Anak takut nak jumpa doktor gigi apa mak ayah nak buat? Jangan risau. Ada penyelesaiannya di sini.
Temu bual salah seorang doktor dalam bidang Pemulihan dan Estetika Pergigian (Restorative and Aesthetic Dentistry), iaitu Dr Ibrahim Shahruddin ini pasti membantu masalah mak ayah.
Menurut beliau punca utama menyebabkan ramai kanak-kanak takut untuk berjumpa dengan doktor gigi adalah kerana mereka tidak didedahkan untuk berjumpa dengan doktor gigi pada seawal tahun pertama kehidupan atau ketika gigi susu pertama muncul.
“Berjumpa dengan doktor gigi bukanlah satu perkara yang menjadi satu kebiasaan bagi rata-rata masyarakat Malaysia. Kanak-kanak biasanya hanya akan dibawa berjumpa doktor apabila sudah berdepan dengan masalah gigi seperti karies gigi,” jelas Dr Ibrahim.
Kejutan di sekolah
Terdapat juga kanak-kanak yang pertama kali mendapatkan rawatan pergigian ketika di sekolah. Dan lebih ‘memburukkan’ keadaan apabila mereka dirawat dengan jururawat pergigian yang garang. Ini sekali gus menambahkan lagi rasa takut mereka untuk berjumpa doktor gigi.
Bagi Dr Ibrahim, masalah ini sebenarnya boleh diatasi sekiranya tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa adalah tinggi dalam aspek penjagaan pergigian anak-anak. Beliau turut menambah, pada hakikatnya kos untuk mencegah itu adalah sesuatu yang lebih murah dan lebih baik daripada kos yang perlu dikeluarkan untuk merawat apabila sesuatu keadaan sudah menjadi lebih kronik dan serius.
Atasi masalah anak takut berjumpa doktor gigi
Bagi ibu bapa yang berdepan dengan isu anak takut untuk berjumpa doktor gigi, berikut adalah beberapa perkongsian tip yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah ini:
Mulakan pada awal usia
Biasakan anak untuk berjumpa dengan doktor. Tip ini boleh dilakukan pada seawal usia setahun atau ketika anak anda baru mendapat gigi susu yang pertamanya.
Sekadar perjumpaan
Bagi kanak-kanak pula, ia mungkin sedikit sukar untuk membuang rasa takut berjumpa doktor. Tetapi jangan berputus asa. Langkah pertama, biasakan anak anda untuk bertemu dengan doktor. Mungkin pada kali pertamanya hanya sekadar berjumpa dan berbual. Ini adalah untuk membiasakan diri anak dengan doktor gigi.
Elakkan paksaan
Sebaiknya hindari daripada menggunakan sebarang paksaan. Mungkin pada kali pertama anda membawa anak berjumpa doktor, ia hanya akan memakan masa tidak sampai 5 minit, apabila akhirnya anak anda meraung dan menangis. Kesabaran adalah kunci utama.
Ia mungkin akan mengambil masa dan memerlukan anda untuk membawa anak anda berjumpa doktor gigi untuk beberapa kali sebelum mereka benar-benar selesa dan tidak takut untuk berjumpa doktor gigi. Tetapi jangan putus asa.
Kuatkan semangat
Sebenarnya masalah takut untuk berjumpa doktor gigi ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-kanak, tetapi wujud pada individu dewasa. Jika tidak, takkan muncul petua menggunakan minyak motor untuk merawat sakit gigi, bukan?
Jadi, jika anda merupakan antara individu yang mungkin mempunyai rasa takut mahupun trauma untuk berjumpa doktor gigi, cuba untuk beranikan diri dan kuatkan semangat. Seperti kata Dr. Ibrahim, anda tidak perlu terus untuk melakukan rawatan pada kali pertama, mungkin sekadar mendapatkan konsultasi. Lawanlah rasa takut anda, anda boleh melakukannya.
Bila anak sakit dan tidak sihat, kitalah paling susah hati. Apa kata kita bantu anak untuk tingkatkan imun tubuhnya. Nak buat macam mana?
Menurut perkongsian dari Dr Mazliana Mazlan, aktiviti grounding dan sunning ini antara yang paling membantu untuk meningkatkan imun anak. Tak perlu lama pun, cukup hanya 20 minit setiap hari. Jom cuba!
Grounding dan sunning untuk kuatkan imun anak. Buat setiap hari, paling kurang 20 minit sehari.
