16 Mei merupakan hari yang paling istimewa untuk guru-guru yang telah banyak berjasa kepada kita.

Ingat lagi tak waktu awal-awal kita masuk sekolah dulu, guru-guru inilah yang sambut kita dengan wajah yang penuh dengan keceriaan.

Jadi untuk hari istimewa ini, jom hadiahkan mereka dengan sesuatu yang istimewa. Tak perlu yang mahal.

Cukup sebagai menghargai pengorbanan dan keikhlasan mereka dalam memdidik kita.

1. Teacher Survival Kit

Bekas tu boleh je beli di kedai ECO dan letakkan coklat atau gula-gula.

2. Pokok Hiasan Beserta Ucapan Istimewa

IKLAN

Pemberian pokok hiasan ini adalah simboliknya tau. Selain menghiasi meja guru, pokok hiasan mampu beri ketenangan.

Pokok ini, korang boleh cambahkan pokok dari halaman rumah sahaja.

3. Hands Down

IKLAN

Terdapat banyak jenis yang di jual di Kedai ECO.  Untuk menampakkan lebih istimewa titip ucapan ‘manis’ khas untuk guru korang.

4. Lilin

Seperti mana lilin ini menerangi dan mengeluarkan haruman wangi, seperti itulah jasa dan pengorbanan guru pada kita semua.

IKLAN

Cewah.. Kalau cikgu korang baca confirm terharu,

5. Bunga Origami

Walaupun ramai meminati bunga segar, namun pemberian bunga origami ini akan jadi lebih bermakna apabila satu kelas menitip ucapan di setiap kuntum bunga.

 

Sumber : Pinterest