Dalam episod BK Explorer kali ini, team Bintang Kecil (BK) telah mencabar 2 ahli BK Skuad iaitu Dhania dan Farha untuk merentap dalam Laser Battle di Laser Battle, Tropicana Garden Mall.
Sebelum memulakan pertarungan, macam biasa kami diberikan sedikit penerangan mengenai permainan ini oleh pihak Laser Battle.
Sebelum memulakan permainan, kami diminta untuk memakai vest keselamatan.
Jadi korang jangan risau kerana faktor keselamatan memang dititik berat kepada setiap peserta.
Asyik Makan Makanan Tinggi Proses, Anak Boleh Ada Masalah Kesihatan!
Makanan berproses mungkin cepat dan menjimatkan masa tetapi buat jangka masa panjang ia memudaratkan anak kecil kita. Sebab apa?
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, makanan tinggi proses seperti sosej, meatball, nuget dan sebagainya mempunyai kandungan yang tidak sihat. Jadi kurangkanlah.
Sebulan satu kali makan, mungkin takde nampak apa-apa kesan. Tapi kalau tiga empat hari dalam seminggu anak dijamu dengan hidangan macam ni, banyak masalah kesihatan akan timbul di kemudian hari.
Dalam daging tinggi proses, ada lebih kandungan nitrite dan nitrate yang digunakan sebagai pengawet.
Nitrite dan nitrate berlebihan ini, akan hasilkan N-Nitroso, yang mana akan rosakkan sel di lapisan usus, dan boleh tingkatkan risiko kanser usus.
Pengawet macam ni diguna atas 3 sebab;
1. Makin tinggi proses satu makanan, makin hilang zat warna rupa bentuk asal. Maka pengawet digunakan untuk kekalkan warna pada makanan tu.
2. Bantutkan oksidasi lemak yang akan buat makanan rasa tengik, maka rasa yang sedap masih dapat dikekalkan. Pengawet macam ni lah diguna untuk kekalkan rasa pada makanan.
3. Elakkan pertumbuhan bakteria dan sebagai penambah rasa. Nampak remeh je kan, alah pengawet je pun.
Tapi, tanpa kita sedar anak makan 4 kali seminggu, pelbagai jenis daging tinggi proses, tak boleh bayang apa akan jadi kat anak 10 tahun akan datang.
Isnin spagheti meatball.
Selasa bihun goreng.
Rabu sandwich chicken slice.
Khamis nasi goreng.
Jumaat pizza topping sosej.
Sabtu mee sup.
Ahad steamboat banyak bebola tinggi proses.
Kita tak perasan banyak hari sebenarnya anak dah makan daging tinggi proses. Anak suka, sebab sedap. Kita pun suka, sebab mudah, siap sedia tinggal nak goreng dan makan terus je.
Tapi yang mudah itu, tak semuanya baik untuk anak kita kan. Boleh ya, sama-sama kita cuba sediakan pilihan makanan yang lebih baik untuk anak-anak kesayangan kita.
Selalu Sangat Demam Malam, Kenapa Ye?
Siang anak nampak sihat dan cergas, bila malam anak mula tinggi suhunya dan demam. Bagi ibu bapa yang berhadapan situasi anak demam malam ini, berikut punca dan cara untuk merawat keadaan anak anda.
Kenapa kanak-kanak kerap demam? Demam malam pada kanak-kanak boleh berlaku akibat pelbagai sebab.
Antara sebab paling biasa kenapa kanak-kanak kerap demam adalah disebabkan:
1. Jangkitan kuman
Punca utama demam malam biasanya disebabkan jangkitan kuman bakteria atau virus.
Jangkitan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti infeksi saluran pernafasan, penyakit asma dan jangkitan saluran kencing.
2. Perubahan suhu tubuh
Suhu tubuh biasanya akan meningkat secara semula jadi pada malam hari.
Demam ringan pada waktu siang boleh menjadi lebih teruk pada malam hari kerana hormon kortisol dan adrenalin berkurangan ketika tidur.
