murah dan lebih baik daripada kos yang perlu dikeluarkan untuk merawat apabila sesuatu keadaan sudah menjadi lebih kronik dan serius.
Atasi masalah anak takut berjumpa doktor gigi
Bagi ibu bapa yang berdepan dengan isu anak takut untuk berjumpa doktor gigi, berikut adalah beberapa perkongsian tip yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah ini:
Mulakan pada awal usia
Biasakan anak untuk berjumpa dengan doktor. Tip ini boleh dilakukan pada seawal usia setahun atau ketika anak anda baru mendapat gigi susu yang pertamanya.
Sekadar perjumpaan
Bagi kanak-kanak pula, ia mungkin sedikit sukar untuk membuang rasa takut berjumpa doktor. Tetapi jangan berputus asa. Langkah pertama, biasakan anak anda untuk bertemu dengan doktor. Mungkin pada kali pertamanya hanya sekadar berjumpa dan berbual. Ini adalah untuk membiasakan diri anak dengan doktor gigi.
Elakkan paksaan
Sebaiknya hindari daripada menggunakan sebarang paksaan. Mungkin pada kali pertama anda membawa anak berjumpa doktor, ia hanya akan memakan masa tidak sampai 5 minit, apabila akhirnya anak anda meraung dan menangis. Kesabaran adalah kunci utama.
Ia mungkin akan mengambil masa dan memerlukan anda untuk membawa anak anda berjumpa doktor gigi untuk beberapa kali sebelum mereka benar-benar selesa dan tidak takut untuk berjumpa doktor gigi. Tetapi jangan putus asa.
Kuatkan semangat
Sebenarnya masalah takut untuk berjumpa doktor gigi ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-kanak, tetapi wujud pada individu dewasa. Jika tidak, takkan muncul petua menggunakan minyak motor untuk merawat sakit gigi, bukan?
Jadi, jika anda merupakan antara individu yang mungkin mempunyai rasa takut mahupun trauma untuk berjumpa doktor gigi, cuba untuk beranikan diri dan kuatkan semangat. Seperti kata Dr. Ibrahim, anda tidak perlu terus untuk melakukan rawatan pada kali pertama, mungkin sekadar mendapatkan konsultasi. Lawanlah rasa takut anda, anda boleh melakukannya.
Adik-adik suka berenang tak? Suka? Ha, kita ada satu akademi renang tau!
Boleh sertai kelas renang Super Saver di Sailfish Swim Academy sekarang!
Mesti ibu dan ayah kata “Mahal lah, tak payah lah masuk” Tak apa, jangan risau! Kini, Sailfish Swim Academy telah berusaha untuk memastikan lebih ramai kanak-kanak, terutama dari keluarga B40 atau berpendapatan rendah, dapat belajar renang dan kemahiran keselamatan air.
Dengan hanya RM120 sebulan, adik-adik yang berumur lima sehingga 16 tahun mempunyai peluang untuk belajar kemahiran renang asas di lokasi-lokasi hebat seperti Tropicana, Berjaya, dan Bukit Kemuning.
Best sangat! Setiap minggu ada jurulatih yang berpengalaman yang akan ajar adik-adik.
Adik-adik boleh tingkatkan keyakinan, kecergasan dan belajar cara kekal selamat di dalam air.
Mana tahu, adik-adik berbakat dalam renang, boleh merealisasikan impian atau cita-cita adik sebagai juara renang masa depan, Sailfish Swim Academy adalah tempat terbaik untuk memulakan perjalanan renang adik-adik.
Jangan lepaskan peluang ini untuk belajar dan berkembang melalui aktiviti renang yang menyeronokkan. Daftar sekarang dan mulakan pengembaraan baru dalam sukan renang!
Di sebuah kampung nelayan yang damai, tinggal seorang pemuda bernama Amir. Setiap hari, Amir akan keluar ke laut untuk menangkap ikan. Namun, nasib Amir...