Cuba buat 2 minggu je, dah boleh nampak kesan positif pada imuniti anak. Tak susah, depan rumah pun boleh. Berkaki ayam atas rumput waktu siang.
Grounding. Main atas tanah, rumput, pasir. Bawa ke taman pun mudah. Main depan rumah pun boleh.
Pergi pantai lagi best, tapi susah jugak kalau hari-hari, seminggu sekali okay lah kan. Biar anak berkaki ayam.
Sunning. Main bawah cahaya matahari. Untuk anak-anak, mulakan dengan waktu awal pagi sebelum jam 10, dan lewat petang selepas jam 5.
Waktu terbaik waktu matahari terik tengahari, tapi mungkin tak sesuai untuk anak kecil.
Kebaikan grounding dan sunning;
1. Immune booster
– Anak yang banyak terdedah dengan grounding dan sunning, akan kuat imuniti diorang. Susah nak jatuh sakit, dan
akan cepat sembuh bila tak sihat. Ramai macam ni, Allah izinkan, alhamdulillah.
2. Mood booster
– Kalau perasan mood anak dah lain je, terus bawak grounding depan rumah. Perubahan akan sangat ketara, dari nangis mengamuk, terus boleh happy dan ceria.
3. Sleep booster
– Try konsisten buat setiap hari 20 minit, kitaran tidur anak pasti lebih baik. Boleh tidur awal, dan kualiti tidur pun makin baik.
Ada waktunya kita selalu salah faham dengan anak. Anak kecil kita tanpa kita sedar rupanya seorang ‘thinker’ yang suka berfikir.
Macam mana nak kenal anak jenis ini? Ini karektor anak thinker yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim menerusi perkongsian videonya.
Anak tu jarang bercakap tapi sekali bercakap memang bikin panas je.. sabor jelah.
Kadang-kadang kita salah faham juga dengan anak jenis thinker ini. Anak jenis thinker ini kebiasaannya dia kurang bercakap sebab dia lebih banyak bercakap dengan dirinya sendiri.
Fikirannya banyak berfikir dan kurang bercakap. Pun begitu walaupun dia kurang bercakap tetapi karektor keduannya, sekali dia dah cakap, ayat yang keluar itu kebiasaannya di luar kotak.
Adakalanya kita sendiri pun tak boleh terima apa yang anak cakap. Contohnya anak bertanya, ibu sperma itu apa?
Yang ketiga, anak jenis thinker ini jenis suka memantau dan melihat dan kemudiannya disusuli dengan pertanyaan yang tidak dijangka.
Anak jenis thinker ini kadang kala terdiri dari yang kuat menjawab. Jika arahan mak ayah dia rasakan tidak logik atau tak masuk akal, anak akan menjawab.
Anak jenis ini juga sukakan game atau permainan yang mencabar mindanya. Contohnya seperti teka teki atau teka silang kata yang boleh mencabar mindanya. Permainan biasa seperti main congkak, dam aji tidak menjadi pilihannya.
Inilah lima karektor anak jenis thinker yang kadang-kadang selalu buat mak ayah salah faham tetapi rupa-rupanya ada potensi yang sangat besar dalam diri mereka.
Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang disambut setiap 16 Mei, team Bintang Kecil telah di undang untuk turut sama merasai kemeriahan acara ini.
Lebih dari 2000 orang murid hadir bagi meraikan acara ini, gabungan dari sesi pagi dan petang.
Memilih tema ‘Bangsawan Melaka’, guru-guru hadir dengan baju yang sangat kreatif dan mencuit hati. Masa inilah mereka ingin melaram kan?
Istimewa sambutan hari guru di SKBK 2 ini adalah acara sukaneka telah di kendalikan oleh murid-murid sekolah itu sendiri seperti boling kelapa, dayung sampan dan banyak lagi.
Menjadi tradisi sekolah ini, setiap kali sambutan Hari Guru para pengawas akan diberikan amanat untuk menyampaikan cenderahati kepada setiap guru.
Suasana sambutan memang meriah lebih-lebih lagi setiap murid membawa hadiah dari mereka sendiri untuk para pendidik yang telah banyak menabur jasa kepada mereka ini.
Kami di Bintang Kecil ingin mengucapkan Selamat Hari Guru. Terima kasih guru kerana menjadikan kami insan yang berguna.
Detik tragis seorang datuk yang tidak akan dilupa sepanjang hayatnya apabila menyaksikan cucu kesayangannya disambar buaya di jeti Kampung Seberang Pasar Lama, Tatau, di...