3. Reaksi alergi, antara penyebab kenapa kanak-kanak kerap demam
Keradangan atau reaksi alergi seperti asma dan rhinitis, juga boleh menyebabkan demam pada waktu malam.
4. Pakaian yang tebal dan suhu bilik
Kadangkala, pakaian tebal atau suhu bilik yang terlalu panas boleh meningkatkan suhu tubuh anak terutamanya pada bayi yang belum mampu mengawal suhu tubuh mereka sendiri.
5. Selepas imunisasi
Demam ringan pada malam hari juga boleh berlaku selepas suntikan vaksinasi.
Simptom-simptom demam malam pada kanak-kanak
Kanak-kanak mengalami demam biasanya diikuti dengan tanda-tanda beberapa simptom seperti berikut:
* Suhu badan yang melebihi 38 darjah selsius
* Kurang beraktiviti
* Sukar tidur
* Kurang selera makan
* Badan menggigil
* Sakit kepala
* Sakit otot
* Badan berpeluh
* Dehidrasi
* Dahi dan leher terasa panas
* Kulit menjadi pucat
Apa perlu buat bila demam?
Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keadaan anak kerap demam malam:
Guna kompres sejuk
Letakkan kain atau span yang telah direndam dengan air sejuk pada dahi anak untuk membantu menurunkan suhu tubuhnya.
Pakaian yang nipis
Pakaikan pakaian yang nipis pada anak untuk mengelakkan peningkatan suhu tubuh yang berlebihan.
Tingkatkan pengambilan cecair
Beri anak lebih banyak minuman seperti air putih, susu, jus, teh herba, sup atau larutan rehidrasi untuk mengelakkan dehidrasi.
Kawal suhu ruangan
Pastikan suhu di bilik tidur anak sentiasa sejuk untuk membantu mengurangkan suhu tubuhnya. Gunakan kipas angin untuk mendinginkan suhu ruangan, tetapi jangan arahkan langsung ke tubuh anak.
Rehat yang cukup
Pastikan anak tidur nyenyak. Tidur yang cukup penting untuk proses penyembuhan.
Berikan ubat demam
Jika perlu, berikan ubat demam seperti paracetamol atau ibuprofen. Pastikan dos yang diberikan sesuai dengan arahan doktor.
‘The Chosen One 2024’ Kembali Lagi!
Adik-adik tahu tak ‘The Chosen One 2024’ telah kembali lagi?
Astro kembali memperkenalkan bakat-bakat baharu dalam ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini. Seramai 16 peserta berbakat dari seluruh Malaysia, berumur 11 hingga 17 tahun, telah dipilih untuk menyertai The Chosen One 2024!
Mereka ini mempunyai latar belakang yang hebat! Antaranya, juara pertandingan nyanyian, bintang media sosial, dan juga bakat baru yang belum pernah bertanding sebelum ini.
Dari 16 peserta ini, hanya 8 duo yang berjaya memikat hati coach selebriti akan dipilih untuk bergandingan dengan mereka. Setiap duo akan bersaing di pentas utama untuk merebut gelaran juara. Siapakah yang akan menjadi bintang seterusnya!
Adik-adik ini akan digandingkan dengan penyanyi terkenal seperti Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita dan kembar berbakat Firdaus Rahmat & Fahimi Rahmat sebagai coach untuk merebut gelaran juara. Bukan calang-calang orang barisan coach kali ini!
Musim kedua ini akan jadi lebih hebat dengan Dato’ Awie, legenda rock Malaysia, sebagai juri tetap! Bersama beliau, ada Jaclyn Victor, penyanyi hebat yang dah menang banyak anugerah.
Setiap episod akan dikendalikan oleh hos yang kelakar dan ceria, Jihan Muse, serta personaliti radio ERA, Haziq Hussni. Mereka semua akan memastikan rancangan ini penuh aksi dan keseronokan!
Jangan lupa saksikan ‘The Chosen One 2024’ yang akan bermula pada 20 September ini! Setiap hari Jumaat, jam 9 Malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Ria (saluran 104).